Tuesday, July 12, 2016

Raya Pertama


Pagi raya semestila beraya dirumah sendiri,
bersalam-salaman mintak maaf.
Ai orang pertama yg salam ngan enZaf.
Tapi idak la ada gambar.
Takkan nak suh anak semata tuk amik gambarkan.
Nanti nampak muka buruk ai
ygnangis mintak maap tu
hahaha byk dosa kah :p

Pastu turn anak2 plak salam2 ngan Daddynya.
Akak Zara cool je,
salam, wish raya & minta maaf.
Pastu suka dapat angpaw.
Dia puasa penuh lagi tahun ni.
Alhamdulillah



Turn Aliah.
Blom apa2 lagi dia dah menangis okay.
Macam tau je byk salah dia hahaha
Tetiba terus teringat iklan raya TNB.
Yang ada Lan petpet..
anak lelaki dia minta maaf
panjang berjela senarai dia buat salah tu kan haha



Dah habis salam minta maaf kat Daddy
pun tak habis lagi nangis dia ok.
Sambung kat ai plak hahaha

Salah ke tak salah ke
Mummy Daddy tetap sayang okay.
Anak oi giler tak sayang :)
Drama Queen sangat :p

Ariq plak kemain gedik.
Mengada sangat bila suh salam.
Main2 okay sambil gelak2.
Dia kecik lagikan
mana nak paham.
Tapi kelakar la
macam2 perangai anak2 ni.



Tengahari baru balik umah mertua.
Kalini tak dpt beraya ngan keluarga kakak Zaf.
Dia beraya kat Kedah.
Jadinya budak2 ni boring,
takde geng nak main.

Terpaksa la Daddy dia melayan dia main bola hihi



Bergambar kat luar rumah,
time matahari terpacak tegak atas kepala.



Yang budak2 ni cakap
takbole nak bukak mata,
panas terik.
Aliah lepas bergambar
cepat2 berlari masuk dlm,
katanya panas.
Puteri lilin sangat ko ni nak.

Tahun ni tak bergambar ramai2 pun.
Sbb tak cukup corum
malas je rasa.
Sama la ngan family ai kat SgBuloh tu.
Tak putus2 sedara mara datang.
Dah berlengas melekit bagai,
tak kuasa nak bergambar.

Monday, July 11, 2016

Main Bunga Api


Last day puasa kami berbuka kat umah Sg Buloh.
Best sbb malam raya kita
dapat makan makanan raya.
Seperti biasa la ketupat nasi dan lodeh.

Dan budak2 pun seronok sbb
dapat main bunga api.

Untung ada MakSu melayan dorang ni.
MakTeh nya takde sbb berbuka
ngan kawan2 dia.



Panggil Ariq nak amik gambar,
dan dan dia terus posing
ngan cekak pinggang.
Kemain ko nak.



Lama sikit sampai Aira cousin dorang ni,
so join la main bunga api.



Tapi sedih sikit,
Daddy dia tak dpt join raya tahun ni,
sbb kena duty last minutes.
Polis gitu la kan.
Takpe PakLong ada kan hihi

Cakap pasal PakLong,
bapak budak ni pun main jugak.
Layan mercun.

Ada amik gambar dia tp blur plak.
Kita buh gambar mercun bunga dia main ni je la :)



Alhamdulillah tahun ni dapat
beraya lagi ngan parents ai
dan parents-in-law.
Syukur mereka semua masih sihat walafiat.

Tuesday, July 5, 2016

Shopping Raya


Kebiasaannya kami shopping tuk raya,
seminggu sebelum hari raya
ataupun 3-4 hari nak raya.
Jarang kami buat persiapan awal ataupun sblm puasa.

Dan kami pun jenis lebih kurang,
yang penting dahulukan anak.
Anak2 dapat baju itula tema kami hihi

Ai plak jenis yang tak memilih,
tahun ni nak warna apa,
tahun depan warna apa plak.
Kebanyakkannya terserah pada enZaf.
Dia nak warna yg sama berulang 2-3 tahun pun
ai takde masalah.

Sebabnya yang nak membayar tu dia.
Biar la dia decide.
Duit dia kan.
Lagi pun bab pilih2 baju ke apa,
mmg dia yg pilih.
Kang ai pilih dia tak setuju.
Nak jadi isteri mithali gitu,
kita ikutkan aje la :)

Macam biasa jugak
kami shopping pakaian raya kat Omar Ali.
Tempat biasa kat Taman Tun la.



Anak2 dapat 3 pasang baju.
Ariq tiap2 tahun beli songkok ok.
Kepala je besar tapi badan tak besar2..
pfftttt...



Lepas ke Omar Ali kami pegi KLCC.
Time ni Zaf dlm fitting room.
So kita selfie satu kali :)



Serious dia yg banyak shopping.
Dapat laki kaki shopping gitu la kan.
Ai punya barang je tak beli lagi.
Sbb tengok itu ini takde yg berkenan.
Takpe selagi tak raya selagi tu
shopping tak habis2 haha

Tuk berbuka kami tak booking nak makan mana.
Just beli roti
pastu makan kat luar KLCC je.
Simple je.



Lepak kat taman sambil tengok air pancut lagi menarik.
Tu Aliah baru beli crownnya.
Tahun lepas crown dia mana hilang.
Tak ingat tertinggal mana ntah.



Family Wefie.



Lepas makan sambung shopping lagi.
Cari baju anak2 plak.
Ngam2 kul 10 balik.

Plan lepas dr KLCC nak gi Kg Baru.
Tapi punya la jem teruk,
semua nak ke sana gak.
Cancel la ape lagi.

Terus Zaf bawak gi USJ,
makan nasi lemak kat situ.



Masa berbuka makan roti je.
Kul 11 lebih baru makan nasi plak.



Malam ni dah malam raya.
Kesempatan ini ai nak ucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
buat semua kawan2 yg baca blog ni.

Kalau ada wat open house
jgn lupa jemput k.

p/s: ingat puasa ni bole kurus
tp nan hado..
akak pasrah :((

Monday, July 4, 2016

Iftar with Office Mate


Berbuka puasa dgn office mate
enZaf hari Jumaat lepas.
Tahun ni lambat sikit office dia buat.
Sbb banyak sgt kerja.
Staff2 semua dah suspen takut takde.
Sbb kalau takde nanti takde bonus raya hahaha
Alhamdulillah dapat buat jugak,
dan ada rezeki lebih tuk dikongsikan bersama.

Sempat la anak2 ni posing depan
photo booth kat lobi.



Kalau dorang ni pakai kurung or kebaya
mmg kena la sgt kan berpayung bagai.



Kami berbuka kat Tropicana Golf Resort.
Pelbagai menu ada.
Best2 semuanya.
Gambar makanan tak amik,
sbb malas.
Time tu seronok enjoy food yg ada.
Malas nak bawak keluar phone.

Yang ni ntah masa bila si Aliah selfie.



Sebelum balik amik group photo.



Alhamdulillah walaupun staff tak ramai,
tapi kami masih setia bersama.
Tahun ni ada new family member, baby Hariz.
Dia tido dlm stroller.
InsyaAllah hujung tahun tambah lagi sorang.
Moga family kami semakin berkembang :)

Friday, July 1, 2016

Tengok Movie Tarzan


Cerita siang tadi.
Lepas hantar Zara sekolah,
dapat message dari enZaf,
ajak tengok wayang.
Time tu dia baru habis solat Jumaat.

Dah orang ajak kita okay je la kan.
Ai sampai rumah terus solat Zuhur,
pastu keluar sbb enZaf dah tunggu kat kereta.

Kami gi tengok kat The Strand.
Mentang2 la dekat,
rajin benor tgk wayangnya kan.

Tengok citer The Legend of Tarzan.



2 orang budak yang tak puasa.
Kemain lagi makan popcorn air bagai kan.



Tengok siang hari time puasa,
harusla tak ramai orang.
Yang ada pun orang cina semuanya.
Orang kita Islam sah sah
bersiap2 balik kg semuakan hehehe

Agak boring sikit jalan cerita Tarzan ni.
Yang Ariq plak asyik je tanya,
dah habis ke, dah habis ke :p
Suka Jane sbb cantik sgt.

Movie ni habis ngam2 gak la
time nak amik Zara balik dari sekolah.
Layan jap anak2 nak main.



Sempat lagi wefie ngan Aliah.
Daddy dia sempat shopping selai baju ok.



Takpe takpe Mummy turn shopping esok,
dari pagi sampai malam hahaha
Eh bukan esok je sampai malam raya :p