Sunday, March 9, 2014

MH370 Boeing 777


Hari Sabtu merupakan hari sejarah buat kita semuakan.
Digemparkan dan kehilangan pesawat MH370 secara tiba2.
Bila berita ni tersebar,
mulalah pelbagai spekulasi keluar.
Kalau baca kat FB kemain lagikan,
macam2 org dok kata ini.

Yang ai xbole blah,
ada yg wat lawak ntahhapehape.
Ada jugak dipolitikkan.
Giler betulla.
Menda yg melibatkan nyawa ni buat main2.
Korang dah kenapa??!!

Ai sangat respek dengan pendekatan
pihak MAS dan kerajaan kita
dalam menangani kejadian ini.
Biarla negara kita lambat maklumkan berita
mengenai ape yg berlaku pada pesawat itu.
Kerana ai beranggapan pihak MAS dan kerajaan
begitu menjaga hati dan sensitiviti kaum keluarga yg terlibat.
Bukan nak tunjuk hebat
dapat tunjukkan bukti sape yg cepat sape yg lambat.
Kerana setiap kata2 atau statement yg
dikeluarkan perlula mempunyai bukti dan alasan yg kukuh.

Bukan main cakap je,
ooo kapal terbang dah emergency landing kat Nanning.
Eh kapal terbang terhempas kat lautan pulau sekian sekian.
Bole bayangkan tak kalau mcmtu la
pihak MAS or kerajaan kuarkan statement,
tidak ke itu akan mengganggu emosi ahli keluarga.

Ada anak2 yg menanti ayahnya,
menanti ibunya,
suami/isteri menanti pasangannya.
Adik beradik sedara mara.
Bayangkan kita kat tempat mereka,
nauzubilla tak dapat digambarkan.
Terseksanya jiwa raga mereka menghadapi ujian ini.

Lagi sedih 2org sahabatku
mempunyai kenalan kat atas pesawat tu :((
kita yg tak kenal ni pun rasa sedih,
apentah lagi dorangkan.

Perbanyakkanlah kita berdoa
dan berserah kepadaNya.
Semoga urusan mereka dipermudahkan.
Dan segala persoalan terjawab.
Mengharapkan penantian dengan satu keajaiban.
Sesungguhnya Allah Yang Maha Mengetahui.


Thursday, March 6, 2014

Makan Malam dengan Ayam penyet Ijoyzarin


Smalam dinner ngan Nowwa & Nani
kat uptown damansara.
Nak makan ayam penyet.
Ai datang ngan anak2 je,
Zaf outstation ke Pahang.

Akhirnya dapat gak makan kat sini.
Support bisnes kawan skola kami Ijoy.



Kelaparan melanda.



Sedap ayam penyetnya.



Ijoy (si baju Merah)
Semoga berjaya berjaya dan berjaya bisnesmu ini.



Kalau sape nak cuba ayam penyet Ijoyzarin,
datang la kat food court uptown damansara,
dekat ngan yazid/ lanun steak tu.
tp kedainya blah hujung.

Sedap dan harga berpatutan :)

Wednesday, March 5, 2014

Lunch Hujung Minggu bersama Kawan-kawan


Ahad lepas kuar makan ngan kawan2.
Plan makan kat Citta Mall.
Nani ajak ke Chawan.



Mereka berdua sampai dulu,
lagi 2 org on the way.



Sementara menunggu yg lain,
order air n kopok lekor.
Lapariah sangat dah perut ni hihi



Ingatkan tempat ni berekon,
rupanya open concept.
Berpeluh berlengas cukup.
Terus ai ajak makan tempat lain.

Tukar tempat makan ke Bubba Gump Shrimp.



Ordernya blom lagi
tp dah bergambar dulu.



Makanan yg diorder.
Tak tau dah nama ape,
xingat.



Tempat makan pun shrimp,
so hari meng'udang' sedunia.



Itu pun xamik semua gambar makanan.
Byk sangat ordernya haha



Seronok dapat makan reramai.
Riuh rendah,
sampai Aliah sempat "melabur" kat sini :p
Tu tanda nak dtg lagi kan hihi



Makan borak sampai tak sedar
dah nak malam.
Nasib Zaf kat Jakarta ;)



Tuesday, March 4, 2014

Breakfast ngan Baby Afrina


Pertama kali Anna bwk Afrina keluar
makan ngan ai & anak2.
Kami breakfast kat mcD je.
Kalau makan kat restoran xde ekon hihi

Pas hantar Zara,
ai gi amik Anna kat umah.

Ai try ape tu wrap,
90sen je tp sizenya kecik la.
Musykil plak ngan harga tu.
Tp xtanya la kat kaunter sbb
makan ni Anna yg belanja haha
Thanks beb moga murah rezeki.



Mcm biasa la askar2 kecik pun ada.
Aliah pagi2 camni
dia mmg xmakan,
susu je.



Ariq tak kira masa,
selagi ada makanan, mulut tak henti haha



Mummy Anna yg dah slim
& Baby Afrina yg makin montel.



Ai beli Choc Chip Muffin.
Biasa2 je rasa.



Seronok dapat makan kat luar :)



Bila pegang baby ni,
mula la rasa nak baby jugak.



Booolatt dah Afrina okeh.
Masa 2 minggu pertama nampak muka abg Aqil.
Skang dah muka abg Arfanya hihi



Habis makan,
lepak umah Anna sementara
tunggu nak amik Zara.

Okey projek seterusnya weh,
makan kek plak.
Nanti next year ko dah xdok KD,
sedih dah xde geng lepak makan huhu

Monday, March 3, 2014

Kisah Hari Jumaat Lepas



Patutnya Zaf gi Jakarta hari Khamis pagi.
Ada keje xdpt nak elakkan,
book tiket tghari,
xjadi gak, book petang.
Last2 semua tu tak pegi.
Akhirnya pegi hari Jumaat pagi.

Cam sblom2 ni mmg ai hantar dia ke sana.
suka hantar & amik dia
tak kira pukul bape pun.
Satu kepuasan okeh,
heret anak sanggup.

Flight kalini kul 6.30 pagi
dah kena ada kat airport.
Mlm tu tido lambat,
nak dekat kul 2pagi baru nak lelap.
Kul 4.30 pagi bangun,
kejutkan Zaf & ai pun siap2.
Anak2 Zara & Aliah je bangun,
Ariq angkat je sbb tido.
Kul 5.30 pagi gerak ke KLIA.
Sampai sana dlm 6.15 pagi gitu.
Kat airport setiap masa happening.
Rasa macam siang dah.

Drive balik umah sampai kul 7pagi.
Nasib baik period takde terkejar nak solatkan.
Sampai2, terus mandikan anak2.
Pukul 8 pagi keluar balik antar Zara skolah plak.
Patutnya hari Jumaat tu ada
Parents & Kids Activity,
tp ai xjoin sbb tak larat sgt.
Balik konon nak tido,
tapi xbole,
Aliah xtido, Ariq je tido.

Pukul 11.30pg keluar amik Zara plak.
Masa amik tu terus gi makan,
ngantok xlarat nak masak.
Tapi ngantok2 kemain lagi pegi OU haha
Sampai2 tak tau nak makan ape.
Bila ngantok perut tak rasa lapar.

Kami makan kat Auntie Anne's je.
Budak2 ni makan roti pun kenyang.
Bagussss hehehe



Ai pun makan sket je xlalu.
Tima kasih akak Zara amikkan gambar Mummy.
Muka tido 2 jam aje.
Tgk la mata tu huhuh



Pas makan pusing2 jap,
masuk H&M, Zara & Parkson.
Gi shopping ilang ngantok :p
Dah penat,
sampai umah semua terbongkang sampai esok pagi haha

p/s: harini kul8mlm amik Zaf
kat KLIA horeyy