Selamat Tahun Baru 2026!! Rasa macam sekejap saja tahun 2025 ni. Tup tup dah tahun baru. Untuk ai tak banyak pencapaian pun, eh ada ke?! hahaha... nak kata kurus tak, makin kembang. Berat pun dah tak nampak angka 4 di depan. Macam dah tak jumpa. Maintain sajalah dengan angka 5 tu huhuhu... Hutang tetap sama, hutang rumah. Lambat lagi nak habis. Itu pada diriku lah. Untuk Zaf dan anak-anak, Alhamdulillah. Masing-masing ada pencapaian tersendiri.
Hari terakhir tahun 2025 kami tak ada buat apa aktiviti sangat. Waktu pagi, Ariq ada tuisyen. Lepas Zuhur, enZaf ajak keluar. Kami ke Setia City Mall, pusing-pusing sekejap. Sempat akak Zahra beli kasut dan Aliah beli stokin hehehe.... Kami balik sebelum Maghrib. Ariq sambung tuisyen waktu malam pula. Ya cuti ini, ai daftarkan Ariq online tuition. Geram tengok dia asyik je main game huhuhu.. Sakit mata dan hati 😠😑 Habis saja tuisyen dia, kami keluar lepak makan minum di kedai mamak.
Saja ambil gambar anak bujang ini. Comel sangat abang Ariq ini, semoga tahun baru ini dia membesarlah.. sebab dah masuk Tingkatan 2. Selalu paksa dia makan banyak. Susah betullah nak makan banyak sebab tu halus je orangnya 😅.
Jam sudah pukul 11.30 malam, enZaf ajak tengok fireworks 🎇🎆. Dia nak bawa tengok kat area The Curve. Kalau nampak fireworks tu keluar, berhenti sajalah mana-mana. Dan kali ini agak susah nak dapat spot menarik. Banyak sangat tempat dah terlindung dengan bangunan dan jalan. Dapat tengok sipi-sipi pun jadilah. Orang kata buat ghaso-ghaso 😁😆.
Sekali lagi, Selamat Tahun Baru 2026!!! Semoga kehadiran tahun baru ini memberi kehidupan kita lebih baik dari sebelumnya. Aamiin... 🤲🫶