Wednesday, February 19, 2025

Hari Pertama Anak-anak di Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah

Tahun ini Aliah bersekolah pagi. Muka pun masih sembab lagi tu. Minggu pertama semua murid boleh berpakaian PJ, jadinya tak ada gambar anak-anak pakai uniform sekolah kecuali Qaireen.



Ai pun tak ada bergambar dengan Aliah sebabnya tak bersiap. Muka pun sembab juga hihi.. 🤭. Daddy dia sorang hantar Aliah ke sekolah. Tengahhari pula uruskan Qaireen dan Ariq pula. Ai dan enZaf berpecah hantar anak-anak. enZaf hantar Ariq dan ai hantar Qaireen. Sebelum itu haruslah ambil gambar setiap sorang.









Comel saja anak bujangku sorang ini. Harap nanti dia meninggilah dengan jayanya. Tak naklah ikut macam Mummy yang tak cukup ketinggian ini huhuhu... Kalau boleh nak semua anak-anak tinggi lagi dari Mummy. Tapi bila tengok akak Zahra dan Aliah macam sama je tinggi ai hehehe..





Ada ambil beberapa gambar dan video Qaireen di sekolah. Alhamdulillah nampak dia seronok dan langsung tak menangis atau bersedih. Happy saja. Mummy dia yang rasa sedih sikit sebab anak bongsu dah besar. Lepas selesai di dewan, semua murid Tahun 1 di bawa ke kelas masing-masing. Elok je masuk kelas, enZaf call ajak makan. Lepas makan datang ke sekolah Qaireen semula pada waktu rehat. Teman dia di kantin tengah makan bersama kawan barunya, Mariam. Nampak dah rambutnya nak terkeluar dari tudung hehehe..





Masa Qaireen nak balik kelas, ai laju-laju ikut dia sebab nak ambil gambar dia dalam kelas. Gigih betulkan. Semput juga lah naik tangga walaupun tingkat satu.🤭 Dah ambil gambar terus balik rumah.



Agak awal juga ai sampai sekolah menunggu nak ambil Qaireen. Risaulah hari pertama ini Qaireen keluar tak nampak Mummy dia kan ditambah pula dengan semua parents pun berkerumun depan pagar sekolah. Tahu-tahu sajalah bila kat sekolah tu, kalau boleh semua orang nak park kereta depan-depan. Mujur tak boleh masuk dalam kan, kalau tak park kereta depan pintu kelas hahahaha.. 🤪 Muka budak baru habis sekolah. Dengan tudung dah herot sampai terkeluar rambut. Rasanya nak kena pakai sepit rambut banyak lagi.



Gambar di bawah ini ai ambil dari dalam Whatsapp Group kelas Qaireen. Jadilah nampak dia sekeping dua hehe..







Tanya enZaf masa dia di sekolah Ariq, ada ambil gambar ke tidak? Walaupun dah tahu jawapannyakan tapi tetap nak tanya juga. Memang dia tak ambil gambar apa pun huhuhu... jadinya ai tak ada gambar Ariq pada hari pertama dia di sekolah 😫

Syukur Alhamdulillah, hari pertama persekolahan berjalan dengan baik. Ariq pun seronok saja berada di sekolah menengah ini. Masih berjumpa dengan ramai kawan sekolah rendahnya. Ada yang sama kelas dan ada yang kelas berlainan. Semoga anak-anak dapat menimba ilmu sebanyak dan sebaik mungkin.

Monday, February 17, 2025

Hantar Balik Asrama

Hantar akak Zahra pulang ke sarangnya sebagai kakak senior. Tup tup Tingkatan 5 dah dia. Entah berapa banyak kali ulang alik pun dah tak terkira. Tingkatan 5 ini pun kami tetap kena ulang alik banyak kali juga cuma kali ini hanya melawat dia sajalah. Dah masuk Tingkatan 5 ini dah jarang balik, hanya balik bila Pulang Bermalam Wajib (PBW) sahaja. Banyak jugalah barang dia packing. Ingatkan dia tak nak bawa gitar, tup tup letak tepi hehehe..



Kali ini dia tak mainkan gitar untuk Mummy dia. Kalau tahun sebelum ini, dia ada mainkan satu lagu sebelum kami bertolak. Ai pun tak minta sebab dah lambat hehehe... Masa sampai sekolah, rezeki dapat berjumpa dengan Aida. Lama betul tak jumpa dengan dia. Kalau kami sampai dia dah nak balik, berselisih kereta saja 🤭. Dah berjumpa haruslah bergambar sekali dengan Tisya. Bestie forever dorang ini.



Ni lagi sorang bestienya juga Fatin. Fatin ini baik budaknya, sopan dan cakap pun soft spoken je. Selalu jugalah ai pesankan kat Fatin ini kalau nampak Zahra macam luar kawalan, tegur-tegur sikit hahaha.. anak dara aku sorang ni ganas sikit orangnya. Kasar pun ya entah ikut siapa pun tak tahu 😅.



Lagi sorang bestienya, Auni. Yang itu lagilah bijak orangnya, top 5 students. Haritu tak nampak pula dia, mungkin dah sampai awal. Sebelum balik, wajiblah ambil gambar dengan akak Zahra. Sama je besarnya masa dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 ni. Mummy dia je dah makin mengembang hahaha..



Selamat menjadi akak senior akak Zahra 🫡. Tahun ini mencabar anak bagi anak batch Covid ini, sebab ini ada pertama kali dorang akan melalui peperiksaan besar. Tak pernah merasa UPSR dan PT3. Semoga impian dia tercapai. Mummy dan Daddy sentiasa mendoakan kejayaan buatnya. Haish.. tiba-tiba rasa sebak pula. Macam tak percaya anak sulong dah besar 🥲.

Monday, February 10, 2025

Beli Baju Sekolah

Bawa Qaireen dan abang Ariq beli uniform sekolah. Tiada tempat lain yang dituju kalau area rumah ini. Masih setia dengan kedai Uni1One di Dataran Sunway. Qaireen ni tengah tak ada mood sangat. Tak ingat pula dia merajuk sebab apa hehehe.. malas nak layan. Biarkan saja 🤭.





Nanti nak potong rambut dia lah. Panjang sangat. Nak pula dia beritahu nak pakai tudung pergi sekolah kali ini. Elok lah berambut pendek. Tapi tak sangka pula dia nak pakai tudung sebenarnya. Sebelum ini masa kat Genius Aulad agak mencabar juga lah nak suruh dia pakai tudung. Banyak tak nak dari nak hehe.. Disebabkan itu, ai minta cuba tudung sarung kat kedai ini.



Tudung sarung sekarang ini dah ada getah pula di bawah dagu. Tak elok pula Qaireen pakai, walaupun itu saiz paling kecil. Nampak kedut-kedut getah tu panjang sangat. Rupa macam haiwan sesumpah pun ada hahahaha.. Jadi untuk tudung dia, ai order online saja Tudung Si Comel . Sama macam akak Zahra dia masa masuk Tahun 1. Tahun 1 ini memang suka pakaikan sarung. Senang sikit, dah besar baru pakaikan tudung dua lapis pula.

Selesai bahagian Qaireen, uruskan abang Ariq pula. Comel satu-satunya anak bujangku ini. Dah nak masuk Tingkatan 1. Mujurlah ada saiz untuk dia. Labuh sikit seluarnya tapi tak apalah. Dengan harapan dia cepatlah meninggi nanti 🥹. Rambut dia pun nanti kena potong sebelum naik sekolah. Berbuih dah Mummy ajak pergi potong rambut. Susah betul, apa entah yang dia suka sangat rambut panjang kembang tu 🤣.



Ariq akan bersekolah sama dengan Aliah. Dia tak ada rezeki masuk asrama. Masa dia tahu tak dapat masuk asrama, tak ada pun riak muka bersedih. Gembira lagi ada sebabnya ramai kawan-kawan dia bersekolah sama dengan dia nanti hahaha.. mana-mana lah nak oi. Mummy dan Daddy pun okay saja dia bersekolah harian. Dia pun tak tahu apa hala tuju, masih berfikir-fikir nak jadi apa bila besar nanti. Sama lah dengan Aliah tu pun hehehe.. Alhamdulillah, selesai dah semua pakaian anak-anak. Kami tak beli banyak pun baju sekolah ini, sekarang dah boleh pakai baju pj ke sekolah. Kurang lah sikit perbelanjaan tu kan. Lewat petang sikit ai dan enZaf keluar untuk minum petang. Kiranya keluar dating 🥰 sekejap.



Kami pergi Oh Apong. Pertama kali cuba Bihun Tomyamnya. Sedap! Yang lain tu dah pernah makan sebelum ini.



Dah alang-alang keluar tu, ai ajak enZaf beli barang sikit di Jaya Grocer sebelum balik rumah. Konon nak beli satu dua barang, macam-macam juga dicapai. Nasib baik nak cepat, nak sampai rumah sebelum masuk waktu Maghrib. Kalau tak banyak lagi barang masuk dalam troli tu hehehe..



Thursday, February 6, 2025

Pertama Kali Main Pickleball

Sekarang ini tengah trending dengan sukan baru yang bernama Pickelball. Sebelum ini ai hanya tengok melalui influencer, selebriti dan beberapa orang lain bila mereka main Pickleball di Instagram. Masa tu sekadar tengok sajalah. Tak sangka pula enZaf ajak ai dan anak-anak main Pickleball. Katanya bila lagi nak mencuba. Memandangkan ai suka main aktiviti luar, maka lajulah kata "ON" hehehe.. Pada awalnya kami pergi ke Pickle Point, Sungai Penchala tetapi tempat tu dah penuh. Dari situ kami terus ke Pickle Park pula di PJS 13.



Sementara menunggu enZaf di kaunter, ai ajak anak-anak bergambar dengan cermin sebelah kaunter ni. Cermin ni pun trending jugakan. Nampak banyak majlis kenduri kahwin pakai cermin ini.





Memandangkan kami belum lagi ada Pickleball paddle/racket, jadi perlu sewa untuk bermain permainan ini. Kalau ada paddle sendiri tak perlu sewa dan hanya bayar sewaan court sahaja.



Pada awal permainan, masing-masing kekok sebab tak tahu cara bermain. Lama-lama semua dah dapat rentak dan makin rancak masing-masing 👍😁





Kami berlima perlu bergilir untuk bermain. Seorang terpaksa menunggu giliran. Qaireen pula memang tak nak join main langsung. Dia nak lepak tepi sambil main phone saja uhuhuhu...



Bergambar dalam court sebelum balik. Masing-masing dah berlengas.







Menarik juga lah bila dah merasa bermain Pickleball ni. Permainannya nampak macam main tenis, cuma saiz court, paddle dan bolanya berbeza. Cara permainan pun ada berbeza juga dengan tenis. Nampak saja kecil tapi penat jugalah mainnya. Nak nak yang umur remaja purba ini hahaha.. sebab tu ramai tennis ex-player main pickleball ini. Kurang lah nak berlari sana sini 😜 Bagi ai memang boleh ajak main lagi. Seronok kami anak beranak, enjoy je. Sebelum keluar dari Pickle Park, sempat lagi ai ambil gambar di cermin ini. Akak Zahra pun tiba-tiba menyelit sama.



Sukalah tempatnya. Bersih dan cantik je. Anak-anak paling suka toiletnya ahahha... sebab toiletnya cantik macam hotel dan sejuk sebab ada aircond. Rasa panas je, masuk lah dalam toilet tu 🤣. Sebelah court ini ada kedai makan. Tak ingat pula apa nama kedai makan tu, nampak cantik juga tapi kami tak makan kat situ. enZaf ajak makan kat tempat lain. Kami makan di Kanna Curry House. Ya ampun, dah penat-penat buang lemak, bertambah semula lemak. Bukan tambah sikit, tapi tambah dua kali ganda 😏.



Bola pickleball ini kena beli masa nak main. Simpan satu buat kenangan pertama kali main. Kalau datang lagi sekali boleh je pakai bola ini semula, tak perlu beli dah.



Lepas kami makan di Kanna, enZaf ajak ke IPC pula. Katanya nak bawa Qaireen berjalan. Layan dia pula lah.