Monday, July 21, 2025

BJRC Girls Day Out

Coach Rugby Aliah ada maklumkan dalam Whatsapp group, dia nak hantar satu team untuk tackle. Pada mulanya ai ingat coach nak bawa tackle teamnya, rupa-rupanya player yang main touch pun boleh cuba main tackle ini. Ai beritahu Aliah nak cuba tak, dia macam takut nak main tapi pada akhirnya dia kata boleh lah nak mencuba. Daddy dia pula agak terkejut bila tahu Aliah nak main tackle. Dia cepat risau kalau apa-apa melibatkan hal anak ini, berbeza dengan ai sebab ai suka anak-anak ini mencuba benda baru. Game ini kategori friendly yang dianjurkan oleh Bukit Jelutong Rugby CLub (BJRC) dan mereka ada buat untuk kategori U15 Contact 🏈. Selain itu kategori Touch.



Sementara game bermula, anak-anak semua warm-up dan bapa-bapa setup khemah 💪🏕️.



Dua keping gambar di bawah ini, ai ambil dari photographer yang anak-anak ini uruskan. Cantik gambar dia ambil, boleh tengok Instagramnya di lensa.fizie. Ada gambar lain tapi ai letak dua saja lah 😆.











Hampir pukul 1 habis. Dorang main sebanyak lima games, empat menang dan satu seri. Permulaan dan pendedahan yang baik buat anak-anak. Harap-harap semuanya enjoy, itu pun ada beberapa orang injured, moga cepat sembuh hendaknya.



Aliah pun seronok, katanya best cuma kalau nak main tackle ni, fitness kena tiptop. Penat nak jatuhkan orang tu, kena pakai tenaga banyak hehe.. Gambar ai dengan Aliah ini pakai handphone enZaf, itu yang cantik warna gambar tu. Beza betul warna gambarku hahaha...





Alang-alang dah berada di Shah Alam, enZaf ajak lunch makan ikan Patin di Temerloh Kitchen Signature.



Laju-laju kami makan sebab dalam pukul 3 petang, Ariq pula ada bola. Liga Madani di Havea Arena ⚽. Kali ini ai tengok dari dalam kereta saja, nak keluar dah tak larat. Muka pun dah panas dek sunburn. Parking spot pula tak menarik, tempat ini saja kosong. Mengadap la tiang gol yang dorang letak tepi padang ini huhuhu...



Thursday, July 3, 2025

Makan Durian Lewat Malam

Pukul 11 malam kami keluar mencari durian. enZaf memang suka ajak makan durian malam-malam, katanya tak rasa panas sangat badan tu bila makan durian waktu malam hahaha.. Kali ini saja nak makan durian jauh sikit di SS2. Sebelum ini kami makan kat Rizky Durian saja, senang dekat dengan rumah. Kami pergi Durian Man. Konon nak cuba makan sini sebab tak pernah lagi jejak ke sini, sekali bila masuk dalam rasa nak pitam tengok harganya. Di sini duriannya memang premium jadi harga marhain memang tak adalah. Terus enZaf ajak ke tempat lain hahaha.. sebelum itu sempatlah ai ambil gambar Qaireen 📸. Tak dapat makan sini, ambil gambar pun jadilah kan 🤣.





Area SS2 banyak gerai jual durian, tinggal pilih sajalah mana satu nak pergi. Dan akhirnya kami berhenti di kedai ini.



enZaf ambil Durian Musang King.









Ariq dia kurang gemar Musang King, dia suka lagi Udang Merah. Jadinya Daddy dia tambah lagi durian Udang Merah untuknya.



Qaireen ini dia tak berapa banyak sangat makan durian. Setakat satu ulas saja dah cukup. Dia suka cendol durian lagi.



Monday, May 12, 2025

Kursus Kepimpinan Unit-Unit Khas

Sabtu lepas Aliah dan Ariq pergi kursus Kepimpinan anjuran sekolahnya di Segi University. Melibatkan Pengawas Sekolah, Pengawas SPBT, PRS, PSS Pengawas Koperasi, Majlis Ketua Tingkatan dan Skuad Badar. Aliah wajib pergi sebab Pengawas Sekolah manakala Ariq dapat keizinan cikgunya untuk pergi sebagai Pengawas Koperasi walaupun dia baru dalam tempoh percubaan. Kalau tak salah ai, Tingkatan 1 hanya tiga orang saja yang mengikuti kursus ini. Bertuah lah untuk Ariq sebab dapat pengalaman 👍. Hantar mereka berdua pagi, hanya drop-off saja di lobi. Dah besar tak perlu lah hantar sampai ke dewan hehehe.. Ini kali ke dua ai masuk dalam Segi University, sebelum ini hantar akak Zahra untuk persedian UPSR. Sekali tahunnya UPSR dimansuhkan 🤭



Nak ambil gambar anak-anak, tapi masing-masing laju pula keluar dari kereta. Ariq nampak sipi saja hahaha..



Lepas hantar dorang ke Segi, kami terus keluar breakfast. Sempatlah juga berjalan ke The Curve. Tapi tak ambil gambar apa pun. Lewat petang baru pergi semula ke Segi untuk ambil Aliah dan Ariq. Sementara menunggu mereka berdua, ajak enZaf dan Qaireen selfie dalam kereta.



Oh! dah ada balik Pandora setelah sekian lama.. yeyyyy.. terima kasih enZaf.











Macam-macam ada dalam goodies bag. SEGI pun bagi booklet, dalam tu ada senarai program yang ditawarkan serta kemudahan yang disediakan. Senarai program itu ada disertakan sekali jumlah yuran. Tak mampu nak telan air liur terutamanya dalam medical degree hahaha.. memang kena ada duit kepok-kepok nak masuk sini. Kalau pakai loan, jenuh nak bayar.



Tiga gambar di bawah ini ai ambil dari Telegram sekolahnya. Ada lagi banyak gambar lain tapi masukkan ini je lah. Punyalah banyak gambar dan video, tak larat nak scroll dan belek satu-satu hahaha.. Comel bebenor anak bujangku sorang tu 😆. Keliling semua abang dan kakak.







Tuesday, May 6, 2025

Kami Genkru!

Perasaan yang tak dapat digambarkan bila dapat pergi konsert KRU bersama dengan kawan-kawan. Pergi konsert ini pun gara-gara si Nani dan TeeBee. Pada mulanya ai tak confirm lagi nak pergi ke tidak tapi melihat pada kegigihan mereka mereka battle dapatkan tiket maka pergi juga lah. Siap beli tiket extra lagi satu kot kot ada kawan lain nak join sama hihi.. Kami dapat tiket pada hari ke-dua. Beli tiketnya awal sampai kami semua hampir terlupa tarikh konsert KRU ini. Bila masing-masing tanya baru perasan lagi beberapa hari. Konon nak lah beli baju ikut tema bagai tapi tak sempat. Jadinya pakailah apa yang ada saja 😆



Ai dan Tee Bee pergi sekali. Nani datang asing dan lambat sikit, uruskan anak kecil dia sebelum pergi berjimba hehe..Nak bergambar dengan backdrop KRU tapi ramainya orang, semua tempat panjang beratur menunggu giliran. Nak tengok merchandise pun sama, beratur panjang juga huhuhu..





Sempat ambil poster free saja. Jadilah buat kenangan. Kalau zaman muda ni dah tampal poster kat belakang pintu atau dinding bilik hahaha.. 😅





Sementara menunggu Nani sampai dan masuk dalam dewan, kami pergi makan di Subway. Isi perut nanti lapar dan habis tenaga nak bernyanyi dan berjoget lagi hehehe.. 🫣🤭🤫



Dalam Subway nampak beberapa artis seperti Marsya Milan, Ziana Zain, Ernie Zakri dan suaminya, Amir Masdi dan beberapa lagi. Tak ambil gambar dengan dorang, tengok saja hihi.. On the way nak masuk dewan, sempat lagi bergambar. Kebetulan tak ada orang, ambil peluang laju-laju.



Beli tiket paling murah. Jadilah kan buat ghaso-ghaso orang nismilan kata. Tapi menarik jugalah viewnya dari tepi, nampak dekat juga. Nampak la muka Norman, Edry dan Yusry. Kalau duduk bahagian tengah agak jauh dengan stage. Yang bawah tu untuk ai tak sesuai, lindung dengan kepala orang saja. Orang rendah gitulah hahaha..









Oh ya! enZaf ada juga pergi konsert KRU ini. Dia kena paksa rela dengan ai last minutes hahaha.. kawan kami lagi sorang tak jadi nak pergi. Sambil tu dia jadi driver dan photographer terus lah hahaha.. Redha lah dia, dia bukan peminat KRU terpaksa jadi GenKru malam tu 🤣. Ramai juga pasangan suami isteri datang konsert ini. Mungkin para suami kena teman isteri mereka juga.. sweet sangat 💕. Habis saja konsert terus laju-laju keluar dan balik. Sebelum itu sempat jugalah ambil beberapa gambar sebab tak ramai orang macam siangnya.





Seronok betul konsert KRU ini. Puas hati dapat menyanyi dan mengimbau kenangan muda remaja. Thanks to enZaf juga, izinkan wifenya bersuka ria. Dari dia tak nyanyi ada jugalah nampak dia menyanyi sama hehehe..

Monday, May 5, 2025

Birthday Fahrel yang ke-3

Sabtu lepas kami pergi rumah adik ai kat Cyberjaya. Mereka buat majlis hari jadi untuk Fahrel yang ke-3 tahun. Pejam celik dah 3 tahun anak buah Mak Long ini ya. Tiba-tiba flash back balik masa ai jaga dia baby sampai lah umur setahun. Rindunya lah hai masa tu, walaupun jaga sekejap tapi kami sekeluarga sayangkan dia. Okay berbalik pada cerita asal, kami sampai lambat sedikit sebab menunggu Ariq habis main bola. Masa sampai di rumah adik ai, hujan turun dengan lebatnya. Mujurlah makanan dan minuman kat depan rumah tak terkesan.





Tema birthday Fahrel ini Spiderman. Sebelum hari jadi ni, ada jugalah ai mencari baju Spiderman untuk Ariq tapi banyak ai tak berkenan sebab coraknya serabut sangat hahaha.. jadi Ariq pakai sajalah baju apa yang ada. Yang lain-lain tu ai pun beritahu pakai apa yang ada saja 🤭. Anak-anak ini benda pertama dia tuju kat bahagian snack. Bukan main laju masing-masing ambil mana yang nak ya. Lepas tu kalau snack tu dah berkurangan ai suruh Ariq dan Aliah top-up kan. Kerja dorang bahagian tu hahaha..



Wajiblah ambil gambar dengan birthday boy kan. Masa ini majlis dah selesai. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik. Ramai juga jemputan adik ai, full house. 🥰







Happy Birthday Fahrel!!! 🍰🎈🎉 Semoga menjadi anak yang soleh dan bijak pandai di dunia dan di akhirat 🤲. Lewat petang cuaca pun dah elok, hujan pun dah berhenti. Anak-anak ini sempat pergi playground untuk bermain. Mujur ada Pak Su dan Mak Su boleh meneman dorang semua. Apa guna ada mak saudara bongsu kan 😜 hehehe... Lepas Maghrib buka hadiah pula. Fahrel jadi malu-malu sebab kami semua tunggu dan tengok dia. Banyak hadiah dia dapat 🎁. Cukuplah stok setahun dua mak dia tak perlu beli mainan lagi hehehe..



Dalam album gambar phone ai ni, penuh dengan gambar Aliah dan Ariq. Bukan main berootd masing-masing. Ai ambil lah sekeping sorang untuk simpan dalam blog ini.