Keesokkan harinya enZaf ajak keluar ke The Curve. Boring katanya duduk rumah hahaha.. sejenis yang tak reti duduk diam dalam rumah beginilah. Mesti nak keluar juga walaupun sekadar ke mamak ðĪ. Maka bersiap-siaplah semua. Disebabkan keluar tanpa hala tuju, maka kami jalan pusing-pusing dalam mall. Sempatlah ambil gambar deko sempena Tahun Baru Cina.
Cantik juga deko kali ini sebab ada kolam kat bawah Qaireen itu. Dan ada pula yang baling duit syiling dalam tu. Make a wish barangkali, macam-macam.
Merata juga kami berjalan, dari bawah sampai ke tingkat atas. Selalunya kalau pergi The Curve ini, jarang sangatlah naik ke atas. Jalan bawah saja sebab nak pergi makan. Bila sampai di kawasan indoor arcade games, semua meluru masuk ke dalam tu ðđð. Ai pun laju beli token, bagi anak-anak seronok. Eh! bapak budak pun seronok juga, tup tup dia main game sama ðĪŠ.
Sebelum balik kami singgah Baskin-Robbins. Seronoklah si bongsu ini dapat makan aiskrim.
Sejak akak Zahra dah habis sekolah, baru rasa lengkap rumah ini. Berjalan sana sini ada dia. Kalau tak rasa tak complete. Sementara dia ada ni, gunalah masa bersama-sama sebanyak yang mungkin kan. Nanti dia sambung semula belajar, kurang balik sorang. Kami ada offer dia buat lesen kereta tapi dia masih belum bersedia. Tak tahu kenapa dia tak yakin lagi nak ambil lesen, tapi kami tidak lah paksa. Kita tunggu saja lah sampai bila tu hehehe...
Lepas selesai pergi JMU di Putrajaya, kami singgah Sunway Pyramid Mall pula. enZaf nak tengok boot bola katanya. Baru saja kami berjalan dalam mall tu, tiba-tiba Qaireen cakap lapar. Huish.. baru saja makan petang dia dah lapar. Ai cakap dengan dia sekejap lagi baru makan, rasanya nada suara ai tak keras tapi dia ingat ai marah dia huhuhu... patutlah sepanjang jalan tu dia senyap saja. Masa tu tak perasan lagi, dah masuk dalam butik Adidas baru tahu dia merajuk hehehe.. Gambar di bawah ini ai tak perasan lagi dia merajuk.
Nak keluar dari butik Adidas tu, dia bagi ai notebooknya. Aduhai anak, sedih pula bila Mummy baca. Terus menerus ai pujuk dia. Anak bongsu ini memang tak boleh ai naik suara sikit, mula lah sentap dan berair mata tu. Itu pun lama juga nak memujuk. Kuat menangisnya ððŦ
Untuk mengubati kesedihannya, Daddy dia belikan makanan kegemarannya iaitu sushi di Empire Sushi. Lepas beli makanan dia tu masih ada sedikit kesedihan lagi. Kami sambung jalan dalam mall dan ai ternampaklah butik Sanrio. Tak pernah nampak dalam mall lain, ini pertama kali nampak di Sunway Pyramid ni. Teruslah laju bawa Qaireen masuk dalam kedai itu. Nampak dah muka tu dari sedih jadi gembira hehehe.. Ai pun beritahu dia Qaireen ambil lah nak beli apa. Dia sampai pening tak tahu nak beli apa sebab banyak sangat Kuromi dia tu hahaha.. Kakak-kakak dia pun tumpang selit sama beli barang juga. Aliah tu dia suka Hello Kitty, akak Zahra dia biasa saja. Dalam pada biasa tu dia ada juga ambil satu keychain ð
Tengah nak membayar dikaunter, tiba-tiba mesin kadnya tak boleh pakai. Bayar dengan cash sahaja. Kebetulan ai bawa duit banyak sikit dari biasa, dan nasib juga Qaireen ambil tak banyak barang hahaha.. fuh! selamat ðĪĢ Alhamdulillah, mood Qaireen terus baik. Dapatlah Mummy sambung jalan dengan aman heheh. Begitulah kisah anak bongsu ini ðĪ.
Dapat juga pergi Karnival Jom Masuk Universiti 2026 (JMU) di Putrajaya. Kalau diikutkan macam tak dapat pergi sebab ada macam-macam hal yang perlu dibuat. Tiba-tiba lepas pukul 2 petang enZaf suruh bersiap pergi JMU. Lajulah kami semua bersiap sebabnya JMU ini sampai pukul 5 petang sahaja. Kami pergi ini pada hari Sabtu dan hari Sabtu ini juga adalah hari jem sedunia ððŪðĻ, mana-mana arah nak pergi sesak dengan kereta. Alhamdulillah kami sampai dalam pukul tiga lebih hampir pukul empat juga. Itu pun enZaf dropkan ai dan akak Zahra dahulu sementara dia mencari tempat nak parking kereta. JMU ini diadakan di Kompleks Perbadanan Putrajaya dan kebetulan hari yang sama turut diadakan Hari Terbuka Putrajaya, bertambah sesaklah kawasan ini. Sempatlah ambil gambar sedikit buat tanda hadir gitu hihihi...
Ambil gambar akak Zahra di booth UPM. Semoga ada rezeki dia masuk Asasi di sini. Pilihan pertamanya dia nak ke sini. Harap-harap dapatlah kan, sebab dia ada juga riki selain IPTA, kalau IPTS dia dah tau nak pergi mana sebab situ ada program yang dia nak ðŽ... tengok yuran IPTS ya ampun... pitam Daddy dia hahaha...
Kebetulan ada booth BSN, ai pergi tanya boleh beli no pin UPU di sini, dan staf situ kata boleh. Terus beli, alhamdulillah senang dan pantas. Masa nak bayar kena pakai cash sahaja, nasib baik ada duit dalam purse haha.. sekarang ni dah la ai jenis kurang bawa cash.
Menarik JMU ini. Bagus ada buat karnival macam ini, banyak juga lah info akak Zahra dapat. Dari sekolah rendah dia dah ada hala tuju dan tahu nak apa, bila ada JMU ini bukalah minda dia sikit pilihan lain selain apa dia nak. Nanti dalam borang UPU ada 12 pilihan yang perlu dibuat. Kalau tak dapat yang dia idamkan atleast ada lah option lain dia pergi. Setiap universiti program berbeza terutamanya pada Ijazah Sarjana nanti. Daddy dan Mummy beri ruang untuk anak-anak pilih berdasarkan minat dan pilihan masing-masing, kami bantu dorongkan dan bagi pendapat jika diperlukan. Ai dan enZaf sepakat tidak menekan atau paksa belajar benda yang tidak minat. Nampak dan rasa macam senangkan tapi tidak. Nak ikut rentak remaja ini banyak try and errornya. Yang penting kita cuba sehabis baik.. chayok hehehe
Sebelum keluar Putrajaya, kami singgah Food Court di Precint 9. Lama tak makan di sini. Masa Aliah training ragbi di Putrajaya dulu, selalulah singgah makan sini. Kalau ke sini ai suka makan Laksa Johor, Mee Bandung dan Nasi Ayam. Dan banyak lagi makanan yang sedap. Sayangnya kat area rumah tak ada food court best macam ni ð.
Tengah makan hujan turun dengan lebatnya. Tup tup ada orang tu beli Durian Musang King sementara menunggu hujan reda. Lebar senyum orang tu hehe...
Sedap duriannya. Yang makan Musang King ai, enZaf dan Aliah. Ariq makan seulas saja, dia lebih suka Udang Merah. Akak Zahra dan Qaireen geng tak makan durian. Ai puas pujuk Qaireen makan tapi dia memang tak nak, sama macam kakak Zahra dia huhuhu.. Tak tahu la dua orang ini ikut siapa. Sebab blah ai dan enZaf semua hantu durian ðĪŠ.