Tuesday, May 6, 2025

Kami Genkru!

Perasaan yang tak dapat digambarkan bila dapat pergi konsert KRU bersama dengan kawan-kawan. Pergi konsert ini pun gara-gara si Nani dan TeeBee. Pada mulanya ai tak confirm lagi nak pergi ke tidak tapi melihat pada kegigihan mereka mereka battle dapatkan tiket maka pergi juga lah. Siap beli tiket extra lagi satu kot kot ada kawan lain nak join sama hihi.. Kami dapat tiket pada hari ke-dua. Beli tiketnya awal sampai kami semua hampir terlupa tarikh konsert KRU ini. Bila masing-masing tanya baru perasan lagi beberapa hari. Konon nak lah beli baju ikut tema bagai tapi tak sempat. Jadinya pakailah apa yang ada saja πŸ˜†



Ai dan Tee Bee pergi sekali. Nani datang asing dan lambat sikit, uruskan anak kecil dia sebelum pergi berjimba hehe..Nak bergambar dengan backdrop KRU tapi ramainya orang, semua tempat panjang beratur menunggu giliran. Nak tengok merchandise pun sama, beratur panjang juga huhuhu..





Sempat ambil poster free saja. Jadilah buat kenangan. Kalau zaman muda ni dah tampal poster kat belakang pintu atau dinding bilik hahaha.. πŸ˜…





Sementara menunggu Nani sampai dan masuk dalam dewan, kami pergi makan di Subway. Isi perut nanti lapar dan habis tenaga nak bernyanyi dan berjoget lagi hehehe.. 🫣🀭🀫



Dalam Subway nampak beberapa artis seperti Marsya Milan, Ziana Zain, Ernie Zakri dan suaminya, Amir Masdi dan beberapa lagi. Tak ambil gambar dengan dorang, tengok saja hihi.. On the way nak masuk dewan, sempat lagi bergambar. Kebetulan tak ada orang, ambil peluang laju-laju.



Beli tiket paling murah. Jadilah kan buat ghaso-ghaso orang nismilan kata. Tapi menarik jugalah viewnya dari tepi, nampak dekat juga. Nampak la muka Norman, Edry dan Yusry. Kalau duduk bahagian tengah agak jauh dengan stage. Yang bawah tu untuk ai tak sesuai, lindung dengan kepala orang saja. Orang rendah gitulah hahaha..









Oh ya! enZaf ada juga pergi konsert KRU ini. Dia kena paksa rela dengan ai last minutes hahaha.. kawan kami lagi sorang tak jadi nak pergi. Sambil tu dia jadi driver dan photographer terus lah hahaha.. Redha lah dia, dia bukan peminat KRU terpaksa jadi GenKru malam tu 🀣. Ramai juga pasangan suami isteri datang konsert ini. Mungkin para suami kena teman isteri mereka juga.. sweet sangat πŸ’•. Habis saja konsert terus laju-laju keluar dan balik. Sebelum itu sempat jugalah ambil beberapa gambar sebab tak ramai orang macam siangnya.





Seronok betul konsert KRU ini. Puas hati dapat menyanyi dan mengimbau kenangan muda remaja. Thanks to enZaf juga, izinkan wifenya bersuka ria. Dari dia tak nyanyi ada jugalah nampak dia menyanyi sama hehehe..

Monday, May 5, 2025

Birthday Fahrel yang ke-3

Sabtu lepas kami pergi rumah adik ai kat Cyberjaya. Mereka buat majlis hari jadi untuk Fahrel yang ke-3 tahun. Pejam celik dah 3 tahun anak buah Mak Long ini ya. Tiba-tiba flash back balik masa ai jaga dia baby sampai lah umur setahun. Rindunya lah hai masa tu, walaupun jaga sekejap tapi kami sekeluarga sayangkan dia. Okay berbalik pada cerita asal, kami sampai lambat sedikit sebab menunggu Ariq habis main bola. Masa sampai di rumah adik ai, hujan turun dengan lebatnya. Mujurlah makanan dan minuman kat depan rumah tak terkesan.





Tema birthday Fahrel ini Spiderman. Sebelum hari jadi ni, ada jugalah ai mencari baju Spiderman untuk Ariq tapi banyak ai tak berkenan sebab coraknya serabut sangat hahaha.. jadi Ariq pakai sajalah baju apa yang ada. Yang lain-lain tu ai pun beritahu pakai apa yang ada saja 🀭. Anak-anak ini benda pertama dia tuju kat bahagian snack. Bukan main laju masing-masing ambil mana yang nak ya. Lepas tu kalau snack tu dah berkurangan ai suruh Ariq dan Aliah top-up kan. Kerja dorang bahagian tu hahaha..



Wajiblah ambil gambar dengan birthday boy kan. Masa ini majlis dah selesai. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik. Ramai juga jemputan adik ai, full house. πŸ₯°







Happy Birthday Fahrel!!! πŸ°πŸŽˆπŸŽ‰ Semoga menjadi anak yang soleh dan bijak pandai di dunia dan di akhirat 🀲. Lewat petang cuaca pun dah elok, hujan pun dah berhenti. Anak-anak ini sempat pergi playground untuk bermain. Mujur ada Pak Su dan Mak Su boleh meneman dorang semua. Apa guna ada mak saudara bongsu kan 😜 hehehe... Lepas Maghrib buka hadiah pula. Fahrel jadi malu-malu sebab kami semua tunggu dan tengok dia. Banyak hadiah dia dapat 🎁. Cukuplah stok setahun dua mak dia tak perlu beli mainan lagi hehehe..



Dalam album gambar phone ai ni, penuh dengan gambar Aliah dan Ariq. Bukan main berootd masing-masing. Ai ambil lah sekeping sorang untuk simpan dalam blog ini.





Tuesday, April 15, 2025

Dinner at Driving Range

Lama enZaf tak bawa pergi driving range. enZaf sendiri pun dah kurang main golf sejak dia sibuk uruskan padang bola. Bila tiba-tiba dia ajak semua ikut dia driving range apa lagi kan. Laju la semua bersiap. Nak pula Ariq pun nak main, lama tak pegang kayu golf katanya hehehe.. Betapa lamanya tak pergi, rupa-rupanya tempat driving range ni dah buat dua tingkat. Hospital yang berada di sebelahnya pun dah siap sepenuhnya hehehe..



Tak sangka Qaireen pun nak cuba main golf. Apa yang ai perasan dia suka aktiviti yang melibatkan kayu atau peralatan di tangan. Dia pernah cakap dia nak main hoki dan archery. Ai dah beritahu Daddynya tapi belum ada respon lagi. Kalau Qaireen bersukan juga, kami tak cukup tangan nak handle semua. Kena pula aktiviti berlainan dan hujung minggu, yang ada sekarang ini pun dah full huhu... Kesian pula dekat dia. Tunggu dia besar sikit la kan.



Paling best kalau pergi sini adalah makanannya. Tak sangka rasa kesedapannya sama macam dulu. Duduk lama pun tak kisah sebab ai dapat kenyangkan perut.



Tengah makan, nampak bulan cantik terang. Cuba lah ambil gambar. Tak secanggih handphone Samsung boleh zoom jauh. Handphone ai ini je mampu hahaha.. jadilah kan.



Sehari sebelum, Ariq buatkan Bread Butter Pudding. Roti Gardenia nak expired, masih banyak lagi bakinya. Ariq ni memang rajin dan suka masak-masak gini. Aliah pun suka, kadang-kadang dua orang ni bergilir buat.





Pergi One Utama, jalan di bahagian old wings. Nampak kiosk Cinnabon. Terus beli bawa balik untuk anak-anak. Sejak Cinnabon yang lama tu tutup, lama dah tak makan.. Kalau tengok pada logonya lebih kurang sama saja. Tapi tekak ai rasa yang lama punya lagi sedap.



Tuesday, April 1, 2025

Hari Raya 2025

Raya tahun ini sama macam raya-raya sebelum ini. Kami akan beraya dahulu di rumah sendiri sebelum beraya ke rumah parents. Awal pagi enZaf dan Ariq akan keluar solat raya. Ai dan anak-anak dara akan menyiapkan juadah raya dan bersiap-siap dengan pakaian raya. Oh raya tahun ini kami ulang pakai baju masa hari pernikahan adik ai. Lagi pun baju tu kami baru pakai sekali saja. Jimat sikit dah belanja tu hihi.. Oh ya! raya tahun ini Aliah dan Ariq buat dua jenis kuih raya, Honey Cornflakes dan Popia Nestum. Ai tolong part goreng popia. Selebihnya mereka berdua buat sendiri πŸ‘.





Makanan raya anak-anak request Nasi Impit bersama kuah Lontong. Suka betul dorang ni makan Lontong masa hari raya. Kalau hari lain tak pula minta buatkan. Lagi satu Lontong kat kedai taknak, hanya Mummy masak saja yang dorang makan. Macam-macam perangai pula ya. enZaf makan kuah Lontong dengan Lemang. Ikutlah tekak masing-masingkan πŸ˜‹



Dah selesai makan, barulah sesi bermaaf-maafan, beri duit raya dan bergambar. Ai paling suka bab bergambar sebab dah senang banyak hihi.. πŸ“ΈπŸ₯°















Dan buat kali pertama kami buat video TikTok πŸ˜†. Sajalah ajak anak-anak, sekali semua jawab okay. Paling tak sangka, enZaf pun kata okay. Satu kejadian yang luar biasa, sebabnya dia memang tak layan benda-benda media sosial ni sangat hahaha... Ini pun Aliah tolong uploadkan video dalam akaun TikTok ai. Kiranya dia adminlah untuk akaun ai tu. Lama dah download tapi jarang buka. Ada satu je video dalam tu, jadilah kan.



Kami buat video ini malam. Lepas kami beraya rumah dua-dua parents. Muka dan badan dah berlengas dengan penat semua cukup. Tapi semuanya gigih melayan permintaan Mummy. Terima kasih semua. Sayang korang! 😘

Monday, March 17, 2025

Akak Zahra is 17th!

MasyaAllah, anak sulongku sudah mencapai umur 17 tahun. Besar dah dia walaupun saiz badan kecil macam Mummy juga hehehe... Tak apalah kak tak besar dari Mummy, yang penting kamu sentiasa sihat dan ceria selalu. Itu lagi pentingkan. Kami sambut birthday dia awal dua hari sebab hari jadinya jatuh pada hari Isnin. Dan hari Ahad dah kena hantar dia balik asrama pula. enZaf ajak keluar ke Paradigm Mall. Akak Zahra minta hadiah buku, jadi kami terus ke Popular dan singgah mana-mana kedai yang dia berkenan. Layankan saja birthday girl nak apa. Tapi ada sorang tu dia usha barang kat Padini. Tahu dah dia tengok apa, ada Kuromi di situ hehehe... Mummy tak layan dia nak apa, hanya tengok saja πŸ˜… Ai berkenan dengan kasut sneakers My Melody tu πŸ‘ŸπŸ€­







Kami berbuka puasa di Blackbixon.















Happy 17th Birthday akak Zahra!!! πŸ°πŸŽ‰ Tahun ini dia ambil peperiksaan SPM. Mummy doakan akak Zahra dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik, tenang dan mendapat keputusan yang cemerlang 🀲.



Daddy dia cakap habis exam SPM boleh buat lesen kereta pula. Yey.. senanglah nanti Mummy ada driver lagi sorang. Oh balik dari Paradigm, dia terus buat bunganya itu. Akak Zahra memang suka lah benda melibatkan craft gini. Kusyuk dia buat sampai habis.