Thursday, May 7, 2015

Bercuti ke Jakarta


Pada 1hb Mei cuti baru-baru ini kami ke Jakarta. Flight kami pada waktu petang dalam pukul 5.20. Maka tiada kejadian yang huru hara untuk ai kejutkan anak-anak waktu pagi hihi.. nak ke airport pun tiada rushing. Sebenarnya anak-anak ini tak tahu pun nak pergi bercuti. Apa entah lagi nak naik aeroplane. Bila sampai di KLIA barulah mereka ni tanya, kenapa datang ke sini. Masa itulah ai beritahu dorang yang kita akan naik kapal terbang untuk bercuti. Bukan main seronok masing-masing. Ai malas nak cakap awal-awal pasal bercuti ini, nanti setiap minit dorang bertanya. Tahulah "zikir" tak henti-henti :)



Aliah teruja bila nampak giant sandwich. Dia pantang nampak makanan, kalau ada makanan depan mata semua dia nak makan. Mujur bukan betul kalau tak mahunya dia dah gigit tu haha...



Bergambar laju-laju sebelum solat Asar dengan Aliah. Sempat lagi kan hihi... nak beritahu yang ai pakai baju baru, eh cardigan baru :p



Bukan kami sahaja ke sana, kami bercuti bersama dengan kawan enZaf, Faizal sekeluarga. Bersama anak-anak tu ialah Fateen berbaju hijau. Jadi geng ke Jakarta nanti. Ada sorang lagi anak Faizal, Faheem.. yang itu dah besar sikit tengah main game.



Jadual penerbangan kami delay dalam 25 minit. Sementara menunggu tu anak-anak dah buat macam dalam rumah sendiri dengan berlari, memekak bagai huhuhu.. malu ai. Dah berapa kali warning jegil-jegilkan mata. Tak jalan :(



Kami ke Jakarta ini menaiki kapal terbang Luthansa. Tempat duduk tak dapatlah sekali sebab ramai tenterakan hahaha.. kena asing tapi masih dalam satu barisan. Zahra dan Aliah nak duduk berdua katanya. Alahai nak oi, Mummy tengok macam dah besar sangat lah pula nak duduk asing di sana.



Anak-anak leka seketika bila dapat mainan masing-masing sebelum nak take off. Luthansa bagi flash card dan puzzle.



Sebelah kerusi ai kosong, lama sikit Aliah datang nak duduk sebelah ai pula hehehe...



Tinggal lah Zahra seorang di sana. Pandai dia bawa diri. Dapat makan dan tengok movie okay lah dia tu. Memang senang.



Tetapi berbeza dengan Aliah dan Ariq, mereka berdua jenis tak boleh duduk diam lama-lama. Tengok kartun sekejap lepas tu dah rimas nak berjalan sana sini. Ai cuba bayangkan macamanalah masa penerbangan yang panjang. Kot lah nak pergi London ke kan hahaha.. haru dibuatnya.

4 comments:

  1. yati kalo kita bercuti sesama ko dpt bayangkan x ahahha terbalik epot dorang kojekan ...seronok weh cpt sket hapdet jenjalan kat sana aku neh nak pg tatau tahun bila tgk org hapdet pon dah happy ahaha

    ReplyDelete
  2. waaahhh.. bestnya gi cuti-cuti.. :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..
    JOM BERKUNJUNG KE SABAH
    kami akan MeRealisasikan percutian anda bila berkunjung ke Sabah,
    BORNEO KINABALU TOUR & TRANSPORT SDN. BHD

    PAKEJ 3HARI 2MALAM

    01/ Hari Pertama (OVERNIGHT KUNDASANG)
    1000 : Jemput di Lapangan Terbang KKIA Terminal 1/2
    1030 : Melawat Rumah Terbalik (up side Down House) Tamparuli.
    1130 : Melawat Pekan Nabalu
    1230 : Melawat Ladang Lembu (Mini New Zealand).
    1400 : Makan Tengah hari di Kundasang.
    1600 : Check in Hotel/Homestay/Chalet (Kundasang)
    1900 : Hantar untuk Makan Malam pekan kundasang.
    *Tour Tamat*

    02/Hari Kedua (TOUR KUNDASANG & RANAU)
    0900 : Jemput dari Hotel/Homestay/Chalet
    1000 : Melawat Ikan Spa.
    1130 : Melawat Hot Spring, Canopy Walk & Air Terjun.
    1600 : Melawat Jambatan Tamparuli.
    1700 : Melawat Yayasan Sabah.
    1730 : Melawat Masjid Bandaraya Kota kinabalu.
    1800 : Melawat Signal Hills.
    1830 : Melawat pasar kraftangan (Pilipino Market).
    2000 : Check in Apartment Marina Kota kinabalu.
    *Tour Tamat*

    03/ Hari Ketiga (SAPI, MANUKAN ISLAND & AIPORT TRANSFER)
    0830 : Check Out dari Apartment Marina ke Jeti Jesselton Point.
    0900 : Menaiki bot ke pulau Sapi (aktiviti pantai & snorkelling).
    1200 : Makan tengah Hari BBQ yang disediakan.
    1245 : Menaiki bot ke pulau Manukan (aktiviti pantai & Snorkelling)
    1500 : Menaiki Bot ke jeti Jesselton Point.
    1530 : Jemput dari jeti Jesselton Point & Melawat Tanjung aru Beach.
    1700 : Transfer ke Airport KKIA T1/2
    *Tour Tamat*

    Pakej ini Termasuk :
    1). Pengangkutan Selama 3Hari 2Malam
    Van Pelancongan @ Taxi Limousine
    Pemandu
    Minyak
    Muatan Maksimum 10 Dewasa
    2). Penginapan Homestay Kundasang & Marina Apartment Kota Kinabalu
    May Homestay Kundasang (1Night)
    Marina Apartment Kota kinablu (1Night)
    3). Tiket-Tiket Masuk tempat lawatan
    Rumah Terbalik (up side down house)
    Ladang Lembu
    Hot Spring
    Ikan Spa
    4). Pulau Sapi & Manukan
    Tiket pulau Sapi
    Tiket pulau Manukan
    Insurance
    Bot
    Jaket Keselamatan
    Maks Snorkelling
    Makan Tengah Hari BBQ di Pulau Sapi.
    Untuk keterangan pakej lebih lanjut bole berhubung,
    En Roslan 0168392919 (whatsapp)
    Email : borneoukinabalutour@gmail.com

    ReplyDelete