Keesokkan harinya enZaf ajak keluar ke The Curve. Boring katanya duduk rumah hahaha.. sejenis yang tak reti duduk diam dalam rumah beginilah. Mesti nak keluar juga walaupun sekadar ke mamak ðŸ¤. Maka bersiap-siaplah semua. Disebabkan keluar tanpa hala tuju, maka kami jalan pusing-pusing dalam mall. Sempatlah ambil gambar deko sempena Tahun Baru Cina.
Cantik juga deko kali ini sebab ada kolam kat bawah Qaireen itu. Dan ada pula yang baling duit syiling dalam tu. Make a wish barangkali, macam-macam.
Merata juga kami berjalan, dari bawah sampai ke tingkat atas. Selalunya kalau pergi The Curve ini, jarang sangatlah naik ke atas. Jalan bawah saja sebab nak pergi makan. Bila sampai di kawasan indoor arcade games, semua meluru masuk ke dalam tu 🕹😆. Ai pun laju beli token, bagi anak-anak seronok. Eh! bapak budak pun seronok juga, tup tup dia main game sama 🤪.
Sebelum balik kami singgah Baskin-Robbins. Seronoklah si bongsu ini dapat makan aiskrim.
Sejak akak Zahra dah habis sekolah, baru rasa lengkap rumah ini. Berjalan sana sini ada dia. Kalau tak rasa tak complete. Sementara dia ada ni, gunalah masa bersama-sama sebanyak yang mungkin kan. Nanti dia sambung semula belajar, kurang balik sorang. Kami ada offer dia buat lesen kereta tapi dia masih belum bersedia. Tak tahu kenapa dia tak yakin lagi nak ambil lesen, tapi kami tidak lah paksa. Kita tunggu saja lah sampai bila tu hehehe...

No comments:
Post a Comment