Hari Rabu yang lepas, sekolah Aliah mengadakan lawatan ke kilang coklat. Seperti kebiasaan, setiap kali sekolah nak buat lawatan, bukan main seronok dia buat countdown setiap hari. Mestilah seronok sebab dapat naik bas dengan kawan-kawan. Kejutkan bangun pagi pun senang sangat, kejut sekali saja dah celik biji mata. Siap cakap "yey" lagi tu hahaha...
Teruja sangat nak naik bas. Suka betul dia. Naik bas terus dia bangun cari Mummy dan lambai-lambai hihihi....
Ini merupakan second trip bagi tahun ni. Kali ini ke kilang coklat Beryl's di Puchong.
Nak diikutkan jadual balik dia dalam pukul 3 setengah petang tetapi dapat Whatsapp dari teachernya, mereka sampai lebih awal dalam pukul dua. Lajulah ai bersiap untuk ambil dia. Baru nak luruskan pinggang hehehe.. Ambil saja dia, dalam kereta Aliah sudah tidak sabar nak tunjuk apa yang dia bawa balik. Seronok dia dapat coklat.
Lusanya pula, Dutch Lady datang ke sekolah buat pelbagai aktiviti dan promosi.
Balik dari sekolah, banyak lah cerita Aliah dapat main pelbagai game itu ini. Nampak sangat seronok dia tu, tak berhenti-henti ceritanya. Setiap seorang dapat lunch box dan air kotak.
Di Genius Aulad ini banyak juga company datang untuk membuat aktiviti sambil promote barang mereka. Pada bulan lepas, Kementerian Kesihatan datang, mengajar tentang kesihatan gigi. Cara menggosok gigi dengan betul dan macam-macam lagi info mengenai gigi. Seronok ya anak-anak dapan pendedahan begini. Ini barulah sekolahkan.

1 comment:
best nyer aunt anna dulu x merasa pon ahahaha untung tau bebudak skrgkan hehehe
Post a Comment