Friday, November 5, 2010

Pegi Bercuti

Seronoknya bila dapat cuti-cuti Malaysia. Tambahan kalau pergi bercuti itu di tepi pantai, dapat tengok laut dan bermain pasir. Alang-alang dah bercuti, haruslah buat massage. Semua itu untuk releasekan stress sebelum kita masuk kerja hihih..

Kalau uols nak pesan apa-apa roger ya. Eh?! macam pergi jauh sangat padahal kat PD saja pun hahaha... Okay kawan-kawan blogku semua, selamat bercuti ya. Tiga hari bercuti ini mesti masing-masing banyak rancangan dah kan.

Enjoy your holiday and take care!


pic from Thistle Port Dickson Website.

Thursday, November 4, 2010

salah satu tips nak turunkan berat badan

KHASIAT PELUK ISTERI

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

`Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

`Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.


Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

`Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

`Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah. 


HAA...TUNGGU APA LAGI...PELUK JANGAN TAK PELUK

Tuesday, November 2, 2010

Ketika pantang


Weh weh weh korang ni semua, jangan la bandingkan berat korang dengan saiz badan yang normal itu dengan diriku. Ai ni orangnya kecil kemetot.. haruslah berat pun tak sama dengan korang. Kalau dulu masa zaman bujang beratku hanya 40kg. Bila dah kahwin automatik berat bertambah 5kg lagi. Huh senang-senang sahaja naik macam tu kan. Nak turun balik pada 40kg tu hanya mimpi. Sampai sudah tak turun-turun makin menaik ada la. Masa mengandungkan Zahra, berat badan naik sampai 51kg. Itu anak pertama, masuk anak ke dua ini lain pula. Masa mengandungkan Aliah berat sampai 54kg. Lepas bersalinkan Zahra Alhamdulillah dapat semula berat 45kg tapi sekarang ni lepas bersalinkan Aliah, aduhai susah betul nak turun. Lambat progressnya. Agaknya itu la beza bila dah bersalin lebih dari satu ini kan, badan dah banyak kembang dan lemak degil sana sini.. eh salahkan lemak padahal sendiri yang tak nak jaga :p

Masa dalam pantang anak ke dua ini, ai tiada membeli set jamu bersalin pun. Mengikut pengalaman berpantang masa anak satu, ai tak berapa makan sangat jamu. Masa tu beli brand Mustika Ratu. Walaupun jamunya dalam bentuk pil, ai masih culas ambil harian. Diri sendiri sejenis yang tidak berdisiplin lebih kepada malas. Jadi pantang kali ini ai beli apa yang perlu sahaja. Itu pun Abah yang belikan. Terima kasih Abah! Tetap jaga anak-anak dia walaupun dah berkahwin. Di bawah ini adalah keperluan yang ai pakai ketika dalam pantang.



Tiap pagi bertungku sebelum breakfast. Tungku ni dapat dari kawan, lupa dah brand ape. Tapi ape2 brand tungku herba semua elok. Senang je sediakan tungku ni, masuk je dlm microwave, dan panaskan dlm 2-3minit. Kegunaannya: • Untuk mengempis perut selepas bersalin • Mencairkan ketulan darah • Membuang angin • Mengecutkan rahim • Membantu proses pemulihan selepas bersalin dengan cepat Masa bertungku sampai panas dah hilang. Hasilnya, darah nifas cepat kering.. rahim cepat kecut. Masa berurut tu, makcik urut tu cakap kecut dah rahim awak ni cepat betul. Dah habis bertungku pakai losyen mustajab plak. Sapukan mana2 badan yang perlu. Masa 2 minggu pertama. I sapu semua badan. Fuh memula pakai terasa pijarnya..panaskan.. tapi lama2 rasa sedap je. Tempat yg I concentrate sapu biasala tang perut, peha dan lengan Kegunaannya: • Membakar lemak dan melangsingkan badan • Mengurangkan selulit • Melegakan sakit akibat sengugut • Sakit otot dan sendi • Kembung perut dan sakit belakang Hasilnya perut ku kurang gelebeh, tipula kata flat perut tu.. still ada lagi.. hehe Bahagian peha, nak2 tang celah kangkang, sblom ni berlaga. Skang tak lagi. Lengan pun takde dah gelebeh2.. Pastu pakai bengkung plak. Time pantang ni, I pakai bengkung dari sendayu tinggi. Nasib baik betul ok plak pakai kali ni, takde gatal2. Kalau dulu pakai dari mustika ratu, tak bole blah betul, gatal2. Kegunaan: • Mengempiskan perut • Merampingkan pinggang • Mengelakkan kemasukkan angin sejuk di liang-liang perut • Memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor • Mengelak kekenduran otot perut dan perut menggelebeh. • Menaik dan membentuk kembali punggung. • Mempercepatkan perut terasa `penuh` bagi mengelak terlebih makan.

Dah bertungku dan berbengkung bagai, pakai pilis lak. Sapu kat dahi tu kan. Kegunaannya: • Menyembuhkan pening • Menyembuhkan kabur mata, mata tidak selesa dan pitam selepas bersalin. • Nyaman pada mata. Lepas lunch, I makan pil herba dari Uraz. Herbs 21 Plus Capsule. 3biji sekali. Patutnya makan ni 2 kali. Tapi I makan sekali je siang. Takut effect kat baby, kang dia panas dan cirit birit plak sian. Kegunaannya: • Melegakan sakit pinggang dan sendi • Melawaskan buang air kecil dan besar Pas dinner, minum air herba. Tonic Mas Cotek, Serapat Gold Plus. Erkk dari tumbuh2an dan akar kayu harusla pahit2.. tapi masih bole telan lagi hehe Minum 2 sudu besar, 1 kali je sehari pas makan malam. Kegunaannya: • Mengetatkan saluran rahim • Membersihkan keputihan • Menegang dan leicinkan kulit • Menghilangkan bau yang kurang menyenangkan Ha air herba ni elok tuk pasangan yang susah nak hamil, digalakkan tuk minum air herba ni selama 3 bulan hingga setahun, insyaAllah ada hasilnya. Ape pun kita cuba usahakan, mudahan2 usaha tu berhasil. Tp tuk I bab ni pantang 100 hari tuk ensuami.. hihihi Seminggu pas bersalin pegi berurut plak, 3 hari berturut. KJMC hanya bagi, ubat sapu tuk bahagian jahit kat bawah tu. Tuk cepat kering dan baikkan. ponstan. Kalau rasa sakit ape makan la jika perlu. Ubat senang berak. Kalau sembelit jika ada. Takde la rahsia ape nak turun berat badan ngan cepat. Dlm pantang, hari2 makan nasi. Bagi breastfeedkan cepat lapar. Minum air takde sukat2, minum banyak. :) Mungkin dah ada anak 2 orang ni cepat la turunkan. Penat jaga 2-2.. terkejar sana sini. kesimpulannya jgn amik maid. Kan skang ni gigih nak kurus, kalau bole nak la turun 43kg ke kan. Zaf bising, dia kata ok dah wat ape nak kurus sangat. Tak cantik katanya. Maka dengan itu, nak jadi isteri solehah kan, I pun dengar la kata dia. Tak yah kuruskan lagi. Kang nak kurus gak dia tak suka wat ape kan. Biarla chubbylicious katanya hahahaha

Monday, November 1, 2010

Berat badan




Smalam diriku telah memberanikan diri menimbang berat badan.
Setelah sekian lama tak timbang.
Sejak dari last checkup (raya ke-4) sblm bersalin.
ecece cam la lama sangatkan hihi.
Berat sblom bersalin 54kg.


Dah naik atas scale tu, tak berani nak tgk brape.
Padahal tak nampak sebenarnya, rabun.
Ha kritikalkan rabun ku, sampai nak tgk berat bape pun tak nampak dah.
tapi taknak pakai spec gak huhuhu
Ha sudah2 bukan nak citer pasal rabun.

Maka dengan mata yg rabun ni, suh la Zaf tgkkan brape beratku itu.
Zaf pun cakap beratku 46kg.
Kena turunkan lagi satu kg nampaknya, tuk dapat balik berat asal (45kg).
Ok petang ni kena jogging. jommm kawan2.

Wednesday, October 27, 2010

Hadiah untuk Aliah


Habis sudah pantangku dan merdekaaa!! hihihi
Rasa harini cam nak gi jejalan,
need ME TIME.
anak2 akan ditinggalkan kat umah maktok,
bg mummy berjimba..

Berikut adalah hadiah2 Aliah
yg dapat ketika dlm berpantang.
wah apa ayat skema giler ni.
Ada dari sedara mara, kawan2 sekolah,
kawan2 universiti dan
pasti ada kawan2 blogger jua.
Terima kasih semua!!!
hadiah2 yang uolss bagi semua best2x.
dan pasti tak yah nak beli.. jimatttsss





Yang ni plak, susu2 yang kami dapat dari hospital.
Tapi Aliah tak minum.
Dari tak minum dan sayang nak buang,
sape nak sila roger ek.

Enfalac A+ : sampai 12 bulan
Anmum : sampai 6 bulan
S-26 : sampai 6 bulan