Friday, March 31, 2017

Last Day in Penang


Sedihnya kami nak balik dah. Ai rasa seronok betul trip kalini, sebabnya rest & relax saje. Tiada terkejar sana sini. Pagi seperti biasa breakfast dulu.



Lepas breakfast balik bilik. Ai pun nak packing baju-baju. Sementara tu anak-anak pula main Saidina dengan Daddy dorang.



Memang tiap kali trip, kami akan bawa satu board game or card game. Kalini anak-anak pilih Saidina. Dah siap kemas barang, ai layan movie sementara tunggu nak check-out. Masa keluar tu Zahra nak bergambar kat nombor bilik. Katanya bila nak ke sini lagi. Amboi... belum check-out dah tanya bila nak datang lagi. Nampak sangat dia pun seronok bercuti kat sini hehe



Ai cakap Zahra doa banyak-banyak, semoga kita murah rezeki dan boleh bercuti lagi :) Nak balik KL ni hari Jumaat sebelum keluar Penang, singgah masjid negeri untuk enZaf nak solat Jumaat dulu. Sebelum dia pergi sembahyang tu, sempat la belikan ai cendol kat pakcik baju oren belang-belang depan tu. Sedap cendolnya..



Dah selesai solat Jumaat, kami terus sambung perjalanan dan sempat singgah Ipoh jap. Ai nak jumpa dengan anak buah. Masa ni Aira sedih kami nak balik. Akid pula mengaruk, tak berapa sihat dia selsema & batuk.



Alhamdulillah perjalan kat highway tak berapa jem walaupun banyak kereta. Sampai sampai rumah terus ai sumbat baju kotor dalam mesin basuh. Fuh habis sudah cerita pasal Penang hihi Punya la bercinta rasa nak buat entry. Padahal malas pun iyer :p

Thursday, March 30, 2017

Hard Rock Cafe


Malam akhir kat Penang kami dinner kat dalam Hard Rock Cafe (HRC). Dalam HRC ni pukul 10 malam ke atas baru ada live band. Tapi kami tak tunggu pun, lambat sangat. Tak sesuai pun dengan anak-anak ni waktu gitu sebab dorang bertiga tidur awal :)



Makan awal lepas tu nanti boleh berehat dalam bilik. Anak-anak pun dah penat satu hari siang, mana taknya mandi je :) Masa ni masing-masing sedang kusyuk mewarna sementara menunggu makanan sampai.



Kena posing dulu sebelum makan.



Menu yang diorder tak banyak pun tapi portion setiap hidangan tu semua besar-besar.



Itu pun enZaf ingat nak order dessert, tapi bila dah makan ni rasa tak boleh masuk dah hihi Thank you kat staf situ ambilkan gambar kami satu keluarga.



Lepas makan singgah Rock Shop pula, kedainya bersebelahan dengan HRC. Ai nak beli fridge magnet. Wajib beli fm kalau berjalan ke mana-mana.



Dalam tengah memilih fm tu, enZaf cakap beli satu baju tuk ai.. Dia pilih kan.



Baju untuk anak-anak pun ada juga. Thank you enZaf!!!



Dekat HRH ni boleh dikatakan setiap tempat setiap sudut semua cantik-cantik. Teruja tengok rasa macam berbaloi duduk kat sini. Anak-anak ni pula asal cantik je ajak bergambar. Senang hati Mummy takyah nak kena paksa ambil gambar hihi.



Pose comel dari enZaf hahahaha



Wednesday, March 29, 2017

Hari ke-2 di HRH


Pagi2 anak2 dah bangun,
dorang mmg suka breakfast.
Lagi lagi kat hotelkan.



Kesedapan tak terhingga,
byk kali ulang amik.
Nasi ke mee ke tak sentuh langsung.



Aliah plak suka betul ngan mee sup.
Sampai hirup mangkuk cam ape haha

Sempat lagi tu bergambar.
Kat dalam hotel ni byk
spot menarik tuk bergambar.
Mcm rugi je kalau tak amik.



Masuk bilik,
harus la dorang tu laju salin baju.
Nak terjun kolam.



Cuaca pagi tu sangat cantik.



Wefie lagi seketul.
Ai sampai tido kat situ...
bangun2 dah serabai tudung hahaha



Pukul 1 camtu break jap nak gi lunch.
Zaf ajak makan kt luar.
Tak jauh pun jalan kaki je.
Pegi kedai makan arab.

Pastu singgah lagi kedai runcit,
nak beli jajan plak.



Bergambar lagi kat gitar ni.



Pastu tu kami hantar anak2 kat kids club.



Kat situ ada macam2 aktiviti
bergantung kepada waktu kita hantar tu la.
30minit dalam tu.



Sementara anak2 berseronok,
ai n Zaf wat refleksologi.



Bestnya lepas urut kaki,
pastu urut bahu...
lega sangat2.

Masa tgh urut tu
hujan turun lebat.
Alhamdulillah berhenti bila habis,
hujan lalu je.

Petang sambung lagi aktiviti mandi manda.
Kami ke pantai lagi.
Saja berjalan sepanjang pantai.



Kami ke arah ape ntah macam jeti.
Ada la nampak sorang dua memancing.
Saja pegi sana pastu amik gambar sket :)



Tak mandi laut pun,
jejalan je pastu pegi kolam.



Lepak kat kolam sampai Maghrib.
Ada stop kejap sbb tetiba hujan lebat,
pastu sambung balik.
Mmg tak masuk bilik,
lepak kat kolam je.
Mandi sampai gigil hahaha

Tuesday, March 28, 2017

Malam di HRH


Lepas Maghrib kami keluar dinner.
Zaf ajak jalan2 kat kedai luar,
tgk apa ada tuk makan.



Ada la dlm 3-4 kedai makan.
Kami masuk je mana2.
Alhamdulillah cuaca malam tu baru lepas hujan.

Lepas makan kami gi kedai runcit,
beli eskrem.
Layan makan time sejuk2.

Sambil makan tu kami jalan kat luar area HRH.



Harusla posing.



lepas tu pegi satu tempat ni,
tak ingatla plak apa namanya.
Macam game room gitu.



Lepak la kejap dalam 20minit.



Pastu pusing lagi dlm hotel,
amik gambar.



Cantik lampu kat luar lobi.
Layankan jua la
anak2 main berlari2 kat situ.



Monday, March 27, 2017

Bercuti di Hard Rock Hotel


Nanti masa cuti sekolah, kami tak pergi ke mana-mana. Jadinya enZaf bawa kami holiday dulu sebelum dia fly ke London. Beli jiwa ke tu :p Kami pergi weekday, anak-anak ponteng sekolah 3 hari. Itu pun sebab exam dah habis kalau tak jangan harap nak bagi pontengkan :) Kali ini kami pergi holiday kat Batu Ferringhi. Dan ni first time juga, kami berjalan ke Penang bukan untuk jalan-jalan cari makan. Lebih kepada rest & relax.



Pilihan lokasi kami adalah Hard Rock Hotel untuk 3 hari 2 malam.



Lepas enZaf uruskan check-in, terus ajak dia bergambar kat luar. Terima kasih kepada staf di situ ambilkan gambar kami walaupun tak semua ready haha jadi la kan. Dari takde ye tak.



Lepas bergambar terus masuk bilik. Masing-masing pun dah tak sabar nak tengok rupa bilik.



Purple mataku tengok bilik ni.



Cantik sebenarnya, dalam gambar je tak nampak sangat cantik tu.



First time ambil yang ada kids room.



Semestinya la dorang bertiga ni eksaited sangat. Elok betul biliknya siap dengan buku, toys, tv eh macam-macam la.



Masa berehat dalam bilik, dorang ni sibuk dah ajak mandi kolam. Selagi tak bersiap selagi tu la dok berzikir. enZaf solat lepas tu terus bersiap. Laju je dorang tu keluar hahaha



Sebelum mandi kolam, Daddy dorang ajak gi pantai dulu. Sempat tu ai suh Zahra posing jap. Ariq pun nak menyelit sama.



Dah alang-alang kat pantai, dorang mandi laut kejap. Main pasir semua.



Ai pula sedih tak dapat join mandi sama. Pagi sebelum bertolak nak ke Penang, tiba-tiba cikP datang huhuhuhu Stress tau.. masa nak pergi holiday ni la nak keluar. Ai is pasrah :p Dah puas dah mandi laut, kami masuk dalam hotel pula. Anak-anak nak sambung mandi kat kolam pula.



My beach boy eh pool boy :p boy la sangat...



Bukan main seronok main slide. Tak benti-benti main kat situ je. Suruh main kat spiral slide tu tak nak pula. Dalam juga kat area situ, enZaf kena layan sebab Ariq tu seronok nak slide banyak kali. Tak boleh tinggalkan dia mandi sorang, menggelupur pula kang kaki tak jejak kat kolam hehehe



Ai pula apa lagi nak buat, mandi pun tak boleh. Maka lepak je la tengok dorang.



enZaf order fries sikit buat alas perut waktu petang.



Seronok betul rasanya dapat rehatkan badan. Wifi kat hotel ni pun best, selagi kita dalam area HRH selagi tu la dapat coveragenya.