Tuesday, January 31, 2017

Cerita Mengaji


Lepas hantar Ariq,
bawak Zara Aliah breakfast.
Zara nak gi sekolah awal sbb ada koko.



Petang plak lepas Asar
keluar gi Strand Mall.
Zaf pun ada sama.
Nak pegi beli beg mengaji.
Baru teringat yg malamnya
Zara Aliah start mengaji.

Pegi Daiso je.
Ariq ofkos la ada paw Daddy dia.



Sementara tunggu amik anak2 dara.
Kami minum petang kat Sam's Deli.



Kemain byk makan,
kenyang sampai ke malam :p



Wefie bertiga.
Ariq tu gh kemaruk main puzzle.



Tahun ni baru masukkan dorang kelas.
Sebelum ni ai mengajar je kat umah.
Lepas tu cakap ngan Zaf,
masukkan la kelas sbb ai tak mampu nak monitor.
Dengan homework budak2..
kerja umah jgn cakap.
Malam ai dah kepenatan.

Nasib baik la ada kelas mengaji kat umah ni.
Senang dorang pegi sendiri je.
Kelas 2 kali seminggu.
Dan minggu terakhir tiap bulan
ada kelas fardhu ain.



Tu bagi beli kat Daiso.
Tak menarik langsung sbb tak colourful
dan bunga2.
Sementara je la pakai,
nak kena cari yg lain nanti.

First time bawak dorang ke kelas,
nak jumpa ustazah skali,
berkenalan dan bayar yuran.



Aliah awal2 dah tanya,
kenapa pakai baju sama ngan kakak..
hahahaha nasib ko la nak.
Kalau bole semua Mummy nak sedondon.
Besok2 korang besar takde dah
pakai sama camni.

Hari ke-2 pun pakai sama baju.



Bole je nak mengaji pakai seluar.
Tp saja bg pakai baju kurung,
sbb jarang pakaikan.
Lagipun baru rasa nak pegi mengaji.

Daddy dorang pun mengaji jugak tahun ni.
Mantapkan lagi bacaan.
Belajar kat Kelas Bimbingan Rehal KD [link].
Kat fb pun ada..search je nama rehal tu.
Lepas dia dah habis mengaji katanya
giliran ai plak. :)

Friday, January 27, 2017

Tak Sengaja Ke Sana


Lama tak lunch
ayam kg kat Shah Alam ni.
Restoran A. Hassan kat Seksyen 13.



Lauk kami haritu.
Alhamdulillah.



Lepas makan Zaf tanya nak pegi mana.
Ai cakap mana2 je la.
Pastu Zaf ckp lagi
boringnya la nak masuk shopping mall.
Dia kata nak keluar kl.
Mak ai tak agak2 lakiku ini.
Terus ai suggest Melaka hahahah
Dia taknak plak.

Last last kami ke sini.
Tadaaaaaa Genting Highlands.



Anak2 ni tak tau kami ke sini,
si Zara cakap nak pegi mana nak pegi mana.
Masa kat Karak tu,
dia dah nampak signboard ke Genting.
Dia tanya gi Genting ke kat Daddy.
Terus yeayyyyy heheheh
Nasib la Genting ni senang nak pegi.
Kalau gi Cameron jalan mcm ke Genting,
agaknya selalu la kami ke sana jua.

Kami kalau ke Genting selalu singgah
kat Balai Polis ni.
Belakangnya ada surau,
senang solat sini sbb tak ramai orang.

Habis solat baru parking.
Masuk dalam First World Hotel.
Rupa2nya hotel ni dah besarkan lagi.
Ada block baru panggil Tower 3.
Design lain sket ngan sblmnya.
Belakang Aliah tu ada view cantik sgt,
tp bila amik gambar tak nampak,
sbb cahaya terang..silau.



Trademark luar lobi First World
penuh ngan lampu bagai.



Kami jalan2 je kat dalam.
Tak de pun nak main ape2 dlm indoor.
Dah siap pesan kat anak2 kita tengok2
dan layan sejuk je hihih

Ada bangunan baru lagi sblh hotel ni,
tak sure sgt namanya
Star Avenue ke Star ape ntah.
Rupa2nya shopping mall.
Hahahah Zaf taknak masuk shopping mall,
ni masuk jugak P

Tp kedai dlm mallnya tak 100% bukak.
Baru sgt tgk rupa mall ni.
Dlm mall ni jugak ada cable car baru.
Awana ape ntah nama lagi lupa.

Gambar berdua wajib diambil.
Tq kakak!!



Kami jejalan dalam mall,
pastu Aliah request nak makan eskrem.
Ha duk Genting makan eskrem.
memang layan sejuk habis.



Lama kami lepak kat sini.



Gi beli muffin kat Kenny Rogers,
pastu sambung lagi lepak kat Starbucks.



Mummy & Daddy nak layan air panas.



Masing2 dah puas layan sejuk,
balik sblm Maghrib.

On the way balik,
selalu nampak cable car baru ni.



Yang lama dah tutup.
Bukak baru ni yg stop kat shopping mall star avenue tu.
Kata ngan Zaf next time datang,
nak naik cable car ni.
Dia mmg taknak la.
Last masa naik yg kat Langkawi tu.
Cable car tu tinggi gila
terpaksa naik sbb ai paksa.
Rasanya dia ni gayat kot,
tak de plak dia cakap gayat ke tak,
cakap taknak je.
Malu la tu nak mengaku hihihi

Thursday, January 26, 2017

Mengecat Dinding


Cat dah dibeli,
ape lagi.
Tugas enZaf la mengecat dinding.

Sebenarnya bukan nak cat satu rumah.
Cat dinding kat belakang tv je.
Nak mengecat pun sbb
ada tampalan simen kat sebelah ekon tu.



Bulan lepas,
paip ekon ni bocor.
Habis menitik air sampai
masuk dalam master bedroom.

Nak taknak kena la pecahkan dinding,
ganti paip baru.
Zaf kata sakit mata tgk dinding buruk.



Dah alang2 nak cat balik tu,
ai pun request la mintak warna baru.
Tak best plak cat warna sama.
10 tahun dah kot ngadap warna tu ahahaha
Zaf pun kata okay.
Tu yg dia beli cat kononnya ai pilih warna,
tp sebenarnya dia yg pilih pfftt

Sblm nak cat warna pilihannya itu,
cat warna putih dulu.



Tunggu cat putih kering.
Pastu baru cat lagi.
Warna yg dibeli tu purple wine.



Kena blur badan enZaf yg
tak berbaju tu :)
Dah cat 1 layer,
tunggu kering tuk cat lagi 1 layer.
Kira 2 layer baru warna tu cantik dan naik.

Masa dia cat tuk layer ke-2
ai ngan anak2 dah tido.
Bangun Subuh je tengok2 dah siap.
Tanya dia pukul berapa siap.
Katanya 5 pagi woww

Pagi tu lepas breakfast,
ai kemas dan bersih2kan
lantai semua.
Dah tu susun balik perabot dan TV.

Nasib baikla barang sikit je,
tp itu pun berpeluh gak la mengemas.

Tadaaaaaaaa warna baru
feature wall kami.
Eh muka Alif Satar plak kat situ :)



Yang penting enZaf
tak sakit mata lagi
kat sebelah ekon tu.



Harini Aliah Zara dah start cuti.
1hb Februari nanti baru sekolah balik.
Sekolah Ariq hanya cuti hari Isnin.
Ramai la org plan bercuti.
Kami cuti ni cousin bertunang.
Yeyyy suka suka.

Wednesday, January 25, 2017

Beli Cat


Zaf ajak keluar beli cat.
Bukan cat kucing..
tp cat dinding :)

Sebelum tu kami singgah Restoran Jamal
lunch kat sana.
Zara amikkan gambar ni,
gelap plak.
Membelakangkan cahaya.



Lepas makan singgah Atria,
Zaf nak beli shinpad bola dia.
Kami tak keluar,
tunggu dalam kereta je.
Ape lagi wefie la ngan anak2.



Oh tudung pucci yg cantik ni
Anna bagi.
Tq Na!!!!

Bila Zaf dah setel beli,
wefie satu kali sblm gerak hihi



Kami terus ke Ikano plak.
Nak pegi Ace Hardware.
Beli cat kat sana.



Kemain serious ai memilih warna cat.



Zaf suh ai pilih warna cat,
endup dia sendiri yg pilih.
Selalu gitu tau.
Bawak ai ni takat syarat je.
Lebih baik dia gi beli sendirikan,
takde la susah2 suh pilihkan warna :p

Sblm balik sempat la singgah Spotlight.
Nak beli barang tuk toilet.



Tapi takde plak yg dicari.
Lain yg cari
lain plak yg dibeli :)



Zaf ada bg tugasan tuk ai,
tuk buat gambar2 nak diframe.
Masalahnya mood rajin tu
tak sampai lagi.
3 minggu dah berabuk agaknya barang2 tu semua haha

Tuesday, January 24, 2017

Pergi lagi


Ingatkan dah hari ke-3
tak yah dah gi sekolah anak2.
Rupa2nya pegi lagi hihih.
Gara2 Tok Abah call ai
bgtau dia n mak nak dtg sekolah,
tgk Zara & Aliah.

Sebagai anak kita tak sampai hati la
kata tak bole.
Dah permintaan orang tua.
Maka di sini la kami hihi

Janji ngan abah jumpa kat pagar sekolah.
Pastu kami masuk sama2.
Mujurla pihak sekolah,
masih lagi benarkan parents
datang melawat anak.
Pulak tu muka ai ni mmg dah
cikgu2 semua kenal
kakak dan pak guard pun kenal jua hahaha
Senang la nak masuk.



Thank you Mak Tok Tok Abah bawak
anak2 ni donut jco.



Kemain semua murid pun kerumun nak jugak.
Rezeki kawan2 Zara dpt makan donut.



Kat kerusi tu semua kawan2 Zara.
Aliah takde kawan lagi.
Masih baru dan malu.



Masa Zara Tahun 1,
Tok Abah & Mak Tok pun ada tgk dia [link].
So tahun ni dorang dtg tgk Aliah plak la.

Tunggu lagi 2 tahun
turn Ariq plak :)

Monday, January 23, 2017

Hari Ke-dua Persekolahan


Seperti tahun2 sebelumnya,
ai akan teman anak gi sekolah
sampai hari ke-2.
Lepas tu pandai2 la bawak diri.

Alhamdulillah Aliah takde masalah.
Suka dia pegi sekolah.
Dah seminggu sekolah pun
lupa nama kawan.
Nasib baik skang ni dah ingat hihihi
Selalu rehat ngan kawannya nama Farah.



Gi tengok dia beratur kejap.
Ariq & Zaf tunggu kat kereta je.



Lepas tu ape lagi,
kami berjimba la heheheh

Jalan2 kat The Curve.
Sempat pegi Tesco kejap,
kat situ ada booth jual al-Quran,
dan buku Islamik.
Ai beli rehal dan al-Quran baru
tuk kelas mengaji Zara Aliah.



Ni kat Uniqlo.
Ada orang shopping.
Kami berdua layan wefie aje.



Habis tu kami ke sekolah balik.
Tengok anak2 rehat.
Baru teringat masa hari pertama,
ai tak de bergambar ngan dorang.
Hari ke-2 ni la baru ada masa
nak bergambar.



Daddy pun sama.
Baru leh bernafas dan bole
berfikir tuk amik gambar dengan anak2 hihihi



Friday, January 20, 2017

Satay Warisan


Cerita tahun lepas.
Tak sempat nak update sblm masuk 2017 ni hihi

First time makan kat kedai Satay Warisan
dekat ngan Damansara Perdana.



Masuk2 kedai bukan jual satay je.
Ada nasi lemak jua.
Ada 2 jenis,
nak nasi lemak berlauk pun ada..
nasi lemak bungkus kecik pun ada jua.



Harusla cuba nasi lemaknya itukan.
Nak bgtau sambal kerang tu terbaik.



Yang pasti Zara suka makan nasi lemak sini.
Dia tu fussy bab2 makan.
Kalau makan tu tandanya sedap.

Dah pegi kedai satay,
semestinya la nak makan satay.
Ai nak makan satay perut.
Tapi takde.



Satay pun sedap..
kuah kacang pun best.
Tapi tetap tak puas hati sbb takde satay perut.
Susahnya la nak cari yg ada perut ni huhu

Terasa ada cahaya keimanan plak atas kepala tu haha



Gambar anak2 dara ni.
Suka tau bawak toy bebanyak.
Pastu penuh atas meja.



Mestila ada hero ni sorang.
Gambar lama rambut pun panjang lagi.



Minggu lepas ada pegi lagi kedai ni,
terasa nak makan sambal kerang tu lagi.
Skali haritu takde masak plak
sambal kerang,
yg ada sambal paru huhuhuhu
Nasib sedap jua sambal parunya.

Thursday, January 19, 2017

First Day of School


Yey hantar Zara Aliah sekolah.
2 orang dah sekolah rendah.
cam tak percaya besar dah anak2.



Sebelum gi sekolah,
Daddy bawak dorang gi makan.
Pilihan Zara makan kat Chicken Rice Shop.



Anak2 je yang makan,
ai & Zaf tak lalu plak nak makan nasi.
Lepas makan terus ke sekolah.

Walaupun dekat je sekolahnya,
tapi nak sampai tu dah sangkut jem.
Maklumlah semua parents hantar anak2
tuk hari pertama.
Meriah sungguh luar kawasan sekolah.

Masuk2 je tempat perhimpunan,
Zara terus ke beratur kat kelas dia.
Tinggal la ai temankan Aliah.
Ariq & Zaf cari parking sbb penuh.

Tahun 2 & 3 dah masuk kelas,
tinggal Tahun 1 je masih beratur.
Cikgu ada bagi sikit penerangan.



Alhamdulillah takde masalah Aliah ke sekolah.
Nampak dia rileks je.



Dan ada geng lebih kurang saiznya.
Tp dia tetap paling kecik la hahaha



Ikutkan parents tak bole dah ikut ke kelas,
tp ai kan mmg degil.
Tetap nak naik gak.
Intai dia kat kelas.



Tu tempat sementara,
katanya dia dah tukar tak duduk situ.
Cikgu bagi dia kat depan.
Kecik mmg selalu kat depan :p
Kelas sama ngan Zara masa dia Tahun 1.

Dah puas hati tgk dia,
laju2 plak ai gi tgk Zara.
Ikutkan taknak..
tapi Zaf plak ajak gi tgk.
Aik dia plak beria.
Selalu benda gini mmg dia tak amik port sgt.

Sama bangunan ngan Aliah,
Tahun 3 tingkat atas skali.
Semput jua la ai memanjat tangga hehe



Ngintai dia cepat2 snap terus pergi.
Itu pun Zara cakap dia dah pindah tempat.
Tak kisah la nak
janji ko fokus time belajar :)

Setel dah semua masuk kelas,
terus Zaf ajak makan kat A&W.
Ai try menu baru,
ada tuna croisant.



Sikenit ni walaupun dah makan byk
nasi ayam tadi,
tetap nak makan lagi.



Gigih Zaf suh amik gambar.
Tertonggeng2 dia kat belakang,
angkat Ariq hahaha



Lepas makan ikut Zaf wat keje sikit,
pastu patah balik ke sekolah.
Tengok anak dara tu rehat.

Tanya Aliah camne
dia kata okay je.
Semua okay.



Lepak la ngan dorang sampai habis waktu rehat.



Habis tu kami pun balik rumah.
Rehat solat nanti kul 6 lebih
nak amik dorang balik.
Alhamdulillah..
hari pertama selesai dengan jayanya.