Cerita makan2 dengan kawan sekolah.
Semuanya tak dirancang.
Member whatsapp ajak makan
kebetulan kita pun free,
mmg laju la taip "okay" :)
Ni lunch ngan Tee B.
Nandos kat Sunway Giza.

Cerita ni masa bulan 10,
sblm dia nak pergi umrah.
Awal bulan 11.
Rasanya dia dah balik sini dah.
Seronoknya dah jejak kaki kat rumah Allah.
Semoga diriku pun ada rezeki ke sana jua.
Lepas makan cam biasa la,
jejalan dulu dalam mall.
Masuk MR DIY,
bole plak dia ternampak toys
yg sama ngan cousin dia Danial.

Muka mintak Mummy belikan,
ofkos la tak beli hihihi
Sbb sblm tu dah masuk kedai buku
beli buku tuk dia.
Lama jugak dgr dia berzikir nak menda tu,
tp ai tak layan.
Nasib baik la dia okay lepas tu.
Bukan taknak beli,
2 hari lepas tu tak silap,
Daddy dia dah belikan toys.
Takkan tiap kali keluar nak kena beli plakkan.
Mengada sangat.
Sempat la berwefie dulu
kat parking hehe

Yang ni dating ngan Fid plak.
3 minggu lepas.
Dia nak habiskan cuti katanya.
Kami jumpa kat OU.
Sampai2 terus ke Swatch,
Fid tengah tukar tali jam.

Pastu kami menuju ke kedai ape lupa,
Waffle World kalau tak silap.
Minum petang kat sana.

Lama borak masa makan.
Thank you Fid, belanja.
Thank you Ariq amikkan gambar.

Lepas makan harusla jalan2 kejap,
dapat la Ariq paw Mummy toy.
Sbb RM5 ai beli hehehe
Mainan dalam egg tp bukan egg surprise tu.
Yang takde brand biasa2 je.
Yg pasti jenis egg2 ni mmg berhantukan.
Ramai betul budak2 suka :(
Kami tak plan sangat pun nak pergi tengok Formula 1 (F1) ni. Sekejap enZaf sekejap kata nak tengok, sekejap tu kata tak tengok pula. Dia masih mencari-cari tiket. Tiket yang jual direct dari F1 tu dah habis katanya. Itu untuk grand stand sold out, untuk bahagian lain ada lagi. Bila event F1 tu dah nak dekat, tiba-tiba dia bersuara lagi. Macam rugi pula tak pergi tengok F1, memandangkan F1 ini yang terakhir buat di Malaysia. Ai pun balas balik, kalau ada tiket kita pergi tengok. enZaf cuba tengok di Mudah.com, mana tahu ada orang nak jual tiketkan. Maka dia deal lah dengan orang yang nak jual itu, bila jumpa tup tup kawan dia hahahaha... yang advertise kat Mudah tu wifenya hehehe.. Kalau dah nama rezeki kan, akhirnya dapat jugalah tiket untuk kami. Keesokkannya sampailah kami di Sepang. MasyaAllah cuaca hari tu tersangatlah panas. Dalam panas itu turun hujan sekejap. Nasib baik ada payung.
Anak-anak ini pertama kali dapat tengok F1. Ai pula ini kali ke dua. Kali pertama masa belum ada anak lagi. enZaf dia dah banyak kali tengok zaman bujang.
Disebabkan cuaca yang panas, anak-anak ni dah mengadu kepanasan. Belum masuk dalam lagi tu huhuhu.. bertabahla ya anak-anak. Hidup ini memang keras hehehehe... Sekali sekala bagi dorang rasa erti kepanasan tu kan.

Paling teruja nak ke F1 ini adalah Ariq. Sepanjang perjalanan mulutnya tak berhenti-henti nak tengok racing car. Selagi belum sampai selagi itu lah dia ber"zikir" hahaha.. sebelum ini dia hanya main HotWheelsnya, kali ini dia dapat tengok depan mata terus.
Dalam kawasan litar itu, ada pelbagai jualan booth. Kami sekadar lalu sahaja, tak masuk pun. Orang ramai sangat dan cuaca pun panas.
Bergambar sebelum masuk dalam.
Aliah dah rongak.. masa ini baru satu gigi saja yang jatuh, sekarang masa ai update blog ini satu gigi lagi gugur hehehe.. tak ada pagar dah. Lopong!
Sebaik saja kami duduk di dalam Grand Stand, hujan pun turun dengan lebatnya. Bila racing nak bermula, hujan pun berhenti. Cantik pula timing tu kan. Masa kami semua tengok kereta F1, setiap kali kereta Petronas lalu, semua penonton bersorak sambil kibar bendera Malaysia. Ya Allah terasa bangga sangat. Semua rakyat Malaysia bangga dan bersatu hati gitu.
Perlumbaan nak bermula. Teruja masing-masing.
Ai ada ambil video lain juga tapi tak lepas pula nak transfer dalam blog ini. Tak tau kenapa. Nanti-nantilah tengok semula sebabnya. Sebelum keluar dari tempat ini, kami bergambar lagi. Masa ini masing-masing dah kepenatan dan kelaparan.
Thank You Malaysia!! Dalam kegembiraan terselit kesedihan sebabnya ini adalah kali terakhir F1 di Malaysia setelah sekian lama kan. Harap-harap ada comeback la, sayang ada litar tapi tak digunakan sangat.
Buat kenangan tuk kami sekeluarga.
Awal bulan haritu pegi check-up.
Kandungan dah 23 minggu.
Masa tu baru dpt tau gender baby.
Sblm ni baby tak tunjuk sbb
dalam posisi sujud.
Habis semua dia tutup hehe
Masa tgh buat ultrasound tu
gynea ckp,
uri ai rendah sket.
First time okay camni.
Risau juga gynea cakap camtu,
tp katanya harap2 next check-up
uri tu dah naik ke atas.
Mudah2an la kan.. doa byk2.
So ai pun google la pasal uri bawah ni.
Ia juga dikenali dgn nama Plasenta Previa.
Ni ai copy paste dari BabyCenter website.
Credit and thank you to BabyCenter.
Apa itu plasenta previa?
Plasenta terbentuk apabila telur yang telah disenyawakan melekat dalam uterus anda selepas melalui perjalanan sepanjang tiub falopian. Kadang-kadang, ia melekatkan dirinya di bahagian uterus yang rendah. Dalam kes ini, plasenta itu akan berkembang di kedudukan yang rendah.
Jika anda membuat imbasan ultrasound pada awal kehamilan dan plasenta dilihat berada hampir dengan serviks, jangan bimbang. Apabila bayi semakin membesar, uterus anda yang turut membesar secara semula jadinya akan menarik plasenta ke atas, jauh daripada serviks.
Jika plasenta masih lagi berada di kedudukan rendah dalam uterus selepas 20 minggu kehamilan, ini dipanggil plasenta previa. Walaupun sudah berada pada peringkat ini, plasenta masih boleh naik ke atas tepat pada masa bayi anda dilahirkan. Menjelang akhir kehamilan, kira-kira satu dalam 200 wanita mengalami plasenta previa pada tahap yang berlainan. Kebanyakan daripadanya adalah kes-kes ringan.
Jika plasenta itu menutup serviks anda pada akhir kehamilan, jalan keluar untuk bayi melalui faraj akan dihadang. Plasenta itu mungkin menutup sebahagian daripada serviks (partial placenta praevia) atau menutup keseluruhannya (major placenta praevia). Lihatlah imej di bawah. Tidak kira yang mana, bayi anda akan perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean.

Adakah plasenta previa biasa berlaku?
Sesetengah wanita lebih berkemungkinan mengalami plasenta previa berbanding yang lain. Anda lebih berkemungkinan mengalaminya jika anda:
pernah melahirkan anak sebelum ini;
pernah menjalani pembedahan caesarean sebelum ini;
seorang perokok;
berusia lebih daripada 35 tahun.
Bagaimanakah plasenta berkedudukan rendah didiagnos?
Plasenta yang berkedudukan rendah mungkin dikesan semasa imbasan ultrasound pada trimester kedua. Jika plasenta itu mencecah atau menutupi sebahagian serviks anda, doktor akan terus memantaunya.
Dalam kira-kira separuh daripada jumlah kes ini, imbasan pada trimester ketiga akan menunjukkan bahawa plasenta itu telah bergerak ke atas dan tidak menghalang serviks. Jika tidak, masih ada masa untuk ini berlaku. Dalam kira-kira satu perempat kes, plasenta itu akan telah bergerak selepas 34 minggu dan bersedia untuk kelahiran.
Kadang-kadang, plasenta previa dikesan melalui cara lain:
Jika bayi anda dalam kedudukan songsang atau berbaring merentasi perut anda (posisi melintang). Ini mungkin tanda bahawa dia tidak dapat mencapai kedudukan kepala di bawah, kerana plasenta menghalangnya.
Jika anda mengalami pendarahan faraj yang tidak menyakitkan dalam trimester kedua atau ketiga. Hubungi doktor anda serta-merta jika ini berlaku. (Pendarahan faraj juga mungkin disebabkan oleh plasenta tercerai daripada dinding uterus anda. Ini dipanggil abrupsi plasenta, dan anda perlu mendapatkan bantuan perubatan segera.
Komplikasi apakah yang dikaitkan dengan plasenta previa?
Ingatlah bahawa hanya satu dalam 200 wanita mengalami plasenta previa, dan kebanyakan daripadanya pula adalah kes-kes ringan. Ini bermakna bahawa komplikasi jarang berlaku. Walau bagaimanapun, apabila komplikasi benar-benar berlaku, ia boleh jadi serius.
Satu komplikasi yang jarang berlaku ialah apabila plasenta itu tertanam terlalu dalam di dalam dinding uterus. Plasenta itu akan kekal melekat pada uterus dan tidak keluar seperti yang biasa berlaku selepas bayi dilahirkan. Ini dipanggil plasenta akreta, dan lebih berkemungkinan berlaku jika anda pernah menjalani pembedahan caesarean sebelum ini.
Jika anda mengalami plasenta previa, terdapat risiko anda mungkin mengalami pendarahan tiba-tiba namun tidak menyakitkan. Ini boleh berlaku semasa anda sedang hamil atau semasa dalam proses kelahiran. Anda akan memerlukan penjagaan perubatan kecemasan jika ini berlaku, terutamanya jika anda sakit hendak bersalin terlalu awal. Tanpa rawatan, pendarahan yang teruk (haemorrhage) boleh membahayakan nyawa anda dan juga bayi. Namun biasanya jika ini berlaku, pendarahan jenis ini boleh dirawat segera.
Kemungkinan yang anda akan kehilangan terlalu banyak darah sehingga membahayakan nyawa adalah sangat kecil. Namun kadang kala doktor perlu bertindak dengan cepat untuk menghalang perkara lebih buruk berlaku. Dalam situasi ini, mereka mungkin perlu melindungi kesihatan anda dengan menjalankan pembedahan untuk membuang uterus (histerektomi).
Bagaimanakah plasenta previa ditangani?
Menangani plasenta previa kadang kala cuba melibatkan tunggu dan lihat. Pasukan perubatan anda akan memantau kedudukan plasenta anda.
Penjagaan untuk diri anda juga berbeza bergantung kepada sama ada anda mengalami pendarahan ataupun tidak. Jika anda tidak mengalami pendarahan anda mungkin boleh duduk di rumah. Anda akan dinasihatkan supaya mengelakkan hubungan kelamin sepanjang kehamilan anda. Anda juga harus mempunyai seseorang untuk mebantu anda sepanjang masa dan memastikan anda boleh pergi ke hospital segera jika perlu.
Jika anda mengalami pendarahan atau anda mengalami plasenta akreta, anda akan diminta datang ke hospital apabila usia kehamilan 34 minggu. Biasanya, anda akan dicadangkan supaya menjalani pembedahan caesarean yang dirancang apabila berada di antara 37 minggu dan 38 minggu kehamilan. Memandangkan anda mungkin lebih berkemungkinan mengalami pendarahan semasa pembedahan, peralatan pemindahan darah akan disediakan sebagai langkah berjaga-jaga.
Jika anda mengalami pendarahan teruk sebelum anda dijadualkan pergi ke hospital, pergilah terus ke hospital supaya pendarahan itu boleh dipantau. Apabila pendarahan berhenti, anda mungkin diminta tinggal di hospital sehingga bayi anda bersedia untuk lahir. Jika pendarahan tidak berhenti, atau anda sakit hendak bersalin awal, bayi anda akan perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean.
Jika saya mengalami plasenta previa, apa yang boleh saya lakukan untuk membantu diri sendiri?
Anda tidak boleh buat apa-apa untuk mengubah posisi plasenta. Tetapi anda boleh memastikan bahawa anda kekal sihat. Makanlah makanan yang berkhasiat terutamanya yang kaya dengan zat besi. Ini akan mengurangkan kebarangkalian anda mendapat anaemia. Jika tahap zat besi anda rendah, doktor mungkin mencadangkan anda mengambil suplemen zat besi.
Mengalami plasenta previa boleh jadi membimbangkan bagi anda, terutamanya jika anda sedang menunggu untuk melihat sama ada plasenta anda akan naik. Tetapi ada banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk memastikan anda dan bayi selamat dan sihat.