Friday, September 30, 2016

Georgetown Street Art


2 kali pusing nak cari parking.
Tempat tumpuan ofkos la byk kereta.
Alhamdulillah cuaca sangat2 baik.
Time ni dalam kul 4 lebih.
Masih lagi panas ngan cahaya matahari.
Macam tghari pun ada.

Motif kat sini adalah tuk bergambar,
maka entry ni byk la gambarnya hehe

Our first pic.
Time ni cantik la sbb blom berpeluh lagi.
Terima kasih pada org2 yg sudi
amikkan kami gambar.

Kids on Bicycle.



Mmg sepanjang misi ni,
ramai orang sudi offer
amikkan gambar kami sekeluarga.
Terharu sangat.

Dalam pic nampak cam takde orang je,
padahal penuh orang kat depan tepi semua
tunggu turn nak bergambar.
Malu pun ada sbb semua tengokkan haha
So kena amik cepat2.

Masa tengah berjalan2 area tu,
nampak ada orang wat sewa beskal.
Masa tu 50-50 lagi nak amik ke tak.
Kebetulan ada map kat beskal tu,
tgk la mana lagi area street art.
Bole tahan juga merata tempatnya.
Nak jalan mmg tak la.
Jadi enZaf decide kita sewa satu.
Yeyyyy.....
Ai is happy sbb lama tak berbasikal.
Plak tu ngan anak2 hihi
RM25 sejam ke sejam setengah kalau tak silap.



Time ni Aliah gayat.
Bawah kerusi tu ada longkang.
Dia suh Mummy amik pic cepat2 hehe

Boy On Chair.



Budak yang pantang nampak kucing.
Laju je nak bergambar.



Ariq plak orang suh amik gambar,
dia taknak.
Sbb tengah seronok duk dlm beskal.
Ada stereng tu yg dia bertambah suka.

Tak bole nak amik gambar depan2.
Sbb ada kereta parking.
Sempit.
Tapi jadila dari takde.



Berwefie keseronokan mengayuh.
Aliah sempat beli kipas.
Princess kan mana tahan panas :p



Gambar paling besar.
Skippy nama kucing ni.



Aliah taknak bergambar sbb panas,
tp pic ni ai paksa dia haha

Love Me Like Your Fortune Cat.



Masa nak bergambar ni,
ada byk sekumpulan pelajar sekolah
pun bergambar gak.
Dorang amikkan gambar ni.
Mummy Daddy je yg ready,
anak2 semua ntah mana2 hehe

Brother & Sister.



Beratur nak soya ke Ariq.



Brother & Sister on a Swing.



Time ni dah kepenatan sgt nak bergambar.
Rimas dah rasa melekit.
Tapi nak bergambar punya pasal,
gigih la jua.
Nasib la anak2 masih lagi okay.

Old Motorcycle.



Bruce Lee.



Ni sapa ai is tak tau huhu



Ada tokei kedai runcit
amikkan gambar ni.
Dia yg offer hihi

Children Playing Basketball.



Sebelum pulangkan beskal,
amik gambar ai satu wat kenangan.



Ada byk lagi gambar lain
tapi tak semua kami pegi.

Seronok sangat aktiviti ni,
walaupun berpeluh berlemuih
semua orang happy.
Thank you enZaf.

Nak rehat lepak minum.
Kepenatan sangat.

Thursday, September 29, 2016

Bangkok Lane Mee Goreng


Cuti Hari Malaysia kami gi Penang.
Banyak betul kereta kat highway.
Banyak kali gak la jem sampai berhenti kereta.
Eksiden jangan cakap la.
Kesian sapa yg kena.
5 jam jugak la sampai huhu
Berjalan time cuti sekolah gitu la kan.



Sampai2 Penang Zaf ajak makan mee.
Katanya dia tgk IG kawannya,
macam menarik.
So kita try je la.

2 kali pusing cari sbb tak nampak kedainya.
Rupanya Bangkok Lane ni stall.
Dia dok dalam kedai orang.
Namanya Seng Lee Cafe.
Nama cina mana la kita nak perasankan.

Bangkok Lane ni mmg specialtynya 2 menda.
Mee Goreng & Mee Rebus.



Kita try 2-2.
Ni mee rebus.
Tak pernah makan mee rebus penang.
Tuk ai tak kena ngan tekak.
Tak bape sedap.



Mee goreng sedap bak kata Zaf.



Memang kebanyakkan orang datang sini
makan mee goreng pun.
Tuk ai takde la sedap gila.
Sbb bukan peminat mee mamak sangat.



Masa makan tu ai ajak enZaf pegi
Georgetown Street Art.
Sebelum ni pernah ke sini,
tapi takde pun amik gambar.
Jalan situ pun sebab nak gi China House [link]

Tapi kalini pegi nak bergambar.
Nasib dia pun kata okay :)

Wednesday, September 28, 2016

Ketam & Movie


Kami nak tengok wayang tengah malam.
Sblom tu gi dinner dulu.
First time makan kat Restoran Chillis's Crab.
Sblom ni kawan ai Anis bgtau
nak makan ketam sedap gi kedai ni.
Jadi laju la enZaf ajak.



Dorang ni tak sabar nak tengok wayang.
Nak nak si Zara.
Sbb nak tengok cerita dia ;)



Menu semua Zaf order,
kelaparan katanya.
Sbb siang dia main bola.
Cam biasala tiap kali main bola dia tak makan berat.
Habis bola kebuluran hehe

Ini Mantao.
Steam bun yang sedap.



Kerabu mangga tu tak bape sedap sangat.
Seafood tomyam okay.



Chicken Nestum.
Sedap sangat.



Dan salted egg crab.
Perghhhh mmg sedap.
Nampak kecik je tapi mengah jugak
la nak habiskan.



Patutnya kalau ke kedai ni
kena order chilli crab.
Tapi dorang kata pedas sgt,
so ai tak berani nak makan.
kang sakit perut.
Almaklumla perut sensitif ngan pedas ehehe

Tapi next time nak jugak la cuba
chillis crab tu.
Dah makan ketam,
habis tangan semua comot.
Ngan cutter tu pun berlemuih hahaha
Kalau mkn kat umah lagi selesa leh wat gaya bebas.

Dah habis makan masih ada byk masa lagi
sementara nak tunggu kul 11 lebih.
Gi la isi minyak kete,
cuci kete semua cukup.

Ngam2 11.30 baru masuk One Utama.
Tengok wayang kat situ.
Bergambar ngan movie Storks,
tapi bukan tengok citer ni.



Tengok citer Zara,
Pete's Dragon.
Muka masing2 segar bugar.



Aliah tu awal2 je la segar.
15 minit citer tu start dia tido dah hehe
Tinggal Zara Ariq je tgk,
lama sket Ariq tak tengok,
dia dok main game dlm phone.
Zara sorang tengok dengan jayanya sampai habis.

Seriously citer tu slow.
Tapi ai takde la sampai tertido ke ape.
Slow pun tetap tengok sampai habis.
Okay la ceritanya.
Not bad.
Ada part2 sedih, meleleh gak la air mata.

Feeling dating berdua.
Padahal anak2 kat sebelah berderet :p



Hitam bawah mata tu bila la nak hilang.
Hari2 tido lambat.
Bangun awal huhuh

Tuesday, September 27, 2016

Raya Aidiladha 2016


Baru nak wat entry pasal raya haji.
Blom habis Zulhijjah lagi
jadi takde la terlambat
nak cerita raya haji kan hehe

Malam raya gi umah Sg Buloh.
Masak rendang daging ngan rebus nasi impit.



Makan lauk simple je dulu tuk malam raya.
Selain dari wat bihun goreng.
Pagi raya baru masak lodeh.



Raya kali ni tak amik pun gambar semua
satu keluarga.
Amik gambar anak2 aje.



Sebenarnya pagi raya tu siap lambat.
Ariq paling lambat bangun.
Dia tido lambat sangat mlm tu.
Bila kejut dia mengamuk sbb tak cukup tido.
Lama jugak la nak bagi mood dia okay huhuhu

Elok je dah siap2 nak pegi umah mak.
Abah call kata terus pegi umah Mak Lang.
Kita semua berkumpul dan beraya kat sana.
Itu pun masih tak cukup lagi satu keluarga.
Pak Ngah beraya kat Muar.

Lama kami semua kat umah MakLang.
Dah berjumpa ramai harusla byk cerita.
Gelak ketawa jgn kata la.
Sampai keluar air mata haha

Hari tu gak sesi Azhar & wifenya bukak hadiah kawin.
Tu hadiah pun menyelit sama dalam group photo :)



Sebelum balik sempat la bergambar ngan anak2 dara semua ni.
Sibuk nak menyelit gakkan.
Tak sedar diri tu bukan rakan sebaya hahaha



Tak lepaskan peluang,
bergambar ngan pasangan pengantin baru ni.



2 hari lagi nak fly ke France.
Azhar sambung master kat sana setahun.
Company yang taja harusla ambil peluang.
Rezeki kawin gitu.
InsyaAllah ada rezeki lebih la
ajak enZaf jejalan kat sana :)

Malam plak kami beraya umah Mak Teh.
Sambung lagi borak dan gelak ketawa.
Pakai baju biasa je.

Tak sangka baju ai sedondon
ngan cousin ai Syahirah.
Baju ai pakai ni pun adik
ai Nani yg bagi.



Syahirah pun akan sambung belajar kat Ipoh.
Amik perubatan kat Royal College of Medicine Perak.
InsyaAllah ada lagi sorang bakal doktor.

Bergambar lagi ramai2 kat umah MakTeh.


Yang ni Mak Su ai bagi.
Kalau serasi ngan kulit
bole la order :)



Boomerang satu kali.
Mabuk boomerang semua orang :p

video


Monday, September 26, 2016

Hari Jumaat Baru-baru Ni


Lepas hantar Zara kat sekolah
ikut Zaf pegi uruskan broadband customernya.
Tapi bukan pegi jumpa customer.
Nak gi tutup akaun je.
Sbb contract dah habis.
Kejenya wat kat shopping mall
sbb tu leh ikut dia hahaha

Tak gi jauh pun.
Gi One Utama je.
Sambil tu ai upgrade One Card.
Card lama dah tak leh pakai.
Ofkos amik design atas skali.
Warna-warni kehidupanku gitu.



Pastu pegi Maxis.
Skali Maxis situ cakap tak leh
tutup akaun kena wat kat center.
Kat e-Curve.
Lepas dah bincang,
nasib baik boleh jugak buat kat sini.
TQ Maxis OU!



Ke U-Mobile plak.
Senang nak tutup akaun.
Cepat dan pantas.



Tinggal Yes, Celcom & Digi je.
Zaf cakap kita wat hari lain.
So ada chance ikut dia lagi la kan :)

Sempat lagi tu.
TQ En.Zaf!!



Gi Taman Tun minum petang.



Plan nak gi Santai.
Tapi terstop plak kat tepi jalan,
makan cendol pulut & pasembur.



Alhamdulillah kenyang.
Balik umah rehat.
Pastu keluar amik Zara kat sekolah.

Friday, September 23, 2016

Kisah Satu Hari


Cerita 2 minggu lepas.
Masa minggu peperiksaan UPSR.
Lepas Aliah sekolah terus pegi Ingress,
amik Zaf hantar servis kereta.

Dari situ gi Ikano,
lunch sebelum hantar Zara sekolah.
Dia sekolah hari Rabu.
Hari lain cuti.



Lepas hantar Zara,
kami terus ke Hong Leong bank kat PJ.
Ai nak tutup current account.
Dah tak pakai sejak keje.
Tinggal saving account je tak tutup lagi.
Sbb akaun tu buat kat Taman Tun.
Nak ke sana hari lain ler.




Lepas setel semua hal bank,
terus gegas ke KWSP.
Alang2 dah area sana tu wat sekali.
Ramai orang tapi servis cepat.
Bagus sangat!

Selesai dah semuanya,
enZaf bawak minum petang kat Restoran Santai
kat Taman Tun.
Kira tunggu Zara habis sekolah terus la.



Elok lepas amik gambar wefie ni,
ai baru sedar Pandora ai takde kat tangan.



Masa perasan takde tu
masyaAllah deras degup jantung.
Menggelabah cari tengok kot jatuh bawah,
selongkar handbag.
Siap pegi tgk depan kedai atas jalan semua cukup.
Tetap tak jumpa.

Tu nanti la wat story lain.
Taip pasal Pandora ni tetiba sedih balik :p

SALAM JUMAAT KAWAN2.
Jangan lupa baca surah Al-Kahfi.

Thursday, September 22, 2016

Late Lunch at Kopi XOXO


Tee B ajak keluar makan.
Lagi best bila ada orang
nak amik kita kat umah hihih..
Sebenarnya kereta tak de,
enZaf pakai sbb kete dia hantar servis.
Kalau ada kete, lebih selesa
drive sendiri ;)

Bila orang ajak keluar makan
dan sudi amik kita
so kita okay je la.

Kami pegi makan kat kedai Kopi XOXO.
Kemain kan nak makan kat tempat retis haha
Sbbkan dah ada kat Taman Tun,
okay la nak terjah.
Kalau Bangsar tu idak la..
cam tak berbaloi haha



Ada beskal penuh ngan bendera.
Tak nampak plak sape ownernya.
Laju ai suh anak2 ni bergambar kat situ.
Minggu makan ni masa nak hari Malaysia.



Masuk2 dalam blur.
First time la katakan.
Kena order kat kaunter
dan bayar terus.
Menunya tak de la banyak.

Ni makanan anak2.
Dorang nak burger.



Ai pun makan burger gak
tapi tak amik gambar.
Ni makanan Tee B.
Ape ntah nama
tak silap Lamb Creamy Pasta kot.



Mmg creamy.. tak nampak pun pasta tu haha
Warna pun oren, biasa tgk warna putih je.
Tapi rasa sedap.
Lamb pun banyak.
Not bad.

Ofkos la order gorpis.
Tanya mana sedap.
Katanya yg strawberry cheese ni sedap.



Memang sedap pun.
Tak bole berhenti kunyah hihi



Kemain anak2 kan kalau bergambar.
Kalau ai nak keluar makan ngan kawan2.
Dorang la paling over sekali seronoknya.

Lepas makan anak2 ni mintak ice cream.
Ariq sungguh2 tgk orang tu
sediakan icecream dari mula sampai habis.



Ice cream tu roll.
Memang menarik,
dan nasib baik mmg sedap.



3-3 nak makan cookies & cream.
Padahal ada macam2 lagi.
Peanut butter, oreo ape ntah
kitkat macam2 la.
Oh ada list menu tu kat gambar atas haha
tapi semua nak flavor yg sama.

Sebelum balik amik gambar semua dulu.
Nasib2 je la bila suh
orang amikkan gambar.
Terlebih atas ke kanan ke kiri ke ape2 la
Janji semua masuk dlm gambar tu haha
Ariq plak gedik amik gambar style ape tak tau.



Gi kedai ni takde pun jumpa Nora Danish.
Kot dia datang singgah.
Leh amik gambar sekeping dua.
Yg datang sape ntah akak ke adik ke tak tau.
Tapi idak la amik gambarnya sbb bukan retis haha

Thank you Tee belanja makan.
Tumpang kete lagi.
Moga murah rezekimu.

Sampai umah dlm pukul 5 lebih.
Baru nak rehat,
enZaf ajak keluar jumpa kawan dia.
Dinner awal.



Jumpa Eddy & his wife.
Makan kat Burger Byte.
Kedai retis lagi,
tp Zizang takde hahaha