Thursday, July 28, 2016

Bela Ikan Balik


Lama dah tak membela ikan.
Last bela masa Aliah setahun.
Ha dekat 6 tahun gak le stop takde ikan.
Sejak kes Aliah main celup2
bawak keluar batu daun ikan bagai huhu

Minggu lepas tetiba enZaf bersuara.
Rasa nak bela ikan balik.
Tapi pakai aquarium kecik je.
Yang dia pernah bagi ai dulu. [link]

Kami pegi kedai pet
kat Uptown Damansara.
Lama tak dtg kedai ni.



Sementara tunggu enZaf setel
beli ikan n sikit barang tuk ikan2 tu.
Ai n anak2 layan tgk kucing.



Zara awal lagi mintak nak bela cat.
Kalau umah terrace mummy bela dah nak oi.
Ni rumah banyak tingkat leceh.
Plak tu kawasan umah tak besar huhu

Berkenan betul yang ni.
RM1200 sila la beli ahhaha



Terus teringat kucing kami MelC.
Beli kat kedai ni jugak.
Bela masa sblm dapat Zara :)
Dpt Zara je terus bagi kawan Zaf jaga.

Aliah snap pic ni.
Katanya nak tunjuk kat Maksu dorang.



Comel je Aquarium.
jadi tak leh letak ikan byk sgt.
Anak2 dapat 2ekor ikan sorang.



Seronok dorang kalau ada binatang2 ni.
Aquarium ni jugak
pernah letak small turtles zara aliah.
Rindu kat Crash & Zoey :) [Link]


Wednesday, July 27, 2016

Sambung Open House


Sambung beraya lagi.
Gi open house hari Ahad.
Ada 3 rumah nak diserbu.
Ingatkan hari ahad ni jem lagi mcm semalam,
tp sangkaan meleset.
Jalan clear okay.
Agaknya ramai orang berehat kat umah kot.
Kepenatan hari Sabtu semua pulun wat open house.

Ikutkan kami Ahad tu pun
macam nak rehat.
Penat beraya satu hari tak habis lagi.
Tapi dah dapat jemputan.
Takkan la tak pegi plakkan.

Jadi rumah pertama kami,
gi umah kawan ai kat Merbau Sempak.
Wat sekali bday anaknya Adraa.
Comel okay siap bercrown.
Ni nak lawan kakak Aliah hihi



gambar semua amik dari FB Nani.
Pinjam gambar weh.. :)

Nani wat biskut raya.
Semua sedap2.
Paling win ayam masak merahnya.
Terbaikkkkk!!!



Tak cukup corum lagi.
Elin ada kat JB huhuhu



Tak sempat nak jumpa kawan sekolah yg lain.
Sbb dah kena pegi rumah ke-2 plak.
Yang ni rumah kawan Zaf kat Damansara.
Tapi tak amik gambar.

Dari Damansara kami pegi ke Gombak lagi.
Jalan elok je tak jem.
Kereta banyak tp tak seteruk Sabtu.
Cuaca pun elok cerah.

Beraya umah kawan ai Su.
Kawan lama zaman bujang.
Dan sangat lama tak jumpa dia.
Tak silap last jumpa masa Ariq blom setahun lagi.
Ha dekat 4 tahun tak jumpa dia tu.

Bila lama tak jumpa,
byk la borak.
Makan dia masak Spaghetti Aglio Olio,
sedap sangat...
letak cili api takde la rasa muak.
Ikutkan perut mmg tak leh masuk dah.
Tapi tetap nak sumbat jugak haha

Sblm balik amik gambar,
anak dia 2 orang,
time nak bergambar
habis semua anak2 buah dia pun masuk gak.
Tetiba rasa wow ramainya anak kami hahaha



Serious penat sangat,
walaupun datang makan.
Yang paling penat hero ni la.



Songkok tetap ada.
Bila cakap nak beraya,
otomatik dia pegi amik songkok.

Tuesday, July 26, 2016

Full Saturday


Sabtu Ahad lepas penuh dgn jemputan.
Penat betul rasa badan ni.
Sampai skang pun rasa letih.
Bestnya kalau dapat urut.

Hari Sabtu ada 5 jemputan.
Ya ampun jalan jem sangat.
Mana2 penuh kereta.
Agaknya ramai orang wat open house
haritu kan.

First house kami
ke rumah kawan Zaf kat Gombak.
Sampai awal jugak,
blom byk kereta lg atas jalan.

Lama gak kat situ,
sbb kawan2 dia yg tak sampai lagi
suh tunggu dorang.

Sblm balik ai suh bergambar.
Saja ckp cover perut..
dan dan semua sorok perut haha



Makanan semua best,
ada mee rebus, soto,
kambing, pastu ada lemang periuk kera.
First time try,
rare and sedap :)


Dari Gombak kami ke Bangi.
Keluar2 gombak hujan turun dgn lebatnya.
Ya ampun nak keluar gombak tu pun dah jem.
Sampai Bangi la.
Penat betul duk dlm kereta.
Dekat 2 jam nak sampai Bangi huhuhu

Kat Bangi umah kawan Zaf jugak.
Tak bergambar ngan tuan rumah,
sibuk layan tetamu.
Tapi makanannya sedap2 belaka.
Nak nak satay ngan apam balik.

Nak keluar Bangi pun jem lagi,
layan wefie dlm kereta hihi



Ikutkan lepas Bangi tu,
ada open house kat Bandar Utama & Bukit Rahman Putra.
Tapi tak dapat pegi,
sbb dah sangkut atas jalan berjam-jam.
Kat Bandar Utama tu
open house teacher Aliah.
Sian dia sedih tak dpt pegi.

Dr Bangi terus ke Manjalara,
Zaf nak jumpa orang kejap.
Lepas tu kami terus ke Keramat.
Beraya umah Pak Ngah ai.

Kami wat boomerang lagi sblm balik.
Kalini Paksu plak takde.
huhuhu ada je yg tak cukup corum.




Pergh Sabtu tu penat betul.
Satu hari kat luar.
Pukul 11.30 pagi sampai kul 12 pagi.
Perut pun full ngan makanan.
Taknak timbang sbb confirm naik lagi haha

Monday, July 25, 2016

Minggu Pertama Raya di Mall


Beraya kat bandar gini la.
Shopping mall berpisah tiada haha

Gi jalan kat Ikano.
Saje je masuk takde motif ape pun.

Masuk kedai belek2 itu ini.
Keluar kosong je takde beli ape pun.

Yang pasti tetap amik gambar anak2.



Tetiba rasa cam besar dah dorang ni.



Pastu masuk dlm kedai Popular.
Kalau masuk kedai buku mmg lama.

Suh anak2 pilih buku apa nak beli.
Zara awal2 lagi ckp nak beli
buku Ana Muslim.
Yang ni beli buku yg ke-3.
Suka betul dia ngan novel ni.



Lepas dari Popular
kami masuk Ikea.
Tapi pegi tuk beli eskrem ngan karipap je.

Punya la ramai orang.
Ingatkan raya kurang la orang.
Takde maknanya.



Suka la dapat eskrem kan.



Masa raya ke-6 hari Isnin,
tetiba kawan ai call tanya ada kat umah ke.
Dia nak dtg sbb tak jadi pegi keje.
Tayar keretanya pancit,
lepas je tampal tayar kete dia malas nak masuk keje.

Siap datang bawak pizza bagai.
Katanya ni datang bukan beraya.
Nanti nak beraya datang lagi hihihi



Rezeki betul la kan,
ai hidangkan air je :)
Tq Tee...

Friday, July 22, 2016

Beraya Rumah Tee B


Ahad lepas beraya umah TeeB.
Ai n anak2 je berjalan.
Zaf outstation kat Johor.

Sblm ke rumah Tee
amik Nani n Adraa.
Husband dia pun takde keje.
Gitu la kami surirumah,
biasa dah berdikari sendiri :p
haha poyo benor statementnya.

Okay berbalik kisah beraya.
Umah TeeB dekat je ngan umah mak ai.
Dah kami kawan sekolah.
Pusing2 kawasan situ je la.

Tuan rumah masak spaghetti ko.
Raya western kita.
Nasi impit n kuah kacang pun ada jua.



Bergambar lagi sekali
dgn tuan rumah.



Kat dlm rumah ni byk kucing.
Seronok la anak2 ni dapat main.
Suka Aliah dapat tolak kitty dlm stroller.



Nani suh amikkan gambar dia ngan Adraa.
Tapi ada sorang tu
nak menyelit bergambar gak huhu



Sebelum balik harusla
bergambar beramai2.



Thanks Tee jemput kami.
Oh yer, nak balik tu
banyak plak dapat duit raya.
Tee bagi, mak dia bagi,
abang dia pun dapat gak.
Eh eh Nani pun bagi.

Satu rumah dapat 4 angpow terus.

Wiken ni byk jemputan,
esok ada 4, ahad ada 3.
Tak tau sempat ke nak pegi semua.

Tuesday, July 19, 2016

BBQ Night


Kami berbarbeque kat umah MakTeh.
Tak amik plak gambar cousin ai
tgh memanggang bagai.
Sbb sampai2 je terus terjah makan
hahaha tak senonoh.

Anak2 lagi la tak kisah,
dorang kalau kt umah TokTeh ni,
terus wat cam umah sendiri main.
Makan pun taknak sangat.
Suh makan pun buat tak tau je.
Tapi nanti siapla
bila balik baru cakap lapar la nak makan semua.

Nasib baik sempat amik gambar
dessert table ni.



Cousin ai Lina buat cake.
Dia mmg suka baking2 ni.
Dah la cantik sedap plak tu.



Ni pun dapat merasa bila dia balik.
Sbb dia masih lagi study kat London.

Gambar dari camera PakLang.
Kemain eksaited dapat makankan.



Ni lagi tak senonoh,
seronok dapat makan udang galah.
PakLang cakap dah macam bawang putih ngan bawang merah.
Dua2 pakai tudung hitam :)



Pastu adik ai Hana cakap
ni bukan bawang putih bawang merah
tapi bawang goreng ngan bawang hangit hahaha

Macam biasa la
bergambar ngan adik2 ai semua ni.



Tetap tak cukup corum.
Yana kat Manchester tak dpt balik beraya.
Sbb tgh wat praktikal.
Lagi 2 orang balik umah mertua.
Sorang dah tukar baju taknak bergambar.

Seronok bila dapat berkumpul semua.
Sayang keluarga PakNgah je takde.
Dorang kat Muar.



Upload video satu.
Jadi jugak nak buat boomerang.




Beraya umah MakTeh je bergambar,
umah MakLang & PakChik tak amik pun. :(


Monday, July 18, 2016

Family Raya Portrait


Amik 3 keping wat kenangan
dalam blog.
Macam biasa la berpuluh2 amik gambar,
tak sampai 5 gambar je
yg elok hahahaha

Amik gambar 3 beradik,
tak tau nape la
Aliah ni bergambar taknak senyum.
Banyak gambar dia gitu.
Stress mummy tengok nak oiii..



Bukan tak nak senyum.
Tapi ngada tau.
Nak kata hormon tak stabil,
mummy ko yg hormon gitu hahaha



Ariq pun leh tahan jugak.
Nak bergambar main2 pffttttt

Letak satu gambar keluarga.



Pipi mummy yg tembun.
Berat turun sikit,
tp tak nampak pun susut kat badan.
Berat air la tu kan.
Berat daging mmg berpisah tiada :p

Baju mummy daddy recycle je 6 tahun lepas.
Jimat duit :)

Friday, July 15, 2016

Raya Ke-dua


Raya ke-2 kami tak beraya sgt.
Tahun ni sedara mara nak nak
adik beradik abah
semua beraya blah mertua masing2.
Tinggal abah ngan maklang je kat kl.
Tunggu minggu depan
baru semua ada dan boleh beraya bersama.
Siang free, malam baru gi beraya.

Jadi kitaorg plan gi tgk wayang.
Citer Ice Age yang baru tayang raya ke-2 ni.
Kami pegi kat One Utama,
ya ampun ramainya orang.
Orang melayu pun ramai gak kat shopping mall dah hihi

Gi GSC beli tiket wayang,
nasib ada lagi tempat kosong.
Sementara nak tunggu lagi sejam nak tgk wayang,
enZaf ajak gi beli toys anak2.

Kemain budak2 ni,
tak birthday pun beli toy.
Asal raya je beli toy
asal raya beli toys.
Yang kena kemas kat umah tu Mummy jugak huhuhu

Aliah awal2 lagi dah tau nak beli apa.
Dia nak Shopkins.
Masuk Hamleys.
Dia kata takde Fries yang dia nak tu.
Aduhai anak...
Suh dia amik je mana2 Shopkins tu,
dia taknak.
Nak yg ada fries gak.

Ariq pun nak cari car dia
takde dlm Hamleys tu.
Akak Zara masih blur tak tau nak apa.

Kita pun masukla Parksons plak.
Aliah laju je tuju kat Shopkins.
Ai pun gigih la carikan Fries yg dia nak.
Akhirnya dapat.
Lega sangat2.
Kalau takde satu masalah plak nak mencari.

Suka la dia dapat apa dia nak.
Tapi bila gambar tak senyum.
Ntah perangai apa plak dia kalini,
bergambar taknak senyum sgt
buat muka ketat :(



Ariq pun dapat kereta yg dia nak.
Dia mmg peminat tegar Hot Wheels.
Baru ni HW ada keluarkan superhero edition.
Superman Batman Ironman bagai.
Tu yang dia collect.
So tambahkan lagi koleksi dia tu la.
Sempat lagi amik Thomas satu :p



Yang Akak Zara ni,
ke depan ke belakang tak jumpa2 lagi
apa yang dia nak.
Bila tanya dia tak cakap.
Pastu dia kata takde yang dia nak.
Adik2 dia masing2 dah dapat apa nak,
dia jadi pressure brg dia takde lagi.
Sampai dia cakap takpayah beli la.

Puas gak la Daddy dia pujuk bgtau
apa yg dia nak.
Lama menunggu baru dia cakap
dia nak dinosaur.
Kat Parkson tu takde plak dinosaur,
jadi kami patah balik pegi Hamleys.

Situ ada byk dinosaur,
tapi ai tgk dia masih lagi pusing pusing
tak dapat apa dia nak.
Pujuk lagi apa dia cari.
Tetiba dia nangis.
Dia bgtau dinosaur dia nak tu takde.
Ai tanya yang mana satu.
Dia pun bgtau nama dinosaur tu.
Ohoi dia bole tau nama2 dinosaur tu okey,
Mummy tak tau satu ape pun melainkan nama T-rex.
Terpaksa la google yg mana.
Jadi tau la rupa bentuk yg dia nak tu kan.
Rupanya mmg takde kat Hamleys tu.

Kami ke ToysRUs plak.
Jauh jalan nak ke sana.
Ngan harapan ada la yg dia nak tu.
Sampai2 terus Zara nampak dinosaur dia.
Spinosaurus namanya okey.
Happy tapi taknak senyum gak haha
macam2 la korang nak oi.



Suka la masing2 dapat toys.
Dah dapat tak sabar nak balik rumah pfftt



Oh yer kami tgk wayang katun Ice Age,
serius tak best pun ceritanya.
Boring la plak kalini.
EnZaf dah tido bangun tido bangun 3 kali.
Ai pun hampir lelap.
Tapi paksa bukak mata,
kang 2-2 tido sapa nak tgk anak plakkan :p

Habis wayang,
Zaf cakap kita beli "toys" Mummy plak.
Skali dia masuk kedai Pandora.
Ni la toys Mummy katanya.
Kita apa lagi senyum lebar la hahaha

Ai pilih pendant kali ni.
Blooming Dahlia :)



Pic dari Pandora website.



Next time bila dah complete set tuk warna pink ni.
Ai nak tukar kaler plak.
Warna hijau ke biru ke.
Cakap gitu kat Zaf,
dia menjeling je hehehehe
Tq Yang!!

Thursday, July 14, 2016

Tetamu Hari Raya Pertama


Tetamu kat Sg.Buloh.
Eh yang ni bukan tetamu hihi



Ha ni baru betul tetamunya.
First time beraya ngan Anna
di hari raya pertama hihihi
Last jumpa dia raya tahun lepas.
Selebihnya kita di alam maya je kan :p



Rumah mak mertua dia dekat
sgt ngan rumah mak ai.
Dalam 9-10minit je sampai.
Dan kebetulan plak raya kalini
dia beraya umah mak mertua dia dulu.
So alang2 tu ai jemput la
dia datang sini.

Dan nasib baik jugak la
time dia datang tu,
mak sedara ai baru balik.
Kalau tak haru penuh rumah,
nanti tak terlayan :)

Anak2 bergambar raya.
Havoc dorang semua ni.
Meriah dan happy je.
Baru sorang tetamu..
kalau ada lagi kawan dtg ngan anak2 masing,
gegar agaknya umah maktok haha



Ni masa bila Aliah amik gambar pun taktau,
tiba2 je ada dlm phone.
So Mummy masuk je la dlm blog ni :)



Sekejap je Anna lepak.
Budak2 tgh seronok main2
dah nak balik.
Sebab dorang nak balik Ipoh plak.

Thanks Na sudi beraya umah mak ai.
Nanti raya haji datang lagi tau hihi

Wednesday, July 13, 2016

Makanan Raya Tahun Ni


Raya tahun ni,
ai agak rajin nak masak.
Mungkin sbb anak2 dah besarkan.
Dorang pun pandai request nak itu ini.
Awal2 lagi dah mintak nak wat cookies.
So ape lagi,
beli bahan2 dan budak2 ni pun
tolong bancuhkan adunan.

Actually ai ada snap
pic dorang buat cookies.
Tapi ntah mana tak jumpa gambar tu dlm phone.
Terdelete agaknya huhuhu

Jadi amik gambar cookies yg dah siap je la.
Chocolate Chips.



Walaupun rupa tak cantik,
tp rasanya sedap haha
puji kemainkan.
Anak2 yg perabiskan.
Habis bakar dorang terus ngap.
Hmm ngan Daddy dorang pun sama naik.
Tak sempat nak penuh dalam balang.

Lagi pun tak buat byk.
Tuk kami2 je makan.

Buatnya satu jenis je,
yang lain tu semua kuih tunjuk.



Ai pesan kat Zaf beli sikit je,
skali amik macam2 dia beli.
Tak cukup bekas kuih tu.
Lantakla buh je atas meja gitu.
Buruk pun buruk la.
Malas pikir hihi

Pastu ai wat rendang ayam.
Pun tak buat banyak.
Tapi dapat la family ai pun merasa makan,
masa dorang beraya kat umah kami.



Lemang je beli.
Nak buat tak reti.
Lagi pun mana ada laman umah nak membakarnya
kalau nak buat pun.
Ketupat ai tak buat,
rebus nasi impit je :)



Haha takat masak 2 ni je
Dah claim rajinkan :p
Jadilakan, atleast ada la merasa raya tu.
Sbb raya kami jarang kat umah.
Hari pertama confirm umah parents ai & Zaf.
Situ je dah berkampung sampai tgh malam.
Balik umah dah kepenatan.
Esok2nya dah berjalan beraya umah sedara mara.
Mana ada masa nak lepak kat umah lama2.
Sampai la raya ke-5 tak lekat rumah.

Tuesday, July 12, 2016

Raya Pertama


Pagi raya semestila beraya dirumah sendiri,
bersalam-salaman mintak maaf.
Ai orang pertama yg salam ngan enZaf.
Tapi idak la ada gambar.
Takkan nak suh anak semata tuk amik gambarkan.
Nanti nampak muka buruk ai
ygnangis mintak maap tu
hahaha byk dosa kah :p

Pastu turn anak2 plak salam2 ngan Daddynya.
Akak Zara cool je,
salam, wish raya & minta maaf.
Pastu suka dapat angpaw.
Dia puasa penuh lagi tahun ni.
Alhamdulillah



Turn Aliah.
Blom apa2 lagi dia dah menangis okay.
Macam tau je byk salah dia hahaha
Tetiba terus teringat iklan raya TNB.
Yang ada Lan petpet..
anak lelaki dia minta maaf
panjang berjela senarai dia buat salah tu kan haha



Dah habis salam minta maaf kat Daddy
pun tak habis lagi nangis dia ok.
Sambung kat ai plak hahaha

Salah ke tak salah ke
Mummy Daddy tetap sayang okay.
Anak oi giler tak sayang :)
Drama Queen sangat :p

Ariq plak kemain gedik.
Mengada sangat bila suh salam.
Main2 okay sambil gelak2.
Dia kecik lagikan
mana nak paham.
Tapi kelakar la
macam2 perangai anak2 ni.



Tengahari baru balik umah mertua.
Kalini tak dpt beraya ngan keluarga kakak Zaf.
Dia beraya kat Kedah.
Jadinya budak2 ni boring,
takde geng nak main.

Terpaksa la Daddy dia melayan dia main bola hihi



Bergambar kat luar rumah,
time matahari terpacak tegak atas kepala.



Yang budak2 ni cakap
takbole nak bukak mata,
panas terik.
Aliah lepas bergambar
cepat2 berlari masuk dlm,
katanya panas.
Puteri lilin sangat ko ni nak.

Tahun ni tak bergambar ramai2 pun.
Sbb tak cukup corum
malas je rasa.
Sama la ngan family ai kat SgBuloh tu.
Tak putus2 sedara mara datang.
Dah berlengas melekit bagai,
tak kuasa nak bergambar.