Monday, February 29, 2016

Jalan 222


First time enZaf bawak sini.
Makan2 kat Jalan 222 or Triple 2 katanya.
Zaf cakap kat sini
memang sentiasa ramai.
Nak plak hujung minggu lagi la.



Must try Nasi lemak katanya.
Nasi lemak panas Yati,
sama plak nama kita hehe
RM1.20 sebungkus kalau tak silap.



Otak-otak Jaafar.



Seriously 2-2 ni sedap.
Kebanyakkan org dtg sini
memang pekena nasi lemak.



saja ai tambah lagi order char kuey teow.
Pun sedap jugak.



Tak dilupakan rojak buahku.
Mantop!! sedap licin pinggan.



Masing2 kusyuk menikmati makanan.



Kalau ditengokkan pada tempat ni,
tak sesuai sgt nak bawak budak2 kecik
nak nak yg ada baby.
Tempatnya sesak dan sempit.
Ramai dtg pun yg lepak ngan kawan2.
Family tu tak ramai.
Tp tuk ai okay je.
As long makanan tu sedap dan anak2 pun
takde nak complaint ape.
Biar belajar makan merata tempat.
Takkan nak dok dalam restoran je manjang.
Macam makan kat uptown gitu ;)

Friday, February 26, 2016

My Little Musollah Trip


Selasa baru ni,
sekolah Aliah ada wat trip ke masjid.
Trip pertama tuk tahun 2016.
Seperti biasa la,
bila tau ada trip
nak nak naik bas.
Dia punya seronok tu hari2 countdown hehehe

Trip ni pergi Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam.



Dan seperti sblom2 ni jugak,
2 bas sekolah disediakan.



Seronok okey,
siap peace bagai nak berjalan.



Bawah2 ni gambar dari teacher dorang.
Wah happy ngan kekawan.



Solat berjemaah.
Aliah cakap Solat Dhuha kat masjid.



Gambar ngan kawan2 kelasnya.



Thursday, February 25, 2016

Minum Petang di Swich


Uish dah nak habis bulan 2,
cerita bulan 1 pun tak habis2 lagi huhuhu
Bila kemalasan melanda itu la jadinya.
Tapi takpela.. janji buh dlm blog.

Bila dibelek gambar ni
kejadian masa 31hb Januari.
Ha last day bulan 1 hehe
Ada wedding cousin Zaf kat PJ.



Gambar pengantinnya tak amik plak.
Tapi makanannya sedap.
Sbb tu tak amik kot,
kusyuk makan hehe

Habis dari wedding jejalan kat Atria.
Zaf ajak makan kek.
Sempat la budak2 ni bergambar ngan maskot
ape tak tau nama,
tp sempena Tahun Baru Cina tu la.



Zaf bawak makan kat kedai Swich.
First time la ai ke sini.



Ai suh dia order je la kek ape2 pun,
tekak takde rasa nak makan sgt,
kenyang nasi minyak pun tak habis lagi.

Tak silap ni red velvet cake.



Ni chocolate cheese cake kalau tak silap.



Pencinta kek semua dah tak toleh kiri kanan.



Kecuali cik kak sorang ni,
dia tak makan kek sgt.
Kalau makan pun Secret Recipe Choclate Indulgence tu.



2 orang tu anti-sosial,
sorang lg jenis tak dok diam hehe



Okay la keknya.
Sedap2 jugak.
Nanti dtg lagi try lain plak.
Nampak lychee coconut cake,
macam menarik nak try :)

Wednesday, February 24, 2016

Redeem Lagi Drypers Point


Sejak redeem Drypers points pertama kali [link]
terus lupa nak redeem lagi.
Padahal byk lagi points dlm tu.
Teringat pun sbb drypers hantar email,
remindkan hehehe



Tapi ai blur tak tau nak redeem apa.
Nak amik toys takde baby.
Nak amik menda lain pun masih byk lagi.
hahaha menda free pun tak leh pikir nak apa.
Bukan bayar ape pun.
Masalah sungguh :p
Last2 ai amik diapers lagi.



Tue pun amik 2 je.
Ntah kenapa blur sgt.
Patut amik je la semua size,
pastu bg kat anak buah or
anak kawankan kan kan...

Okay next time nanti redeem lebih sket.

Pastu dpt sampel dr Librese.
Semua jenis pad kecuali slim,
dan panty liner semua jenis.
Tq Libresse!!



Tuesday, February 23, 2016

Riadah di Taman Botani Shah Alam


Kali ke dua kami ke sini,
sblom ni pegi masa sukan sekolah Aliah [link].
This time pegi masa cuti sekolah seminggu
Tahun Baru Cina.

Takde la awal sgt sampai,
dalam pukul 9 pagi lebih.
Org pun takde ramai mana,
beli2 tiket terus masuk.



Masuk2 terus tuju kat tempat basikal,
kononnya nak naik basikal,
tp sayang plak takde basikal budak kat situ.
Kalau kitaorg dua naik basikal,
bole bonceng sorang satu,
mana plak nak campak lagi sorangkan.

Jadinya kita berjalan sajala.
Sebelum misi membakar lemak,
amik la gambar dorang hihi



Aliah cakap that tree is long mummy!
hahah long?! pun bole la nak.
high la sayangku. :p



Apa ntah enZaf setting camera tak habis.
Lama menunggu huhu
Tapi gambar dari camera dia ai tak
letak pun sini.
Malas nak belek byk sgt :p
Letak gambar dr phone ai je sudah.



Lalu Taman Malaysia,
Taman Padi tp takde amik gambar.
Jalan lagi sampai Taman Haiwan.
Harusla bergambar satu dua di situ.



Ada parrot.
Zara tanya parrot tu bole cakap ke tak?
Mana la ai taukan,
Ai say hello/ hi bg salam kat dia
tak nyahut pun.
Tak leh cakap la kot kan :)



Tak byk binatang kami tgk kat sini,
sbb dorang ni tak sabar nak gi snow katanya.



Kitaorg tak jalan kat lalu jalan tar,
masuk dlm ikut jalan dalam ada hutan2 sket,
ala2 jungle tracking gitu.
Ada jambatan gantung.



Aliah yg paling takut skali,
dia gayat.
Yang lain okay.
Masa kat hujung2 saja ai nyakat
lompat2 atas jambatan tu,
menjerit Zara hahaha
cakap Mummy, my leg is shaking!! haha



Lepas dari jambatan gantung tu,
ada taman orkid,
tp sayangnya la hai daun je,
kebanyakkan takde bunga.
Kalau ada pun dah nak layu huhuhu



Jalan jalan lagi,
jumpa tasik besar.
Tapi Ariq mintak amik gambar
kat air pancut comel ni ;)



Aliah plak jumpa bunga sama ngan warna bajunya.
Feveret colour purple.



Zara je ai lupa nak amik gambar sorang huhuhu
Jauh kami berjalan.
Rehat kaki jap sebelum masuk rumah iklim.
Situ la tempat yg dorang nak sgt2 masuk.



Kalini musim sejuk.
Ariq sibuk cakap nak tgk snowman snowman haha



Kat dlm rumah iklim ni bukan leh main salji pun.
Cuma layan sejuk je.



Itu pun dorang tak tahan.
Mana taknya bukan pakai jacket ape.
Baru masuk 10min dah gigil.
Dorang teruja bila cakap keluar asap hehe

Muka sorang2 menahan sejuk.



Keluar dari rumah iklim kemain senyum lebar haha
Bulan 3 ni rumah iklim tukar pada musim bunga.
Wah mesti cantikkan mcm2 bunya ada nanti.



Ada miniature rumah kampung depan sket
dari rumah iklim.
Zara Aliah kemain berlari ke sana.
Ingat umah doll ke buat main.



Yang ni satu umah besar sket,
dorang siap masuk kat dlm.



Bergambar kenangan.



Masa ni kami tunggu bas.
Tak larat dah nak balik jalan kaki.



Dalam 4.9km kami berjalan,
lagi sikit je 5km.
Macam tak caya jauhnya.

Alhamdulillah cuaca sgt baik.
Panas tu jgn katala,
confirmla berpeluh bagai.
Kami keluar pun ngam ngam dah kul 12lebih.
Masa keluar tgk org ramai baru nak dtg.
Beratur panjang sblom nak masuk.

Ikutkan byk lagi kami tak pegi.
Yang ni kami pegi mana ada laluan bas je.
Laluan basikal ada byk lagi.



Next time datang tunggu besar sket,
pastu bole bawak basikal dorang.
Kita cycling plak.
Tak silap kat Frim tu ada sewa basikal budak2.
Bole jugak try ke sana plak.

Friday, February 19, 2016

Bola Bola


Ahad lepas Zaf bawak kami gi
tgk dia main bola.
Tahun ni dia semangat betul nak main,
siap beli boots bagai.
Sblom2 ni pun semangat gak,
tp disebabkan tahun ni
tahun last dia umur 30an tahun depan masuk 40 dah.
Katanya takut tak larat dah hahahaa
Perghhh dah tua lakiku.

Bagi ai jgn la benti,
selagi bole main,
main je la.
Dpt la ikut dia tgk bola lagi :)



Peminat setia enZaf.



Kemain hero ni posing.
Siap kaki kat bola ngan cekak pinggang bagai.



Cuaca haritu sangat sangat panas.
Tp dorang ni kalau main bola
bukan kisah pun panas hujan.
Janji dapat mainkan.

Ariq pun sibuk nak main bola atas padang.



Yang best tu,
penat dah main bola.
Tetiba datang kat ai landing kepala keletihan.
Tuptuptup tido mamat ni.
Penat sungguh sampai tido panas2.
Pun bole hehehe

Harini Zara Aliah ponteng sekolah,
kami ke Kelantan.
Esok ada wedding.
InsyaAllah Isnin baru balik.

Tak sabar sebenarnya nak ke sana,
bukan sebab wedding.
Sbb nak jjcm.
Last pegi sana time ai kecik lagi,
tak ingat pun masa tu.
Kalau ada tempat menarik yg wajib singgah,
korang roger k.