Thursday, December 31, 2015

Hukum Berjimak Sebelum Mandi Wajib



Copypaste dari blog Ustaz Nor Amin
Thursday, May 9, 2013
Hukum Berjimak Sebelum Mandi Wajib


Salam.

Ustaz apa hukumnya berjimak sebelum mandi wajib. Adakah berdosa ustaz?

Jawapan

Berdasarkan soalan yang diutarakan kepada saya, ada dua maksud kepada soalan anda iaitu wanita yang kering daripada haid belum mandi dan berjimak kali kedua sebelum mandi wajib. Jadi saya akan terangkan dua-dua perkara ini bagi memenuhi maksud anda yang tidak sampai pada soalan yang diutarakan.


Berjimak Sebelum Mandi Haid

Isteri yang baru habis haid dan belum mandi wajib dikira sebagai tidak bersih dan haram melakukan jimak kepada isteri dalam keadaan sebegini. Mengikut Mazhab Syafie wanita yang dikira suci daripada haid adalah bermula selepas ia mandi hadas dan bukan daripada berhenti darah haidnya. Lagipun berjimak semasa isteri belum suci daripada haid atau belum mandi hadas sangat dilarang Islam, kerana ia adalah perbuatan yang sangat jijik dan kotor. Hal ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud :

“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. katakanlah: "Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Al-Baqarah : 222)

Jelas di sini, setiap isteri yang habis haid mesti mandi hadas dan suci daripada haid sebelum melakukan hubungan jimak bersama suaminya. Batas suci bagi wanita haid adalah bermula daripada selepas ia mandi hadas.

Berjimak Kali Kedua Sebelum Mandi

Berjimak kali kedua sebelum mandi hadas jimak pertama, perbuatan sedemikian dikira makruh. Jadi terlebih baik ia hendaklah mandi hadas terlebih dahulu dan jangan dilengahkan mandi tersebut kerana perbuatan melengahkan juga dikira sebagai makruh. Sekiranya tidak larat atau tidak mampu mandi pada waktu malam, maka disunatkan suami dan isteri membasuh kedua kemaluannya dan mengambil wuduk dan diteruskan tidur dan awal pagi mandi hadas sebelum melakukan solat subuh. Boleh juga mandi pada waktu malam selepas melakukan jimak kerana perbuatan ini juga adalah sunah Rasulullah dan dikhuatiri terlewat Solat Subuh disebabkan mandi hadas.

Bagaimana berlaku jimak beberapa kali perlukah mandi wajib mengikut jumlah perbuatan jimak? Jawapannya tidak perlu, cukup sekali mandi sahaja sudah memadai dan sudah terangkat semua hadas yang ada pada diri.


Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal at 1:39 PM

Bukit Tinggi


Maulidur Rasul lepas kami gi Bukit Tinggi.
Tak plan pun nak ke sana,
mcm biasa la Zaf ajak keluar bila cuti.
Masa dalam kereta dia kata
jom kita ke Bukit Tinggi,
cakap balik tak lambat ke.
Dia kata alah pegi je la.
Dah dia kata gitu,
kita okay je la kan.

Sampai2 dah pukul 6 petang hahaha
Masa tu baru lepas hujan lebat,
tinggal rintik2 sikit je.
Cuaca sangat la sejuk
lepas hujankan.
Pastu dah lewat petang.



Dorang bertiga ni ingat dtg nak tido sini.
Dah excited bagai,
padahal pegi balik je pun.



Bergambar sblm masuk Colmar Tropicale.



Cantik dalamnya, "French-themed" village.
Feeling gi obersi gitu kan.



Saja amik gambar bunga masa menikmati permandangan kat sini.
Nampak cantik kita snap je la kan.



Ada black swan.



Putih pun ada,
siap nak patuk tangan Aliah.
Ingat ada makanan kot hihi



Jalan2 dalam ni je,
tak pegi pun tempat lain cam animal park,
Japanese Village semua tu,
Zaf kata next time kita datang lagi.
Gambar berdua ngan dia pun takde huhuhu

Dinner kat sini,
lepas Maghrib balik.
Ariq dalam kereta cakap,
nanti gi castle lagi. ;)
haha dia panggil Colmar Tropicale ni "castle"

Harini last tahun 2015.
Esok dah 2016,
cepat betul masa kan.
Shopping mall mesti penuh,
tapi malam ni nak ajak Zaf tgk bunga api.
Spot biasa kat Penchala Link la,
dapat tgk bunga api kat The Curve ;)

Wednesday, December 30, 2015

Sarapan Pagi ngan Kawan Kelas


Lately ni selalu lepak breakfast
ngan kekawan.
Kebanyakkannya semua kawan sekolah.
Time cuti & weekend je la bole jumpa.
Jumpa pun pagi senang.
Lagi pun bukan nak jumpa seharian,
dapat jumpa borak 2-3 jam pun okay dah.

This time makan dekat2 ngan rumah je.
Dah semua pun ada area kat kd je lg senang.



Makan kat Restoran Subaidah.
Rasanya meja kami paling bising.
Bila ngan kawan dah takde nak cover2,
nak plak mengimbas kenangan sekolah,
tergelak terbahak2
sampai ada yg tersembur minum air sabar je la hehe



Maybe ni last makan ngan kawan tuk tahun ni hehe
InsyaAllah ada rezeki jumpa lagi.
Thanks Fid belanja breakfast.
Bersyukur sgt ada kawan yg
baik hati dan pemurah.

Tuesday, December 29, 2015

Semua Dapat Toys


Gi The Gardern lepas anak2 habis
wat art & craft kat condo last week. [link]
Zaf nak belikan anak2 toys.
Kan kes Zara cabut gigi tu
dia mintak nak toys. [link]
Dan Daddy dia pun ckp okay
harusla dia ni ingat.

Dorang berdua ni beli MLP soft toys.
Pastu beli sikit Shopkins
tp tu dlm plastik malas Mummy nak bawak keluar.



Ariq pun dapat gak,
besar plak tu dia mintak.
Pastu ada hati nak bawak sendiri kehulu kehilir :((



Ai baca karakter MLP dorang ni,
mmg kena ngan apa yg Zara & Aliah pilih.
Perangai sama haha



Pas beli toys tu kat ISetan,
gi jalan kat MV
singgah makan kat food court.
Lama tak makan situ.



Sblom balik ke Gardens semula,
bersantai jap kat air pancut ni.
Kemain lagi tiga-tiga wat gaya.



Masing2 happy la kan dapat toys,
tak sabar nak balik rumah.

Monday, December 28, 2015

Brunch ngan Nowwa & Elin


Hari Maulidur Rasul khamis lepas
keluar breakfast ngan Nowwa & Elin.
Pagi tu Elin whatsapp ajak breakfast sapa yg free.
Tinggal kami bertiga je yg free
terus on gi makan.

Berjumpa kat Strand Mall,
plan nak makan kat Delifrance,
sekali tutup plak kedainya.
Terus kami gi Bangsar plak,
Nowwa ajak makan ape ntah kat Berjaya.
Sampai2 sana pun tutup.

Last2 kami gi kat Publika.
Makan kat Chawan.
Masa ni takde breakfast,
jadi brunch terus sbb dah kul 12 haha



Lontong dengan rendang ayam.



Soto.



Ipoh Kuey Teow Sup.



Paru & rojak makanan sampingan ;)



Dengan Nowwa ni selalu makan sama,
tapi ngan Elin jarang.
Sbb skang dia sibuk bukak gerai
kat IPT jual bunga masa konvo.
3-4 bulan lepas kan musim orang berkonvo,
bulan depan baru habis katanya.



Best jual bunga ni merata berjalan,
semua ipt pegi,
mana ada tapak leh bukak gerai pegi.

Borak makan gelak sampai penat.
Sblom balik harus la bergambarkan.



Kalini takde tapau tuk Zaf n anak2.
Dorang dah keluar gi makan sendiri hihi

Friday, December 25, 2015

Setel Kelengkapan Sekolah


Wah syok cuti panjang ni kan.
Mesti ramai kawan2 pun gi berjalan.
Dalam ramai kata gst dan semua mahal,
tapi bila booking hotel semua penuh.
Padia!!! hahahaha

Cuti Maulidur Rasul & Krismas ni kami kat sini je.
Esok baru gi berjalan ;)
Oh yer barang2 sekolah Zara pun setel dah semuanya.
Kalini beli tak byk mana sgt.
Baju sekolah dia masih muat,
dan masih elok dipakai,
tudung pun sama.
Zaf tanya takde beli ke tudung,
cantik lagi mcm baru.
Sama cam kasut dia tu hehe
tgk la sape maknya :p

Gi membeli kasut sekolah Zara kat Jusco je.



Masih setia ngan brand Pallas.



tapi kalini Zara dah bertukar citarasa,
kemain anak dara aku ni
design dah feminin.



Dapat kapur kasut free.
Tahun lepas pun sama dapat free gak,
baguslak tu setahun mmg ngam pakai 2 botol.
Jimat dah tak yah membeli.

Pastu beli sikit brg stationary dia.
Oh ye botol air sama tak masuk dlm gambar.



Tapi beli ni pasti beli lagi,
tak ingat dah bape kali beli warna pensel dia,
pensel pemadam pembaris pun sama gak la.
Botol air haha jgn dicerita,
tak kira ngan tertinggal,
pecah bagai.
Rasanya 3-4kali gak la beli baru ;)

Gi kedai buku sekolah dia,
beli buku latihan plak.



Kalini pun tak byk masa nak masuk Tahun 1.
Sikit je :)
Oooo baru teringat ada beli bag baru tuk dia.
Kemain Daddy belikan bag baru,
kalau nak pakai lagi bag yg ada ok je ai rasa.
Jgn tiap tahun beli bag baru sudah,
eh mcm mengata kat diri sendiri je pun
mengada nak bag baru setiap tahun :p

Okay habis dah satu part,
tinggal nak balut buku teks
n cop2 nama dia.
Baju tudung dah siap2 gosok gantung.

Wednesday, December 23, 2015

Last Day of Art & Craft Activity


Sambungan dari entry sblm ni [link]
Hari ke-dua Art & Craft buat pagi.
Kul 10pagi ai dah bawak dorang ke library.
Ariq tak ikut sbb masih tido,
biar la dia tido ngan aman ngan Daddy kat umah.
Eh Mummy pun aman gak la tak de
nak layan sampai 3 orang hehehe

Sampai2 tgk belon dorang semua dah letak atas meja
kat luar library.
Bagus buat kat luar,
nak kemas pun senang.



Kusyuk masing2 mewarna.
Kalini ai takde tolong.
Biarla buat ikut suka dorangla kan.



Dah siap gi jemur tuk keringkan.



Bergambar la ngan hasil warna masing2.
Cantik plak tengok.
Warna-warni kehidupanmu nak.



Tghari semua setel.
Sblom balik marila bergambar beramai2 lagi.
Zara dapat kawan baru nama Amira sebelah dia tu.



Kalau ada lagi aktiviti menarik camni,
bole la kita join lagi kan.

Tuesday, December 22, 2015

Koleksi Beg Coach Malaysia di ZALORA




Koleksi Beg Coach Malaysia di ZALORA



Last week dapat Newsletter dari Zalora, “Coach is now available on ZALORA”, laju je jari ni click link terus ke website Zalora. Padahal time tu tengah buat keje rumah. Nampak tak sanggup tinggalkan keje semata nak tgk Coach hehe.Siapa yang tak kenal dengan jenama hebat Coach? Bagi penggemar beg tangan khususnya, Coach merupakan diantara jenama antarabangsa yang cukup disegani dan sering menjadi tumpuan ramai penggemar fesyen. Berdiri setanding dengan jenama-jenama hebat yang lain seperti Marc Jacobs, Kate Spade dan lain-lain. Coach sememangnya terkenal dengan koleksi barangan kulit yang cukup berkualiti dan trendy.


Brand Coach ni la, handbag mahal pertama yang ai beli dengan duit sendiri, tahun 2007 ke 2008 tak pasti plak tahun tu. Selain beg tangan, Coach turut menawarkan aneka aksesori yang berasaskan kulit dan koleksi barangan Coach dijual secara eksklusif. Anda boleh berkunjung ke butik-butik Coach Malaysia yang terletak di KLCC, One Utama, Pavilion dana tau anda juga boleh membuat pembelian secara online di laman web ZALORA Malaysia.


Yup di ZALORA Malaysia! Jangan risau kerana semua beg tangan Coach yang dijual di laman web ini dijamin original dan bukanlah produk yang palsu. Oleh itu, jika anda menggemari jenama Coach dan ingin membuat pembelian secara online, miliki Coach handbags online di ZALORA Malaysia hari ini juga dan nikmati perkhidmatan percuma terus ke rumah anda.




Clutches





Tote Bags





Shoulder Bags





Sling Bags



Temui aneka rekaan beg Coach seperti purses (dompet), clutches, tote bags, shoulder bags, sling bags dengan lebih penjimatan dan tanpa perlu anda bersusah payah bersesak-sesak di shopping mall! Bersama ZALORA, proses pembelian anda kini lebih mudah dan selamat. Ha ape lagi, pegi la cuci mata tengok barang2 Coach ni kat Zalora sekarang, kalau ada yang berkenan sila lah beli.


Monday, December 21, 2015

Art & Crafts Activity


Zara baca memo ni,
hari2 bgtau Mummy
Zara nak pegi Zara nak pegi.
Baiklah anak,
memandangkan ianya buat kat rumah
senang la nak hantar.
Dan pasti ianya free hahaha



Seriously tak tau pun kewujudan library ni.
Mmg tak pegi block lain pun,
sbb tu la tak tau apa.
Nak plak tiap kali meeting penduduk
tak pernah pegi haha
tak senonoh perangai kami.

Dorang wat aktiviti ni baru la tau,
so sementara tunggu yg lain dtg,
suh la Zara Aliah baca buku.



Bila dah ramai aktiviti pun start.
Ariq pun sibuk okay nak join,
padahal umur 5 thn ke atas buat ni.



Ada belon dorang ni suka la.



Pastu kena glue paper atas belon masing2.
Time ni tak dan dah nak amik gambar,
sbb ai pun menolong dorang.
Tangan dah penuh melekat ngan gam semua.
Seronok tgk masing2 tekun menampal kertas kat belon tu.

Dah siap gi jemur.



Ingatkan dapat siapkan haritu jugak,
tp sambung esoknya plak tuk
bagi kering betul2.

Sblm masing2 balik,
amikla group photo.



Pasni bole la ai dtg lepak2 library bawak budak2.
Pisahkan jap gadget ngan tv.
Nak jadi volunteer kat library pun bole.
Ape2 rasa leh contribute bg buku ke,
idea ke tuk wat aktiviti.
Macam menarik hihi

Friday, December 18, 2015

Ke One Utama


Lepas breakfast ngan kawan2 pagi tu,
keluar jalan2 plak ngan suami dan anak2.
Pegi dekat2 je kat One Utama.
Jalan2 tanpa hala tuju.
Ikutkan hati nak shopping tapi
duit plak tak cukup :p
Cuci mata je pun jadi la.

Masa nak keluar hujan plak.
Ariq sibuk nak berpayung.
Padahal tak redah hujan pun.



Kalini jalan2 kat old wings je.
Skangkan musim Star Wars.
Merata2 asik citer Star Wars,
hebat betul marketing dorang.
Tapi ai tak layan citer ni.
Tanya la nama ape mmg tak tau.
Yang tau satu je pakai topeng hitam tu,
ape nama Darth Vader namanyakan.

Tapi yang ni bukan Darth tu,
ape nama ntah haha



Yang ni lagi la,
ntah nama ape pun tak tau hihi
tapi anak nak bergambar.
Layankan aje.



Masuk Aino Living,
budak2 ni dah wat macam rumah sendiri,
habis pinggan mangkuk selamba
amik letak atas meja :((



Suka masuk tempat jual2 brg rumah camnikan,
banyak berkenan sbb cantik2
tapi duit je tak bape nak cantik :p

Jalan2 lagi nampak eskrem baru,
dari Korea ke Jepun tak ingat.
Nama Jipangi.
Nampak sijil halal terus Zaf ajak try test.



Eskrem tu bentuknya J.
Ada 2 size kecik & besar.
Tuk anak2 beli yg kecik je.



Ada 3 perisa coklat, vanilla & strawberry.
Anak2 ni amik cokelat & vanilla je la.



Sedap eskremnya,
kon dia tu pun sedap,
tak tawar.
Dalam kon tu penuh la eskremnya.



Makan petang kat Just Pie.



Nutella cakenya biasa2 je.



Yang ni ape ke nama tak ingat,
beef steak & cheese gitu la kot.



Sedap pie nya.
Satu tak cukup,
Zaf tambah lagi satu,
sbb Ariq & Aliah nak lagi.

Malam bungkus roti je bawak balik umah.
Zaf ada bola padang.