Friday, October 30, 2015

Ke Ikea


Semalam pukul 5 petang dapat call dari EnZaf,
ajak keluar lepak minum kat Subaidah.
Kalau dia habis keje awal mmg gitu la
rutinnya ajak lepak makan
sampai la amik Zara kat sekolah.
Tuk org lain kul 5 tu mmg dah time balik keje,
time balik keje Zaf plak kul 12 malam hahaha
Kul 5 petang tu kira awal giler la :)

On the way nak ke sekolah tu,
tetiba Zaf cakap dia baru teringat
nak kena beli barang kat Ikea.
Ai pun okay je la,
cuma ada sket tak okey,
pakaian agak selekeh nak ke sana.
Anak2 pun pakai baju rumah je.
heheh hentam aje la kan.
Dgn harapan jgn jumpa org yg kita kenal je sudah :p

Ramainya org kat Ikea semalam.
Konon nak makan kat situ skali,
tgk manusia sepenuh lautan,
terus tak jadi.
Kalau weekend jgn katala.
Dah macam pasar malam.
Mmg tak peginya Ikea time weekend.



Budak bertiga ni kalau ke Ikea
tak sah mintak icecream.
Sementara tunggu Daddy dia bayar,
ai bawak la budak2 ni gi beli.



Zara suka sbb self service,
buh coin n tekan2.
Pastu teruja tgk icecream tu keluar hahaha



Dapat ice cream diam la dorang.
Kalau tak sepanjang dalam Ikea tu
sibuk tanya lama lagi ke lama lagi ke huh

Dinner kat Simply Chicken.



Aliah taknak makan,
dia dah kenyang makan roti canai petang tadi.
Mummy ngan daddy dia je tak kenyang2 haha



Lama tak makan kat sini,
sblom ni makan kat OU.
Tp kat sana dah tutup.



Baru nak membelek buku 2016 punya.
Assignment hujung tahun tuk ai
tapi takde dateline :p



Thursday, October 29, 2015

Perasaan Hari Ini



Cuaca terang benderang,
kalau sebelum ni,
pokok2 kat hutan belakang tu samar je nampak.

Harini kat timeline facebook
penuh cerita pasal cuaca harini.
Syukur alhamdulillah terasa nikmat
panas matahari pagi tadi hehehe

Lepas ni bila cuaca panas je
jgn pulak keluar kat timeline,
panas sgt la nak hujan.
Kang asyik je hujan plak sampai banjir,
kecoh lagi cepat la cuaca hujan benti,
bagi cuaca panas plak hihihi :p

Seronokkan tgk ragam macam2 manusia kat fb ni.
Ai suka baca status dorang,
kalau rajin komen la.
Kalau tak komen suka baca komen2 org kat status tu.
Kekadang dlm status tiap orang tu,
kita bole tau serba sedikit sifat2 individu.
Dan juga minat dorang.

Tapi taknak la citer hal orang,
itu hak dia la nak buat apa.
Tapi tuk diri ai plak terutamanya dalam fb.
Ai suka share gambar2.
Terutamanya gambar diri sendiri, anak2 dan keluarga.
Dan share tu suka pada yg happy2 je.
Ada gak tak happy tapi slalunya tak happy ni
byk simpan dalam hati.
Macam dlm blog ni juga hehehe.
Suka cerita perkara yg membahagiakan diri sendiri.

Oh yer, reception cousin ai Azfar Sabtu ni
dapat join plak.
Memulakan tak leh bawak anak2 kecik,
skali Mak Lang call smlm bgtau,
pihak pengantin perempuan jemput ai n anak2
hadir wedding sana.
Terharu bila maklang cakap kesian kaklong means ai
tak dapat join sabtu ni.
Dia tanya pengantin perempuan kot dapat bawak.
Tapi awal2 pun ai tak kisah,
kalau dapat jemputan kita pegi,
tak dapat pun takpe.
Dah majlis orang, so ikut suka dia la nak wat camnekan.
Tapi ni dia dah menjemput,
harusla kita pegi :)
Tq MakLang!!

p/s: tak tau nak pakai baju apa.
repeat baju raya je okay la kan.

Wednesday, October 28, 2015

Last Paper!


yeyyyy harini last day exam Zara.
Hanya satu paper je Pendidikan Islam.
Nampak tak Mummy dia yg eksaited n hover haha
Alhamdulillah..
rasa lega sangat ok.

Mana taknya,
patut exam last week,
tp ditunda sebab jerebukan.
So momentum tu dah lari.
Zara pun makin lama makin malas nak buat latihan.
Stress sbb dia rileks je :p

Buku2 exercise sebelum exam.
Nampak lg skali Mummy gigih dan semangat.



Gambar atas tu baru kemas semua buku2 dia.
Kalau tak mmg berselerak camni la kat atas meja makan.
Okay dah bole simpan semua buku2 ni. ;)



Kalini belajar kat meja makan,
tak leh buat dalam bilik.
Banyak main n mengelamun,
xfokus langsung.
Bila nak makan kat meja tolak semua ke tepi.
Habis makan tolak balik ke tengah hahaha
gitu la 2-3minggu berserabut atas meja makan.

Masa dia nak exam tu,
sempat la ai wat nota kecik
selit kat dalam pencil casenya.
Buruk benor tulisan,
lama tak menulis hahaha



Mudah2an apa yg di usahakan ni
membuahkan hasil yg baik.
Yang penting kita usahakan
selebihnya kita berserah dan berdoa.

Okay pasni dia taknak bukak buku pun
ai dah tak kisah,
nak tido tak nak tido.
Main je 24jam suka hati haha
Bagi dia enjoyyyyyy

Tuesday, October 27, 2015

Restoran Mohd Chan, Kota Damansara


Baru buka kat Kota Damansara,
harusla kita mencuba.
Cerita minggu lepas.



Zara tulis order.
Dah pandai eja tulis mmg la seronokkan.
Aliah pun nak jugak,
tp bukan reti.
Kang habis diconteng kertas order tu.



Daddy melayan Ariq main stiker yg baru dibeli.



Ai makan Dumpling Soup.



Zaf makan Cantonese Yee Mee.



Zara makan Nasi Ayam.



Pau Kaya dan Pau Kacang.



Semua makanannya sedap.
Puas hati.
Dan paling suka ambience kedai ni.
Nampak terang dan paling penting bersih.



Pastu Sabtu lepas datang lagi sini,
bawak mak, abah dan adik2 dinner.
Sempat snap menu ni je,
ada 2-3 menu lagi
tp dah tak dan nak snap,
sbb dah lapar haha



Oh ni sotong nestum.
Sedap jua.



Habis je makan sini,
kami gi restoran sebelah plak,
Kayu Nasi Kandar.
Makan lagi tp tak berat la,
order roti tisu.



Roti tisu ni mmg feveret ai n Zaf,
kalau sesaja lepak mamak time supper,
ni la kami order.

Hari Sabtu tu jugak Hari Ulangtahun Perkahwinan Mak Abah yang ke-36.
Celebrate bawak makan2 je.
Tunggu la kalau ada umur panjang lagi,
anniversary ke 50 kita wat grand.
Suh dorang pakai baju pengantin n sanding la haha
Happy Anniversary Mak Abah!!
Along sayang korang ketat2.

Monday, October 26, 2015

Wayang Cerita Melayu.


Semalam gi tengok wayang kat The Strand Mall.
Zaf ajak tgk citer Polis Evo.
Terkejut ai.
Tak pernah2 mamat ni nak tgk wayang citer melayu.
Sblom ni ai ajak tak de nya nak tengok.

Dah dia ajak kita okay je la kan.


pic googled.

Kami tengok show pukul 5 petang.
Sementara Daddy dia gi beli tiket,
harusla amik gambar anak2.

Pose ala ayu dan sopan gitu.



Si Zara takut2 nak amik gambar kat situ,
sbb ada tangan ngan kepala wolf mengerikan
kat belakang dia.



Skang ni byk kuar citer seram2kan sempena Halloween.
Zara pun tanya ai,
Mummy today is Halloween day ke.
Ai pun tak tau day ke tak..
mana kita celebratekan.
Jawab iye la kot :p
Pastu tanya Daddy dia sbb tak puas hati.



Sblm masuk wayang gi solat Asar dulu.
Pastu terus gi beli popcorn n air.
Sekali sekala tu jengah anak2 wat apa.
Almaklumlah kali ni tgk wayang bukan citer katun.
Risau gak la dorang boring.
Alhamdulillah kami dapat tgk ngan aman haha



Habis citer Zaf cakap macam citer Bad Boys je.
Yang Will Smith n Martin Lawrence berlakon.
Kan lebih kurang sama,
Tapi ni version Malaysia hehehe
Okayla Nora kasi 4 bintang :)

Friday, October 23, 2015

Majlis Nikah Azfar & Hakimah


Hari pernikahan cousin ai Azfar
berlangsung kat Masjid besar Shah Alam
iaitu Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Majlis ni buat simple dan ringkas
yang dipenuhi ngan ahli keluarga sahaja.
Ai suka camni sbb lagi mesra :)

Waktu pernikahan pukul 10pagi.
Sblom tu kami semua berkumpul kat umah MakLang
ada wat sedikit doa selamat.

Cantik hiasan bilik nikah ni.
Sweet aje.
Tapi sayang satu aircond plak rosak.
Time kawin ni plak rosakkan,
pihak masjid sediakan kipas cooler tu,
tapi dah ramai takde rasa sejuk mana pun.
Berpeluh gak la hahaha



Pengantin dinikahkan oleh bapa pengantin tu sendiri Dato' Abdul Hakim.



Alhamdulillah dgn sekali lafaz,
sahla menjadi suami isteri.
Good Job Along Azfar hihi
Lepas je akad tu,
bapa pengantin ada bagi sepatah dua kata
kat menantunya.
Touching sgt bila ayat "saya serahkan puteri sulong saya..."
bla bla bla nasib tak bergenang air mata ai haha

Gambar pengantin bersama ibu bapa mereka.



Selesai semua ngan upacara batal air sembahyang,
kitaorg terus ke khemah.
Ape lagi makannnnn tghari.
Tak dan nak amik gambar.
Makanan yg dihidang nasi minyak
ngan lauk pauk semuanya sedap2.
Nak tambah tapi malu haha

Antara hantaran dari pihak perempuan.

Jam dan macaroon.
Macaroon tu lama perati hihi



Perfume & kasut



wallet, belt & shirt



dan kek..
kek ni pun lama perati :p
bab makan mmg la sukakan.



Bapa pengantin perempuan tu
adik kepada Timbalan Perdana Menteri kita skang,
Y.B Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Tapi dia tak dapat datang.
TPMkan sibuk.
Wife dia je datang.
Tu mak & mak2 sedara bergambar ngan wife TPM
Datin Seri Hamidah Khamis. :)



Tgh on the way nak ke khemah,
Zaf cakap Yang, pusing belakang!
kalau tak amik gambar ni
mmg takde kenangan haritu.
Thanks Yang!
Sila jangan muntah hijau.



Ada lagi cousin tak uploadkan gambar,
tapi kita buat je la entry ngan gambar yg ada.
Kang takut lupa terus nak citer hihi

Tahniah Azfar & Hakimah,
moga kekal bahagia hingga ke Jannah.
Tuk majlis resepsi 31hb
sedih tak dapat join sbb
majlis resepsi perempuan tu buat formal,
anak2 kecil tak leh bawak.
Dorang plak taknak tinggal kat umah mak Zaf huhu
Kalau pegi tu dapat la bergambar ngan TPM :)

Thursday, October 22, 2015

Mommy's Night


Baru nak wat entry pasal kawan2.
Cerita sebelum Maal Hijrah.
Eh sebelum dan tengah Maal Hijrah la patutnya :)

Hari 13hb tu ada small gathering
ngan kawan2 universiti.
Diikutkan ai tak dapat join,
sbb Zara ada kelas Eye Level.
Takut ai lambat sgt kang jenuh dorang nak tunggu.
Lepas je Zara habis kelas kul 9malam,
ai pun whatsapp la dorang kot dah lama lepak ke apa.
Rupanya2 sorang pun tak sampai lagi.
Ye ye je ckp lepas Maghrib jumpa hehehe
Memandangkan dorang pun tak sampai,
Zara pun dah habis kelas,
apa lagi laju je la cakap okay jumpa sana.

Jumpanya kat umah kawan ai Dina
kat Putrajaya.
Nasib baiklah Zaf yg baik hati tolong hantarkan.
Kalau gi sendiri malas la sbb jauh dan
dah lewat malam.
Kalau dia tak bole hantar idak juga la nak gi sendiri.

Farah bawak nasi dagang.
Special home made dari air tangan dia.
Memang sedap sangat, terbaik!!



Tuan umah buat spaghetti.
Pizza tu plak katanya beli je.



Ai mmg dtg bawak perut je,
last minute gitu haha
Kalau mmg plan nak ke sana leh la bawak ape2 yg patut.

Bergambar sebelum makan.
Lama giler okey tak jumpa dorang.
Nak nak ngan Farah (tudung hitam),
last masa konvo 2002 skang dah 2015 perghhh
Yang lain tu ada la tak jumpa 2-3 tahun.



Anak2 nasib pandai bawak diri,
Ariq dapat toy diam la dia.



Apa lagi bila dah jumpa kawankan,
harusla byk gosip mak jemah keluar.
Borak gelak borak gelak tak ingat dunia
sampai kul 1 pagi.
Itu pun dapat msg dari enZaf ajak balik hahaha
Tak ingat laki weh.
Rasanya mahu sampai Subuh tak balik2kan.

5 sahabat berlainan negeri.
Ella (Pahang), Farah (Kelantan), Erna (Sabah), Dina (Kedah), Ai (johor)
Bayangkan masing2 cakap loghat negeri hihi



Sebelum balik sempat la tapau makanan tak habis.
Mana tak habisnya, borak lebih dari makan.
Dah jumpa kawan lamakan.
Esok pagi ai panas2kan aje lauk.



Wednesday, October 21, 2015

For Sale: CAMERA - SJCAM


Sama cam GoPro :)
Bolehla selfie wefie groufie
di mana saja anda berada dengan mudah.
Nak bergambar nak bervideo mana2 aje lah.
Dalam air (sedalam 30meter) pun bole hihi



Barang original.
Kalau dekat ai antar je direct kat korang.
Jauh cam biasa la,
pos hihihi

oh yer tambahan

- Kingma twistlock monopod RM55
- Memory card 16gig RM38
- Memory card 32gig RM70



Kalau nak sila email.

Monday, October 19, 2015

Dinner at IKEA


Smlm dinner kat Ikea.
Daddy bawak keluar bagi Zara release stress
penat ulangkaji tuk exam.
Habis tu baru tau sekolah cuti sbb jerebu hihi
Tapi takpe la,
mmg nak keluar pun.
Bukan Zara je tp Mummy pun stress sama haha

Zara skang bila suh amik gambar,
suka betul julingkan mata.
Haii la anak dara ni.. macam2.



Ariq plak lepas ai amik gambar akak2 dia,
Mummy, Ariq turn.
Okay nak!!



Lama menunggu makanan,
punya la ramai orang.
Nanti Ikea bukak cawangan baru kat Cheras tu
kurang la sket sesaknya kan.
Eh ke dah bukak kat sana??!!

Tgk tu Zara julingkan lagi matanya huarghhh



Kami ke Ikea survey katil baru.
Memandangkan dah 9 tahun lebih usia,
Zaf kata elok la tukar baru.
Survey skali ngan sofa bed letak kat master bedroom gak :)

Muka Aliah muka nak marah sbb
tak dapat beli doll dia nak.
Muka sblom nak nangis pun iyer :(



Siang tu sempat gi kedai letrik HLK,
Zaf beli water heater tuk 2nd bathroom.
Dah tiba masanya anak2 dara ni mandi bilik air asing.
Sblom ni semua mandi satu bilik air je.



2 kotak lagi tu,
beli kipas meja dah rosak.
Dan blender ai jugak haha.
Elok2 9 tahun ni semua barang letrik rosak.
Termasuk iron seblom ni.
Yg best ni first time beli tuk sendiri.
Iron, kipas, blender semua pakai dari hadiah kawin.
Oh yer aircond pun beli baru satu kat bilik ai.
Jimat 9 tahun tak beli barang2 tu semua.
Yang masih elok,
tinggal microwave je. :)