Wednesday, September 30, 2015

Kufi Frame Cantik


Skarang ni semua trend Kufi kan.
Suka sbb cantik dan nampak moden.
Sejak ai like page
Galeri Kufi by Seni Kufi kat facebook.
Asyik je tgk hasil2 seni dorang.
Seyes ai mmg minat sangat2.

Dah minat apa lagi,
send la pic2 tu kat Zaf,
kot2 la dia pun minat gak.
Pastu bgtau la nak beli.
Lama jugak la tunggu respon dia.
Akhirnya dia bagi green light boleh beli.
Tapi dgn syarat ikut bajet dia hihi
Okay la dari takde kan.

Tapi frame yg ai minat tu
lebih dari bajet dia
sedih kejap kat situ :p

Kalau nak top-up ngan duit sendiri okay je,
tp dia dah kata bajet dia,
baik kita menurut perintah.
Jangan derhaka hahaha

Maka frame yang dinanti2 telah kunjung tiba.
Tak sabar tunggu Zaf gantung.
Dia tu dah la outstation selalu.
Nak tunggu dia buat mmg makan masa 2-3minggu.
Ai is tabah dan redha :)



Tadaaaa..



Suka sbb warna warni
dan ceria rasa.
Kecik sket sizenya kalau nak dibandingkan,
sblom ni kami letak frame Ikea kat situ.
Tapi takpe la..
elok gak.

Baru2 ni Galeri Kufi ada kuarkan lagi desgin baru.
Aishhh menarik jugak.
Ada minat tp tu la jgn tamak haloba.
Dah 2-3 tahun kita tukar baru plak.
Gi la singgah kat fb dorang.
Galeri Kufi by Seni Kufi
kat Instagram pun ada,
search aje.

Keluar dari tajuk jap.
Dapat cekelat M&M dari kawan Zaf.
Maceh..
hanya ai n Zaf je makan,
budak2 ni tak suka sbb ada peanut :)



Tuesday, September 29, 2015

Sabtu di Empire


Hari Sabtu lepas gi Empire Subang.
Lama tak ke sana.
Cuaca hari Sabtu tu jerebu sgt teruk.
Terhad je pandangan kat highway.
Walaupun cuaca teruk kami tetap keluar gak,
Zaf nak survey barang2 dia tuk bisnes dia.
Dia ada bukak bisnes baru.
Kalini bidang lari sket dari dia buat skang.

Sblm misi mencari barang2 dia,
kita isi perut dulu.
makan kat Chilis.
Pun lama tak makan kat sini.



Gambar2 seterusnya Ariq yang amik.
Untung ai dah ada photographer baru.
Tak yah dah Mummy amik gambar makanan :)



Chips yg wajib diorder tuk kudapan.



Ni Ariq mintak burger,
dan dia habis makan sorang je.
Bulat la hero sorang ni.



Fajitas feveret ai ngan Zaf.
Zara plak dia makan roti pita je..
sabar je la.
Aliah takde masalah,
semua makan.



Tak sedar plak dia amik pic ni,
kalau tak confirm Mummy buat peace haha



Lepas dah jalan kat Empire,
Zaf ajak ke GM Klang plak,
Dia nak tgk barang2 lain kot ada berkenan.
Ramainya manusia kat sana.
Ingatkan cuaca jerebu takde la org keluarkan.
Nan hado haha

Mcm komen2 org kat fb tu,
kata budak2 sekolah je cuti,
yg lain tak cuti.
Hanya budak sekolah ada paru2,
yang lain semua pakai insang hahaha
Memang gelak ai baca tu.
Ada je dorang ni.

Kalau cuti pun mcm la dok umahkan,
keluar gak berjalan hehehe
Tapi apa pun,
hanya diri sendiri je yg tau
sihat tak sihat.
Nak nak sapa yg ada masalah cam asthma
or yang kejenya mmg kat luar,
bukan dalam bangunan.
Elok la amik cuti berehat.
Kalau kena keluar gak pakaila mask.

Dan yang lain2 tu jgn lupa minum air banyak.
Hindarkan aktiviti luar seboleh yg mungkin.

Monday, September 28, 2015

Kereta Berwajah Baru


Akhirnya kereta ni hantar workshop.
Bukan rosak tp enZaf nak cat.
Kereta pun dah byk calar balar,
dan ada sebelah pintu tu cat dah mati.
Kete dah 9 tahun gitu la kan..
tp satu untung kete ni enjin elok lagi,
takda banyak bawak masalah,
body je dah buruk.
Alhamdulillah.



Sebelum ni kete pass pass kat org pakai,
sbb ada yg nak pinjam kereta rosak,
ada yg pinjam sementara tunggu kete lain,
macam2 la sebabnyakan.
Tapi takpe la pinjam sbb bukan pakai pun.
Jadi tertangguh2 la si mamat ni
hantar workshop tuk dicat baru.

Tiap progress kete,
Zaf mesti citer kat i,
tak sabar katanya nak tgk kete jadi baru.



Memula dia nak cat warna sama je,
tp katanya dah alang2 tu buat warna lain plak la.



Hantar kat workshop kawan dia rekeman.
Kat Puchong punya la jauh.



Zaf puas hati ngan servis bengkel ni.
Dorang pun nak buat apa akan tanya reconfirm bagai.
Wasap gambar tiap progress apa dah buat or tgh buat.
Bagus la kan.

Jeng jeng jeng,
ni la hasilnya.
Kemain sport rim kaler biru terang benderang.



Dah la kete ni ai yg bawak,
buat sporty2 mcm nak racing je ai rasa.
Sbbkan ai nak bawak sport rim tu pun downgrade sizenya.
Comfort sket ai bawak anak2.

Skang ni kete Viva ai
bagi kawan dia pakai sementara.
Sedih rasa sbb kete tu la kete lenjan ai.
Kete kecik dan senang nak cilok haha

Friday, September 25, 2015

Tree Steak House, Sg Buloh.


Cerita Ahad lepas.
Banyak citer sblm raya tak buat entry,
malas pun ada.
Nak nak kalau kisah tu dah lama lepas,
lagi malasssss nak buat entry.
So banyak gak la abaikan.
Simpan je la gambar dalam album kat komputer hehe

Ahad tu mmg nak balik umah mak,
skali Abah cakap tak yah datang umah.
Dia ajak makan kat luar,
jumpa kat restoran terus.
Lagi pun lorong kat rumah ada wat kenduri,
jalan tutup leceh nak masuk katanya.
Dah ajak makan kita okay je la kan.

Kami makan kat Tree Steak House,
hala nak pergi Paya Jaras.
Memang perasan kedai ni kalau lalu paya jaras,
tp takde plak nak menyinggah,
sbb orang ramai je manjang.
Hari kami pegi ni pun full house.



Adik ai Azie tak join.
Dia keje.



Antara menu yang di order.



Tak semua gambar masuk,
tak kuasa dah nak snap.
Nak makan je pikirnya haha



Sedap gak makanan kat sini,
dan harga pun mampu milik.
Patut la ramai je orang.

Ariq amik gambar ni,
kalau tak blur mesti lagi cantik.



Ni pun Ariq snap jugak.
Tok Abah dia hehehe



Thank you Tok Abah belanja kami,
segan plak dia bayar.
Zaf nak bayar dia tak kasi.
Duit pencen masuk awal ye haha

Wednesday, September 23, 2015

Kembali Meriah


Yeyyy semalam kehidupan ai kembali huru hara
ehh ceria sebenarnya hahaha
Kekadang ada bagus gak dorang dok umah Mak Tok,
ai bole berehat sket.
Lagi best kalau Ariq pun tido sana,
tp apakan daya dia budak manja,
nak Mummy sepanjang masa.

Ni pun smlm amik dorang sbb
Zara ada class.
Kalau tak sampai raya la korang dok sana :p

Habis kelas Zara nak makan Pizza Hut,
dari kelas dia nak ke Pizza ni
agak jauh gak.
Havoc gak la ngan dorang nak sampai kedai huhu



Ni gambar semua Ariq amik.
Paksanya sorang2 suh pandang camera
dan buat peace.
Yeee kena buat.
Kalau tak buat kena marah hehe



Nasib la akak2 dia melayankan aje.



Tak bole dekat lagi ke Ariq oi
besar benor gambar Mummy ni.
Eyebag yg tak dapat dibendung lagi.



Tapi yang ni Mummy la amik.
Suh buat peace taknak,
buat 1 Malaysia dia tu je.



Habis makan layankan dorang main seround.



Esok dah raya kitakan.
Tahun ni Mak Su & Pak Su gi menunaikan haji.
Moga mereka mendapat haji mabrur.
Banyak ujian para jemaah haji kalinikan.
Moga ada hikmah disebaliknya.

Monday, September 21, 2015

Bertiga Sahaja


Start dari smlm,
tinggal ai ngan 2 org laki ni saja.



Zara & Aliah tido kat umah Mak Tok.
Cuti sekolah ni suka la ke sana.
Nak plak ada org melayankan.

Smlm kami bertiga lunch kat Ana Patin House.
Lama tak makan ikan patin :)



Pastu Petang Zaf gi main bola.
Ai & Ariq dok umah je.

Malam plak dinner kat Burger Junkyard.



Hoola Hoop Burger ngan Texas ape ntah haha



Ariq sejak dari smlm gak,
asik je tanya kakak dia.
"Mummy, kakak takde"
"Mummy, kakak at Mak Tok house"
kakak kakak kakak hehehehe



Pastu kat umah,
dia nampak toys kakak dia,
"Mummy, Kakak Aliah toys"
hihihi sian dia takde geng.
Kalau ada bergaduh berdua tu,
bila takde mencarikan.

Walaupun anak2 dara tu takde,
Mummy tetap masuk bilik dorang
sblom masuk tido.
Dah biasakan buat gitu hari2.
Skali tgk kosong je atas katil.
Rinduuuuuuu

Friday, September 18, 2015

Rimba & Rusa


Lepas beli hadiah birthday tuk Aliah
dan toys Zara & Ariq hihihi
Window shopping dulu kat dlm KLCC tu.
Aliah bila dah dapat hadiah,
ingatkan dah habis berzikir.
Rupa2nya ada lagi,
kalini berzikir nak balik umah plak.
Tak sabar la tu nak main toys baru.
huhuhu tengok la memang menguji kesabaran Mummynya.

Daddy dia mmg tak layan.
So dgr la dia bising "nak balik nak balik"
Masa otw nak balik Kota,
anak2 ni semua tido.
Ingatkan balik umah terus,
Zaf ajak singgah minum jap.

Kami try tempat baru.
Rimba & Rusa kat Sunway Nexis,
building baru buka kat Sunway Damansara.
Dekat ngan Giza tu.



Sampai pun dah lewat petang,
makanan pun byk dah habis.
Especially tuk dessert.
Zaf cari kek,
since Aliah tak blow candle lagi.

Kebetulan haritu,
baru lepas habis baby shower customer,
jadi order je la apa yg ada.
Nak pegi tempat lain mmg malas dah.

Cupcakes Butterscotch Dream
& Cupcakes Choc Choc.
Tanya kedai kot ada candle.
Takde plak.
Kalau ada leh tiup lilin.



Sedap wokeh dua2 cupcakes ni.
Memang kena ngan tekak ai,
sbb tak terlalu manis.
Just nice je.
Kalau nak bandingkan ngan cupcake kat Wondermilk tu,
ai mmg tak leh nak masuk sgt.
Gila manis.
Zaf yg bukan pencinta cupcake pun makan :)

Order Creme Brulee.
Ini pun sedap.



I order air Strawberry Peach Shaken Tea.
Sedap jugak.
Tp dah kena rampas ngan Aliah,
dia yg habiskan.



Yang ni Zara order.
I Scream for Candy namanya.
Sedap jugak.
Benda manis mmg la sedapkan.
Cuba rasa cam ubat hahaha



Budak bad mood.
Dia kalau tido dalam kereta
mmg macam ni bila kejutkan.
Plak tu ingatkan balik umah terus.
Tapi tak balik ape lagi
mmg muka masam je la.



Satu je cara nak bagi dia okey balik.
Kena bagi dia nangis sepuas2nya.
Kalau dia tak nangis dan tahan je,
dia akan moody and protes sepanjang hari.
Jadinya ai marah dia sket,
bagi dia nangis hahahaha
Biarla org dalam kedai tu pandang :p

Dah puas nangis dia dah lega.
Pastu terus okey,
dia bole makan minum macam biasa.
Hanya mak je yg tau perangai anak2
dan cara nak tanganikan.
So lantak la kalau org lain tgk,
cakap ai mak yg kejam hahaha

Slogannya Everyday is Sunday.
Kalau hari2 Ahad ai pun suka.
Dapur tutup dan shopping aje hahaha



Tapi nak bagitau awal2 la,
kat Rimba & Rusa ni tak bape murah harganya.
Nasib baik sedap dessert2 tu.
Main course tak try lagi.

Thursday, September 17, 2015

Hadiah Birthday


Nak belikan hadiah tuk Aliah,
tapi org lain yg beria lebih.
Bukan main besar kotak yg di ambil.



Aliah bila dah banyak sgt toy,
dia jadi rambang mata.
Tak tau nak pilih apa.

Memula nak shopkins.



Pastu tukar amik Princess plak.
Dia pilih Rapunzel.
Zara amik Ariel.



Yang ni pun sama rambang mata.
Semua menda nak.
Last2 dia pilih ni.



Seperti biasala,
nak beli hadiah tuk sorang,
tapi kena beli tuk semua gak.
Untung betul anak2 ni kan.
Kiranya sesapa birthday dapat present.

Ai ternampak topi parti yg cantik ni.
Terus bagi Aliah pakai n snap.
Nak beli mmg tak la,
satu tu RM30 hehehe



Anak yg paling paling paling
menguji kesabaran Mummy.
Satu hari kalau tak wat Mummy
darah naik turun mmg tak sah :)
Macammana perangai dia buat skali pun,
Mummy tetap sayang.
InsyaAllah takde pilih kasih antara
semua anak2 Mummy.



Happy Birthday Anakku Qalesya Aliah.
Moga jadi anak yg cemerlang, gemilang dan terbilang
di dunia dan di akhirat.

Tuesday, September 15, 2015

Jatuh Koyak Seluar


Semalam masa amik Zara kat sekolah.
Tengok dia jalan terhenggok-henggok.
Ayat negeri mana ek terhenggok tu hahaha
Sama ngan ayat terhenjut la tp
seram plak guna perkataan tu.
Takut jadi 18sx tettttttt :p

Dia tunjuk kaki dia.
Ai tgk seluar dia koyak.
Dia cakap jatuh.



Masa dalam kereta suruh la dia cerita,
kenapa jadi macam tu.
Dia bgtau kawan2 kelas dia main lari2.
Apa ntah nama kawan dia,
lelaki la yg pasti.
Masa main lari2 terlanggar dia,
sesama jatuh.
Kuat tu terlanggar
sampai bole koyak seluar.
Kesian dia luka dan melecet.



Sampai umah ai masukkan dia dalam bilik air.
Nak cuci luka dia,
sian dia menangis sakit la kan.
Ai pun rasa ngilu dia ape ntah lagi.
Cepat2 cuci pastu sapu gamat.

Biasa la budak2 kat sekolah.
Standard la tu berlari jatuh bagai.
Ni kes tak sengaja.
Lain la Zara ni luka sebab dia
bergaduh ke
or bak kata Has kena buli ke.
Ha tu lain la citernyakan.

Zara cakap taknak sekolah esok.
Dia nak bengkokkan lutut pun susah.
Elok plak harini Kementerian bagi sekolah cuti.
Jadi tak payah la Mummy buat surat hihi

Cuma terkilan sket kat sekolah dia.
Masa dia jatuh luka tu,
dia jumpa cikgu.
Cikgu ape ntah nama lupa dah ai.
Cikgu tu bgtau takde ubat.
Aishhh tak leh terima alasan bodoh camtu.
Takkan la kat sekolah takde first aid kit.
Zaf cakap takpe nanti
dia beli satu letak kat dlm kelas dia.
Zaf cakap sindir secara halus sikit hahaha
Baiklah :)

Ai plak mmg tak tau sebenarnya sekolah cuti harini.
Macam biasala kejutkan Aliah
bersiap2 nak gi sekolah.
Sampai2 sekolah dia,
teacher kat depan pintu bgtau sekolah tutup.
Ape lagi terus pegi kedai Subaidah breakfast hihi

Esok cuti Selamat hari Malaysia kawan2!!
Esok jua birthday adik ai no3 Azie.

Birthday Lunch


Ahad lepas Birthday Aliah.
Zaf ajak makan dekat Kota je,
nak try makan kat sini, Rakshee.



Sempat la amik gambar Birthday Girl
sblom masuk dlm kedai.



Masuk2 tgk full plak.
Takde tempat duduk nak makan.
Jadi Zaf ajak makan tempat lain.

Ai ajak dia makan kat Taman Tun.
Ada satu kedai keluar kat JJCM TV3.
Fickles namanya.



Aliah dia merajuk,
tak nak makan.
Dia nak beli present terus huhuhu
Kemain tak menyempat.



Yang ni okay je ngikut.
Tp jiwa sensitif kalau ngan Mummy.
Tegur sikit menangis huh
Oi anak sulong kena jiwa kental okeh haha



Gedik boy ni bab makan dia mmg suka la.
Luka dah hilang 100% tp lebam masih ada lagi.



Makanan anak2.



Makanan Daddy & Mummy



Makanan Mummy hahaha
nampak tak paling kuat makan di situ.
Ni Lontong Goreng.



Close-up sket Lontong Gorengnya.
Sedap sangat...



Sedap2 semua makanannya.
Bole repeat lagi ke sini.
Try yg lain plak.



Ingatkan nak order kek,
tp tak byk pilihan.
Kita makan kat tempat lain je nanti.
Aliah pun dah berzikir nak beli hadiah huhu