Tuesday, June 30, 2015

Drypers Point Shop


Dapat email dr Drypers
bgtau pasal online point shop ni.
Kalau Drypers tak hantar email,
memang ai pun tak ingat.
Lama dah register tp
tgk gitu2 je websitenya.

Tgk point ai ada 55 mata.
Camne tetiba ada tak sure,
maybe dpt bila kita register kot.





Baca2 dalam website tu,
nampak la ruang nak key-in kod.
Ape lagi ai pun geledah la drawer,
cari kod2 yg ai simpan.





Banyak ni je yg ada.
Tiap kali kalau beli Drypers,
mmg ai akan potongkan kod ni
simpan je dlm drawer.
Tu pun kalau ingat,
kebiasaannya plastik Drypers tu terus buang huhuhu
Kalau tak mesti lagi byk kumpul.

Terus key-in kod2 tu semua,
dapat la total point yg baru.
Banyak jugak dapat.
Dari 55 point ke 2505 point.





Ape lagi survey la
ape barang2 yg bole di redeem.






Menarik2 semuanya.
Toys ni menarik kalau ada baby.
Ariq dah bukan baby,
jadi part ni kita skip.
Kalau nak redeem pun point tak cukup :p





Ikutkan bole je amik byk,
tapi ai try test dulu redeem satu brg.





Pilih bedak dan wet wipes.
Jadila menda free.
Sampai dalam 2 minggu gitu.
Pasni nak redeem diapers plak.

Sblom Drypers wat redeem pakai kod unik
dorang wat redeem pakai barkod.
Tapi sayang part tu ai xsempat nak buat.
Dah la byk kumpul barkod tu huhu
Takpela bukan rezeki namanya.

Seyes suka la ngan Drypers ni.
Suka bagi barang macam2.
pernah wat entry pasal free gift ni [link]
Dapat baju, seluar, toys,
tempat sangkut diapers macam2 la lagi.


Monday, June 29, 2015

Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015, Darjah 1


Jumaat lepas gi sekolah Zara,
amik exam resultnya.
waktu assembly ustazah suh
semua pelajar berzikir munajat.
Zara bole plak bersembang ngan kawan dia
grrrr bertuah sungguh anak. :(



Hari amik result ni,
dalam surat ada bgtau,
bole bawak balik anak terus.
So dtg sekolah ni Zara xbwk bag.
Lenggang kangkung je la.
Kira Jumaat ni hari tak sekolah.
Datang amik result semata.

Masuk kelas dia,
nasib baik giliran ai no.2
jadi takde la nak menunggu lama.

Masa sesi ngan cikgu kelas dia.
Cikgu bgtau Zara pendiam orangnya,
ha yg tu mmg ai tau sgt.
Dia mmg pendiam dan susah nak bercakap.
Walaupun diam dia cepat tangkap apa cikgu ajar.

Cuma certain arahan dia kekadang tak paham,
kena explain sket ngan BI hehehe
Pastu kalau ada pesanan dari pihak sekolah
kena bertulis.
Cakap2 pakai verbal ni mmg
dia tak reti nak sampaikan hahaha
Tu biasa dah ai slalu tak dpt
msg dari cikgu or sekolah.
Cikgu dia mmg buat memo tulis kat message book dia.
Dan pesan byk kali bg kat mummy baca :p

Part belajar mmg takde masalah kata cikgu.
Alhamdulillah semuanya komen yg positif.

Bila cikgu dia bagi slip keputusan tu,
mata ai tak kelip2 pandang.
Bila pegang slip tu lagi la tak kelip2.
Tak percaya okey.
Markah tuk subjek tu mmg dah tau,
sbb dia bawak balik paper.
Tapi kedudukan kelas tu yg baru tau time tu kan.



Kedudukan Dalam Kelas: 1/33
Kedudukan Dalam Darjah 5/162

MasyaAllah ai tgk result tu menggigil haha mengong.
Seyes tak percaya.
Sbb tinggi sangat result tu.
Ape pun syukur alhamdulillah.

Skang ni mummy pening
camna nak bg dia maintain result tu.
Giler susah okay.
Yang ni dia dapat 91.75% keseluruhan tuk 7 subjek.
Tuk akhir tahun kita cuba perbaiki percentage.

Tahniah kakak!!!
Mummy seyes tak percaya.
Pandai sgt ko ni,
mummy sekolah dulu pun tak pandai camni
apentah no.1 memang tak pernah haha :)

Friday, June 26, 2015

Report Card Pick Up Day


Cerita sekolah Aliah kat Genius Aulad.
Hari Sabtu lepas amik report cardnya.
Tapi report card tu takde bwk balik.
Tgk dan sambil share ngan teacher dia,
pasal perkembangan Aliah ni.

Setakat ni dia masih byk lagi menda nak belajar.
Lagi pun dia ni byk tak pegi
sekolah dari pegi.
Beza ngan kakak Zara dia.
Malas okey huhuhuhu

Yang penting.
Dia dah kenal abjad ABC dan nombor 123.
Nombor patutnya dah bole kira sampai 50
tp dia ada sangkut2 sikit.
Takpe la kita cuba lagi ye Aliah.
Membaca masih level 1.
Menulis pun okay bole buat,
tapi tulisan ya ampun.
Ha part ni sama ngan kakak dia.
Lemah jantung mummy tgk haha

Surah2 byk lagi kena praktis.
Al-Fatihah dia dah lancar.
Surah 3 Qul sangkut2 lagi.
Doa byk dah bole.
Doa makan harus la laju je hafalkan :p

Solat plak semua okay
kecuali bacaan tuk tahiyat awal akhir tu
memang dia tak reti lagi.
Solat jemaah selalu ngan dia
insyaAllah bole la nanti tu kan.

Perangai dia teacher cakap
dia pendiam dan tak pandai bergaul ngan kawan.
OMG OMG OMG!!!
bezanya kat umah.
Kat umah tak reti dok diam hihi

Bergambar depan kelas dia.
Dia kelas 5 Palestine.
5 Al-Kindi tu sesi petang.



Sebabkan dia byk ponteng,
ni antara kerja dia buat kat sekolah.
Ada juga yg teacher dia letak kat kelas.
Tak semua bawak balik.



Jgn katakan tulisan
mewarna pun hahaha hampeh :p
Memang tak nampak kesenian dlm diri dia.
Takpe la nak,
yang penting ko nak belajar.
Skang 5 tahun mmg main2 la.
Buat homework pun asik je ckp penat :((
Tunggu tahun depan.
Mummy tak bagi chance langsung :)

For Sale: Dress & Skirts




Ada masukkan dress & skirt tuk let go.
Sila la jamu mata
kat sales blog ai [link]

psttt.....
petang ni gi sekolah Zara.
Dalam surat just mentioned
perjumpaan ibu bapa dan guru.
Amik report card agaknya.
Nervous rasa :p

Thursday, June 25, 2015

Pencarian Tudung Raya

Tudung raya tak beli lagi.
Dekat 2 minggu gak survey
tapi masih tak berkenan di hati.
Kalau berkenan pun
warna yg nak dah takde huhu.

Kalau la pandai jahit
lama dah buat sendirikan.
Sape pandai dan free,
ape kata tolong buatkan ;)
Nak warna purple, hijau, turquoise dan merah.
Amboi kemain byknya.

Tudung takpe beli byk,
leh recycle byk kali pun
ceh ceh alasan sangatttt.

Eh back to topic.
Tak tau raya nak pakai
tudung corak camne.

Suka gak camni,
comel je.
Bunga ke bow ke.



Manik2 pun cantik.



Patch lace ni pun lawakan.
Simple dan elegen.
Suka!!



Ha sequin baru raya,
liplap dari jauh org nampak.
Kalau raya tak masuk dapur okla.
Tapi jgn harapla dok goyang kaki semata.



Ha manik batu gini pun cantik.
Orang panggil apa ek.
Letak menda ni hehehe
Cute je atas kepala tu setempek :p



Gambar2 tu semua ihsan dari enGoogle.
Pada owner semua mintak izin
pinjam ye.

Wednesday, June 24, 2015

1st Time Buka Luar


Pejam celik dah 7 Ramadhan harinikan.
Cam tak caya pun ada.
Alhamdulillah masih sihat kita
dan mampu menunaikan fardhu ain ni.

Zara pun tak miss lagi puasa.
Sangat kagum tgk dia.
Ai pun takde paksa dia puasa,
yg paksa solat tu.
Kalau kita leka tak ingatkan,
dia lagi la tak buat.
Dah main ngan adik2 dia,
lupa dah semua tu.
Ya Allah tebalkan la sabar ku ini :)

Smlm first time buka puasa kat luar.
Sebabkan Zara ada kelas kat Eye Level.
Berbuka kat Madam Kwan's je.
Sabtu Ahad lepas buka kat
umah mak & pil tu tak kira la :p



Lakiku buka makan mee je.
Gigih dia tak makan byk.
Tgk raya kurus ke idak :p



Habis makan Zara mintak pretzel plak.



Puasa ni buat dia lapar,
buka mmg makan byk hihi



Cepat2 beli,
balik sblom 8.30mlm.

Minggu ni dapat la ai berbuka
ngan Zaf sekali.
Start minggu depan,
sibuk la dia buka kat luar.
Tinggal la ai n Zara je nanti huhuh
Tapi okay la sket,
kalau tak tahun2 sblm ni,
sahur & berbuka sorang2 je.
xde geng lagi :)

Anak ke-6ku


Alhamdulillah kawan baik sekolahku,
selamat melahirkan anak setelah sekian lama menanti.
Last jumpa dia (Nani) masa bulan 3. [link]

Comel sangat!!
Tgk la pipi tu labuhhh
memang mintak disedut sangat hihi



Anak ke-6ku,
Pertama dan ke-2 anak Elin,
2-5 anakku
6 baby Nani ni!!!



Plan nak dtg ngan bestie yg lain,
tp masing2 ada hal tak dpt nak elakkan.
Memandangkan umah maknya dekat ngan umah mak
ape lagi kita serbu dulu la.

Baby takde nama lagi.
Kata Nani blom dpt perkenan
dari atok2nya
sbb tak ngikut Syariah compliance gitu haha

Tahniah Ibu Nani & Abah Chan.
Raya nanti kita jumpa lagi,
mesti lain dah muka baby.

Monday, June 22, 2015

Birthday Boy


Sabtu baru ni Birthday Ariq yg ke-3 tahun.
Alhamdulillah besar dah anak bujang sorang ni.
Memandangkan birthday dia kena bulan puasa,
dan hari minggu plak tu.
Ape lagi celebrate kat umah Mak Tok ler.

Sblom sampai umah Mak,
singgah kedai kek.
Elok plak ada kek Thomas ni,
mmg itu la yang Ariq pilih.



Lepas buka dan solat Maghrib,
cepat2 sambut birthday dia :)



Harusla Mummy pun nak bergambar ngan birthday boy.
Parah dah hitam bawah mataku itu huhu



Aliah pun nak tiup lilin sesama.
Zara pun ada gak tapi blah tepi ni,
xmasuk plak dlm gambar,
sorry kakak ;)



Suka la tu dapat potong kek.



Sebenarnya dia tak sabar nak train
atas kek tu.
Lepas je dia potong,
gigih la MakSu & MakTeh dia
pegi basuh dan lap2 train tu
tuk bagi kat Ariq hihihi
Bukan nak makan kek tu pun :p

Bergambar satu keluarga plak.
Haishh Ariq ni bukan nak pandang camera :(



Zaf ajak tgk movie pas solat Tarawih.
Ape lagi laju je la okaykan.
Lagi pun malam Ahad leh la tgk lewat malam.
Anak2 tak sekolah.



Tgk movie Minions.
Best citernya.
Dorang bertiga tu,
duduk diam fokus sungguh tgk sampai habis.

Saturday, June 20, 2015

For Sale: Car Sport Rim


Zaf suh masukkan dalam blog.

Nak jual sport rim dari kete Honda dia.
Brand Sport Technic.
Size 18".
SOLD





Friday, June 19, 2015

Chicken Pox la (Demam Campak tapi..)


*Updated*
Thanks Na sbb komen ko
baru sedar bukan demam campak
Tp chicken pox yg Aliah kena ni.


Aliah kena chicken pox.
Dia kena minggu lepas.
Time cuti sekolah.

Hari Sabtu masa nak mandikan dia,
nampak bintik2 kat badan.
Mintak Zaf bawakkan ke klinik.
So doc confirmkan dia kena penyakit ni.

Chicken pox Aliah yg ni
xbanyak sangat.
Sikit2 je keluar.



Dia xdemam, xsakit
Xgatal xde ape la.
Tanya dia gatal2 tak.
Takde hihi



Dia aktif macam biasa.
Makan minum main tido
xde masalah sbb takde rupa org sakit pun.
Ai je yg make sure kan
dia makan minum takleh share ngan Zara Ariq,
cadar towel selalu tukar.
Yang lain xde apa sangat.
Doc pun bagi ubat sapu dan ubat makan
kalau gatal.

Alhamdulillah 4 hari dah start kering.
Ada la sikit2 1-2 yg masih belom pecah.
Minggu ni pun mmg ai xbg dia pegi sekolah.
Seronok dah 3 minggu ko cuti ye nak oi :)

Harini check satu badan dia,
semua dah kering,
next week dah leh start sekolah.
Tinggal bekas je,
mesti amik masa nak hilang bekas tu,
nasib baik kecik lagi.

First time kat umah ni
kena menda2 gini.

Zara dari kecik sampai skang takde kena lagi.

Alhamdulillah Zara Ariq tak kena jangkit.
Buat masa ni la kan,
harap2 mmg takde la.

Thursday, June 18, 2015

Shopping Sebelum Puasa


Pagi2 lagi dah dapat parcel.
Kemain hari pertama puasakan.
Sempat ko shopping sblm puasa.
Almaklumla bulan puasa ni bukan
saja menahan lapar dan dahaga.
Napsu perabiskan duit pun kena tahan gak.
Bole percaya ke ni.
Kita cuba la kan
tuk shopping online la hahaha



Beli baju biasa2 je,
baju tuk hantar amik anak ke sekolah.
Baju yg slalu pakai dah lusuh.
Dari zaman Zara baby lagi.
Hebat almost 7 tahun pakai baru nak berganti.



Tak beli baju raya pun
dapat sampul raya dr Poplook.
Cantik n comel.

Ni la baju basahan kiranya.
Rasa macam nak beli warna lain plak.
Opss baru kata nak puasa shoppingkan.


*pic from Poplook

Sahur tadi bertiga Zara & Daddy.
Bersahur ngan bihun goreng ngan telur mata.
Zaf suka sahur gitu,
xmakan nasi.
Zara plak makan bihun sket ngan roti.
Berbuka kang baru masak lauk n nasi.

Moga anak dara tu tahan la nak puasa.
First time puasa kat sekolah kebangsaan.
Pesan ngan dia jgn main lari2
nanti penat dan haus.

Wednesday, June 17, 2015

1 Day till Ramadhan




Alhamdulillah esok semua muslimin muslimat
akan menyambut 1 Ramadhan 1436.
Seronokkan nak puasa.
Zara pun nak jugak puasa sesama tahun ni.

Tapi tapi tapiiiiiii
ai terlepas nak puasa esok ni.
Sbb period huarghhhhhh.
Hari ni hari ke-5 masih ada warna coklat.
Kebiasaannya lepas hari ke-7
ai baru betul2 clear dr haid.
Sedih sedih sedih.
Melepas la 1 2 hari Ramadhan ni :((

Nampak gayanya,
tahun ni puasa tak penuh
macam puasa tahun2 lepas.
Seronok dah 2x puasa penuh sblom ni,
takde jenuh nak ganti.

So esok sapa tak puasa tu,
meh dtg umah.
Ai buat makan2 lunch time hahaha
gurau je :p

Okay la memandangkan esok kita nak puasa dah,
nak amik kesempatan ni
mohon ampun dan maaf
semua kawan2 maupun sesapa yg baca blog ni.
Kot ada terasa hati
ampun dan maaf ikhklas dariku.


"SELAMAT BERPUASA KAWAN2!!"

Tuesday, June 16, 2015

Last Day Sukan Sea 2015



*pic googled

Harini last day Sukan Sea.
Sepanjang cuti sekolah,
mmg ai dok ngadap tv
ikut sukan negara kita.
Lagi pun mmg feveret ai pun tgk menda2 gini.
So channel 802 adalah channel rasmi kat umah haha

Sukan yg ai tgk dan ulasan sket
dr diri ai :p



1. Diving & Renang.
Diving tu mmg buat kita bangga la.Tak dinafikan mmg hebat.

Renang plak tak byk sumbangan, tp bangga ngan perenang muda yg sumbangkan pingat emas.

2. Hoki Lelaki & Wanita

Wah tahniah2 2-2 dapat emas. Hebat jugak hoki kita. tak pernah kalah sepanjang sukan sea kalau tak silap. Paling neves masa tgk final lelaki main. Lawan plak ngan tuan umah Singapore. Memang havoc la dlm stadium tu.

Cantik dah leading, last minit bole plak seri. Dah kena penalti penentu tuk menang. Giler okay neves. Tak pernah lagi tgk sampai jantung laju melainkan tgk badminton hahaha


3. Sepak Takraw Lelaki & Wanita.

Hebat jugak kita, byk kemajuan. Ni pun menang sbb Thailand xmasuk.

Cuma ai tak berkenan yang perempuan je main. Seyes tak sesuai langsung. Ko nak kangkang bagai. Tapi wakil kita main tu budak lagi. Muka pun tak matang, comel je hihihi

4. Basketball.

Wah yg ni tak sangka tuk basketball wanita. Rezeki emas yg ke-60 gitu. Sukan ni setiap perlawanan ai follow, memang teruja. Suka Izzati. Sangat lincah mmg leh jadi best player.

Tapi hampeh tuk pasukan lelaki. Teruk giler okey main. 2nd last dr 6 negara. huhuhu Tinggi dah tinggi dah tp tue la takde rezeki nak menang.


5. Olahraga

Kena bykkan latihan lagi. Sayang tak dpt byk medal kat sini. Mana org yg kaki panjang2 dan laju ni xnak berlari ke huhuhu


6. Gimnastik

Pun tahniah byk medal dpt. Kontroversikan pasal Farah Ann ni kan. Kalau tanya ai, ai jawab cari sukan lain. Nak nak bg kita seorang muslim. Ternyata sukan ni tak sesuai tuk kita, xkisah la kat fb siap tunjuk pakaian ngan berhijab bagai. Tapi tetap tak sesuai. Biarla agama lain yg main sukan ni. Dah taknak komen lebih :)


7. Badminton

Tahniah tahniah tahniah, byk peningkatan. Moga berterusan kecemerlangan.


Skang yg tinggal Badminton kita,
blom habis lagi.
Mix double Mas lwn Indon.
Moga dapat emas.


*pic dr AstroAwani

Tahniah buat semua kontinjen Malaysia,
yg bertungkus lumus mengharumkan nama negara.
Bagus Malaysia hantar 50% pelapis muda kalini,
bg pendedahan tuk Sukan Sea 2017 plak kt Malaysia
yeyyyyy

Malam ni penutup sukan sea,
kena tgk kul 8mlm kang.

hashtag AyuhMalaysia dan kipidap.

haha skang ni semua nak kipidap :p



Monday, June 15, 2015

Habiskan Cerita Makan


ya mari habiskan cerita makan,
pasni nak puasa dah.
Macam la puasa tak citer makankan hihi
kang ramai yg tempek gambar makan
time sahur la time buka la.
Nak nak kat fb or ig nanti :p

Masa cuti hari biasa
ada bawak anak2 makan luar.
Kami berempat je la.
Ni hari2 yg berlainan.


Bawak makan Pizza Hut.



Makan petang kat JCO.



Ni makan bawak makan eskrem,
mmg suka la kan.




Dan dan last day supper,
pukul 11malam kat uptown.



Ni tentula ada Zaf.
Kemain sampai 3 kali pegi uptown.
Rojak, kari kepala ikan, steak
ha amik dah makan.
Macam pasni tak bole nak makan la plakkan.

Eh yang ni gambar last day skola
sblm cuti :)




Saturday, June 13, 2015

Kat Sini Aje


Wahhh dah nak habis cuti sekolah.
Tinggal weekend ni je.
Pastu start la episod
huru hara ngan Zara Aliah haha
Ariq pun haru gak,
bila dia tido nak kena dukung bagai sobsobsob.

Cuti sekolah ni takde gi memana pun.
Byk dok kat umah.
Rumah pun mcm takde rupa rumah dah weh.
Bersepah ya ampun.
Kemas bape kali tak tau.
Malu ngan Zaf bila dia balik,
umah tunggang langgang.

Ni citer hari Selasa lepas.
Pagi Zara teman ai gi bank jap.



Yang lagi 2 org Daddy
tolong jaga.
Takde tolong pun,
sbb semua terbongkang lagi hehe

Zaf pun mmg dia tak gi keje.
Baru balik outstation dr Kuantan.

Petang cam biasa
hantar Zara ke Eye Level.
Sementara tunggu habis kelasnya,
kami ke Waffle World.
Lama tak makan kat sini.



Ai punya,
eskrem tu laju je
Ariq & Aliah abiskan.



Aliah plak nak pancake.



Habis kelas,
makan malam kat Restoran Cinta Sayang.
Zara suka makan nasi lemak kat sini.



Ai & Zaf makan satay je.

Esok baru iron baju sekolah.
Punya la malas
time cuti 2 minggu taknak plak buatkan :p

Thursday, June 11, 2015

Ke Stadium


Lama ai tak pegi stadium
tuk tengok bola.
Last pegi masa pregnantkan Zara,
pestabola Merdeka tak silap hehe

Baru ni pegi masa hari Sabtu lepas.
Haritu mmg kami takde plan nak keluar pun.
Sekali kawan ai nak bg tiket,
tanya Zaf dia kata jom la tgk.

Perlawanan antara Malaysia dgn Hong Kong.



Tiket dapat tu VIP
tp kami tak masuk pun dlm vipnya.
Zaf kata bawak budak2 ni kat luar la,
atleast leh dorang main takde bosan sgt.

Safee Sali kiri skali,
tgh warming up.
Dia masuk 2nd half.



Daddy melayan anak2 makan kuaci.



Gambar ni Ariq amikkan,
nak amik gambar Mummy ke
uncle kat blakang tu nak oi :p



Full time result.
Byk peluang tp takde gol
sayang.



Otw balik,
Zaf beli ice cream sorang satu.
Tau dah yg mana satu ai punya hihihi



Mlm ni pun Zaf gi tgk bola gak.
Malaysia vs Timor Leste
kat Stadium Bukit Jalil.
Kalini dia gi ngan kawan.