Tuesday, March 31, 2015

Ilham Nasi Kukus Ayam Goreng Rempah herba


Kalini kami mkn Nasi Kukus plak.
Dekat Mutiara Damansara dan
berdepan je ngan Ana Patin House.
Restoran Ilham Nasi Kukus.



Sampai kedai dekat kul 12tghari,
itu pun ramai dah beratur.
Tp masih byk meja kosong.
Lepas 12-15minit,
terus penuh kedai.



Tu dia nasi kukus
dgn ayam goreng rempah herba.
Penuh cili api atas tu,
sambil makan ngan panas dan berpeluh2 haha
Sedap okey!



Semua ngadap makanan ngan kusyuk,
kelaparan.



Kecuali Aliah,
taktau kenapa masa dlm kereta,
dia ngadu sakit perut.
Pastu tido dlm kete.
Masa dlm kedai katanya sakit sikit je,
ai suh dia baring atas peha,
tau2 tido dah huhu



Habis makan kami ke One Utama,
nak gi MPH beli buku.
Pastu lepak baby room sbb Zaf nak solat.
Budak2 ni mengadap buku baru masing2.
Kebetulan kat tv pasang katun Frozen.
So behave la dorang bertiga.



Minum petang kat Aunty Anne's
Zaf beli eskrem skali.
Mmg dia tak bagi ai diet sungguh.
hihihih



Oh yer, pasal nasi kukus tu.
Kalau nak tau lebih details.
Gi la kat FB search Ilham Nasi Kukus :)

Monday, March 30, 2015

Hari Rabu Lepas


Hari Rabu lepas
Aliah eksaited nak gi trip.
Ni second trip Genius Auladnya.
First trip dia pegi masjid Shah Alam.
Trip kalini pegi Taman Botani Shah Alam.
Tema berkenaan Loving Animal.



Amik dia kat skolah kul 3.30ptg.
Masuk2 dlm kereta.
Bersemangat cerita apa dia buat kat sana.
Mummy, I saw parrots,
he can talk "Hello!"
Then i saw peacock Mummy.
It has biggggg tail,
very beautiful.
Blue color bla bla bla
byk la dia bercerita.
Seronok dengar okay.
Memang dia betul2 happy hihihi

Dalam kereta ai terus gi Giant,
jalan2 n makan petang.
Makan kat Noodle Station.



Dapat gak dia Vanilla Milkshake.
Masa order tu,
waiter ckp takde dah habis.
Tp bila dia tgk muka Aliah sedih,
tetiba mamat tu ckp bole la satu.
Wah rezeki Aliah hihi



Kami bertiga share makan fish ball soup.



Habis makan masuk supermarket jap.
Skali terserempak ngan Mak Tok & TokAbah.
Adik ai Hana & Aira pun ada skali.
Tok Abah dia cakap,
harini dia nak amik Zara kat skolah,
wah ai bole balik umah berehat jap hihi
Dah shopping sket,
Aira nak ikut balik.
Bgtau mummynya 10x "nak ikut MakYong". :)

Bawak la dia ikut skali,
memandangkan nanti MakTok Tok Abah pun
nak dtg umah pas amik Zara.



Dok bayangkan kalau ada kembar.
Kembar boy girl.
Bestkan..dan pasti huru hara hahaha



Friday, March 27, 2015

Dating ngan Bff


Lama giler tak kuar ngan kawan2.
Last makan2 ngan kawan masa new year.
Tapi kali ni dating ngan Nani je.
Yang lain ada hal xdpt dtg.



Citernya Jumaat lepas,
kami dinner kat The Curve. :)
Ai bawak Ariq je.
Akak2 dia tinggalkan kat umah MakTok.
Ai tenang sket nak berborak hehe



Mak buyong makan nasi lemak.



Ai makan mee sup je.
Bole share ngan Ariq.



Rojak buah. Sedapppp!!



Makan2 ngan Nani sblom dia bersalin.
Tak sabar nak tgk anaknya,
lama mummy tunggu okay.
7-8 tahun ek tak silap.
Lupa dah.
Moga diberikan anak yg comel,
sihat dan cukup sifatnya.
Dan jua dipermudahkan proses bersalin kelak. :)

Thursday, March 26, 2015

Toys"R"Us Members Clearance Sale


Sabtu lepas kami ke The Summit.
Elok plak ToysRUs ada
wat members sale lepas birthday Zara.
Ape lagi Zaf pun ajak ke sana.
Beli birthday present kat situ je sudah.



Discount sampai 70%.
Bukan toys je yg ada.
Barang2 lain pun ada gak,
cam baby cot, stroller,
car seat dan pakaian.
Berbaloi gak sbb discount sampai 70%.



Budak2 ni sampai xtau nak beli apa.
Mainan dah berlonggok2,
susah nak tgk,
mummy kena korek2.
Last2 dorang ni amik berkaitan Pony jugak huhu



Ariq pun kemain sibuk pilih mainan.
Minat ngan play doh buat cake bagai
Nak jd chef gamaknya. ;)



Masa nak bayar,
bole plak member kad tertinggal.
Nasib baiklah cashier tu baik hati,
kalau tak dah kena letak balik
toys semua.
Tgk muka budak tak sampai hati agaknyakan.

Kalau gi members sale ni kena bawak kad.
Tapi kalau beli kat kedai ToysRUs sendiri,
nak bayar takde kad pun takpe,
bagi je ic no pun bole.

Purse ai pun dah penuh ngan macam2 kad.
Dah kembung ngan kad je,
kembung ngan kad point hahaha

Friday, March 20, 2015

Ketulan Pada Breast (Breast Lump)


Sebenarnya dah sebulan lebih,
ai ada ketulan kat breast blah kiri.
Ketulan tu ada kat bhgn atas.
Dalam kepala otak ai pikir,
mungkin saluran susu bengkak kot.
Cuba la tuam.
Lepas tuam tu rasa la mengecil.
Pastu bila tak tuam 2-3 hari naik
balik ketul tu.

Jadi minggu lepas sblom ke Penang,
ai ada gi klinik biasa tuk check.
So doc suggestkan ke DSH
tuk wat ultrasound.

Balik dr Penang,
Isnin baru2 ni,
ai pegi DSH jumpa ngan Dr. Naqiyah.
Dia Breast & Endocrinology Specialist.

Sblom jumpa dia
wat Ultrasound dulu kat x-ray room.
Jumpa ngan Dr Nurhayati.
Wah Dr. Nurhayati check patient Nurhayati hihi



Menunggu kat Jabatan Pengimejan dan Diagnostik.
Ramai gak org.
Lama menunggu dekat sejam.



Tak dapat amik gambar masa ultrasound,
Ariq pegang phone.
Masa ni Zaf n Ariq je teman.
Zara Aliah hantar umah mak tok.
Senang sket tak kecoh dlm hospital :)

Masa wat ultrasound tu,
Dr. Nurhayati cakap ketulan ni
dipanggil Fibroadenoma


This is a benign (non-cancerous) breast lump that usually occurs in women under the age of 40. They occur as a result of excess growth of the glands and connective tissue in the breasts. They usually feel like round, firm, and rubbery lumps. They usually move slightly under the skin when they are pressed. They are not usually painful.

Sometimes they can disappear of their own accord or they can be removed. They tend to go after the menopause.


Breast lump ni byk kategori.
Details bole baca kat sini [link]

Dah setel ultrasound,
masuk balik bilik Dr. Naqiyah
tuk jumpa ngan dia.

Sblom dia tgk hasil ultrasound tu,
dia check keseluruhan breast.
Takut ada ketulan2 lain yg terlepas pandangkan.

Pastu dia terangkan
tisu otot bla bla bla pada breast kita.



Dan yg bulat leper hitam tu la
ketulan pada breast ai blah kiri.



Dr. Naqiyah on the phone ngan Dr. Nurhayati.
Cakap bahasa doktor dia tu pasal ketulan ai.

Kata Dr. Naqiyah,
ketulan ni ada semua pada wanita.
Macam cyst,
bezanya dia membesar atau tidak.
Ada 2 jenis ketulan kat breast ni.
Sama ada air atau solid.
Kes ai ni ai punya solid.
So bukan air susu bengkak or sumbat.
Katanya takde merbahaya,
dan alhamdulillah bukan la cancer.

Antara salah satu ketulan ni bole terjadi,
bila kita nak datang period.
Last period ai 6hb Jan
pastu tak dtg period sampai skang.
Tak pregnant okey tp tak dtg period,
mungkin tu salah satu penyebab,
ketulan tu muncul.

Cuma satu je Dr. Naqiyah tak puas hati,
ketulan ai kat xray tu kecik,
tp bila dia pegang rasa besar.
So dia decide lagi 6 minggu
jumpa dia balik dan buat
ultrasound dan mamogram skali.
Nak tengok ketul tu membesar atau tak.

Ikutkan ai tak perlu buat mamogram,
sbb mamogram ni sesuai tuk umur 40 thn ke atas.
Tapi ada sesetengah kes bole buat mamo ni.
Sbb ada setengah kes
ada buat ultrasound tak nampak kat mamo,
ada plak buat mamo tak nampak kat ultrasound.
Tak nampak tu mungkin dari segi ketulan,
or otot yg lain2 la kot.
Tuk dpt kepastian buat 2-2 katanya.
Oh yer bila umur 40 ape ntah doc sebut,
otot ke apa kat breast kita menebal.
Sbb tu pakai mamo.

Harap2 next visit ketulan tu dah hilang
mana tau kan.
Tp next month tetap buat lagi huhu



So pada kekawan,
kalau rasa cam ada lain kat breast,
ada ketulan ke bengkak ke,
cepat2 gi check tau.

Tapi pada yg takde ketul pun
bole je gi check lagi bagus.
Buat ultrasound pada kedua2 breast kita.
Kalau buat kat DSH ni RM120.
Maybe kat tempat lain murah sket la kan.
Tak semua tempat bole wat
breast ultrasound ni.
Kena call tanya sblm pegi.
Tak silap kat PPUM pun ada.

Thursday, March 19, 2015

Cek dari Nuffnang


Cek ni dari bulan lepas
tak bankin2 lagi dlm akaun.
Punya la tak menyempat.
Bila cuti sekolah ni malas plak nak keluar.

Baru 2 kali weh cashout kat Nuffnang.
Nak cashout selalu bukannya byk duit pun haha
Kita hanya blogger picisan
tp syukur alhamdulillah dari takde ya tak.
THANK YOU NUFFNANG!



Duit ni pun datang dari uols gak
yg rajin menyinggah blog ni.
Terima kasih byk.

Jadi niat di hati nak bg
sikit souvenir tuk pembaca blogger.
Tapi tapi pada yg rajin komen la.
Sbb dia ada usaha lebih sikit bg komen,
so kita bagi pada dia.

Yang ada komen tp tak byk sori yer.
Kalau ada rezeki lebih
mana tau bole bagi kat semua org.

Kat blog ni takde org lain dah
yg selalu komen hihihi
Anna oi sila wasap aku tau.
Nak bagi hadiah kat ko ni :)

Wednesday, March 18, 2015

Nasi Goreng Ketam Juru


Sblom masuk highway nak balik KL,
abang ajak makan nasi goreng ketam kat Juru,
seyes xtau apa nama kg ni.
Perut dah lapar tau nak makan je.
On the way nak ke tempat ni,
cantik ada sawah padi,
yg anak2 teruja nampak binatang,
nak nak kerbau
pastu dgr ayam berkokok hahaha
anak2 bandar la kan :p

Sepanjang dlm kg ni,
ada 2-3 restoran nasi goreng ketam.
Tp kedai yg abg nak bawak tu tutup plak.
So makan je la kat kedai ni.



Walaupun cuaca panas,
tp best angin kuat.



First time makan nasi goreng ketam.
Dok bayangkan skali ngan ketam
rupanya ketam tu masak asing.



Dapat 1 ekor setengah ketam dlm tu.



Kuahnya rasa lebih kurang mcm
makan mee udang sblom tu.
Tp mee udang tu lagi sedap n manis.
Yang ni pun sedap gak
habis la sorang makan.

Habis makan singgah solat kat masjid dlm kg ni.
Masuk highway terus jem
5 jam setengah sampai kl.
Sekian.

Tuesday, March 17, 2015

Happy Birthday Qasrina Zahra!


Harini Zara dah berusia 7 tahun.
Wah besar dah anak dara ni.
Cam tak caya plak.



Seperti semua ibu2 yg lain,
pasti nak anak sentiasa cemerlang dunia akhirat.
Hari2 mummy berdoa supaya Zara juga
membesar dalam kehidupan yg baik
dirahmati dan diredhai oleh Allah S.W.T
Amin.

Monday, March 16, 2015

Mee Udang Sungai Dua


Jumaat lepas kami ke Penang.
Gerak pukul 8 lebih tunggu Zara habis sekolah.
Hari Sabtu ada kenduri kawin, cousin Zaf.
Sampai pukul 2 pagi.
Punya la byk kereta atas highway.
Tido kat Butterworth
Hotel Chariton dulu nama Ecotel.
2 bintang je hotel ni,
tp not bad, cantik bersih.
Jadila nak tido je pun kan.
Dekat nak pegi kat dewan kawin nanti.

Petang lepas kenduri tu,
alang2 pegi Sungai Dua.
Takde la awal dah lewat petang gak la.
Kul 6 lebih dah pun.
Gi pekena mee udang.
Tau la cuti sekolah,
merata2 ramai org.
Tak tau mana sedap.
Kita try makan kat Aziz Mee Pak Ngah.



Sementara menunggu mee udang sampai.
Order satay n sotong kangkung.



Suka sotong kangkung ni.
Kuahnya pedas2 manis.



Sampai dah mee udang.
Kuahnya sedap.



Elok makan waktu siang.
Bila dah malam,
ada serangga2 halus apa kat lampu.
Sebelahnya sawah padi.
Yang budak2 ni dah menjerit2
serangga tu terbang2
ingat nak gigit haha sabar je la.
Bukan apa,
nak makan tak bape selesa,
tau2 terbang masuk dlm air,
dlm kuah mee udang. ;)

Habis makan,
singgah umah tok kejap.
Lepak sana borak2.
Pastu balik hotel tido.

Friday, March 13, 2015

Ikan Bakar kat Port Klang


Sebelum keluar umah,
harusla amik gambar anak2.
Haish rasa cepat benor dorang ni besar.
Si kakak ni skang byk dah memudahkan mummy.
Byk buat sendiri dan bantu tgkkan adik2.



Memang suka posing gedik yg sorang ni.
Sukar dikawal sket sbb dia ni tak reti dok diam.
Yg byk menguji kesabaran ai ni la orgnya ;)



Yang ni plak susah nak bergambar,
xsuka pandang camera.
Kalau pandang tu cepat je toleh tempat lain,
nasib2 la kalau dpt snap dia tgh tgk.



Sampai muara dlm pukul 6.30petang.
Alhamdulillah cuaca elok,
xujan pun.



Time ni pun dah ramai orang.



Pas maghrib jgn tanya,
full house.. meja semua penuh.



Kalau makan ikan bakar,
kami suka makan dgn nasi lemak.
Jarang ngan nasi putih.
Nasi lemak sini sedap ok.



Kalau bab2 makan ikan bakar ni,
ai mmg serah kat Zaf je.
Apa dia order ai makan.

Malam tu dia order
lala masak pedas.



Udang goreng tepung.



Ikan kerapu masak 3 rasa.
Yang ni goreng garing,
garing2 ni mmg suka ratah camtu.



Dan dan feveret ai
terubuk bakar.
Ha yg ni mmg menguji kesabaran nak makan.
Byk tulang.
Ikannya sedap.. manis dan berlemak.



Kat luar kedai ada byk
jual2 mainan, tudung, aksesori ape ntah.
Budak2 ni ralit tgk ikan.
Ada jual ikan laga kat situ.



Dari port klang kami balik sg buloh jap.
Dorang bertiga ni suka la.
Sbb dapat jumpa anak kucing.



Ada 5 ekor semuanya.
Semua warna lain2 dari satu mak.
Abah ai cakap dia nak 2 ekor je.
Gold (kuning) & Dusty (grey)
Yang 3 ekor Black, Marble, & Snow
bg kat sesapa yg nak huhu

Kalau tau Zara Aliah yg Blackie & Snow
nak bagi kat org lain
mesti sedih.
Nak ai jaga mmg tak la,
jaga dorang 3 org ni pun dah xmenang tangan haha
Ada sape minat kucing tak.
Kalau minat leh la ai bg
gambar anak2 kucing ni lebih details lagi.