Friday, February 27, 2015

Warung Kita Kampung Melayu Sg. Buloh



gambar di atas kredit dari Facebook Warung Kita.


Semuanya bermula dari adik ai Hana, dia yang tagged ai kat Facebook pasal kedai Warung Kita ini. Katanya nak ajak ai makan sini bila dia balik Sg. Buloh. Elok je dah tagged, esoknya ai nampak gambar kawan-kawan ai pula ke sini dalam Facebook. Fuh laju betul dorang ni, bab makan mana yang viral tu, laju je semuanya. Ai pun kalau melibatkan bab makan, memang laju juga hahaha... Pantang tengok :p Ai pun ceritalah dengan enZaf pasal Warung Kita ini. Masa cerita tu kami on the way nak balik rumah dari Hutan Melintang. Dah alang-alang nak lalu Sg. Buloh tu, terus la enZaf pun on je terus drive ke sana. Tapi sebelum nak sampai tu, boleh pula jem sepanjang jalan. Stress rasa sebab tak sabar nak makan hahaha.. Sampai gitu sekalikan. Masa dah sampai kat sana lupa pula ai nak ambil gambar kedai. Gambar di bawah ini juga gambar dari Facebook Warung Kita.



Ai hanya ambil dua gambar sahaja masa makan. Masa makanan sampai ai siap pesan dengan enZaf jangan sentuh dulu sebab nak kena basuh "poopoo" Ariq pula. Masa nak makan ni lah dia membuangkan huhuhu... Nama minuman ini Juara Coconut Shake. Sumpah sedap!



Gambar kat bawah inilah makanan yang semua orang dok sebut-sebut sedap itu. Namanya Nasi MManggey. Memang betul sedap. Kuah gulainya sedap dan sambal belacan dia memang terbaik.



Kat dalam kedai ini ada Air Nyiur Baldi tapi enZaf tak order yang itu. Air kelapa tu dihidang pakai baldi comel hahaha.. Harga makanan dan minuman kat sini semuanya berpatutan. Tak silap ai Nasi MManggey berharga RM4.50 kot. Eh! ada kot pula, ai serius tak berapa ingat. Murah la tu kan. Mana nak cari harga bawah RM5 sekarang ini. Air tak sure berapa harga. Kepenatan perjalanan dalam kereta punya pasal ni sampai ambil gambar pun dua tu je hahaha.. Kami sampai masa ini pun agak lewat petang. Alhamdulillah masih ada rezeki dapat merasa. Kami makan ini pun dah batch terakhir haha.. Konon lepas makan enZaf nak bungkus bawa balik, bila nak pergi order tengok habis dah. Dari kami sampai kedai ni sampai lah nak balik, orang masih beratur. Sekarang dah rasa makanan kat Warung Kita ini. Memang betul lah apa yang diviralkan dan orang pun kata sedap. Confirm kami akan datang lagi hehehe.. dan kena bawa adik ai Hana juga. Nanti meleleh pula air liur baby dia dalam perut tu. Pada sesiapa yang nak cuba makan di Warung Kita, bawah ini alamatnya. Boleh juga search di dalam Facebook untuk lebih details.

Waktu perniagaan: 7 pagi-7 ptg ( setiap hari)
Direction waze : Warung Kita Kampung Melayu Sungai Buloh.
Infoline : 013-996 2525

Thursday, February 26, 2015

Tahniah Along Azhar!


Pada hari Sabtu yang lepas cousin ai, Athir Azfar bertunang. Azfar ialah anak Mak Lang, adik abah nombor 3. Ini adalah cousin lelaki yang pertama nak bertunang dalam keluarga sebelah Abah. Sebelum ini yang kahwin atau tunang semuanya perempuan. Perempuankan awal dari lelaki, hanya menunggu org datang meminang je kan hihi Disebabkan ini pertama kali untuk cousin lelaki dan ia juga pertama kali buat kami untuk pergi merisik dan bertandang ke keluarga pengantin perempuan. Satu pengalaman baru buat diriku. Seronok sangat. Gambar-gambar sepanjang perjalanan majlis semuanya dari kamera Amira, adik Azfar. Ai tak ambil gambar pun. Thank you Mira! Masa nak bertolak dari chalet ke rumah pengantin, ai tiba-tiba kena jadi Dulang Girl hahahah.. Salah seorang cousin yang kena bawa dulang tu tak dapat nak join saat-saat akhir. Nak tak nak ai kena la tolong bawakan dulang tu.



Kemetot je diriku. Mentang-mentanglah paling tua, ai kena duduk depan sekali. Cousin sulong katanya. Nasib baik muka tak nampak tua sangat dengan Dulang girl yang lain ni kalau tak rosak dah. Dorang semua umur 20an tau, tiba-tiba tengah tu 30 hahaha.. Pegang dulang ni pun adik beradik ai dan anak Mak Ngah dan anak Mak Su.



Bergambar sebelum bertolak ke rumah pengantin perempuan. Rancangnya dalam pukul 11 pagi tetapi dalam pukul 12 tenghari baru dapat green light dari pihak sana. Tak tahu sebab apa tapi tak silap ai jurucakap untuk pihak pengantin perempuan belum sampai. Itu punca kelewatan tu. Cuaca hari itu pun memang elok cerah dan panas. Matahari pun dah naik tegak. Peluh dah berjujurai masa bergambar ni.



Dari chalet Al Marzouq nak ke rumah pengantin tidak berapa jauh. Anggaran dalam 10 minit sudah sampai. Kami parking di kawasan rumah atok pengantin perempuan. Belakang rumah dalam gambar kat bawah inilah rumah atoknya. Besar betul tanah keluarga ini. Rumah anak dan adik beradik sebelah menyebelah sahaja.



Rumah pengantin yang kami nak pergi ini hanya sebelah dengan rumah atoknya, jadi kami perlu berjalan sedikit menuju ke sana.



Sebenarnya berat dulang yang kami angkat ini. Dulang yang dipegang dari full tembaga. Mak Lang rajin simpan tembaga dan rajin juga la nak mengelap dan mengilat heheheh.. Walaupun berat dan panas tapi tetap mengukirkan senyuman.



Abah ai jadi tukang cakap bagi pihak lelaki. Pertama kali untuk Abah ni. Pada mulanya mengigil juga suara dia bila bercakap, darah gemuruhkan. Lama sikit baru okay dah steady Abah hehehe.. Nasib baik tak ada pantun. Cakap straight forward saja, senang cepat sikit selesai majlisnya :p



Sebahagian dari pihak pengantin perempuan. Tak silap ai berbaju melayu hitam itu atok kepada pengantin perempuan.



Mak Lang tengah menyarung cincin pada jari pengantin. Bukan main lebar senyum meleret hihi... Tahniah buat Mak Lang sekeluarga.



Hakimah nama pengantin perempuan ini, sekarang sudah menjadi tunangan orang. Satu langkah lagi buat Azfar dan Hakimah.



Haruslah ada sesi bergambar dengan pengantin. Walaupun pertama kali ai berjumpa dengan dia, rasa serasi dan macam lama kenal. Hakimah seorang yang mudah mesra dan pandai bawa diri dia masuk dalam keluarga baru. Kami pun tak kekok bila bergambar dengan dia.



Tahniah Azfar & Imah!



Kedua-duanya anak sulong, Along :) InsyaAllah ikut perancangan mereka berdua akan bernikah pada bulan 10. Semoga pertunangan ini berkekalan hingga ke jinjang pelamin.

Wednesday, February 25, 2015

Al Marzouq Chalet


Kami pergi ke Hutan Melintang untuk urusan sepupu ai yang nak bertunang. Kami bermalam di Al Marzouq Chalet yang diuruskan dari pihak keluarga perempuan. Sampai agak lewat juga dalam pukul 5 petang lebih.



Baru sahaja dalam beberapa minit kami di chalet ini Abah, Emak dan adik-adik pun sampai. Kami semua bertolak asing dari rumah hanya jumpa di sini sahaja. Kemudian keluarga Mak Lang dan keluarga Mak Teh pun turut sampai. Elok pula timing semua orang sampai serentak. Tapi tiada pula terserempak sepanjang perjalanan. Padahal banyak kali juga kami berhenti untuk makan dan minum hehehe..




Sempat snap sedikit sementara masing-masing menunggu kunci bilik.



Bilik kami untuk satu malam. Ada satu queen bed dan tambah tilam extra. Harga untuk satu tilam extra RM10.



Untuk makan malam kami disediakan di dalam kafe chalet ini juga. Semuanya diuruskan oleh pihak pengantin perempuan juga. Alhamdulillah keluarga pengantin perempuan sangat menjaga dan prihatin terhadap kami. Ruang kafe ini agak besar, sekiranya kita hendak membawa makanan sendiri dari luar untuk diletakkan dalam kafe ini dibenarkan. Hanya maklumkan sahaja pada pihak pengurusan. Selesai makan kita kena pastikan keadaan dalam kafe ini bersih dan tersusun seperti sedia kala :)



Anak-anak ni dah makan dan kenyang. Masa untuk main pula. Mujur lah ada "bibik" yang boleh jaga dan tengok-tengokkan. Azhar anak Mak Lang, dia memang suka dengan budak. Pandai melayan pula tu, elok sangat buat calon suami hehehe...



Banyak juga makanan yang disediakan untuk kami, tak terhabis semua tu. Memandangkan kafe tutup awal dalam pukul 9.30 malam, lebihan makanan terpaksa kami bawa keluar dan diletakkan diluar bilik Mak Lang. Nasib baik ada meja dan kerusi boleh la yang lelaki semua duduk lepak berborak di luar. Lagi pun ada 4 orang lagi cousins kami yang belum sampai. Bolehlah diberikan kepada mereka untuk makan bila dah sampai nanti.



Sementara menunggu yang lain kami yang perempuan ni menyiapkan sirih junjung dan beberapa hantaran yang perlu digubah sedikit seperti bakul buah dan sebagainya. Buatnya 2-3 orang sahaja, selebihnya hanya tengok sambil berborak termasukla ai hahahah...



Gambar kat bawah tu anak Azura, baby Ammar. Geram betul tengok dia, gebu dan padat. Pegang badan dia tu rasa tegap sangat. Hero ni memang kuat. Sepadat-padat baby Ammar tetap tak dapat kalahkan akak Zahra yang Michelin tu hihihi..



Keesokkan harinya sarapan kami pihak chalet uruskan. Kami semua makan nasi lemak. Sedap! Tak ambil gambar masa makan. Waktu ni baru selesai makan dan ai snap cuaca waktu pagi. Elok cuaca panas pagi waktu tu. Chalet ni ada satu bangunan sahaja dan ianya dua tingkat.



Untuk pertama kali duduk di Al Marzouq Chalet ini, Alhamdulillah ai puas hati. Biliknya bersih dan wangi. Nyamuk tu biasa la ada sedikit sebab duduk dalam kawasan kampung. Kalau nak rimas pun anak-anak je la. Anak bandar mana nak jumpa sangat. Itu yang ai dah standby bawa ubat nyamuk elektrik awal-awal lagi. Dah tahu mana tempat kita nak tuju dan tahu juga perangai anak-anak kita macamana. Senang plug in sahaja lah dalam bilik tu. Selesai masalah :) Gambar kat bawah ini harga untuk bilik di Al Marzouq Chalet. Untuk maklumat yang lebih details boleh tengok dalam Facebook. Search sahaja nama chalet. [link]



Lepas sarapan semua bersiap-siap untuk ke rumah bakal tunang cousin ai Azfar. Semoga urusan dipermudahkan untuk dia dan kami selaku rombongan wakil lelaki :)

Tuesday, February 24, 2015

Cendol Atok


Hari ke-2 cuti raya cina
kami gi Hutan Melintang.
Keluar sblom tghari
dan benti kejap tukZaf solat Jumaat.

Sambung perjalanan,
kami ikut Latar Highway.
Lunch kat Restoran ape ntah nama,
sedap2 lauknya.
Tak dan nak snap
sbb dah lapar sangat hahaha

Sepanjang jalan ke Sabak Bernam,
byk gak kete.
Lagi pun mmg tak leh bawak laju,
kawasan kampungkan.

Nampak Cendol Atok,
terus masuk parking.
Tuk minum petang plak.
First time ke sini.

Dah nama cendol atok,
harus la order cendolkan.
Cendol pulut.



Pastu ai mintak tambah aiskrim hehe



Rasanya biasa2 aje.
Tak silap harga RM2 kot.

Order Mee Udang.
Ha ni mee udang sedap,
tp kuahnya pedas sgt bg ai.
Makan plak time panas,
plus pedas mmg berpeluh hahaha



Sambung perjalanan,
jauh gak nak ke Hutan Melintang ni.



Monday, February 23, 2015

Eye Level Learning Center


2 minggu lepas,
kami gi Eye Level Learning Center kat OU.
Hajat nak amik satu course tuk Zara.



Kami nak tekankan dia dlm Math.
Sblom nak enrol kan program ni,
kena amik asssesment tuk teacher
nak tau level mana anak kita paham.
So tinggalkan Zara kat dlm tu lebih kurang 45minit.



Sementara tunggu dia buat assessment,
kami pegi breakfast kat Kluang Station.



Wat alas perut je,
nanti nak amik Zara makan lagi.



Aliah ngan earing barunya Apple.
Pasni mummy nak beli macam2 bentuk
wat collection Aliah.



Aliah pun dah pandai amikkan gambar.
Suka ai ada 2 photographer dah.



Dah 45minit kami gi tgk Zara.
Masa kat dlm tu,
teachernya terangkan apa
test yg dorang bagi tuk Zara,
tgk mana kekurangan yg ada.
Dah bincang semua dan puas hati
ngan explanation yg bagi.
Tp sblom tu kami tanya Zara dulu,
dia minat ke tak.
Alhamdulillah dia kata dia nak.
Kita pun taknak la paksa dia
buat menda dia taknakkan.

InsyaAllah class dia start bulan 3.
Tak dapat amik weekend class sbb dah full.
Kelas dia hari Selasa malam.

Sejak dia amik assessment tu
sampai skang asyik je tanya
bila nak pegi lagi kat Eye Level hehehe
Seronok sgt la tu kan.

Kalau nak tau details pasal Eye Level
bole view kat websitenya [link]



Makan kat Dave Deli.
Punya la ramai orang huhu



Ariq kusyuk main keretanya tak habis2.



Pas je habis makan,
kami gi Strand Mall.
Gi tgk kedai Yamaha Musical.
Zara minat nak main piano :)
Kami survey je dulu.

Malam dinner ngan family ai
makan kat Vicchuda Tomyam.



Wednesday, February 18, 2015

Cerita satu hari


Harini sekolah Zara cuti.
Syok dapat berehat.
Ok nak citer hari Sabtu lepas.
Sekolah Zara ada wat Mesyuarat PIBG.



Kami sampai lambat,
makanya duduk pun kat belakang.
Bukan salah sesapa,
salah diriku yg tido pas Subuh.
Zaf pun sama hahaha



Mesyuarat sampai tengahari,
nasib bawak toy masing2.
Itu pun Zara kejap2 tanya,
blom habis lagi ke hihi



Tak sempat nak tunggu sampai habis,
Ariq dah start meragam.
Mujurla masa tu pun dah dekat thgari,
jd byk la perkara yg kita maklum dlm mesyuarat.

Dah tengahari harus la perut pun lapar.
Makan Restoran Ayam Kampung.
Dekat je ngan umah.



Posing sementara menunggu
basuh kete.



Pas tu misi kami nak ke OU,
nak tgk satu learning center tuk Zara.
Sampai2 rupanya kena set appointment.
Abis tu tawaf dlm OU je la,
bila kaki dah penat
minum petang kat Toast Box.



Cheese Cakenya marvellous!



Bila enZaf hulur ini,
ini merupakan petanda yg sangat baik haha



Ingatkan nak beli,
tp ramainya org.
Kebetulan haritu Hari Valentines Day,
ramai couple berkerumun cam ape.
Jadi cancel nak membeli.
Tapi takpe,
banyak masa lagi hehehe
Rasa tak keruan dah excited ok.
Sblom ni bgtau minat,
Zaf buat tak tau je. :p
Tunggu dia balik outstation.

Tuesday, February 17, 2015

Last Day in Bangkok


Last day kami tak buat apa.
Breakfast dan bersiap nak checkout.

Ni Aliah snap gambar dlm van.
On the way nak gi lunch.



Flight kami ke Malaysia kul 2.15pm.
Harus la pekena tomyam lagi buat kali terakhir.
Lupa plak nak snap tomyam santan.
Yg dlm gambar ni clear tomyam.
First time makan tomyam buh santan.
Sedap jugak.



Lupa apa nama restoran ni,
tp dekat ngan airport.
Dr restoran nak ke airport 5 minit je.

Sementara menunggu nak check-in.
Gambar kenangan kawan2 dorang.
Baby2 je tak masuk.



Kedai Duty Freenya sangat best.
Haritu tak sempat nak masuk Siam Paragon.
Kira dalam ni pun jadi la.
Ada Chanel, Dior, Gucci, Prada,
Tods, Burberry eh byk la lagi.
Try gak la ejas ngan enZaf
kot dapat bag seketul ke
kasut ke.
Hmmm konpem la jawapannya NO haha
hampeh :p
Cuci mata pun jadi la kan.

Si kenit ni bagi makan je,
diam la.



Dorang bertiga ni dah tak sabar
nak masuk dalam kapal terbang.
Sikit2 tanya bila bila bila.



Minum petang dalam flight.
Tak sedap sbb sejuk. :(



Sepanjang dlm flight,
dorang tak tido.
Aliah tgk Lego movie,
Zara tgk Big Hero 6.
Ai tgk movie ape lupa namanya,
tp yg pasti romantic comedy.



Ariq layan Big Hero 6 sama cam Zara.
Kali ni dia okay,
senang dah pakai seat belt.
Masa nak pegi tu je byk songeh.



Sampai dalam kul 5.25petang.
Amik beg keluar terus gi Burger King.
Kelaparan hahaha
makan petang merangkap makan malam terus.

Dah habis bercuti ni,
part paling tak best nak unpack.
Sampai umah terus keluarkan baju kotor.
Sumbat dlm washing machine.
Barang2 shopping, or lain2
biarkan dlm bag.