Wednesday, December 31, 2014

Pasang Wallpaper


First time okeh pakai wallpaper.
Byk kali dok ckp kat enZaf
nak wallpaper wallpaper
dia tak layan pun.

Agaknya dah nak bernanah kot tinga dia,
wifenya dok bebel tanpa henti,
akhirnya dia setuju gak la haha

Mana taknya,
sakit mata tgk dinding dlm bilik
yg bercapuk ni.



Masa dia tak nak wallpaper,
ai ckp kita cat je dinding,
pun taknak huhuhu

Cuma satu je heran,
dia setuju wat diy wallpaper ni.
Mmg pelik sbbnya bab2 camni
dia la org paling malas skali,
ntah angin ape masuk dlm badan dia
nak pasang wallpaper sendiri haha

Mungkin sbb dindingnya kecik je kot.
Cuba wat satu bilik or satu umahkan.

Dah la tetiba nak wat sendiri,
suh dia tgk kat youtube
camne nak pasang wallpaper ngan proper,
xnak plak dia tgk.
Ai pun malas nak argue ngan dia byk2.
Dia nak buat tu dah kira cukup baik sangattttt



Catkan badan dia yg tak berbaju tu.
Kang dia baca blog ni bebel
tgk badan tu tak bercover :p

Ni la hasil ke"pakar"an enZaf.
Ngan bunga tak sama,
gam terlebih
berkedut2 wallpaper tu hahahahaha
Hentam aje la.
Janji tutup dinding yg bercapuk tu.



Lama2 yg gam terlebih kedut tu,
ilang dan kering,
kertas tu pun jadi elok.
Walaupun tak perfect
tapi ai is tetap happy
dan bangga sbb hajat dah ditunaikan.

Amik corak simple dan warna soft je.
Beli kat Kaison.
Tuk dinding ni pakai 1 roll je.
Tak silap harga tak lebih RM50.



Pasni dah cakap ngan dia
ai nak pasang wallpaper penuh satu bilik.
Cepat2 dia cakap
pasni kita suh kontraktor je pasangkan
hahahah baiklah Yang!
Memang setuju sgt.

Birthday Mak


Birthday Mak 12/12 yg lepas.
Masa hari birthday tu
ai bawak mak dan semua org makan2.
Kecuali adik ai Hana kat ipoh.

Minggu depannya adik ai Hana
balik Sg Buloh,
jadi kami sambut lagi bday mak.
Kalini ni ada kek.



Macam biasa la cucu2 dah
kerumun depan kek.



Dan diorang jugak la
yg tiup lilin dan potong kek hihi



Selamat Hari Jadi yang ke-56 Mak!
Moga panjang umur
dan dikurniakan kesihatan yg baik.



Monday, December 29, 2014

Cincin Nikah Berwajah Baru


Smalam hati berbunga
riang gembira
sbb nak gi amik cincin kawin.
Bukan nak kawin lagi ataupun
enZaf yg nak kawin haha
Tapi cincin nikahku ni
redesign balik.

Maafkan kulit tgn yg dah kedut2.
Kena makan kolagen ni bg tegang kulit tu kan :p



Sbb buat balik cincin tu.
Ni la jadinya,
hilang satu diamond.



Sebenarnya 2 kali hilang dah diamond tu,
tak tau macam mana.
Mungkin ai ni ganas sgt kot pakai
sampai tercabut huhu

Zaf apa lagi bising la tiap kali ilang,
dah tu nak mengganti kena
pakai duit gakkan.

Lama gak ai tak pakai cincin
sbb ilang satu diamond tu.
Bulan lepas baru Zaf ckp,
hantar cincin tu buat lain.

Siapnya 2 minggu,
tp baru smlm amik :)
Ni la berwajah baru,
Goldsmith buat design gitu
kata diamond tu ikat ketat sket,
susah nak jatuh.



Nak compare yg asal,
design cincin n diamond sama level
tp yg baru kalini diamond ditinggikan.
Diriku risau tergesel je dinding ke apa
Harap2 xjatuh lagi la diamond tu kan haha

Tapi cincin kalini
ada 5 ketul je diamondnya.
Asalkan 6.
EnZaf kata takde tambah.
Pakai tu je huhuhu
Ape pun Tq Yang!



Baru rasa complete kat jari skang.
Kalau tak rasa togel je.

Thursday, December 25, 2014

Cerita Bulan 9


Punya la lama baru nak citer,
xperasan plak tertinggal entry ni haha

Bila enZaf malas nak keluar meeting
or penat or ape2 la,
dia buat keje dr rumah,
ai pun mula la gatal ajak dia gi makan.
hahaha macam mana nak kuruskan,
asyik nak makan je.
Itu pun ajak makan petang.
Bagi dia wat keje dulu.

Gi Empire Mall mkn kat Chili's.
Handphone tu tak lepas2,
keje tak pernah habiskan :p



Makanan wajib diorder
nachos ai le.



Ice lemon tea mmg feveret Aliah.



Kakak sulong ngan adik bongsunya.
Eh bongsu ke?! ;)



Sementara tunggu Daddy dorang solat,
mcm biasa gak la,
amik gambar.



Nak singgah Serai beli Pavlova.
Tp Zaf kata lain kali je beli.
Dah makan nak makan lagi katanya.
huhuhuhu

Wednesday, December 24, 2014

Sehari sebelum Outstation


Jalan2 kat Tesco.
Lama x ke sana.
Lunch kat Santai.



Aliah ckp I want eat cupcake only!



Sekali tgk lauk,
dia la makan paling byk hihihi



Dah makan Zaf gi potong rambut,
pastu hantar alter baju dia
kat ZA Altera.



Pastu masuk Ikea,
ckp ngan Zaf saja nak tgk2.
Sbbkan wikday Zaf ckp ok.
Itu pun ramai orang okeh.
Wiken jgn harap la ajak dia.
Memang xkan peginya.



Yer la saje2 tgk,
ada la 2-3 barang beli :p



Masa Q nak bayar,
anak2 ni dah cakap2 nak eskrem.

Tuesday, December 23, 2014

TOUS les JOURS


Masa gi Pavi haritu,
Zaf ajak minum petang kat luar.
Lama okeh tak berjalan2 jalan bukit bintang nih.
Havoc je sentiasa penuh manusia.



Zaf bawak gi makan kat Tous les Jours.
Kedai roti Korea :)



Semua roti kat situ nampak sedap.



Cake pun sama.



Ariq kalau takde kakak2 dia
sangat behave.
Takde geng nak ajak berlarikan.



order ni je,
sbb masih kenyang ngan nasi kandar
xhabis hadam lg hehe
Rotinya semua lembut2.
Sedap2 semuanya.



Chocolate Cheese Cake.
Macaroon tu seyes sedap.
Kena ngan tekakku yg xmanis sgt.
Kalau nak banding ngan Delicious tu
sakit gigi makan huhu
Cakenya mmg sedap.



Ada lagi mcm2 menu kat sini.
Nak makan sandwich ke salad ke
soup ke pun ada
sila la terjah websitenya ni [link]

Dah alang2 kat situ,
singgah Lot 10.



Lalu H&M & Zara je,
xmasuk pun :((
Laju je Zaf jalan ke depan.
Takut la tu wife dia nak paw mcm2kan.

Monday, December 22, 2014

Nak gi tgk wayang


Aktiviti masa Hari Keputeraan Sultan Selangor
kami gi tengok wayang.
Nak tgk citer Penguins of Madagascar.

Tgk kat Strand Mall,
tp timenya lambat sgt.
Zaf ajak ke OU plak.
Sblom ke sana solat dulu
dan harusla bergambar
sementara menunggukan.



Kacau sungguh Aliah ni.



Beli tiket kat OU.



Sementara menunggu wayang,
minum petang kat Teh Tarik Place.
Sepanjang makan tu,
Zara Aliah asyik tanya
kul bape nak tgk movie huhu

Dorang dah tak sabar nak masuk dlm,
ai sempat paksa amik gambar dulu haha
Kuasa vetokan :p



Yey citernya pun best,
tak bosan pun.
Zaf yg konon kata mesti
dia tido sbb boring,
last2 dia tak tido pun :)

Anak2 pun sgt enjoy,
xde meragam ape pun.



Masa nak balik tu,
bole plak dorang ni nampak
"egg" kat kedai depan kaunter tiket.
Sama cam kinder joy tu,
tp yg ni disney edition,
ada mickey mouse, princess ngan
marvel superhero spiderman.
Bayar tuk 3-3 ketul egg ni RM20
huarghhhhhh mahal gilers.



Friday, December 19, 2014

In Love with Francine Blouse


Kalau dah suka,
beli lebih dari satu warna.


pic from poplook

Kalau Zaf tau mati
nasib dia outstation haha
Nak beli ape2 time dia takde :p

Thursday, December 18, 2014

Santa comes early!


Keluar bertiga je.
Zara Aliah kat umah maktok
Tido sana 2 mlm.
Cuti sekolah ni bg chance
lepak sana selalu ;)

Lama tak pekena nasi kandar,
makan kat Restoran Kayu je.



Ariq kat umah dh byk makan roti.
Kat restoran ni nak makan ice cream je.



Pas makan Zaf ajak gi Pavilion.
Tetiba masa dlm Pavi tu,
Zaf ckp jom beli handbag ai.
Wah terus berbunga okeh
Org kalau nak beli,
laju2 la cakap okeykan.

Tapi kata dia
xleh beli mahal sgt,
bajet sekian2 harga hihi

Dalam pilih2 tu,
tetiba org tu pun selit
beli gak tuk diri sendiri.



Thank you Yang!



Cuti sekolah ni kan dia xbawak gi jejalan.
Harini dia gi Jakarta lagi.
Konon ni la gantinya.
Ganti bg dia,
bukan bagi ai hahaha
tumbuh tanduk tetiba :p

*orang lain nak krismas
kita dpt hadiah dah.

Wednesday, December 17, 2014

Genius Aulad Little Ihtifal 2014 (Kota Damansara)


Lg 2minggu lebih dah nak naik sekolah,
baru nak wat entry pasal konvo Zara huhu.
Actually gambar byk kat dslr camera,
sampai ke sudah tak transfer2 lg kat pc.
Jadinya pakai gambar dlm phone je la.

Tahun ni Little Ihtifal buat kat Putrajaya,
jauh benar kali ni.
Tahun lepas buat kat PJ je [link]

Bawak 2 org adik ai skali.
Ada Mak Su & Mak Teh
mmg jadi babysitter,
senang lenang ai kejap haha
Lunch dulu kat Johny's, Alamanda.



Cantik dan comel photo boothnya.



Harusla anak2 amik gambar.
Zara dah check-in ikut teacher dia :)



Kalini combined ngan GA Selayang.



Aturcara pertama amik skrol.
Time ni amik video.

video

Tetiba rasa sebak tgk Zara amik skrol.
Tau2 dah berair mata okeh.
And ofkos la gembira juga.
Baru tadika blom universiti lagi ;)

Baju putih ni dari GA Selayang.
Comel2 je tgk dorang buat persembahan.



Kota Damansara pakai baju hitam.
Dorang wat story pasal Nabi Hud A.S



Zara dia pemalu so mmg dpt agak
dia takkan ada byk gerak atas stage hihi
Pastu ada nyanyian
dia jadi butterfly.
hehe sama je ngan tahun lepas
ada gak jadi butterfly :)

Yang ni penutup.
Asma Ul Husna.



Setiap GA ada 3 persembahan.
Biasala takkan ada perfect,
budak2 kan mesti huru hara teacher atas stage.
Overall terhibur dgn keletah dan gelagat anak2.

Sblom balik,
amik gambar kenangan.



Tahniah Zara,
mummy so proud of you.
Well done!



Belum diframekan lagi.



Nak masuk darjah 1 dah.
Tau Zara ni xde masalah sgt.
Yang ai risaukan Aliah ni haha