Tuesday, September 30, 2014

Ke Garden, Mid Valley & Giant KD


Misi menghabiskan upload
gambar lama sblom basi haha
Byk je gambar2 yg tak upload lagi,
malas sangat nak update blog.

Minggu ni byk berkisah makan je.
Lunch kat Italiannies, The Garden.



Budak yg tak reti dok diam,
ada je menda nak buat.
Tangan dia paling laju,
cepat je nak pegang itu ini.



2 ni makanan tghari kami.
Spaghetti & Pizza.



Pencuci mulut dgn cheese cake.
Padat giler cheesenya
mengah2 nak habiskan.



Habis makan,
Daddy dorang survey bag tuk isi laptop dia.
Ntah bape byk beg dia nak pakai pun tak tau.
Ceh ngata org kan,
padahal handbag sendiri pun xpernah cukup :p



Sementara tunggu Daddy dorang
solat Asar,
Mummy menghabiskan masa
snap pic anak-anak.
Ada la dekat 15keping.
Gambar sorang, berdua, bertiga :)



Singgah Giant,
beli brg sket sblom Zaf
outstation esoknya.



Monday, September 29, 2014

Wood & Steel, Kota Damansara


Lunch kat Wood & Steel,
Anna baru tahu kedai ni
kawan Zaf punya.
Dia ajak makan tuk
support kawan dia gitu :)



Toy baru kakak2 dorang,
dinosaur huhu
Mmg tau tu feveret Zara,
tp Aliah pun skang join suka dino.



Suka deco dlm kedai ni,
cantik2 n cosy je.



Spaghetti Carbonara tuk anak2.
Sedap.. Zaf suka.



Ai makan sandwich,
beef sandwich kot nama.



Zaf makan stuffed chicken.



Sedap2 je makanannya semua. :)
Air ai order iced chocolate,
tapi Aliah Ariq yg habiskan huhu



Menunya tak banyak sgt
tp okay la.



Salah satu art kat dlm cafe.
Cantik unik.


Friday, September 26, 2014

Medan Ikan Bakar Seri Serkam


Sblom ni kalau makan ikan bakar
kat Melaka mesti ke Umbai.
Kalini Zaf bawak ai makan
ikan bakar kat Serkam.
Tempatnya tak besar,
tak macam Umbai dah dikomersialkan.
Dan yg pasti takde la ramai sgt
orang mcm kat Umbai tu.
Lebih tenang sket la kat Serkam ni hihi

Handphone tertinggal kat hotel,
so ni ihsan dari camera phone Zaf.



Disebabkan perut ni masih
kenyang lagi ngan asam pedas [link].
Pesan kat dia order sikit je.



Sementara Daddy memilih ikan,
anak2 ni teruja tgk bot byk depan tu.



Mummy je pandang camera,
Ariq sibuk main kete huhuh



Lala masak pedas



Udang masak butter.



Ikan Jenahak bakar sambal.
Seyes ikan ni sedap.
Ikan tu mmg dah sedap sbb fresh,
sambal dia tu..yummeh.



Makan semua ni hidang dgn nasi lemak kecik.
Suka makan ngan nasi lemak
dari nasi putih :)

Kalau taknak hiruk piruk
makan la kat Serkam ni pun okey.
Sedap pun sedap,
harga pun berpatutan.

Thursday, September 25, 2014

Cinta Ibadah


*updated 11/03/2015
Sblom ni wat entry pasal cinta ibadah ni best.
Yer mmg best pada awal episod.
Tp sejak masuk Rina menyamar jd Siti
diriku dh mula rasa mcm xbest.
Sekarang ni plak nak menyamar suami plak.
Hafiz ke Ryan, Ryan ke Hafiz.
Alahai nape citer meleret jd mengarut sgt.
Dulu xmiss tgk citer ni,
tp skang tak tgk pun xpe.
Cuma bila boring xtau wat ape
layan gak la huhu.
Satu je harap
moga drama ni cepat habis.
Citer lain plak ;)


Sapa layan drama Cinta Ibadah
angkat kaki.. hihi
Takde la folo dari episod pertama
episod 10 baru tgk
terus jatuh cinta.
Skang dah episod 13.
Hero heroinnya bukan la pelakon terkenal sgt
tp okayla dorang berlakon.

Heronya Fattah Amin,
dah sado ok badan dia.
Baru nampak hensem dan gagah.
Masa dia berlakon drama kat tv3 tu
Playboy Itu Suami Aku
kan keding je badan dia hehehe

Heroin Aishah Iliyas
sweet sangat muka
sopan santun mmg kena ngan watak dia
Kalau la ahkak leh jd cmtu.
Ni hari2 cm singa sbb anak2 singa
kat umah ni sgt hyper :p

Suka raja Ilya berlakon,
sgt menjadi ngan watak yg jahat dan dengki tu
hahaha

Tak silap drama ni sampai 100 episod,
pastu kelmarin ke tgk Meletop
mungkin sampai 130 episod,
sbb ending dorang pun tak tau lagi.
Pergh lagi lama dari drama Adam dan Hawa
giler la


Copypaste dari astrogempak.com.my

Info Rancangan
CINTA DAN IBADAH

Cinta Ibadah mengisahkan tentang pasangan bahagia suami isteri yang sepadan iaitu Siti dan suaminya Hafiz. Kehidupan mereka yang bahagia mulai goyah apabila Siti disahkan menghidap penyakit barah, namun ingin merahsiakan daripada pengetahuan suaminya. Tidak mahu suaminya mengesyaki perkara sebenar, Siti meminta pertolongan Rina yang memiliki wajah yang sama untuk menggantikan tempatnya sementara dia menjalani rawatan di hospital. Apa reaksi Hafiz bila rahsia tersebut terbongkar?

Setiap Isnin – Jumaat

Jam: 5.00 petang – 5.30 petang

Saluran: Astro Prima (Saluran 105) dan Astro Maya HD (Saluran 135)

Wednesday, September 24, 2014

Berjalan-jalan di Bandaraya Melaka


Pas makan kat Asam Pedas Jr [link]
kami berjalan kaki sekitar area situ.

Menara Taming Sari salah satu mercu tanda
negeri melaka.
Bole naik menaranya kalau nak,
kami tgk dari jauh je.
Cantik sbb malam menara tu ada lampu2.



Pastu jalan lagi ke taman apa nama haha
depan dgn Dataran Pahlawan Melaka Megamall.
Dataran Pahlawan la kot kan. :p
Dekat juga ngan menara tu.



Nama pun taman so ada ramai org
beriadah, jogging
pun ada juga letak jenis pengangkutan.

Ariq panggil truck :)



Ada replika kapal terbang



Keretapi
ha Ariq kemain seronok skali.
Dapat tgk ketapi besar depan mata.



Jalan lagi sampai ke river cruise.
Tak naik, tgk je :)



Bergambar kat roundabout melaka ni.
Kancil maskot negeri Melakakan.



Jalan lg sekitar Gereja Christ.



Jalan punya jalan
tau2 dah jauh dari kereta.
Nak patah balik ai dah penat.

So Zaf ajak naik beca.
Ikutkan naik beca tu
dorang bawak kita pusing2
tempat2 menarik & bersejarah.
Tapi kami nak naik beca tu tuk
dorang hantar ke kereta je.

Next time la nak jalan.
Tunggu anak2 dah besar,
dah paham nak belajar tentang sejarah.
Lagi seronok rasanya.
Skang ni bawak dorang bukan paham,
Berpeluh melayan dorang ada la.
Sbb dah jalan mcmni kan
panas berlengas hihi

Ai n Zara naik satu beca.
Seronok dia dapat gak naik.
Sbb sepanjang jalan2 tu,
dia asyik ckp nak naik beca.
Daddy dia wat tak tau je haha
Dapat plak Hello Kitty lagi la suka dia.
Sengih je sepanjang perjalanan tu :)



Daddy Ariq n Aliah satu beca.
Ariq paling suka,
sbb ada batman n spderman.
Zaf ckp dia pun excited.



dah sampai tempat parking,
amik gambar kenangan dorang.



Gambar sekeluarga.
Patutnya ai duk kat basikal tu kan.
Baru best.
Lupa plak.
Tp sampai ke kaki tu hahahah



Dah penat,
kami check-in tido satu malam
kat Hatten Hotel.



Berehat mandi solat,
nanti nak keluar balik
tuk dinner plak.
Zaf ajak makan ikan bakar.

Tuesday, September 23, 2014

Asam Pedas Jr Melaka


Pada minggu lepas kami pergi ke Melaka. Sebenarnya tak dirancang pun ke sana, tiba-tiba sahaja enZaf kata jom pergi Melaka. Masa dia ajak tu pun hampir masuk waktu Asar, kerja gila namanya. Ingat pergi Melaka tu 20 minit ke sampai hehehehe... tapi dah orang ajakkan, kita pun jom sama la :p Sepanjang perjalanan di highway jalan agak lengang sampailah dekat dengan Seremban, jalan jem sekejap gara-gara ada construction untuk memperbesarkan jalan. Eh, kalau tak besarkan jalan pun, kawasan itu selalu slow sebab banyak keretakan. Lepas dari susur keluar Port Dickson barulah lancar semula. Disebabkan kami pergi ke Melaka tak dirancang, kami singgah makan di Asam Pedas Jr Melaka. Lokasi kedainya di Bandar Hilir. Sementara menunggu makanan sampai, ai pun ambil gambar anak dulu. Gambar di bawah ini anak nombor 1.



Ambil gambar anak nombor 2 pula.



Dan terakhir anak nombor 3.



Anak nombor 4, eh belum lagi. Doa-doakan ya :) Okay, berbalik pada makanan. Nama kedai makan ini Asam Pedas, sudah semestinyalah kita order pun lauk Asam Pedas juga. Dua jenis lauk Asam Pedas kami pilih iaitu Asam Pedas Ikan Pari dan Asam Pedas Ikan Tenggiri. Ada juga order ketam, tapi ai tak ingat ketam tu goreng biasa ke apa. Tak ingat pula hihihi..



Sebenarnya ini merupakan kali pertama ai makan Asam Pedas Melaka. Boleh tahan sedap juga. Rasa masam-masam pedas itu. Untuk Asam Pedas Ikan Pari, isi ikannya agak keras sedikit, mungkin ikannya sudah lama. Kalau isi ikannya lembut harus lagi sedapkan. Apa pun Asam Pedas Jr Melaka ini habis licin ai makan. Buat masa ini ai tak boleh nak katakan Asam Pedas Jr Melaka ini terbaik atau tidak, ai kena cuba dulu Asam Pedas Melaka yang lain pula.



Lauk Asam Pedas ini ai suka makan dengan roti selain dari nasi. Dari kecil lagi kat rumah, Abah ajar kami makan roti cicah dengan kuah Asam Pedas :) Tak tahu la ada ikut style negeri mana yang pasti tu style keluarga kami hahaha... Yang tak pernah cuba tu, silalah cicah roti dengan Asam Pedas, pasti banyak makan. Tahu tahu dah berkeping-keping masuk dalam mulut.

Oh ya! masa kami tengah makan kat kedai ini, tiba-tiba ada seorang lelaki datang approach kami untuk ambil gambar. Ai pun setuju untuk dia ambil gambar. Sebelum balik, kami dapat gambar tu siap dengan frame sebagai kenangan makan kat Asam Pedas Jr Melaka ini. Bukannya free tau, ada bayarannya hehehe.. Ai suka kalau tempat tu ada servis ambil gambar macam ini. Boleh simpan buat kenangan.


Monday, September 22, 2014

Giant Pinkie Pie


Hari Sabtu jalan kat MidValley.
Kat depan Toys R Us ada MLP.
Aliah & Zahra dah nampak
menjerit2 dia ckp Pinkie Pie!! Pinkie Pie!!
Ape lagi laju la dorang nak ke sana.



Feveret karekter Aliah.
Kemain happy lagi.
Tak payah cakap smile nak bergambar,
muka dah sengih lebar haha

Sblom ni dorang berdua tu
ada bgtau ai
yg MLP ni ada keluar baru,
MLP Pop.
Yang Pop ni bole tukar2 hair & tail bagai,
mix up ngan pony lain pun bole.
Macam2 la dorang terangkan,
ai dengar je la,
belinya tak bole lagi hihihi

So kebetulan masa kat MV ni,
ada sediakan pony pop
tuk dorang main.
Ha ape lagi suh la dorang main.



Seronok tgk dorang,
kusyuk main tak toleh kiri kanan.



Tunjuk Pinkie Pie Pop dia.



Lama gak la bg dorang main,
cam biasa la pastu
Aliah wat perangai.
Nak beli pony tu.



Mummy Daddy bukan xnak beli,
baru je beli hadiah bday dia haritu.
So tebalkan telinga la
dgr berzikir tak habis2.
Tu pun bgtau dia,
next birthday baru beli.
Walaupun bgtau camtu,
asyik tanya Aliah birthday not yet ke Mummy?!
Zahra plak cakap
Wait for my birthday yer Mummy?!

Ai rajin browse website pony dorang
bukannya apa
bila dorang bercerita itu ini,
at least ai paham
bukan takat apa toys baru
citer katun dorang pun ai tgk.

Friday, September 19, 2014

Minum Petang kat SR


Lama tak makan kat Secret Recipe.
Ajak anak2 minum petang kat sana.

Dorang mmg xhabis2
nak chocolate indulgence



Susah nak gambar
bertiga semua pandang.
Ni biasa la,
lebih 5 kali snap.



Ai makan shepherd's pie
dgn tea :)



Masa makan2 tu,
berkenalan ngan sorang mummy
kat blakang meja kami.

Dia pun minum petang ngan
anak2 dia, sorang girl sorang boy.
Housewife gak.
Yey dapat kawan baru,
pasni leh ajak dia
lepak together2. :)

haha kasihani diriku
kurang kawan sejak
jadi housewife ni.