Tuesday, March 11, 2014

Party Pack tuk Kawan2 Zara

Kami pergi ke GM Klang, misi mencari dan membeli barang-barang party pack untuk diberikan kepada kawan-kawan kelas sekolah Zahra. Sebelum mencari barang tu, haruslah isi perut terlebih dahulu hehehe... Makan di Marrybrown. Lamanya tak makan di Marrybrown ni.



enZaf belikan Nasi Ayam pula. Sebenarnya ai nak Nasi Lemak sebab teringatkan nostalgia di UUM. Masa di UUM ai selalu makan Nasi Lemak Marrybrown. Disebabkan tak ada, maka makan lah apa yang terhidangkan.



enZaf makan Fillet Burger, katanya sedap dia suka. Lagi pun dia memang suka Fillet ni.



Selesai makan, kami sambung misi party pack Zahra. Masa dalam kedai Zahra sendiri yang pilih apa yang berkenan untuk dia berikan pada kawan kelasnya. Bagi plastik beg pilihan dia ialah Ben10 untuk kawan lelaki manakala Princess untuk kawan perempuan.



Selepas pilih plastic bag, ai suggest beri kawan-kawannya stationary set. Sebab tengok Zahra macam tak tahu nak buat pilihan. Rambang mata agaknya banyak sangat pilihan sampai tak tahu nak ambil apa hehehe... Dia pun setuju dengan stationary set. Dan kali ini dia pilih sama dengan plastik beg yang dia ambil tadi, Princess dan Ben10.



Seramai 20 orang kawan kelasnya. 10 lelaki dan 10 perempuan.



Oh! enZaf suruh masukkan stiker juga. Tambahkan lagi barang bagi banyak sikit. Alahai blur pula snap gambar ni.



Si kenit ini dah buat macam rumah sendiri. Selamba saja duduk atas lantai sambil main ball tu.



Ai suka jalan dalam GM Mall ini. Macam-macam ada dengan macam-macam pilihan. Harga pun sangat lah berpatutan. Kalau nak beli banyak memang berbaloi.



Seronok Zahra dapat beli payung. Dari tahun lepas lagi dah minta tapi ai yang tak layan hehehe.. Bila dah beli untuk Zahra kena lah beli lagi satu untuk Aliah juga. Nanti berebut tak pun merajuk. Beli je lah dua-dua senang.



Aliah dapat juga beli marker pen, dia sebenarnya lebih nak pada beg itu. Sebab ada Minnie Mouse. Comel je kan.



Keluar kali ini tak ada membeli toy. Ikutkan dorang ni tadi semuanya nak ambil. Tapi elok pula dengar kata, beritahu beli lain kali hihihi..

2 comments:

attyfir said...

kty pun suka makan marry brown.
kan main cute lagi payung anak dara.

annapeje said...

Aaa comel mcm aliah ahaha nk ajk peje pg sini gaks la x penah sampai ahaha dh la dr ngandung teringgin nk mkn nasi lemak marry brown :P