Tuesday, December 31, 2013

Tak sihat sangat


Semalam kul2 pagi lebih
tetiba perut sakit memulas
tp xde rasa nak buang air.
Nak katakan period pun xjugak,
lambat lg pun.

Lama sket baru rasa nak buang,
terus masuk bilik air.
Walau pun dah lepas buang
perut masih lagi rs sakit.

Baring kat katil ke kiri kanan xselesa.
Sakit perut tu memulas,
macam nak beranak okeh.
Makin lama sakit tu naik ke dada.
MasyaAllah masa tu sakitnya.
Sesak rasa dada,
mencucuk2 rs mcm nak terkeluar.

Kejutkan Zaf bgtau sakit,
masa tu Zaf buatkan air eno kot anginkan.
Dah minum xreda jugak.
Makin sakit dan lama,
tahan sampai menitis air mata.
Ai dah menggulung badan sbb xtahan.
Zaf ckp xbole jadi ni, ajak gi klinik.
Ai plak xnak
tahan selagi boleh,
pastu dok pikir anak2 tgh tido.

Zaf kata tak kira pegi jugak
sbb takut makin teruk kang lain jadinya.
Dah dia kejutkan Zara & Aliah,
Ariq plak dia angkat je.
Sian kat anak2 sbb Mummy kacau korang tido.
Nak wat cmnekan bukan leh tinggalkan dorang cmtu je.

Sampai klinik dlm kul4 pagi.
Tunggu doc lagi nasib kejap je.
Doc check n suspect ai kena gastric.
Terus bg ubat cucuk, cucuk kat montot huarghh..
pastu minum air putih kapur tu kan.
Doc ckp 10-15min ok la nanti.
Sampai umah lega dah bole tido.
Nasib anak2 tak meragam.
Cuma skang dada ni mcm bengkak
sbb ai dok tekan2 menahan sakit xtahan sblom tu.

Monday, December 30, 2013

Last Activities for 2013


Aktiviti penutup 2013
bersama kawan2 baik.
Kami mengedate kat Pizza San Francisco, KD.



Hanya kami dan anak2,
sorang lagi blom sampai.



Anak2 sronok main
sbb takde sape dlm restoran tu.
Dorang nak berlari menjerit ke
ai xkisah haha



Antara makanan2 yg diorder.
xsemua amik sbb ai dah terkejar ngan
anak2 yg kejap nak itu ini hoho



Makan sampai kenyang kaedahnya.



Semua sumbat sket2 :p



Siap tapau sbb xlarat nak habiskan.



Gambar kenangan kami berlima.
17 tahun bersama suka duka.
Semoga persahabatan kami kekal selama2nya.



Dah kenyang,
sambung karaoke plak.
Blok sama jalan kaki je.



Anak2 teruja depan skrin,
macam tau je nak pilih lagu.



Ariq first time masuk tempat karaoke,
keras je dia takut.
xnak bergerak nak berdukung.
Lama sket baru berjalan
sambil joget2 hahaha



Sangat seronok,
dari siang sampai ke malam habiskan masa bersama.
Bukannya selalu dapat jumpa.
Sekali jumpa harus la lamakan.

Sunday, December 29, 2013

Habiskan Malam kat The Gardens


2-3minggu punya citer kot,
baru nak update hehehe.
Dinner kat Italiannise.
Starter kami.



Order spaghetti carbonara tuk anak2.
Tapi makannya sikit je,
cam biasa la Mummy dorang yg perabiskan.



Free kids meal.



Dah kenyang kami lepak
kat depan The Gardens ada air pancut tu.
Anak2 teruja tgk air naik turun.
Ha tgk la anak2 janji korang diam :)



Singgah masuk Digi,
Zaf xhabis2 lagi tanya pasal
apentah gadget tuk customer dia.



Supper kat Baskin Robbins plak.



Lama xmakan eskrem BR
sejak dari Zara batuk2.
Asal lalu depan BR ni je,
Mummy, Zara xbatuk dah kan hihi kesian.
Kalini Daddy bawak makan :)



Paling sronok ini budak.
Taknak suap, nak makan sendiri plak tu.



Saturday, December 28, 2013

Bawak anak2 jumpa Daddy


Lately ni enZaf sibuk sgt.
Hujung tahun banyak menda projek nak kena settle.
Semua nak perabiskan bajet gitu.
Hari2 balik malam,
sampai anak2 dah tido.
Keluar pagi anak tak bangun lagi.
Weekend kalau dia outstation lagila.
Kesian kat dorang.
(kat mak dia jugak :p)

Jadi cara nak bagi jumpa,
ai pegi tempat mana dia meeting ngan client.
Yang dekat2 je la.
Kalau dia meeting kat KL tak kuasa la nak ke sana.

Whatsapp dia kat mana,
dia kata jumpa kat The Curve.
So ape lagi,
siap2kan anak2 pastu keluar.
Sblom tu ai ke Uptown Damansara,
drop barang jap.

Ni bergambar dulu
sementara tunggu Daddy dorang habis meeting.



Org xramai time opis hour.



Superhero datang.
Ka-chingggg haha tetiba.



EnZaf teman kami lunch,
perut lapar kul 3 tak makan lagi.
Makan kat Nandos, Ikano.



Perut sgt gembira tgk makanan.



EnZaf makan ni je,
tapi anak2 yg habiskan ;)



Habis makan,
enZaf sambung keje.
Dan kami pun balik umah.
Sekian.

Friday, December 27, 2013

Susun baju dalam drawer


Minggu lepas citer pasal lipat baju.
Harini citer susun baju plak :) [link]

Ni contoh drawer baju Aliah.
Baju rumah je pun ;)



Tapi nak bgtau yg ni adalah
cara terbaik susun baju dlm drawer.
Selain dapat menyimpan banyak pakaian,
ia juga lebih tersusun dan kemas.
Tapi ai punya ni xde la kemas sgt haha



Susun mcmni senang nak cari baju
mana nak pakaikan.
Kalau lipat baju susun bertingkat tu
bila kemas cantik la,
tp bila sekali tarik,
habis baju yg lain2 pun tertarik jugak.
Sakit hati kalau nak kemas balik.

Ai mmg suka susun baju yg dah dilipat,
tapi nak melipat baju tak suka haha

Thursday, December 26, 2013

Dinner with familia


Makan malam kat Noodle Station
dgn mak abah n adik2 hari Sabtu lepas.



Seronok sbb semua adik ada.
Menantu2 je tak dpt join
sbb bekerja mencari rezeki hihi.
Zaf outstation ke Kedah,
Omar plak kat Ipoh.



Makanan kat situ biasa2 je, okayla bole makan.
Harga pun ok xde mahal mana.


Antara makanan2 yg diorder.





Bukan takat mee2 je,
kalau nak western pun ada jugak.



Pas makan masuk hypermarket,
nak beli stok makanan tuk mengunyah.



Gila havoc nak gi beli brg.
Sorang2 wat perangai.
Yang tu nak ini,
ni plak nak itu hohoho

Pening ar :p



Sempat bergambar sblom bayar.

Tuesday, December 24, 2013

Princess Plaster


Hari Khamis lepas tetiba Zara mengadu tangan dia luka.
Tanya macamana kena,
katanya kena kat katil masa main ngan Aliah.
Lukanya xdela besar, kecik je pun.
Tapi mengada nak buh hansaplast bagai.
Sblom lekat tu basuhkan lukanya dulu
pastu sapu ubat gamat.



Hari Sabtu dia berlari jatuh,
terentak siku luka sikit kat situ.
Nasib baik xde ape tgn tu.
Cam biasa asal luka je nak plaster :)



Suka sbb plaster tu corak princesskan.
xde luka pun kalau bole nak lekat.

Tetiba teringat masa zaman sekolah,
pakai plaster corak2
zebra la, rimau, leopard.
Padahal xde luka pun.
Trend gedik ape ntah
pakai suka suki konon stylo la haha

Monday, December 23, 2013

Cake Time


Makan kek kat Secret Recipe dgn adik ai.
Bila dia balik Sg.Buloh,
time ni la nak ajak lepak keluar.

Ariq & Aira.
Sama tahun sama besar :)



Zara & Aliah kalau makan kek kat sini,
xde menda lain dah order.
Chocolate Indulgence la.



Adik ai Hana amik Tiramisu.



Dan ai mencuba kek baru,
Red Velvet.



Sedap jugak.
RV ni kategori Premium Cake
so RM10/slice.

Anna oi,
menan2 yg jual kat depan SR ni dah xde.
Lega den, selamat duitku.
Kalau tak harus kena paw ngan budak2 ni haha

Kitty in the house


Comel tak "anak kucing" kami.







Cekak2 camni mmg xde org lain,
dari makcik2 doranglah.
Ada je macam2 beli.
Pastu suh budak2 ni pakai haha

Friday, December 20, 2013

Lipat Baju


Melipat baju adalah feveret Zara.
Asal nampak baju2 dlm bakul.
Mesti dia cakap nak lipat baju.

Ai pun iyerkan aje.
Walaupun tau lipat tak kemas,
tapi dah dia suka kita lagi suka hehe



Makin bagus jugak la dia lipat.
Dulu ikut suka dia je
dgn baju terbalik [entry]
Skang semua dia betulkan,
ngan siap butang bagai.

Masa lipat siap2 asingkan,
baju dia, Aliah n Ariq. :)



Dah habis lipat,
ai masukkan dlm drawer.
Memang tak lipatkan balik.
Tanda ai menghargai usaha dia.
Dan muka dia pun happy je.
Terima kasih akak Zara.

*wiken ni enZaf xde lagi,
ke Kedah plak huhu

Thursday, December 19, 2013

Menyakiti dalam Keterujaan


Kadangkala keterujaan kita itu
bole membuatkan hati seseorang tersentuh.
Dgn kata lain tersinggung tanpa kita sedari.
Hakikatnya niat kita adalah untuk berkongsi saat itu.

Setiap orang
inginkan kebahagiaan
inginkan kesempurnaan
ingin apa yg diidamkan
inginkan segala2nya.
Namun kesemuanya tiada yg kekal abadi.

Kita tidak sedar,
keterujaan kita bila bercerita
perihal ibubapa
sedangkan ada teman kita yg sudah tiada orgtuanya.

Kita tidak sedar,
keterujaan kita bila bercerita
perihal pasangan,
sedangkan ada sahabat kita masih belum bertemu jodoh.

Kita tidak sedar,
keterujaan kita bila bercerita
perihal anak-anak,
sedangkan ada pasangan yg blom mempunyai cahaya mata.

Kita tidak sedar,
keterujaan kita bila bercerita
perihal kerjaya
sedangkan ada di luar sana masih tercari2.

Kita tidak sedar,
keterujaan kita bila bercerita
perihal kehidupan
seperti barangan/makanan/percutian,
sedangkan ada mereka2 yg xmampu memiliki.

Maafkan diriku sekiranya ada yg terasa.
Bukan niat untuk menyinggung perasaan orang lain.
Tapi sekadar coretan perjalanan hidupku ini
untuk kenangan masa hadapan.

Lumrah kehidupan bahawa kita
tidak dpt dan tidak akan dpt memuaskan hati semua.
Apa yg kita buat
betul atau tidak
tetap akan diperkatakan oleh org.
Yang penting adalah nawaitu kita.

Hidup kita ini umpama roda.
Ada masa kita di atas,
dan sekelip mata juga kita bole berada di bawah.
Setiap kita juga telah ditetapkan rezeki
dan bahagian masing2.
Sentiasalah berdoa
supaya kita menjadi insan yg sentiasa
mensyukuri nikmat & pemberian dari yang maha Esa.

*Peringatan untuk diri sendiri*

p/s: jarang benor ai nak bermadah pujangga ni
macam tak percaya haha
(sambil kelip2 mata)

Wednesday, December 18, 2013

Hanya 4 beranak


Hanya keluar gi makan anak beranak hari Sabtu lepas.
enZaf outstation ke Johor.
Eh lagi pun mmg slalu keluar makan kami2 je hihi
Bezanya sbb hari minggu Daddy dorang takde plak.

Zara request nak makan Kenny Rogers.



Pandai dah Zara amikkan gambar.
Ariq je tak pandang camera plak.



Sampai2 muffin terus terkam budak dua org ni.
Muffin terbaik takat ni KR ler.



Zara makan chicken macaroni & cheese.



Ni ai order makan ramai2.
Suap sorang2, kalau makan sendiri
dah tak nampak meja nanti haha



Pas makan gi masuk dlm hypermarket,
dah janji ngan Zara nak beli buku.



Masuk kejap je,
dapat buku cepat2 nak gi bayar.
Tapi sblom sampai kaunter
sempat gak la anak2 capai itu ini ;)

Pitstop wajib sblm balik,
nak tgk kucing.