Thursday, October 31, 2013

Gerai tepi jalan


Pas amik Zara dari skola,
xde rasa nak balik umah.
Hahah nak jalan je kejenyakan.
Tak reti dok diam camni la.

Ingatkan nak pekena rojak,
tapi tak meniaga plak.
Jadinya ke Seksyen 6.

Pusing2 situ,
rasa nak try makan
Char Kuey Teow gerai tepi jalan ni.
Gerainya depan ngan Restoran Jasima.



Sedap jugak,
not bad.
Macam Gulam Mee.

Beli kuih2 sket dan goreng pisang.



Lepak santai ngan anak2.
Ariq yg teruja dok tgk
kereta, motor, bas lalu haha



Zara makan kuih lapis.
Feveret dia.



Wednesday, October 30, 2013

Kempunan kat Belanga


First time makan kat Belanga.
Kami pegi kat Empire punya.



Datang sini sebenarnya
nak makan laksam.
Tapi hajat tak kesampaian.
Laksam dah habis huhuhu



Sblom sampai ke Belanga ni,
Aliah & Zara sempat paw Kinder Bueno.



Ariq main toysnya je sudah.



Carrot milk tuk ai dan sirap selasih tuk Zaf.



Sebabkan tak dapat makan laksam,
ai order Nasi Kerabu.



Anak2 makan Nasi Lemak.



Zaf makan Nasi Dagang.



Seriously memang semua sedap.
Portionnya pun banyak.
Sampai tak larat nak habiskan.

Muka tuan blog yg happy kekenyangan.
Ariq je sorang xhabis2 lagi makan.
Tgh meratah ayam goreng.



Nak order dessert,
tapi semua habis jugak.
Actually kami sampai lambat dah pon,
pasai tu semua habis haha
Kena repeat datang sini lagi,
blom tertunai lagi nak pekena Laksamnya.

Sblom balik kerah Zaf belikan
Pavlova kat Serai :p



Blom habis kat sini aje.
Pastu ke Jaya Grocer,
beli sket barang dapur :)

Tuesday, October 29, 2013

Dinner dgn Nasi Kandar


Pekena nasi kandar kat Kayu.
Lama xmakan nasi kandar ni.
Slalunya kalau gi mamak,
xorder roti canai,
order cheese naan & ayam tandoori.



Zaf mmg suka nasi kandar.
Tapi skang dah kurang,
diet katanya.
Sekali sekala je bila rasa teringin :)



Zara time ni dah mamai.
Kena ubat batuk,
ngantok dah.
Tapi tetap nak makan.



Budak kecik ni,
kalau bagi makan,
memang seronok.



Monday, October 28, 2013

Minum petang cum dinner


Pas amik Zara dari skola,
tetiba rasa nak makan kek.

Balik umah solat,
Zara tukar baju.
Pastu zass ke Secret Recipe.

Sementara tunggu makanan sampai.
Macam2 perangai anak2 ni huhu



Korang wat cam umah sendiri.
Takpe la nak,
Mummy korang ni dah biasa
orang pandang kekecohan kita hehe



Order Chocolate Indulgence.
Memang feveret dorang.
Bila kek sampai baru behave dorang ni.



Order 1 slice je,
sbb tau mmg tak habis.
Dan ai la yg habiskan :)



Order Spaghetti Carbonara,
tuk kami semua.
Kira dinner terus.
Zaf mmg balik lambat,
dan ai pun malas masak hihi



Ariq pun tumpang sekaki,
makan spaghetti lagi byk dari akak2 dia.



Tak habis2 ngan peace 1 jari.

Friday, October 25, 2013

Dinner with Mak Tok & Tok Abah


Late dinner ngan abah & makku tersayang.
Tgk bola dulu kat umah,
habis first half,
Tok Abah ajak makan kat luar.

Ape ntah nama restoran ni.
Restoran tomyam la tapi.
Hala nak pegi Hospital Besar Sg Buloh.

Kami dinner ngan dorang berdua je,
adik2 ai semua taknak ikut.



Lama ai xmakan macam ni.
Byk lauk Tok Abah order.
Ada tomyam campur,
ikan siakap masak 3 rasa,
sotong tepung,
kailan ikan masin.



Cam biasa la,
yg perabiskan atas meja ni semuanya ai hohoho

Kenyang tak terkata.
Sedap pun sedap.
Bertambah lagi sedap bila Tok Abah yg bayar.
hihihi maceh Tok Abah,
moga murah rezeki
dan boleh belanja kami lagi :p

Thursday, October 24, 2013

For Sale: Glitter Shawls


*Semua warna dah SOLD OUT.
Tq buyers :)


Harga RM20 tak termasuk harga pos.
Ni adikku yg jual.
Xbyk stok,
tiap warna ada dlm 3-4helai kot.
Kalau berminat email kat
nurhayatiyusof@gmail.com





Wednesday, October 23, 2013

Jakun


Ahad lepas ikut Zaf main bola.
Best cuaca kalini.
Tak bape panas,
dan berangin.
Feeling cam dok tepi pantai hehe

Zara frust Daddy dia tak dapat jaringkan gol.
Tapi gaya ko cam main golf plak nak!



Tengok Daddy dorang kejap je.
Lebih berminat nak main rumput dan pasir.



Orang jakun,
jarang dapat pijak tanah.
camni la rupanya.



Ai pun mmg biarkan dorang main.
Explore gitu.
Sambil tu ajar la dorang.
Tu ape, warna ape :)



Seronok tgk gelagat dorang.
Menda baru bagi dorangkan.



Kita time kecik2 dulu
hari2 main kotor.
Budak skang je takde.
Nak bawak kuar pun takut.
Kang ada kena culik.

Tuesday, October 22, 2013

Minum petang kat PappaRich


Weekend kami suka pegi The Gardens.
Gardens ni kira rumah ke3 selain dari OU.
Zaf suka datang sini
sbb dia tak suka masuk KL.

Tak lama lagi kat The Gardens nak bukak Gucci & Hermes.
Wow makin ramai org kaya kat KL skang ni.
Ai suka sbb leh cuci mata.
Dan cuci poket Zaf hahahaha

Minum petang kat PappaRich.
Izinkan puan blog enterframe.
Ariq tgh menyusu dan tido.



Zara yg sudah besar.



Order Roti Stim with butter & kaya.
Zara punya.
Harga dia bole dapat sebuku roti gardenia
sobsobsob



Ai order Longan Milk Honey Iced.
Sedap dan longankan menambah susu badan.



dan teringin nak makan Brownies with Icecream.



Tapi cam biasa la anak yg makan.
Nak nak si Aliah :)



Dah habis lepak,
balik umah sblom Maghrib.

Sempat bergambar sblom keluar kat parking lot.





Monday, October 21, 2013

Nasi Ayam Hailam lagi


Minggu lepas dah makan kat uptown,
Sabtu baru ni makan lagi.
Ntah kenapa si Zaf ni
mengidam agaknya hehehe

Kul 1 dah sampai,
best org blom ramai lagi.



Order 2 jenis ayam,
roasted & stim.



Kangkung belacan,
wajib ada.



Kali ni Zaf order
nasi sorang satu okeh.
Sblom ni order 3 tak cukup huhu



Zara yg hanya makan nasi & sup :(
Bila la nak makan ayam plak.
Jenuh ajar tetap taknak huhuhu



Ariq yg xhabis peace 1 jari,
satu Malaysia dia tu ;)



Air asam boi dan longan.
Sedappppp



dah order nasi sorang satu,
xhabis plak,
dah yang kena habiskan
sape lagi kalau tak ai.
Cakap ngan Zaf habis la gemuk,
tapi tangan laju je masuk mulut haha

Sunday, October 20, 2013

Penuh Dah tapi


Bila nak keluar
selalu tenung lama depan baju2 ni.
Bukan ai sorang je.
Si Zaf pun sama :p



Wardrobe dah penuh.
Tapi tetap kata takde baju nak dipakai.
Kan kan kan

Ni blom tgk blah kiri,
bahagian lipat2..
Dah bertingkek-tingkek haha

Tapi yg pasti 80% dlm wardrobe ni,
penuh ngan baju bajan Zaf okeh.
Baju suar keje dia je dah penuh
tempat gantung semua.
Tu pun menyelit sket kat bhgn ai huhu
I need more spaceeeeee :)