Monday, September 30, 2013

Itu Aku


hahahaha
setuju 100%


*pic from facebook

Friday, September 27, 2013

Ariq: 1Tahun 3Bulan




Ariq dah 1tahun 3bulan.
rambut sket lagi,
bila nak lebat pun xtau hihih
Semakin banyak akal dah dia.
Bila bole jalan lg la tak bole leka.
Kang kemana2 celah ceruk dia pegi.
Dia pun pandai memanjat sana sini.

Ada satu hari tu
mcm biasa dia main toys ngan akak2 dia.
Ai pun gi mandi.
Habis mandi dgr suara dia menangis
punya la kuat sambil jerit2
berlari la ai kat dia kot jatuh ke apa.
Skali tgk dia panjat kerusi akak dia.
Nangis tu sbb dia xbole turun hahaha
Dari rasa cemas terus ai rs kelakar.
hahaha jahat mummy gelakkan dia.

Gigi dah ada 5,
4 atas 2 bawah.
Gigi lom penuh tp makan mcm org besar.
ape ai makan dia pun makan sama.
Bila ngan Daddy dia plak,
habis budak tu dia bg macam2,
eskrem coklat huhuhu
Bila budak tu hyper ai jugak yg pening.

Pandai lambai babai, flying kiss, hugs.
Pandai peace tapi satu jari :)
Kalau kiss tu siap bunyi2 lg.
Perkataan yg dia pandai sebut
Nak, Ball, Bye, Car, Dah, Kak (kakak)
Tapi Mummy daddy xreti lg sobsobsob
Untuk body part
dia kenal nose, ear, hair, eye, teeth
sambil pakai baju dia sambil tu kita ajar senangkan.



Pastu haiwan pun byk dah tau.
Tiger, elephant, cat, chicken,
tp bunyi semua sama dia sebut "hmmm" haha

Ariq masih fully breastfeed.
Menyusu pun masih kuat.
Masih 2kali bgn menyusu.
Letih okeh tak cukup tido.
Dan ai masih x period lg.
Paling lama ni.
Sronok bulan puasa ari tu penuh.
xyah nak ganti2 dah.
Cuma perasan skang susu mcm kurang,
ada sesapa yg masih ada supplement tuk tambah susu
tp dah tak makan 
bak pass kat ai sket.
nak beli malas hahaha tak senonoh 
suka hati je mintak orgkan.

p/s: kalau mengikut tahun,
tahun depan dah leh tambah lagi.
pergh cepat betul masa.
Tak dapat rehat lagi ni.
EnZaf no4 lambat sket bole :p


Thursday, September 26, 2013

Giant Kids Run 2013


Masa Hari Malaysia 16hb
Zara join Giant Kids Run.
Semangat dia nak gi berlari.
Senang kejut pastu terus mandi.
Pas solat Subuh zas terus ke Taman Metropolitan Kepong.

Pukul 6.30pagi kami sampai.
Berkumpul kat khemah dulu.



Kul 7 dah standby kat garisan.
Bergambar dulu sblom lari.
Hampeh camera tak canggih hihi



Pas habis lari
nampak Mak Tok & Tok Abah.
Dorang datang support cucunya :)



Pastu semua peserta gi collect
goodies bag, medal & cert.



Aliah nangis sbb nak medal cam akak dia.
Bagi la medal Zara dia nak pakai ;)



Seperti tahun lepas,
byk gerai yg ada.
Tapi tak pegi semua pun,
xlarat dan cuaca makin panas.



Sama jugak tahun lepas ada clown.
Ariq takut tgk.
Pegang ketat je takmo lepas.



First time Zara nak wat face painting.
Dia sendiri yg request.
Tahun lepas sket punya taknak.
Nangis2 bagai.

Dia nak corak butterfly.



Aliah mengikut je ape akak dia nak.
Buatkan flower tuk dia.



Pastu Zara nak sand art plak.
Aliah cam biasa nak jugak.



Bukan saja Zara seronok dapat berlari.
Ai pun suka dia join xtvt camni.
Baru rasa cergas sket kan.




Ape pun mummy bangga dgn Zara.
Next year kita lari lagi ek.
Last mummy teman lari,
bila masa 7 tahun nanti, berlari sendiri :)


Wednesday, September 25, 2013

Dah Kurang Tambahkan Balik


Kelmarin gi berjoging ngan Zaf.
Gilir2 ngan dia jaga anak2.
Dapat joging 2 round setengah.
Pastu tak mampu dah
gilersss penat.
Dah lama tak exercise,
abis semua otot2 sakit haha



Malam kami dinner kat
Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang.



Dah tentu nak makan nasi lemak.
Tapi ni Zaf punya.



Ai nak makan nasi goreng daging merah.



Aliah, Daddy dia suapkan.
Kalau makan sendiri byk main dari makan.



Ariq plak ai suapkan nasi goreng.
Nak jugak wat peace tiap kali bergambar.
Ikut sapa la tu kan :p



Zara plak nak mkn french fries je huhu



Baru lepas bergaduh ngan Aliah.
Dorang bergurau dlm kereta.
Tup tup Zara nangis.
Rupanya Aliah cakar hidung dia.
Habis calar huhu



Ni la yg wat akak dia nangis hehehe
Org kecik tapi ganas.
Dah buat akak dia
pastu wat muka tak bersalah.
Tapi walaupun lasak dia ni.
bila tegur sket dah nangis.



Petang dah bakar kalori,
malam tambah kalori berganda.
Takde maknanya hahaha
Ape pun ai sronok dpt joging.
Buang segala ion2 negatif dlm badan hahaha
Yg pasti badan rasa segar.

Tuesday, September 24, 2013

Makan Malam bersama Kawan Baik


Ahad lepas dinner date ngan bestfriends.
Makan yg tak dirancang.
Kami berwasap hari Sabtu,
ajak makan hari Ahad.
Slalunya menda tak plan lagi menjadi
dari kita plan berbulan2 nak jumpakan :)
Tapi tak cukup korum,
lagi 2 org ada hal.

Dinner kat HM Sri Bagan Ikan Bakar kat Kota Damansara ni.
Yang suggest makan tempat ni
adalah orang yg tak datang huhuhu

Gambar blur plak.
Ada ikan, sayur, telur, tomyam.



Ikan siakap 3 rasa.



Kerang bakar,
Nani nak meratah katanya.
tapi yg habiskan adalah ai :p



Wajib bergambar sebelum balik.
Bersama Nani, Elin dan 2 orang askarnya.



Amik gambar ngan Hayqal & Abid.
Bayangkan anak ai 5 orang.
Syokkk meriah :)
EnZaf misi tahun depannn!!! eh??!! :p



Akhirnya dapat bergambar tanpa dukung anak :)
Feeling single gitu.



Yang tak dapat datang 2 org tu adalah anak dara.
Sibuk mengalahkan kami yg mak dara ni :)
Nasib suami semua sporting
benarkan kami lepak makan malam2.

Thanks to Elin sbb belanja malam tu.
Semoga mencurah2 rezeki hendakNya.

Monday, September 23, 2013

Pertandingan Bunga Api 2013


Masa nak gi Zaf main bola kat Putrajaya tu.
Nampak banner kat jalan
ada Pertandingan Mercun Antarabangsa.
Terus Zaf cakap pas habis main bola.
Boleh la singgah tengok.
Dah alang2 kat Putrajayakan.
Kalau datang semata tuk bunga api ni xde la hihi

Buatnya kat Presint 5.
Tapi kami takde la pegi sana,
tgk dari jauh je tepi jalan.
Lagi pun kete dah byk masa sampai,
merata jalan byk kete dah park tepi.
So kami pun park je mana kosong.

Amik gambar camera tak canggih camtu la rupanya.





Ada amik video sket.

video

video

Anak2ku begitu teruja skali.
Nak nak si Ariq,
"huh huh huh" yg keluar dari mulut dia.
Walaupun jauh bunyi berdentum tu agak kuat sket.
Tapi seyes menarik dan cantik
macam2 warna keluar.

Tak silap ai sebenarnya bunga api ni ada lagu.
So dorang meletup ikut rentak lagu tu.
Lebih baik pegi tgk dekat2 baru menarikkan.

So pada yg tak sempat nak tgk tu,
ada lagi satu show.
2hb Oktober.
Start kul 10malam tau.
Meletup bunga api tu dekat 30minit gak.


*pic googled.

Friday, September 20, 2013

Beriadah waktu petang


Ahad ni enZaf ada game bola.
So minggu ni tiap petang gi jogging,
amik stamina katanya.
Dan ai n anak2 pun ikut join gi taman,
tapi tak joging la temankan aje.



Cuaca sangat cantik dan cerah.



Drop anak2 kat playground sementara
tunggu Zaf berjogging bape puluh round taktau.
Walaupun tgk anak2 pun berpeluh2.
Cuaca petang yang bahang huhuh



Muka cuak tinggalkan dia
dok kat seesaw.



Zara baru lepas ikut Daddy dia
joging satu round.
Berpeluh sudah.



Aliah pun ikut gak Daddy dia joging.
Hebat anak2, bole jadi atlet gitu :p



Bergambar sblom balik.



Pose ape tak tau dari Aliah :)



Seronok kalau hari2 dapat lepak kat taman.
Tapi tu la
dia punya belengas tak ingat.
Next time ai nak joging plak.
Gilir2 ngan Zaf jaga anak2 kat playground.

Thursday, September 19, 2013

Aktiviti Ahad lepas


Akhirnya dapat jugak ikut enZaf
main bola Ahad lepas.
Sebelum ni padang Zaf slalu main takde stand,
tambah ngan Ariq kecik
jd malas la nak ikut.

Kalini dia main kat Putrajaya.
Situ ada stand,
jadi ape lagi ikutla kan.
Last ikut dia gi padang,
masa pregnantkan Ariq.
Lama dah tu setahun lebih tak mengekor hehe

Tiap minggu Zaf main bola padang.
Tak Sabtu, Ahad camtu la.



Friendly ngan team mana ntah.
Yg ai tahu team lawan dia budak2 muda.
Result 4-3.
Team Zaf menang,
dan dia dapat score sebijik.



Kusyuk makan sambil tgk Daddy dorang.



Nak bagi budak kecik ni behave,
umpannya makanan hihihi



Zara & Aliah dah main naik turun tangga.
Kejap dok atas
kejap lagi dok bawah.
Gasak la janji korang senyap.



Pas habis bola,
kami gi Alamanda.
Dinner kat sana.



Makan kat SR.
Zaf order Spaghetti Meatball.
Ai Chicken Lasagna.
Zara & Aliah Carbonara.

Tapi masing2 makan sket je.
Termasuk la Zaf,
yang perabiskan adalah ai huhuhu

Wednesday, September 18, 2013

Gedik Ariq


Posing ngan Ariq dalam kete.
Sementara tunggu Zaf dlm bank.
Tuan tanah nak enterframe sama.
Jgn muntah hijau plak :p
Aliah pun ada masuk sket hihi