Sunday, June 30, 2013

Celebrate Brithday Ariq


Ni celebrate birthday Ariq kat umah SgBuloh.
Seperti biasa Mak Tok
akan wat makan2 tuk bday cucunya.
Wat makan malam.

Kek NO.1 adalah wajib tempah
tiap kali celebrate umur setahun.
Semua cucu2nya ada kek No.1 cm gini.



Ai tell u, sedap sgt kek ni.
Tempah kat kedai kek biasa je pun.
Sedap sebab ada 2 flavour, vanilla & chocolate.
Pastu kat dalam ada letak chocolate chips.
Cream atas cake pakai fresh cream.
Memang sedap la.

Wajib amik gambar,
birthday boy ngan cake.



Muka nak nangis sbb pelik
orang dok nyanyi2 lagu birthday ramai2.

Sesi tiup lilin cam biasala,
bukan Ariq tiup.
Tapi kakak2 dia.
Aliah paling hover, 2 kali pasang lilin nak tiup.
sama la ngan potong kek hihi
Gambar semua kat camera adik,
camera sendiri tak dan nak amik.

Riuh rendah bersama mak2 sedara.
Sronok adik ai yg kat Ipoh pun turun join.
Lama tak jumpa Aira,
sikenit tu dah berjalan terkedek2 hihi



Ariq makan kek yg dilayan oleh akak Zaranya.
Suka la kan bagi menda manis.
Kali tu je mummy bagi green light
pastu no no no haha



Mak Tok masak nasi lemak.
Adik ai masak spaghetti carbonara & cheese tart.



Terima kasih Mak Tok, Tok Abah,
Mak Ngah sekeluarga, Mak Lang, Mak Teh & Mak Su.
Mummy & Daddy cm biasa gak bawak perut je.
sayang korang ketat2.
Jgn lupa bulan 9 bday Aliah hehehe


Friday, June 28, 2013

Cerah sudah


Best dah cuaca skangkan.
Cerah rasa biji mata ni,
walaupun rabun hihihi

Sejuk mata memandang,
nampak kehijauan sudah.



Tetiba rasa nak makan kfc.
Lama eh tak makan..
Makan kat Giant sbb nak beli brg dapur skali.
Zaf gi Jakarta ahad ni sampai rabu.
Harusla bekalan dapur ditopup.



Ayam buat si suami.
Kalau makan ayam 2 je dia suka,
drumstick n thigh.
Lain tak suka.



Ai plak semua bedal.
3 ketul?
1 untuk Aliah :)
Dapat special 1 hot&spicy 1 lg original.



Zara makan nasi je huhuhu.
Sedih tul anak dara ni,
ayam taknak makan :(



Tak kisah la Zara
janji ko makan dari takkan.

Thursday, June 27, 2013

Cousin bertunang


Awal bulan haritu kazen ai bertunang.
Yang ni blah abah.
Kazen2 ai ni semuanya muda2 lagi.
Dorang ni geng ngan adik2 ai,
semuanya sebaya je.
Nanti masing2 kawin pun berderet2 :)

Hantaran tuk pihak lelaki.
Buat sendiri :)



Farah Ailis, tahniah dik!
berdarah manis kamu sekarang hehe



Pelamin tu pun wat sendiri,
cantik sgt.

Harusla nak amik gambar ngan pengantinkan.
Kazen 30-an dengan kazen 20-an :p



Mata ai ya ampun,
giler sembab, xpernah cukup tido huhu

Sunday, June 23, 2013

GA Kota Damansara tutup


Esok skool Zara tutup sementara
disebabkan jerebu.
Elok la kan sbb cuaca mmg xelok sgt.
Walaupun dok dalam kelas
indoor dan berekon.
Risau anak2 kalau xsihat.



Malam Nisfu Sya'ban jatuh pada tgl 23 Jun hari Minggu Malam Isnin, dimana ditutup buku amalan kita Sebelum terlambat, saya Minta maaf,  baik yang disengaja maupun yang tidak disengaja,  Kerana Baginda Nabi Muhammad Saw bersabda: "Barang siapa yg mengingatkan kedatangan bulan ini, maka HARAM BAGINYA API NERAKA"  Salah dan silap mohon dimaafkan

Jerebu Menyerang


Semalam ada jerebu sket,
tapi harini makin teruk.

Slalunya pagi2 ai akan bukak tingkap.
Menikmati cuaca sejuk yg berkabus,
kat blakang hutan simpan tu.

Tapi kali ni takde maknanya,
sbb ianya bukan kabus.
Tapi ada lah jerebu.
Sangat tebal okeh.
Jerebu tu satu hal,
ni siap dgn bau asap huhuhu
Cahaya matahari pun samar2
sbb dah diselaputi ngan jerebu.



Cuaca tak elok ni,
jangan wat aktiviti luar yer.
Nak nak cam ai yg ada anak2 kecik.
Pastu ibu2 mengandung semua,
dok umah diam2 hehe
Eh semua orang la senang,
jangan keluar rumah dalam tempoh agak lama.

Tempat korang jerebu teruk gak ke..?

Nah sila baca langkah2 berhati2 ketika jerebu.

•Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
•Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
•Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
•Sentiasa basuh bahagian yang terdedah seperti muka dan mandi dengan kerap
•Sentiasa minum air kosong/mineral.
•Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan
•Pesakit yang penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah teruk.
•Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit, tidak merokok di dalam rumah.
•Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah.
•Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
•Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat,
•Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.



Saturday, June 22, 2013

Mengambil Wudhuk dengan cara yang betul


Rukun-rukun wudhu'
Rukun wudhu' itu ada enam perkara:-


BERSIHKAN KEDUA-DUA BELAH BERKUMUR & BERSIHKAN HIDUNG

1. NIAT, iaitu diniatkan di dalam hati untuk mengerjakan wudhu', bacalah diwaktu mula hendak membasuh muka:-



"Nawaitu rafa'al hadathil asghari Lillahi Ta'ala" ertinya "Sahaja Aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta'ala" atau "Nawaitu Udu'a Lillahi Ta'ala" bermaksud "Sahaja aku mengangkat wudhu' kerana Allah Ta'ala". Sebelum berniat berkumur dan bersihkanlah hidung tangan dan kaki serta mulakanlah dengan membaca "Bismillah hirrahman nirrahim" dan niat.



NIAT & BASUH SELURUH MUKA DARI TELINGA KIRI-KANAN



2. MEMBASUH MUKA, mengalikan air serta meratakannya keseluruh muka yang dibasuh itu, dari dahi sampai ke dagu (jika ada janggut hendaklah diratakan seluruhnya) dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri - 3 Kali.




HUJUNG JARI HINGGA SIKU MULAKAN TANGAN KANAN/KIRI

3. MEMBASUH KEDUA TANGAN HINGGA DUA SIKU, dimulai dari siku hingga sampai kedua hujung jari. Mulakan dari tangan kanan dahulu diikuti tangan kiri, lakukan sebanyak - 3 Kali.




MENYAPU AIR KE KEPALA MENCUCI KEDUA TELINGA

4. MENYAPU AIR KE KEPALA, merata menyapu kepala dengan air sekurang-kurangnya tiga helai rambut dan yang lebih baik ialah menyapu seluruh kepala. - 3 Kali.



MEMBASUH KEDUA BELAH KAKI MULAKAN KAKI KANAN/KIRI

5. MEMBASUH KEDUA KAKI, mengalir dan ratakan air kepada dua kaki serta celah-celah jari kaki tumit hingga bukulali atau matakaki, mulakan sebelah kanan dahulu. - 3 Kali.

6. TERTIB, mengikut urutan atau turutan yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan.

Selesai mangangkat wudhu' hendaklah membaca Doa Selepas wudhu'


*copy dari http://www.zakatsel.com.my






Friday, June 21, 2013

Shopping MANGO online plak


Smalam dapat email dari Mango.
Ada sale 50%



Pastu dapat plak sms.
Kemain lagi hantar sms,
dapat sampai 5x.
Suh ai shopping sangat tu kan.



Memang yang berkenan dihati tu sale 50%.
Sblom ni shopping tuk anak.
Skang tuk maknya plak hihi
Okay cam biasa sape nak tumpang silakan :)

Thursday, June 20, 2013

Happy Birthday Ariq Firman!


He is 1 year old today.


Wednesday, June 19, 2013

Anak2 pi Tengok Wayang


Smalam Zaf bawak Zara & Aliah tgk wayang.


*pic googled.
Ni pic Zaf whatsapp kat ai.
Kemain seronok lagi dorang berdua.



Zaf kata ramai gak tgk wayang.
Mula2 je kosong.



Sempat la pose bagi mummy jeleskan kan kan.



Tinggal ai n Ariq je dok umah huhu.
Sakit mata dok diam2 tak dapat join :(
Bila kakak2 dia takde,
nampak sgt Ariq lost.
Takde geng nak wat main n gaduh hihihi



Tapi kesedihan itu terubat
bila barang2 yg shopping kat Cotton On
sudah sampai hihihi



Tuesday, June 18, 2013

Maafkan daku


Smalam tetiba dapat message dari kawan.
Katanya kenapa unfriend dia dalam fb.
Terkejut ahkak.
Sebelum2 ni ada jugak kawan message kata
ai ada message dia tapi bahasa yg tak difahami
hahaha sah sah keje anakku la tu.
Kalau call tu jangan kata la.
Bape byk kali tercall ntah sape2 je,
angkat katanya takde pun hello hihi
Nasib dorang takde terpost gambar2kan.
Buatnya gambar yg tak sepatut,
mau org tengok pun pitam :p

Mungkin agaknya anak2 tertekan kot.
Sbbnya phone ai ni selalu je dorang ni wat main.
Kot la kan secara tak sengaja.
Masalahnya tak tau sape yg ai delete.
Sekiranya anda anda dan anda
yang diriku terdelete tu.
Maafkan daku yer.
Meh sila add balik.


Monday, June 17, 2013

Sape nak cuti?


Sape nak cuti 3 hari.
Ai berbesar hati nak bagi ;)
ai is sakit mata huhuhuhu
kena jangkit dari Ariq.
Nak setahun ni Ariq sakit mata plakkan huhu

Kita sakit takpe,
anak sakit aduhai.
Kesian kat dia pastu meragam tu jgn katala.



Saturday, June 15, 2013

Online Shopping kat Cotton On


*updated
hari ahad order hari selasa sampai.
yeyyy excellent services.




Harini nak shopping kat Cotton On.
Nak gi kedai terus
belum tentu dapat apa nakkan.
Kot la dah habis ke takde size ke.
Dah satu hal nak mencari tempat lain plak.

So beli online lg jimat masa.
Sape nak tumpang silakan.





Tak beli byk pun,
berkenan nak belikan legging tuk Ariq.



Pastu selitkan skali baju Zara n Aliah yg murah2.

*pic semua dari asia.cottonon.com

Friday, June 14, 2013

Supper dan Kinder Joy


Best dah skang leh supper slalu,
Ariq dah besar.
Senang nak mengangkut.
Lagi pun dia dah biasa ai
dok usung dia sana sini.
Suka bila dapat kuar umah hehehe

2 menda wajib bawak keluar.
Ironmannya dan Mega Bloks.



Kami berempat layan roti canai.
Semua sorang sekeping okeh.



Daddy plak tak leh makan
selagi tak siapkan mainan dlm kinder joy tu
Kena paksa ngan Aliah..huhu sabar je la.



Zara n Aliah suka benar ngan kinder joy ni.
Asal lalu tempat2 yg jual cekelat2 ni,
mesti nak menda alah ni.
Nak nak si Aliah.
Nak egg nak egg..
Satu ni bukannya murahkan.
Daddy dorang la rajin melayan ;)


*pic googled.

Wednesday, June 12, 2013

dip 'n dip Bangsar


Jalan2 cari makan ngan family ai kat dip n dip.
Sampai kul 5 petang
giler ramai okeh
dgn kena beratur panjang.

Sblom tu amik gambar dulu hihi



Masing2 teruja bila tgk menu.
Nak itu nak ini.
Dan ini la yg kami order.

Chocolate Waffle



Tripple Crepe



Waffle Stick



Fettuccini



Dip Crispies



Brownies Crepe



Dip n Dip Crepe



Amik ko, byk giler order.
Ketamakan berlaku hohoho

Portion setiap makanan ni besar tau.
Bole kongsi 2-3 org makan.
Sapa yg giler cokelat,
sorang pun leh habis.
Cam adik ai yg muda2 tu mampula perabiskan.
Tapi cam umur ai yg remaja 30an ni,
makan sket je pastu dah muak hihi

Pastu rasa coklat tu sama je.
Yang membezakan menu tu,
korang pilih nak waffle ke
brownies ke crepe ke camtu la.

Dan bila dah makan manis bagai ni
minum air mineral je.
Kalau minum air manis gak mmg kembang tekak.
xmcm adik2 ai order milk shake tea shake bagai.
Gilos betul dorang ni,
dah bape byk gula dalam badan tu hehehe
Tapi air Lemon Tea Shakes ai suka,
xmanis sgt pastu bila dah muak makan cekelat,
pekena lemon tu rasa just nice.

Sepanjang kami dok situ,
tak putus2 orang datang.
Line beratur pun tak habis2.
Datang wiken mmg sesak sangat.
Sapa yg dekat tu datang la weekday.

Dip 'n Dip ni ada kat Bangsar ek.
Jalan Telawi 3,
kat shop lot luar dekat ngan Bangsar Village II.
Korang nak pegi parking dalam BV je,
pastu jalan kaki ke situ.
Dekat je pun.

Slogan "a taste will make u :)"
makan menda gemuk dan menyedapkan mmg la smile ye dak
Pastu tu baru rasa :( sbb berat badan naik :p

Tuesday, June 11, 2013

Peri-peri


Lama giler tak makan Nandos.
Kami ke Bangsar Village sbb dah lama jugak tak ke sana.

Muka enZaf yg kepenatan,
tak cukup tido lagi
balik dari outstation kul 4pagi
tapi dah kena kerah ngan wife dia keluar hihi
kejam sungguhkan.



Skang dia byk keje kat JB.
Bukak opis kat sana,
katanya pasni bole pindah sana huhu
Eh pe hal citer keje dia plak :p

Okey, Zaf order yang hot.



Ai amik mild je
pastu buh sos ginger sudah.



Pastu kat tengah2 BV ni,
ada contest tuk rekacipta pakai Lego.
Semua peringkat umur bole,
tp kbanyakkan budak2 la yg join.



Antara yg menambat hatiku.
Budak 12 tahun wat ni.



Hello Kitty pun ada.



Kagum okeh.
Imiginasi budak mmg diluar batasan.
Sangat hebat.

Anak2 join tgk dan bergambar je hihi