Friday, May 31, 2013

For Sale: Cartier Men Perfume


Sudah 3 kali spray.
Zaf tak suka baunya
eh bukan xsuka tp
baunya buat dia pening huhu
Baru je beli 2 bulan lepas.

Nak let go RM100
Declaration d'Un Soir Eau De Toilette Spray 100ml/3.3oz
SOLD



A fragrance that adds spice to your
life. A fresh, spicy and woody theme
that takes an unprecedented step in
perfumery by introducing pepper. A
trigger of emotion. A perfume of
conquest.


*pic form cartier.com

Thursday, May 30, 2013

Festival Belia Putrajaya 2013


Ahad lepas saje jejalan gi festival belia kat Putrajaya ni.
Ingat nak pergi siang,
tapi cuaca aduhai panas terik.

Kalau gi expo mesti ada jual
menda mainan dan lampu liplap bagaikan.
Ai dah agak mesti anak2 ni mintak beli itu ini.



Dekat depan Perbadanan Putrajaya ni,
ramai org berpiknik atas padang.



Anak2 kemain semangat lagi berjalan,
ai dah tak larat huhu.
Punya la banyak khemah,
sepanjang2 precint 2 tu.



Ada konsert kat depan dgn lampu terang benderang tu.
Tak mampu pegi sana, sbb bising giler.



Ada beca yang dihias dgn lampu,
ramai gak org naik,
sbb dah xlarat nak berjalan :)



Ni toy yang dipaw oleh Zara & Aliah.
Kitty ni ada bateri leh gerak2
dgn bunyi miaw.



Comel je kitty ni,
Ariq kemain suka.
Kalau hidup rasanya bole mati.
Sbb dia gomol2 pastu angkat ekor haha



Ingatkan dapat jumpa YB KJ.
Diakan menteri paling hot dipasaran skang haha

Wednesday, May 29, 2013

Whitehead


Ai ada whitehead kat hidung.
Slalunya pakai cap Biore atau Oxy.
Bila rajin seminggu sekali pakai la
tapi selalunya malas dr rajin haha

Selain hidung ai pun ada whitehead kat pipi dan dagu sket.
Rasa mcm nak tempek je yg nose pore pack punya
lekat kat pipi dan dagu haha
Ada tak sesapa buat mcm tu ;).

Nak tanya kot kalau korang tau produk ape
nak buangkan whitehead kat muka
sila maklumkan padaku :)
Jgn bg tips celup tisu kat telur tu, ai xnak.
Sbb tak rajin nak buat huhu


*pic googled.

Tuesday, May 28, 2013

Melawat Sumayya dan Mama Dina


Akhirnya dapat jumpa kawan lama, Dina.
Kali terakhir jumpa dia masa anak sorang.
Anak sulong tu dah darjah 4 la ni.
Sekarang dah 4 orang anak.

Kalau tak sebab dia dapat transfer ke Putrajaya,
xtau la bila agaknya dapat jumpa dia.
Sblom ni dia kat perak.

Ai plan ngan kawan ai Tini
nak melawat Dina n baby barunya.
Tini ni pun lama dah ai tak jumpa dia.
Dekat 6-7 tahun agaknya.

Ni la baby baru Dina,
Nur Duranni Sumayya.
Comel sangat, putih macam mama dia.



Harusla nak amik gambar ngan babykan.



Tini amik berkat,
kot pasni melekat dapat baby.
Dia dah 5 tahun kawin tapi blom ada rezeki anak lagi.



Dukung Sumayya pastu dukung Ariq,
mana tau dapat kembar terus :)

2 orang anak Dina takde dalam gambar,
sbb tengah tido.



Dina yg maintain je.
Dari bujang sampai skang.
Akhirnya dapat gak baby girl selepas 3 hero.



Time ni Sumayya dah mengamuk.
Stress agaknya kami dok pas baton dukung dia haha



Diaper cake untuk baby Sumayya.
Walaupun tak cantik,
tapi buat dengan penuh kasih sayang :p



Kami semua kawan seuniversiti.
Rapat dari semester 1 sampai la final.
Best kalau dapat kumpul semua kekawan rapat.
Masing2 dah merata.
Kelantan, Sarawak, Sabah, Johor huhu

Monday, May 27, 2013

Lunch kat Shah Alam


Jauh lunch sampai ke Shah Alam,
padahal makan kat Secret Recipe je pun.

Zaf makan nasi goreng Thai.
Makan dgn sambal belacan memang terangkat.



Ai makan mozarella baked fish.
Konon diet la makan ikan je.



Hangus sket cheesenya
tapi okayla still leh makan.

Anak2 makan carbonara.



Hari cuti pun still wat keje.
Phone kat tangan tak henti2 email, call bagai.



Ai pun phone kat tangan sokmo,
sibuk amik gambar hahaha

Zara kalau makan tak toleh kiri kanan dah.



Ariq kalau orang makan
dia pun nak jugak makan tapi
nak makan makanan kita punya.
Porridge dia makan sket je huhu
Selebihnya sibuk mengacau :)



Penutupnya brownies with ice cream.
Adoi meleleh air liur.
Rasa nak skang.



Makan jauh2 sampai ke Shah Alam
sebab pasni nak gi amik
kawan baik Erna hantar kat airport.
Kawanku ini dah transfer ke KK.
huarghh jauh sungguh bah,
pasni mesti susah dah nak jumpa.
Punya sedih sampai lupa nak amik gambar dgn dia.

Sunday, May 26, 2013

Printed Trousers by Mango



Suka la seluar2 ni semua.
Cantikkan dan suka sbb seluar ni loose
xmcm leggings melekatkan.
Berkenan sgt tp rege RM159 satu.
Kalau RM50 beli dah semua hehe









*all pics from Mango.com

Late Dinner di mamak


Muka seronok nak gi mkn.
Zara snapkan gambar.



Lewat keluar kira supper terus la.
Ai terasa nak makan kt kedai mamak.
Kami gi Restoran Kayu, Dataran Sunway.



Zaf mkn nasi kandar.
Lapar katanya pas main bola.
Takde makna nak turun berat badan
kalau pas exercise melantak haha

Zara makan roti canai.



Aliah mkn papedom je.
Sbb kat umah dia dah makan nasi byk.

Ai plak mkn cheese nan dan ayam tandoori.



Pas semua dh habis Zaf order roti tisu plak.
Lama menunggu sampai Aliah tertido.



Malam minggu macam biasa la ramai gila orang.
Lama tak lepak kedai mamak malam2 buta hihi
Heret anak2 skali sampai kul12malam.

Saturday, May 25, 2013

Char Kuey Teow sedap



Gulam Mee ni kat Kota Damansara.
Dekat je ngan umah.
Lama tak datang makan sini.



Selalunya tiap2 hari mmg penuh.
Masa nak duduk Zaf ckp tgk belakang.
oo em gee FAHRIN AHMAD uols.
ha amik ko caps lock terus taip haha
Sayang tak dapat amik gambar dia.
haha gatai :p



Makanan feveret ai kalau kat sini,
char kuey teow.
Memang byk kuah dan udang.
Sedap sangat.



Masa pregnantkan Ariq
ai makan 2 pinggan haha

Zaf plak dia suka makan mee goreng.
Sedap jugak.



Tetiba nak makan ABC.
Lama tak layan ais batu.
Best, banyak isi dan sedap.



Thursday, May 23, 2013

Wesak Day dan cuti sekolah


Esok cuti sempena Wesak Day.
Pastu sambung cuti sekolah 2 minggu.
Yeyy haha anak dah sekolah ni kena la amik
tau cuti sekolah bila. :)

Mesti masing2 dah plan nak wat ape cuti ni kan.
Ai plak takde plan keluar dari negeri Selangor KL ;)
Cuti ni byk kenduri kawin dan birthday party.
Lagi pun Zaf byk keje plus golf huhu
Tapi dia tu bukan bole buat plan awal2 pun.
Jenis tetiba terus je ajak gi bercuti.

Ooo Zara pun ada school activity cuti sekolah ni.
Kemain tau budak skang.
Masa cuti seminggu bulan 3 tu gi trip ke library.
Cuti ni xsilap ada science xtvt plak.

Smalam tgk berita, Kementerian Kesihatan tak galakkan
kita pegi tempat2 yg kemungkinan berisiko tinggi
dengan air kencing tikus.
Contoh kawasan air terjun.
Baru2 ni dah ada kes meninggal kat Kedah kan.
Jadinya kita elakkan la pergi tempat2 mcm tu.
Muak dah nak gi shopping mall hohoho



Pada yang balik kampung atau bercuti di mana2,
semoga selamat perjalanan uols.

Wednesday, May 22, 2013

Keharmonian Rumah Tangga bak kata UAI



*cilok dari FB

Ala nape takde handbag.
Kalau tak skang jugak ajak Zaf
gi beli hahaha
Mau kena sekeh kepala :p

Bagi dia baca ni kan.
Pastu dia cakap
jom la shopping
tapi beli semua kat Giant je.
huhuhu jadila dr takdekan :)

Tuesday, May 21, 2013

Menjerit dalam hati




*pic credit to istockphoto.com

Breast nipple ai luka.
Nak kata Ariq gigit, xde plak rasanya.
Tapi ya ampun azabnya.
Kalini agak teruk jugak luka dia.
Kecik je tp dalam.

Sblom ni ada gak luka tp leh tahan lagi.
Seram sejuk okeh bila nak menyusukan dia.
Hari ahad tu dah luka, tp sampai skang xbaik lagi.
Tiap kali dia sedut tu huarghhhh pedihnya.
Sakit mencucuk-cucuk.
Sampai terangkat bontot ni.
Kaki keras kejung menahan sakit.
Badan stress.
Rupa muka ai pun xde muka tenang bagi anak susu.
Muka berkerut menahan sakit, mcm nak cepat2 Ariq habiskan susu.
Luka ni terbelah mcm kita terhiris pisau.
Nampak isi dalam mcm tu la.
Menjerit dalam hati. Sakitttttt.. :(

Monday, May 20, 2013

Ariq: 11 months


Harini Ariq 11 bulan.
Perkembangan dia skang:

  • Pandai ckp mamam. Bila ckp mamam tu nak susu ataupun makan.
  • Pandai lambai. Bila suh byebye tu, terus laju je angkat tgn.
  • Boleh Hi5.
  • Suka main peekaboo. Duduk blakang curtain pastu cak orang.
  • Pandai tunjuk (pointing), kalau nampak katun kat tv.
  • Kemaruk nak jalan. Bila ajak tateh, dapatla selangkah dua. Kalau nak berjalan pegang eksyen satu tangan je. Bila berdiri lepas 2-2 tgn.
  • Bole minum air botol dgn sendirinya. Kebiasaannya ai memang letak botol air atas coffee table tuk akak2 dia minum. Skali tgk Ariq pandai amik dan minum.
  • Suka main ball, paham dia bila ai suruh amik ball. Laju gi amik pastu ajak main sama.
  • Minat tayar. Kalau pegang toys kereta, bas, lori. Tayar yang dia main.
  • Gigi bahagian atas dah naik 2. Jadi 4semuanya.
  • Ariq jenis tak mengutip masuk mulut.
  • Kalau orang tak kenal tegur dia, senyum pastu sembam muka kat dada sbb malu.
  • Suka tgk BabyTV. Nursery Ryhmes dan Pim & Pimba.
  • Masih minum susu badan. Alhamdulillah.




Sunday, May 19, 2013

Double Sensation


Lama giler tak makan kat Pizza Hut.
Kami lunch kat One Utama.



Menu wajib tuk anak.
Order yg besar, xmain kids meal ni.



Sebab Zara sorang boleh
habiskan satu pinggan tu okeh



Try pizza baru.
Double Sensation.
Sedapppp
Ada sosej, chicken pepperoni
bersama kuah BBQ.
Kat hujung ada cheese lava yg menggemukkan hihi



Kalau bayar pakai Maybank card
dapat 30% sila sila

Dah kenyang,
ape lagi jalan2 cuci mata :)

Gelagat anak2 tgk cermin.
Sementara Daddy cari kasut bola.