Tuesday, April 30, 2013

Makan kat Ikea plak


Dua hari berturut lunch ngan Anna.
Sblom ni kat TGI Fridays [link]
pastu esoknya kami gi makan kat Ikea plak.
Terpaksa EL sbb mak xdpt jaga anak2 katanya.

Ariq pinjam Ironman abg Arfa.
Suka dia pegang ironman tu.
Esoknya terus Daddy belikan tuk dia bole.



Lunch kami.
Semestinya meatball,
salmon, and chicken wings.



Aliah & Abg Aqil.
Sblom naik kereta,
Aliah mengamuk mcm ape.
Stress ai nak bersiap huhu



Anna dgn Arfa.



Ai dengan Aliah n Ariq.
Sian Zara takde,
sbb skool.



Ramai okeh orang kat Ikea ni.
Padahal time ni dah kul 3petang.
Mentang2 hari jumaat dan sudah bergaji.
Shopping time la kiranya kan.

Monday, April 29, 2013

Alas perut kat Nyonya Colors


Makan kuih lapis,
lepat pisang, seri muka,
bubur kacang dan nasi lemak.
Ha alas perut sangatkan.
Ni lebih kepada mentekedarah namanya.



Selebihnya ai sibuk suh
mereka2 berkemho.







Zara senyum dgn mulut penuh dgn roti.
Sampai senget senyum, pipi kembung haha



Aliah yang tak reti dok diam.
Naik turun kerusi
bape puluh kali.



Ariq yg behave bila makan :)



Sunday, April 28, 2013

Red Velvet Coffee Bean


*updated
5:25am: tgh sahur dgn rv :)
sape puasa jua harini,
selamat berpuasa kawan2.


Sian enZaf
jenuh dia cari RV.
Gara2 tuk nafsu serakah wife dia haha.

Ai nak rv starbucks,
habis dia pegi 3 tempat.
Dari Damansara, Taman Tun sampai la Kota ni,
xde dan habis.
Pastu pegi Delicious plak.
Takde jugak.
Kecewa dah ai ni.

Dia kata nak tgk kat Coffee Bean.
Hooyeyyy ada.
Hati terus berbunga girang.
Sabau je la kan.



First time makan coffee bean punya.
Memang sedap.



Mengidam nak makan rv aje skang ni.
Ha jgn wat spekulasi plak.
Ai is tak pregnant. :p

Tima kasih la enSuami,
kerana sabar melayan isteri dia,
yg tak padan ngan kecik.
Perut macam ..... (sila sambung)

Saturday, April 27, 2013

Quaker Oatmeal Express


Last Tuesday gi Cold Storage One Utama.
Topup barang dapur sket
sbb Zaf nak outstation 3-4 hari.

Masa gi tempat cereal.
Ai ternampak Quaker Oat.
Ia wat sama cam maggi dalam cup tu.
Ai dok belek lama
pastu cakap ngan Zaf cam menarik
nak try je.
Bila dia kata amik la,
terus ai sambar 2 cup hahaha.



Amik Golden Brown Sugar & Baked Apple.
Sebenarnya ada 3 flavours.
Satu lagi cinnamon rolls.
xamik yg tu sbb rasa cam tak sedap je :)

Ni rupa dalam cup tu.
Tuang je air panas.
Kacau2 dan terus makan.
Ai wat makan breakfast.



Nampak sket,
tp bila makan byk sebenarnya.
Sampai ai muak dan tak lalu nak habiskan.
Rasanya sedap,
yg baked apple tu,
macam kita makan McD apple pie.
Golden brown sugar
rasa coklat2 sket.

Tapikan sekali ni je la beli.
Sebabnya mahal okeh.
Satu cup RM10.
Amik ni kira nak rasa je.
Kalau nak makan lagi,
sila beli peket besar dan bancuh sendiri haha

Thursday, April 25, 2013

Lunch kat The Curve


Lunch date ngan Anna kat The Curve.
Best dah gi sini,
dah siap parking tuk kita perempuan :)

Yer sapa yang single female driver
atau mothers with infants.
Sila cari parking kaler pink.
Senang tak yah pening2 nak cari parkingkan.



Kotak parking pun kaler pink.
Senang nak cari.



Kami terus makan kat TGI Fridays.
Anna dengan superhero2nya.



Ai order burger.
Burger baru, ape nama tak ingat.
Tapi sedap.
Giler besar, nak sumbat terus semua mmg tak lepas.



Ni Anna punya.
Lupa gak ape nama hihi



Aliah cam biasa makan spagehetti.
Makan fries, chicken fingers
dan Vanilla milkshake.
Hebat anakku makan hehe

Dia sama cam Arfa,
suka dan pandai makan.



Baby boy ni,
bila tak bagi makan bising.
Tgk Anna pegang fries,
beria dia nak amik hihihi



Wednesday, April 24, 2013

Breastfeeding in Public Versiku


Ada kawan tanya ai
camne ai direct breasfeed Ariq kat public.
Since dia blom ada baby lagi.
Tu yg dia tanya.
Pada yg dah ada baby takyah tanya,
sebab sendiri tahu.

Bg ai kat mana2 pun ai bagi.
Tak semestinya nak kena pegi nursing/ baby room.
Pastu ai tak pakai nursing cover.
Selak baju je ahaks.
Baju ai pakai pun blouse biasa.

Ape yg pakai tuk direct bf ni,
ai pakai belly band.


*pic dr Autumnz website
Belly band ni cover perut kita
bila selak baju.
Jd takde la terbukak nmpk badan tu.
Selain belly band
ai pakai nursing inner.
Tapi jarang pakai inner
lebih kepada belly band je.
Bahagian atas xde masalahla kan
dah tutup dgn baju dan tudung.

Lagi satu menda wajib ada
bila ai susukan Ariq ialah mini fan ni.
Wajib ada weh.
Sbb menyusukan dia
ai akan berpeluh2,
bakar kalori la katakan.
Walaupun shopping mall tu dah berekon bagai.

Kawan ai tanya lg,
tak malu ke.. hihi
Bagi ai takde
sebab ai tak buat salah ape.
Lagipun dah tutup elok
takde masalah.
Hak Menyusu adalah Hak Bayiku.
Tetiba buat motto sendiri bole :p



Gambar gegar.
Dan maafkan kakiku yg terkangkang luas.
Ketidaksopanan berlaku di situ haha

Yang penting kita susukan la
baby kita selama yg bole.
Lain orang lain cara,
dan lain orang lain pandangannya.

Tuesday, April 23, 2013

GWIYOMI "GI NGOJI"




Versi Islamik
pastu blackout katanya.
Lelaki yg nyanyi,
kena gelap
kang tak comel mau muntah ijau plakkan
hahahaha

Tp seyes best,
sayang kejap sgt.
Kalau panjang lg mesti bestkan.

Monday, April 22, 2013

Kampung Mini Olympic 2013


Sabtu lepas skool Zara
ada wat Kampung Mini Olympic 2013
kat Taman Metropolitan Kepong.
2 cawangan terlibat
Kota Damansara dan Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Start kul 8pg sampai 12 tghari.
Sampai lewat 15 minit,
nasib blom start lagi.
Gi register dulu pastu start senamrobik.

Habis senamrobik,
mula la acara sukan.
Konsep GA buat ni,
setiap student diberi kupon,
yg mana kupon tu perlu dicop
setiap game yg dimain.
Ada 12 game kena join,
sapa yg habis 90 orang terawal
akan dapat hadiah.

Nama pun Kampung Mini Olympic.
Semua acaranya adalah permainan kampung.
Tetiba ai mengimbas balik kenangan
zaman kanak2.
Yerla mana ada ipad bagaikan.

Ni acara ape ntah namanya,
roda tu dibuat dari getah.
Nampak cam senang,
tapi susah nak control.



Pastu ada tolak rim ni,
kalau kat kg pakai tayar kot kan.



Main boling pakai buah kelapa.



Tarik upih.
Yang ni best,
ada suami tarik isteri lagi..
sweet je heheh

Sebenarnya game kat sini,
semua org leh join,
bukan student je.
Adik ai pun ada gak main :)



Ni Daddy ajar Zara
camne nak pakai lastik.



Zara belajar main congkak.
Sblom tu dia main batu seremban.
Tak reti dia nak tangkap n amik batu.



Ada lagi macam2 game,
cam TengTeng.
Ha yang ni terror dia.

Pastu ada tembak guna pistol kayu,
baling selipar.
Main tutup botol.

Last skali acara kemuncak,
tarik tali antara 2 GA.
First round KD menang,
Second round Cheras,
Final, KD kalah huhuhu.

Comel je budak2 ni tarik.
Yg pasti mak pak semua hover
jerit2 bagi semangat kat anak2 hahaha



Ape pun Zara sronok,
ai n Zaf pun enjoy.
Alhamdulillah Ariq sgt well behave.
Tak meragam pun dia,
walaupun cuaca panas.
Aliah pun okay walaupun ada sket
mengadaness dia datang.
Nak belon nak bubble gun huhuhu

Bagus jugak la game kampung camni.
dapat expose kat anak2 kita
nak nak zaman skang ni kan.
Nak kita yg main ngan dorang
takdenya la..
anak2 skang semua main dlm umah je.
Nak keluar takot kena kidnap.

Saturday, April 20, 2013

Kasut baru Zara


Smalam gi mencari kasut Zara.
Beli baru semata tuk Sports Day dia

Tak pegi shopping mall pun,
gi kat Al-Ikhsan Kota Damansara.

Aliah ni buat havoc dalam kedai.
Habis semua kasut dia buat main,
angkat letak.
Tangan gatal tak leh dok diam huhu



Mentang2 kat kedai ni,
xde orang.
Zara & Aliah bole main kejar2
sambil menjerit2 hohoho
Nasib takde org nak,
mummy malu pun kat SA 2-3 org tu je hihi

Seksa betul nak amik gambar berdua ni.
Tak reti dok diam.



Zara kemain suka lagi
nak beli kasut baru.
Boleh dia mintak nak kasut
yang ada gambar katun Cars tu.
Yg tu tuk boy sayang oi.

Ada ai berkenan brand Puma,
tapi takde size plak.
Jadinya amik je mana yg ada size tuk dia.

Ni la kasut dia.
Adidas FM Rumala AC I
Harga asal RM130,
dapat discount RM99 sahaja.



itu pun Zara tanya,
Mummy, why that shoes ada mushroom.
Not cars?
huhuhuhu
Terus gi cashier bayar :)

Friday, April 19, 2013

1st Birthday Party Aira!


Sabtu lepas wat birthday party
tuk satu2nya anak saudara
ai kt umah Mak Tok.

Yang ni Mak Tok masak,
nasi goreng, bihun goreng, bubur kacang.
Mee kari bapak mertua adik ai masak.



Dessert semua tempah je.



Birthday girl Aira & mummynya.
Setahun dah dia.
Kesian Aira, time ni dia demam.



Kazen-kazen Aira ;)



Adik ai tempah 2 kek.
Yg No 1 tu semestila tuk Aira.
Yg round cake tu tuk Zara,
Mak Ngah dia nk Zara join sama ngan Aira.



Tapi time nk tiup lilin dan potong kek,
Aliah yg hover nak huhu
Habis kek Aira pun dia nk jugak.
Sabar je la



Rainbow cake Zara :)
First time ai mkn kek pelangi ni.
Suka cream cheesenya.



Happy 1st Birthday Aira!
lepas ni birthday Ariq plak.
Ai xpikir lg nk wat party kt mana.
Satu ape pun xplan lagi
Tapi yg pasti celebrate sendiri2 tu tetap ada.

Thursday, April 18, 2013

Puji diri sendiri


Rasanya ai ni
dah terer handle
3-3 anak ni keluar
tanpa Daddy dorang.
bole tak nak puji diri sendiri
hahahaaaa
Keluar pun bukannya lama,
paling lama 2 jam
pastu surrender dah haha

First time bawak 3 org
beli barang dapur kat Giant.
Beli sikit je la pun.



Pas dah pusing2 Giant tu,
Zara request nak makan kek
kat Secret Recipe.



Tipu la kalau xde masalah.
Huru hara tetap ada.
Peluh tak henti dr mula sampaila balik umah hahaha
Takkan tenang dan aman dibuatnya.

Wednesday, April 17, 2013

For Sale: Prada Saffiano Wallet


Nak jual Prada wallet ni
tuk bagi laluan wallet baru :)

PRADA PORTAFOGLIO + PORTAMON
Zip Around Wallet
Colour : Mirtillo Mordor (Purple)
Material: Saffiano Leather

Beli kat Paragon Singapore
Tahun 2008.
Include sekali dengan box dan authenticity card.
Sold









Tuesday, April 16, 2013

Littlest Pet Shop



*pic from Google
Kami anak beranak tgh
seronok main game ni.
Yer termasuk mummynya skali okeh hehe
Masing2 baru je main game ni.

Sape main mari add kami yer.
Zara: qasrinazahra
Aliah: qalesyaaliah



Dan ai: nurhayatiyusof



Perasan muda je main game anak2 ni :p