Tuesday, February 26, 2013

Diet Ibu Menyusu



Ibu yang menyusu bayi seharusnya mempunyai pelan diet sendiri bagi mereka membesar  sihat.
Diet ibu menyusu mesti mampu menyediakan nutrisi secukupnya untuk bayi dan diri sendiri. Sehari ibu memerlukan 500 kalori tambahan yang boleh diambil menerusi makanan bernutrisi tinggi.

Panduan Ibu Menyusu
Ikut saranan doktor

Ramai doktor mencadangkan supaya ibu meneruskan pelan diet sebelum bersalin dengan kaya kalori, vitamin dan mineral.
Sementara itu, makanan kaya kalsiun seperti susu, keju dan yogurt digalakkan. Makanan pilihan buah-buahan, sayur organik dan bijiran penuh.
Kajian mendedahkan ibu menyusu juga selalu kekurangan asid folik dan zat besi. Jadi, pengambilan tambahan boleh diambil atas nasihat doktor.
Pastikan diet harian ditambah makanan mengandungi Omega-3 kerana DHA di dalamnya bagus untuk perkembangan otak bayi. Omega-3 boleh dijumpai dalam ikan, kekacang dan bijirin.
Perlu diingatkan, jangan terdesak membeli vitamin tambahan atas saranan orang lain. Walaupun keperluan harian Vitamin A anda meningkat daripada 1,000 miligram kepada 1,300 miligram sehari, ia masih boleh ditampung melalui sumber asli terdapat dalam sayuran mentah, badam, kacang hazel, produk tenusu, sayuran hijau dan daging.

Kekal Terhidrat
Dehidrasi boleh menyebabkan susu berkurangan. Jika anda sedar, susu ibu kelihatan cair malah anda berasa dahaga ketika menyusu.
Ini kerana sebahagian besar bahagian susu ibu adalah air. Jadi, sasarkan untuk meningkatkan pengambilan air dengan tambahan dua liter sehari.
Air juga boleh didapati melalui bentuk buah-buahan, susu, jus buah, sayuran, sup dan apa saja makanan berasaskan air.

Lebihkan makan
Ketika menyusu, anda perlu mengambil makanan bernutrisi bagi dua orang.
Jadi, tingkatkan kadar kalori kepada sekitar 2,500 kalori sehari dan boleh diambil melalui lima hidangan - sarapan pagi, makan tengah hari, snek petang, makan malam dan snek malam.
Gunakan waktu makan snek untuk minum air, makan buah-buahan dan produk tenusu rendah lemak.c
Ingat, kuantiti susu dihasilkan bergantung sepenuhnya kepada jumlah makanan dan minuman diambil.

Makanan perlu elak
Ada beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan antaranya kafein, alkohol dan nikotin, kerana ia boleh memberikan kesan iritasi kepada bayi. Lebih buruk, ia boleh membantutkan perkembangan bayi anda.
Semua bahan itu disalurkan terus melalui susu ibu kepada bayi. Sementara itu, rokok boleh mendorong bayi muntah, meningkatkan kadar denyutan jantung, kegelisahan dan cirit-birit. Kesan nyata alkohol, ia merencatkan perkembangan bayi jika diambil berlebihan.

Makanan merengsakan bayi
Elakkan coklat, minuman bikarbonat, rempah, cili, bawang putih dan makanan bergas seperti kubis, bunga kubis, tauge, brokoli dan buahan citrus kerana ia boleh menyebabkan iritasi kepada bayi. Bagaimanapun, tiada panduan khusus berkaitan fakta ini.
Bayi juga memberikan tindak balas berbeza terhadap sebarang makanan. Jika anda melihat bayi anda mengalami masalah, cuba ingat kembali apa yang telah dimakan dalam tempoh 24 jam.

*petikan daripada akhbar Berita Harian, 26 Februari 2013.

3 comments:

Fiza Rahman said...

Thanks for sharing. Merengsakan tu apa erk?

Nurhayati said...

rasanya cm mencetuskan kot.
mencetuskan iritasi hihi

Zaila Mohamad said...

thanks for sharing..aku memang kuat makan sekarang ni..entah dapat kurus balik ke tidak ni..sigh