Friday, November 30, 2012

For Sale: Medela Mini Electric Breast Pump


This small electric breastpump offers
optimal comfort for expressing
breastmilk at home or on the go.
Ideal fort short-term and occasional use.

Easy to assemble, use and clean
Gentle and efficient expression
Full range adjustable vacuum
Electric or battery-powered
The Mini Electric was rated the best battery breastpump
by a number of baby magazines.




Semua part masih elok
dan boleh guna pakai.
Guna hanya 3 bulan.

Beli dgn harga RM469.00
Nak jual sold
Sesiapa berminat bole email
kat nurhayatiyusof@gmail.com



Thursday, November 29, 2012

Tekak Italianniesla sangat


Pegi The Gardens
terasa nak makan kat Italiannies.
Mengalahkan orang pregnant,
mengidamnya melampau haha

Order Chicken Milanese
& Spaghetti Bolognese


Classic Carbonara terbaik!!
& Chicken Finger (kids meal)


Owh ni ada brooch jarang sgt pakai.
RM20 (sold) kesemuanya termasuk pos laju.
Berminat bgtau la yer. :)

oh takde batu yang jatuh.
pin semua elok lagi.


Wednesday, November 28, 2012

Tudung Bawal Ekspress


Hmm kalini ai berkenan
ngan tudung bawal ekspress plak.

Ni gara2 tgk kat
Facebook Akak CT.
Ni antara bawal ekspress
dalam albumnya.
Kalau bole semua kaler ai nak beli.




Gambar2 ni amik
dari facebook ctredzuan.com

Ai kenal Akak CT ni lama dah.
Sejak kat Fotopages lagi.
Dulu2kan sblom ada FB ni,
Fotopages kan femes :)

Banyak gak ai beli
tudung bawal ngan dia.
Nak2 masa tgk hot
tudung bawal plain
ngan batu yang
1line, 2line sampai 3line pun ada.

Ni page dia
kalau korang nak tgk
gi la like page dia k.
BawalCTRedzuan

Monday, November 26, 2012

Sudah 4 tahun setia bersama


Yer setia bersama blog terchenta.
Berkongsi segala cerita
pahit manis suka duka
kehidupan kami sekeluarga.
Dari anak sorang
sampai 3 org sudah..

Happy Birthday to
My Cute Little Diary
yang ke 4 tahun :)


image googled

Terima kasih pada follower
yang sudi baca blog ni.
Pada yg baru,
selamat berkenalan.

Pada blogger seperjuangan batch 2008,
u're rock!! hihi
lama kita berkawankan.
Semoga ikatan bersahabatan kita
berkekalan hingga akhir hayat.

Dan tahun ni gak la
baru first time
cash out kat Nuffnang.
Cek yang dinanti blom kunjung tiba hihi


Sunday, November 25, 2012

Pavlova


Zaf ajak mkn dessert
kt Delicious One Utama

ni Zara pilih,
dia nak Sticky Date Pudding.

Caramelnya sgt manis,
ai xsuka.
Tp kalau mkn ngan ice cream je, ok.

Zaf plak mkn,
Macadamia Cheese Cake.

Bg ai sedap dan xmanis sgt.

Dan semestinya
pilihan ai
Strawberry Pavlova!

Just nice
xterlalu manis.
Sesuai ngan tekak ai.

Zaf mintak candle sebatang kt waiter.
Nasib sebatang je,
kalau letak 32btg,
runtuh Pavlova tu hihi

Dan anak2 pun
menyanyi birthday song kat ai,
malu okeh,
semua tengok.
Tp pada masa yg sama,
bangga dan terharu hehe

Time tu plak
Ariq tgh menyusu.
Kacau daun tul kan.
Kalau tak ai dah boleh
feeling2 umur 23thn nk tiup cake haha


Aliah yg tolong tiupkan :)


Saturday, November 24, 2012

City of Digital Lights


Minggu lepas gi
i-City tanpa dirancang.
Kul8 mlm baru gerak,
sampai2 bole tahan gak,
kereta dah banyak.
Tapi parking senang dapat,
masih banyak kosong.
RM10 per car per entry ek

Zara n Aliah paling suka,
banyak lampu katanya.
Jalan2 tgk lampu je,
takde layan ride.
Malam tu sangat bahang
takde angin,
ape lagi basah ketiak dibuatnya.
Kejap je kami kat sana.
xtahan dah mandi peluh huhu

Tgk live lagi cantik
dari dlm gambar.













Thursday, November 22, 2012

Birthday Dinner


Memandangkan ai ada
membership kat Marche,
Zaf ajak makan kat situ.
ada discount haha

Pastu dia cakap
tahun ni takde hadiah.
Ai tak kisah pun,
bukan harijadi pun
dapat gak beli macam2 hihi

Ni antara makanan kami makan tadi.
Ada lagi tapi dah malas snap
sbb Ariq dah mengamuk huhu




Zara and Aliah tak nak makan sangat.
Sbb dorang sibuk nak main slide.


Ohh HAPPY BIRTHDAY TO ME!!
dah 32 uolsss...
tua diluar tapi muda di dalam hahaha

Pada yang wish kat
FB, Twitter, Whatsapp dan sms
Tima kasih sesangat..
Sayang korang ketat2!!





Tuesday, November 20, 2012

LEGOLAND: Play Your Part!


Kat dlm Legoland
ada 6 tema.
Miniland, Lego Technic, Lego Kingdom,
Imagination, Land of Adventure,
dan Lego City.
Tapi tak semua yang Zara naik.
Ikut mood dia hihi
Zara ni pemalu dan penakut.
Bila dia naik satu2 ride tu,
ai terharu dan bangga jugak la.
Pegi Legoland ni pun,
semata2 untuk dia tau.
Daddy sanggup kuarkan duit,
angkut semua family ai sekali.
Terharu mak :)

LEGO CITY
Ni Legoland Express.
Yg ni semua naik train.
Pusing2 dlm Legoland.


Boating School
Zara naik boat ngan MakSu.
Suka dia


Junior Driving School
Memulakan dia nak nangis,
tp bila dah start bawak
suka plak nak naik lagi hihi


Aliah tak leh join akak dia.
So dia naik kete kat luar yg tak leh gerak je


LEGO KINGDOMS
Royal Joust
Diakan beli soft toy horse tu,
jadinya dia nak la naik horse ni.


The Dragon
Mak2 sedara layan naik roller coaster.
Rasanya ada 3-4 roller coaster
dlm Legoland ni.
Memang banyak..


LAND OF ADVENTURE
Dino Island.
Yang ni mak sedara jua join.
Memang best,
tp berjanggut menunggu.
Dekat 1 jam.


Ada lagi yg Zara main
cam kat Imagination,
situ tempat budak2 main lego,
tapi tak amik gambar.

Banyak lagi sebenarnya
aktiviti dalam ni,
tapi tak cukup masa.

Kat dalam Legoland ni memang panas.
Tempat open kan.
Sama la cam kita pegi
USS ke, Zoo ke, Taman Burung ke
or mana2 outdoor lain.
Konpem berpeluh ketiak,
basah bra semua haha

Kalau nak gi tempat macam ni,
  • Pakai pakaian yg nipis dan sejuk. Cam kain cotton.
  • Pakai kasut sport ke flat sbb berjalan byk. Kalau korang datang nak catwalk sila la pakai heels 5inci hihi
  • Bawak payung.
  • Pakai la sunblock supaya tak sunburn. Kulit ai habis mengelupas,nak nak kat hidung :)
  • Minum air banyak.
  • Ha korang bawak la makanan dr luar. Seyes weh makanan dalam ni mahal. Ai makan mee kari RM18 sekian. Nasib sedap.
  • Stroller plak dia provide tuk budak yang dah boleh duduk. Yg baby tu bawak stroller sendiri. Siapkan skali ngan kipas kecik.
  • Kalau bole bawak la adik ke sepupu ke yang sebaya ngan anak korang,xspecially yg bawah 7 tahun ni. Bole temankan dia beratur or naik ride sesama.
  • Dan terakhir elakkan la pegi time cuti sekolah, sangat la ramai, bila ramai, tempat nak makan penuh, nak naik ride kena beratur panjang.

Ooo surau ada byk. Senang nak solat. Baby care pun ada cam ai nak bf Ariq. nak bagi makan ke.. ramai gak mak2 yg melepak dlm tu ngan baby. Cuaca panaskan, sian kat baby. Lagi satu best, kat dlm ni tak leh rokok sebarangan, ada smocking area. So para smoker sila alert. Kalau nak beli souveniar cm biasala sediakan duit yg byk.. agak mahal jua barang2nya.

Kesimpulannya, Legoland ni best.
Yang tak pergi lagi, pergila tau.
Bawak anak2 korang.. mesti suka punya la.
Nanti dah ada waterpark lagi bestkan.




Monday, November 19, 2012

Snap snap at Legoland


Zara yg dh tak sabar
nak masuk Legoland.
Cepat mummy!! cepat mummy!! hihi


Gambar reramai,
kecuali Zaf
sbb dia cameraman.
Matahari dah naik,
ngadap muka plak tu,
harus la semua berkerut cam ape.


Sewa stroller yg ada dlm Legoland.

Single stroller RM20
Double stroller RM30
Kami amik 2 single sbb double habis.

Ni antara pic kat MiniLand.
Ai sgt kagum ngan hasil pembinaan
lego2 kat sini.
Mmg kagum sesangat!!

Bukan static semuanya tau,
kalau bas kete train bot
semua bergerak.
Ada bunyi lagi.

Ntah bape ribu lego dorang pakai.


Gambar berdua.
Anak2??! dah masing2 ikut
MakSu MakTeh hihi


Macam real


Cantik KLCC


Sian Ariq panas,
nasib baik tak meragam.


Suka Zaf gambar ngan org tua ni.
Pegang org tu ada bunyi berdengkur hihi


Comel sangat!
Masa ni Q nak naik train.
Sempat lagi amik gambar.


Ariq senang betul bawak dia.
Tido je memanjang.


Sangat tinggi
dan sangat cantik.



Zaf ckp,
jinak parrot2 ni Yang..
Ai ckp parrot kat tgh tu lg jinak haha


Wallah comel,
Zara pun dah mcm lego hihi

Kebanyakkan lego2 camnikan,
ada bunyi.
Korang sentuh je
kang kuar la bunyi yg berkaitan ngan lego tu.
Menarik!!

Seyes weh ai mmg kagum
tgk lego2 kat situ.
Rasa cam nak keje situ buat lego bole haha
Jalan sket bergambar
jalan sket je bergambar,
amik gambar je dh makan masa kat situ.
Blom naik ride lagi.
Next entry la plak ride2 yg Zara main.