Wednesday, October 31, 2012

Disney Fairies


Disney Fairies ni ada 2,
Tinker Bell dan Peter Pan.
2-2 dia suka,
tp paling suka semestilah
Tinker Bell.
Dan akan ulang, ulang dan ulang
tgk movienya sampai
hafal semua skrip citer tu.

Tinker Bell (2008)


Tinker Bell and the Lost Treasure (2009)


Tinker Bell and the Great Fairy Rescue (2010)


Pixie Hollow Games (2011)

Ha..yang ni tak tgk lagi.
Nanti suh enZaf download :)

Secret of The Wings (2012)


*all picture credit to Google.com*

Semalam ai layan Zara
tgk citer Tinker Bell yg terbaru ni.
Secret of The Wings.

Tinker Bell ada twin :)
Okay sila standby,
Zara akan ulang dan ulang
movie baru ni
sampai ai muntah hahaha

Kesemua movie dah tgk
kecuali Pixie Hollow Games.
Best movie2 Tinker Bell ni.
Kesemua jalan ceritanya
menarik dan tak bosan.
Dan lagi satu,
kesemua soundtrack sangat best.
Zara siap hafal lagu2 nya skali.
Bukan saja Zara suka,
mummynya pun suka jugak..
hihihihi



Tuesday, October 30, 2012

Ariq: His first shoes


Daddy beli kasut Ariq
kat Parkson, Pavilion

memula ada berkenan brand Guess,
tapi sayang takde size.

Pastu tgk RL plak.
Berkenan yg checked design
tp xde size dia gak.
Jadinya amik yg biru ni. :)



Merasmikan kasutnya wat pertama kali.




Blog List


Lama giler tak update
blog list ai ni.
Yang ada semuanya dah berjaman hihi

Tak sangka plak
tgk blog reader ai
dah cecah 321..
mak ai ramainya..
tapi tak leh la nak comparekan
ngan femes amos blogger
kat luar tu kan.

Ape pun terima kasih yer
sudi baca blog ai
yang tak seberapa ni.

Sbb dah ramai ni jugak la
ai baru rajin nak
mengupdate blog list.
Boring dah balik2
blog yg sama je ai baca hihi
Ada setengah dr tu,
dah tak update blog huhu

Ingat lagi time
ai baru berkecimpung dunia blog ni.
Kemain meriah lagi,
masing2 gigih wat entry hari2.
Tapi skang huarghhhh
nak tunggu seminggu pun
lom tentu ada entry
why why whyyyyy :p

Byk lak membebelnya yer.
Eh korang bagi link ek.
Nanti ai datang menyibuk kat blog korang.
Maceh

oh sblom tu,
salam perkenalan wat reader
yg baru follow ai ek.
nanti kita borak panjang :)

Monday, October 29, 2012

Raya Haji 2012


Gambar raya kami sekeluarga
untuk tahun ini :)
Tak buat baju baru,
pakai ape yg ada aje.

Ni la gambar paling cantik yg dapat.
Seksa nak amik gambar
nak bagi semua ok.
Jap jap Ariq mengamuk
pastu Aliah plak wat hal.
Akak Zara je paling ok :)
Berpeluh2 amik gambar nak bagi perfect hahaha

Raya haji ni,
balik Sg Buloh dulu.
Yeyyy suka..
mesti la suka balik
umah mak pak sendirikan
hahahaha
Makanan raya kami
adalah laksa johor.


Ada lemang dan rendang daging sket.


Feveretku sentiasa,
makan dari pagi sampai malam.

Pas Isya' baru balik Taman Tun,
hihihi suka jugak,
sbb balik kejap je umah dorang.
Kejam tul menantu ni kan
kuang kuang kuang



Thursday, October 25, 2012

Handbag Raya


Handbag Zara n Aliah.
Orang beli handbag tuk
Raya Aidilfitri,
tapi dorang beli bag tuk
Raya Aidiladha hehe.



Raya haji takde collect duit raya.
Tapi bawak handbag hehe

Masing2 dah pilih nak mana,
Zara amik butterfly,
Aliah fish.

Zaf cakap
esok dah besar
mengikut nak handbag
cam mummynya,
masakkkk hahaha
Nasib ai tak mintak
nak handbag raya gakkan. :p

p/s: pd kawan2 yg balik
kg beraya haji,
semoga perjalanan anda dirahmati,
berhati2 ketika memandu
dan selamat hari raya aidiladha
dari kami sekeluarga.

Wednesday, October 24, 2012

Cream Puff yang sedap


Terharu tau,
smalam kawanku Anna,
siap hantar cream puff kat umah.
Dah la hantarkan,
sampai depan pintu plak tu.

Sblom ni dia ada dok
tanya kat twitter,
ai makan ke tak cream puff.
Ai pun cakap makan je.
Dia kata nak bg kat ai,
hari selasa.
Ingatkan memain,
betul rupanya..
sangat tak sangka weh.

Cream puff tu dlm bag pink ni.
Comel sgt bag ni,
mesti la kaler pink,
pastu bentuk dia tshirt
ada sleeves bagai hihi


Ni la cream puff yg Anna bagi.
Dah la free je bagi,
banyak plak tu.
Penuh satu tupperware.


Nanti ai balas balik tupperware tu ek. ;)
Sedapnya cream puff tu,
tak manis sangat...
just nice!
Zaf yg tak makan pun
bila makan suka jugak.
Makan lagi byk dari ai tskkk
Pastu dia bebel kat ai,
nape tak bayar kat Anna.
Weh kali ni cream puff kena bayar,
kang bising plak org tua tu huhuhu

Dah la bagi free cream puff,
bagi fridge magnet lagi.
Dapat 2 ketui orang utan hihi.


Udahku tempek kat fridge.
Sayang Malaysia.
Tak sayang tourism sbb xnak amik aku keje hahaha


Maceh Anna!
Terharu tak habis ni.
Dtg la umah aku lagi,
kalau datang bawak Aqil n Arfa,
leh main ngan anak2ku.
Tak mo cam smlm datang tak masuk huhu

p/s: terasa cam dirini pregnant plak.
org sampai antar makan kat umah.
cam kempunan tak hingat. haha

Tuesday, October 23, 2012

Wall Sticker


Ai beli height measure sticker
tuk letak dlm bilik anak2.
Ada macam2 design,
tp ai pilih zoo.

Murah je RM15.




Beli online kat
buywallsticker.com.
Rambang biji mata tgk,
byk yg ai berkenan,
semua cantik2.

Pasni nak beli tuk
letak kat dapur.
Mode of paymentnya pakai PayPal.
Kalau korang berkenan
tapi tak de account,
bole je ai tolong belikan.

Monday, October 22, 2012

For Sale: Dress




Ada sket dress nak diletgo.
For details gi kat sales page ni yer.
[link]

Saturday, October 20, 2012

Kotak yang dinanti


First time beli barang
Gymboree direct kat website dorang.
Kalau ikutkan shipment dorang
bgtau 22hb sampai.
Baru je pagi tadi tgk,
barang2 dah sampai Fedex KD.
Tak sangka plak,
dorang hantar harini gak.
Saja tanya mamat Fedex tu,
dia kata tgk orang.
Kalau rajin hantar terus hihih
Maceh yer.



Ni la kotak yg ditunggu2.



Zaf tengok isi dalam
cakap, banyaknya beli
hahahahaaaa
sbb pakai duit diakan.
Cuba pakai duit ai,
mesti dia tak kisah nak tgk pun.



Beli semua baju seluar Ariq.
Anak bujang ni kan
takde baju nak menurun,
harusla semua menda beli baru.
Dan satu brg handbag Zara. :)

Dlm kotak tu dapat voucher,
Zaf cakap ha nak membeli lagi la tu.
Terima kasih la yer enZaf,
kerana memahami nafsu serakah wife dia :p

p/s: kalau beli byk
bole la beli terus kt website.
Tapi kalau takat nak beli
dua tiga helai
order kat org je.

Wednesday, October 17, 2012

Tudung bawal


First time beli tudung bawal
kat Aidijuma [website]
beli kod 204 ngan 205



Cantik betul Datin Norjuma ni kan.
Ngan harapan bila pakai tudung ni,
cantik macam dia hihihi



Monday, October 15, 2012

Tembam dimuka


Berat badan dah turun 1kg.
Sudah 45kg.
Lengan, peha
semua dah kempis.
Kecuali perut yg takbape
nak kempis sgt huhu
Tapi tetap bole pakai
semua seluar yg ada. ;)

Cuma skang
muka dah naik tembam.
bencinyaaaaaaaa....
nak nak tang pipi.
Aduhai membulats sudah.
Nak ikut jejak Ariq gamaknya :p


Muka memang dah bulat.
Pipi dah naik
lagi la nampak membulat ya amat.
Nasib dagu tak berlapis.
Kalau berlapis huarghhh

Thursday, October 11, 2012

Daddy's Birthday


Kek untuk Zaf.
Memandangkan dia main golf.
Jadinya wat golf theme tahun ni.


Tahun depan kita wat
faveret team bola dia plak.
First time tempah kek,
sblom ni celebrate
mana ada kek2..
makan2 je.
Sebabkan takde adiah
bagi kek je la hehehehe

Cam biasa,
anak2 mesti nak menyibuk.



Nak nak siAliah ni.
Gatai tangan betul,
nak pegang kek tu.
Tak reti dok diamkan.

Ariq takde dlm gambar
sbb dia tido.
Elok gak,
senang nak bergambar..
kalau ada dia huru hara
tapi sayangla dia takde
join sama.
Takpe tunggu je tahun depan ;)

Dah pasang lilin,
orang yang paling sibuk nak tiup
Aliah la sape lagi.



Dia pun sibuk nak potong kek jua.
Ape2 je la Aliah.
Kalau dilarang nanti
dia mengamuk lagi kita huru hara.
Zara plak,
bila daddynya pasang lilin,
terus lari huhuhuhu
Macam2 perangai anak2 ni.

Ape pun,
Happy Birthday Daddy!!
sudah 35tahun youuu hihihi

Tuesday, October 9, 2012

Aliah Menyanyi


Aliah suka menyanyi.
Kalau dlm kereta tu,
xpayah bukak radio.
Sebab dia akan menyanyi
all the way sampai la
kereta berhenti.

Dia menyanyi lagu2 nursery.
Lagu2 yg dia nyanyi
twinkle litthe star,
row row your boat,
bingo, old mcdonald,
incy wincy spider,
baa baa black sheep
ada lagi...

Video ni,
dia tgh nyanyi lagu birthday.
Praktis tuk bday daddy dia.
Tapi bukan
Happy Birthday to daddy,
Happy Birthday to Aliah
yang dia sebut hehehe
Jadila kan.

Monday, October 8, 2012

Bedtime Stories


Tak ingat dah hari ape.
Tapi yg ai ingat,
suatu petang ai rasa letih sesangat.
Dan ngantok nak tido.
Jadinya ai pun masuk bilik anak2.
Time tu Zara n Aliah tgh main toys.
Ai cakap ngan Zara,
ai nak tido atas katil dia.

Masa ai tengah baring2,
time tu blom lelap lagi.
Sbb ralit tgk dorang main.
Tetiba Zara datang,
dok sebelah ai,
dan amik buku.
Kata dia,
nak read book bedtime story kat mummy.
hihihi so sweet.

Jadinya ai pun suh la dia baca.


Zara takde la pandai sgt baca.
Dia main hentam je
story berdasarkan gambar2 dlm buku tu.
Tapi okay la not bad.


Dan yang pasti ai lelap pas
dia baca tu ;)



Thursday, October 4, 2012

Yushua 2 tahun


Ahad lepas gi birthday party
anak Watiey, Yushua
kat umahnya Seri Kembangan.

Menu dihidangkan,
pergh giler sedap makanan2nya.
Ada nasi minyak, satay, kuih muih..


Sampai2 je tgk ada
menan kat luar ni.
Konpemla Zara n Aliah
gi serbu, xnak makan okeh.
Time ni kami antara yg sampai awal,
xde org sgt, sronok la dorang main.


Ada clown kat birthday party ni.
Zara nampak clown je
terus tak main,
dia mmg penakut sket.


Tinggal Aliah sorang je main.
Panas berpeluh bagai,
bukan dia kisah pun.
Sampai terbakar kulit muka dia.
Sunburn hehehe


Siap ada lori eskrem lagi.
Ramai la budak2 ni serbu.
eh mak budak pun sama :p


Comel kek Yushuakan.
Sian dia tau,
jenuh nak tiup lilin tu,
sebab jauh hihi


Sblom balik harus la bergambar
ngan bday boy dan tuan umah.


Banyak betul menda
dlm goodies bag yg Watiey bagi.
Ni untuk anak2.


Goodies bag untuk mummy pun ada gak.


Thanks Watiey jemput kami.
Happening party Yushua.
Paling suka, makanan uols sedap belaka.
Mak makan penuh satu pinggan okeh ;)


Wednesday, October 3, 2012

Ariq: 3bulan setengah


Kejap plak rasa..
Ariq dah 3bulan setengah.

Ariq skang suka duduk.
Tapi taknak sandar,
bila dudukkan dia,
sibuk nak kedepankan badan.
Macam dah kuat je.

Time ni dia tgh tgk akak2 dia
berlari melompat satu umah.
Bising bingit telinga dibuatnya.


Suka tgk tangan dia.
Pastu senyum2 sendiri hihi


Pandai dah masukkan jari dalam mulut.
Smalam dia tgk akak2 dia main,
masukkan jari tup tup
tido terus.


Tido skang dah melasak,
habis dia pusing 360darjah.
Ntah kemana bantal


Ariq skang dah pandai kenal org.
Bila MakToknya dukung,
dia menangis..
Bagi orang lain try pun sama
dia menangis jugak.

Bila org lain dukungkan,
dia usha lama..
pastu cebikkkkkk nangis hahaha

Dan lagi best,
mummynya pakai tudung dukung dia
pun nangis jugak.
Tak kenal mak sendiri :))

Ni dok dlm umah pun pakai tudung,
bagi Ariq biasa tgk mummynya
pakai tudung, bole hahaha






Tuesday, October 2, 2012

Newborn Adam Iman


Sabtu lepas gi tgk newborn.
Kawan lama sama tempat keje dulu.
Lama sangat dah,
ai tukar tempat keje baru tahun 2006.

Lama gak kawan ai menantikan zuriat dia.
Syukur alhamdulillah,
setelah pelbagai ujian dan dugaan
akhirnya mereka dapat seorang zuriat
yang sangat la comel. :)

Dan ini adalah diaper cake tuk
baby Adam Iman
special handmade by me ;)



Semestinya ada diaper,
romper, wash cloth, safety pin,
stockin dan plush toy.

Best betul dukung baby Adam.
Sangat la ringan,
nak bandingkan Ariq yg
dah lenguh lenganku ini.
Cet, padahal Ariq pun
sama gak ringan masa baru kuar hihihi



Sedap betul bau newborn ni.
Nak cium dan lagi dan lagi dan lagi.
Tahniah wat kawanku
Amran dan Ayu,
semoga kehadiran Adam Iman ini,
menambahkan kasih dan sayang
antara kamu berdua.