Friday, August 31, 2012

MerdekaRaya



pic from google.com.my

Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!
Alhamdulillah sudah 55tahun
negara kita merdeka.
Kali ni bestkan
merdeka time raya.
Sblom ni kan merdeka masa kita berpuasa.

Adik bongsu ai,
join persembahan kat Dataran Merdeka.
Sronok dapat elaun gitu.
Adik no2 plak Hana,
birthdaynya harini.
Anak Merdeka, best betul..

hmm..harini kami takde
beraya memana or open house.
Esok baru ada.
Jadinya aktiviti harini,
berjalan kat shopping mall.
Macam nak makan meatball kat Ikea. ;)

Sblom tu nak register
Zara tuk Giant Kids Run :)
Smalam tak sempat,
sbb daddynya balik lambat.
Minggu ni 4 hari straight
balik kul 2pagi,
meeting meeting meeting..
mengalahkan PM.
Sabau je la haku.

Thursday, August 30, 2012

Berlari



Zara suka berlari.
Tiap hari habis satu rumah ni
berlari depan belakang.
Walaupun rumah kecik hihih
Kekadang tu pening tgk dia berlari
haha

Jadinya ai terasa nak
joinkan Zara masuk
Giant Kids Run ni la [link]
Bole la ai pun berlari
sama skali dgn dia.
Dgn harapan dapat la
buang sket lemak tepu yg ada.

Harini nak gi register
kami berdua.
Wahai enZaf,
sila jaga anak lagi 2 orang
tu nanti yer hihih

Sape yg join,
nanti kita together2 berlari ek.
Yang tak join lagi,
terasa nak join.
Meh kita sesama melarikan diri.
Tp kalau tak lari pun,
kita jejalan makan angin disitu
hihihihi

Wednesday, August 29, 2012

Pasal Facebook


Harini baru ada masa
nak tgk Facebook kat komputer.
Slalu pakai fon je kan.

Aduhai rupanya macam2
jadi kat FB ek.
Tukar pada timeline plak.
Add ape tu game request.
jgn katala.. tgk ada 1000+ request
Giler hape...

Pastu ai tgk pun,
nape friend list cam
ada yang takde.
Yang ai ada add friend la.
Unriend pun ada agaknya.

Ada page yang Like.
Padahal mcm takde pun like
page tu.

Ni rasa mesti keje anak2.
tak Zara, Aliah..
sbb dorang 2 tu mmg
la suka sangattttt
amik fon mummynya.

Nak pegang lama
jgn harap la.
Pakai fon bila dgr bunyi je.
Baru terkejar2 amik fon tu.
Dan kalau ai byk twit kat tweeter
tandanya baru dapat pegang fon
lama la tu
Kekadang fon tu pun
tak tau mana pegi
hahaha

Pada kekawan yg tetiba
rasa dia takde dlm Facebook ai
mintak ampun dan maaf yer. :)

Tuesday, August 28, 2012

Emas untuk Aliah


Lagi 4 hari nak raya,
Zaf belikan rantai emas tuk Aliah.
Sblom ni dia tak pakai
satu ape pun barang kemas
sian dia hihihi

Belikan dia rantai
sama cam akak Zara dia [
entry]
Harusla samakan,
nanti kang beza2 kan anak plak :p

Cam biasa beli kat PohKong.


Susah betul nak amik
gambar anak dara ni.
Tak reti dok diam huh



Baru belikan emas tuk dia.
Aliah ni ganas sket
takut dia tarik la ape la kan.
Ini baru pakai
dah suh bukak,
tarik2 rantai tu kat leher dia.
Risau ai sakit leher dia tu nanti.
huhuhu
Kami buat tak layan je
dia suh bukak.
Alhamdulillah skang dah ok.
Fuh lega hihi

Mummy pun dapat gak.
Tapi bukan emas la.
Shawl free sbb One Card member.
hihihi

Monday, August 27, 2012

Teknik Mermet


Ai dah pandai wat
teknik perahan susu menggunakan tangan.
Walaupun tak banyak cam orang lain.
Okay la kan dari takde.

Lagipun susu yg keluar tu
ikut keperluan baby kita.
So jgn la nak dibandingkan
dengan orang lain.

Ni 4oz tuk Ariq.


Paling banyak pernah dapat 5oz.
Dulu masa memula belajar
teknik Mermet ni,
dapat 20ml je.
Penat n lenguh jua pada mula.
Lama2 dapat la banyak ni.
Kata usaha tangga kejayaankan.
Skangkan ngan info dijari anda,
googled je la ape kita nak.
Youtube pun ada
camna nak wat teknik ni.
Rajin ngan malas je hihi

Time Aliah n Zara
ai tak pernah plak
rasa nak try teknik ni.
Tp turn Ariq plak terlebih rajin.
Katanya teknik ni lebih
efektif dari pamkan.
Yerla skin tu skin contact kiranya hihi

Tapi sayang sket,
Ariq tak suka botol.
Dia tolak pakai lidah dia.
Lebih suka direct bf.
Masalah problem kalau direct bf,
punya la berjanggut menunggu.
Satu keje ape pun tak jadi.
Kalau focus dia sorang je takpe,
ni kang nak uruskan
akak2 dia lagi.
Huru hara sungguh.
Sangat letih,
tapi demi anakkan..
apa saja..

Tuesday, August 21, 2012

1 Syawal


Salam Aidilfitri buat semua.
Maaf Zahir dan Batin.



Sesaja nak enterframe
ngan enZaf je. :-)

Saturday, August 18, 2012

Makanan Malam Raya


Ni adalah hidangan makanan
malam raya kami.
Semestinya ada ketupat nasi,
kuah lodeh, kuah kacang,
rendang daging, sambal ikan bilis,
lemang, dan telur pindang :)



Jelly kek raya tahun ni.
dari Q Jelly Bakery.
Wording Salam Aidilfitri tu,
Aliah sorang perabiskan
sambil nyanyi lagu ABC hihi



Tgh semua orang kecoh
dgn kemeriahan malam raya.
Bunyi mercun bagai,
dan akak2 dia yg gelak ketawa,
mejerit, berlari, menangis
semua la ada.
Tapi sikenit Ariq ni,
sedap sungguh tido.



Malam raya uols pun
pasti meriahkan.

Friday, August 17, 2012

Meriah harini


Harini sronok
sbb berbuka puasa
ngan sedara mara.
Sangat meriah.
Cuma family PakCik je yg takde.
Sbb beraya umah mertua dia dulu.

Kami ni beraya sini je.
Bandar ni kira "kampung" kami la
huhuhu

Yg ada Pak Long,Pak Ngah,
Pak Lang dan Pak Su sekeluarga.
Orang tua mkn kat main dining.



Zaf menyelit kat situ,
orang tua yer hihi

Yang muda, cousins2 semua
makan kat dapur aje hihi


Ni pun tak cukup corum.
2orang ikut balik kg suami.
Dan 2 orang lg yang kat Korea,
tak balik raya tahun ni.

Cupcake home made spesel
dari cousinku Liyana.
yang akan fly ke Manchester
tuk sambung study di sana.


Dan kuih raya yg dihidang.


Kesimpulan aktiviti harini.
Makan - berbuka puasa
Solat Maghrib
Makan - sambung makan lagi
Solat Isya'
Solat Tarawikh
* solat scr berjemaah.

Esok malam raya
berbuka kat umah mak ai plak.
Bestnyer makan makanan raya. :)




Thursday, August 16, 2012

Shopping Raya Anak-anak

Tahun ni shopping tuk anak2
ala kadar je.
Ceh macam la sblom ni
shopping banyak sangat hihi

Baju raya dorang
beli ready made je.
Tu pun beli dekat
Omar Ali.

50% discount baju kurung dorang.
Tak beli mahal,
sbb bukan nak pakai selalu pun kan.

Baju raya Ariq pun ada jua :)


Baju raya akak2 dia
beli sket je.
Dari Pumpkin Patch.


Zaf cakap baju anak2 ni,
tak raya pun ai beli gak.
So tak yah nak beli byk sgt katanya
Asal keluar gi shopping mall,
ada je belikan
at least selai.
Betul jugakkan hihi.

Skang pening sbb wardrobe dorang,
dah penuh sangat.
taktau nak sumbat mana lagi huhu

Monday, August 13, 2012

Berbuka di Italiannies




Bulan puasa kalini,
kami jarang berbuka kat luar.
Ada Ariq, susah sket nak kuar.
Dia pun kecik lagi kan.
Tambah plak nak handle,
3org kami berdua je..
pasti huru hara.
Kalau ada maid tu lain citer la kan.

Rasanya 3kali je kot
berbuka kat luar.
Selain dari berbuka kat
umah mak ngan mil.

Last week kami berbuka
kat Itallianies, The Gardens.
Misi kesana tuk mencari
baju raya enZaf kat Robinson.

Berbuka kat Italiannies,
amik bufffet RM45++ sorang.


Sementara menunggu Zaf amik makan.
Ai snap pic anak2 dara ni.


Lega Aliah behave.
Selalunya ada je nak turun la.
Nak berlari sana sini.


Ariq tinggal umah MakTok.

Antara makanan berbuka kami.


Ada rendang ayam, daging
dan sambal udang.
Serious sedap sangatttt.


Feveret semua orang.


Ada lagi makanan2 yg amik,
tapi dah malas nak snap.
hehe

Alhamdulillah,
kenyang makan situ,
dan pasti semuanya makanan
sedap2 belaka.

Bercamwhore ngan anak2 dara
dalam fitting room.
Sementara tunggu Zaf
try baju.


Perutku yg masih muncit huhu

Friday, August 10, 2012

Baju Raya

Raya tahun ni
ai takde tempah baju.
Tambah plak pikir,
badan pun lom tentu
slim pas pantang,
kang tempah ikut baju lama,
tak muat plak huhuhu

Jadinya ai decide beli ready made je.
Masalah problemnya,
tau la badan ai yg kemetot ni,
walaupun cari xs
tetap ada besar tang sana sini
huhuhuh

Tapi disebabkan takde pilihan,
nak taknak beli la jugakkan.
Kalau tak, takde plak baju baru.
Pas tu kena la alter sket.
Especially tang labuh bajunya.

Smalam gi SACC Mall.
Jenuh cari baju yg berkenan dihati.
Bila dah ready made,
dengan size yg terhad nak cari.
Maka pilih je la kaler baju ape yg ada.
Takdenya nak cari spesifik kaler.

Skang ni tgk fesyen baju
yg jual semuanya jenis kain
yg plain pastu berbeading bagai.
Cantik jua,
tapi memandangkan ada baby ni,
tak kuasa ai nak pakai baju plain.
Confirm nanti baju tu cepat
nampak kedut dan kotor.
Nak plak bila raya,
bukan dok diam..
nak hidang makan minum
layan tetamu bagai.
Pasti berpeluh ketiak semua hihihi

Lain la baju tu pakai
nak gi dinner or ape2 function
yang kita tak berpeluh or wat keje.
Memang sesuai sangat.
Bagi ai la kan..
Uols ai tak tau la..
Ape pun tu pendapat masing2kan ;)

Dan setelah puas
tawaf satu SACC Mall tu.
Dari luar sampai ke dalam.
Akhirnya, dpt jua la
yg berkenan dihati.



Amik kaler gelap sket.
Dgn harapan menutup
lemak degil yang ada hahaha
Sapa yg rasa nak nampak slim,
pilih la kaler gelap :p
Pastu pakai baju kurung je.
Perut buncit makan banyak pun tak nampak.

Baru sehelai, nak cari lagi 2 helai.
Nak 3 pasang baju raya boleh hihi.
EnZaf kata beli sehelai je.
Tahun depan je tempah
byk sket ikut badan senang,
tak yah nak alter2 katanya.

Uols baju raya bape pasang?

Wednesday, August 8, 2012

Rahsia Puasa




Comelkan iklan Maxis ni.

Rahsia-rahsia berpuasa
Budak pompuan ni sgt la comel.
Budak lelaki specky ni
pun comel jua.

Ada lagi satu tapi tak jumpa.
Yang Apa itu Puasa?
Comel jer budak laki tu,
bukan bgtau ape tu puasa,
tapi bgtau ape aktiviti dia
satu hari bila puasa hehehe



Tuesday, August 7, 2012

Kena Cakar

Ariq kena cakar.
Sian dia melalak dgn kuat,
sampai menitis air mata :(

Tgk sibolat ni.
Sampai berkerut muka dia.
Luka tu kat kening,
tgh antara kening,
dan tepi kepala sket.


Ariq kena cakar oleh
Akak Aliahnya huhu.
Ai takde masa tu,
tgh bersiap nak keluar.
Time tu Zaf yg pegang Ariq.

Kata Zaf, dia nak amik
remote control Astro,
alih2 Ariq nangis.
Rupa2nya Aliah yg buat dia nangis.

Tgk2 merah kat muka dia,
ngan luka.
Ai ape lagi,
dgr Ariq melalak,
kelam kabut lari terus dukung dia.

Aliah ni mmg sayang adik dia.
Tapi sayang dia sayang ganas.
Pernah skali dia kiss Ariq,
kiss kiss kiss sampai
gigit pipi adik dia tu.
Hadoi la.. sentap mak.

Dia ingat baby doll agaknya.
leh wat suka hati huhu
Apa pun memang kena tgk
dia sentiasa..
takleh tinggalkan sorang.
Kang ada je gatai tangan
nak mengusik.

Ni la muka pembuli adiknya.
Muka tak bersalah hehe


Masa Ariq melalak tu,
nak gak marah Aliah.
Tapi dia kecik lagi.
Mana la pahamkan.
Habis tu melepaskan kegeraman
kat Zaf la ape lagi haha

Dah cool down tu,
ai cakap ngan Aliah,
jgn buat cam tu lagi..
sakit Ariq.

Ariq muka cebik tak habis2.
Mesti la sakitkan.
Kena cakar ngan akak dia.
Pedih lagi.

Nampak je sket tapi luka tu dalam.
Masa baru kena cakar tu,
Line merah byk, ni dah susut.
Nangis ai masa dia
melalak haritu :((


Pastu bila ai tunjuk
luka Ariq ni kat Aliah,
sape yg buat nih.
Nangis dia sbb
dia tau dia yg buat.
Paham agaknya kan hihi

Aliah pun ai kesian kat dia.
sejak ada Ariq ni,
kurang dah ai manjakan dia huhuhu
sama jua ngan akak Zara.
Ariq dok bergantung menetek je.
jadi focus lebih pada dia.
Harap pasni ai dapat balancekan
perhatian tuk semua anak2.
Tetiba rasa bersalah huhuhu

Saturday, August 4, 2012

Aiskrim Baskin-Robbins PERCUMA!!!


Iyer!!
Eskrem Baskin Robbins percuma
untuk kita semua!!!!!

Eaok kita ada perlawanan Akhir Badminton
antara Dato lee Chong Wei dan Lin Dan.
Malam dlm pukul 8malam.


image googled.

Mari kita doakan
supaya negara kita
dapat medal Emas.

Supaya kita kita dan kita
dapat Eskrem PERCUMA!!!
lompat bintang
hoyeyyyyy

Kalau dapat Emas,
bole la kita serbu mana2 outlet BR
kecuali kat
Pantai Hospital Bangsar n Genting Highlands
pada 8 Ogos 2012
jam 8mlm - 10mlm.

Ermm tak dapat bayangkan
bertapa ramainya manusia
menggila amik eskrem FREE hihi
untuk berita sepenuhnya,
klik sini.

MALAYSIA BOLEH!!!
haha tetiba :p

Thursday, August 2, 2012

Esok raya

Esok mummy saya sudah raya.
Harini hari ke-44
Hoyeyyy!!!