Friday, June 29, 2012

Kena Jaundice


Ariq kena jaundice hari ke-6
Bawak dia gi jumpa paed hari isnin.
Dan paed rekemen pakai home phototherapy
since tak tinggi sangat.
Sama cam akak Aliah dia dulu. [entry]

Hari pertama dia ok
nak pakai strap kat mata tu


Bila masuk hari ke-2 tu
dia takmo dah pakai tu,
rimas agaknya.
Jadi pakai cam cover besar tu je.

Jadi la kan dari taknak pakai langsung.

Pastu dah 2 hari
checkup balik ngan Paed.
Alhamdulillah reading dia dah ok.
Tak perlu buat lagi.

Skang ni menempel je la
kat mummy.
Letak la kat mana pun asal
sebelahnya mummy dia ok ;)


Thursday, June 28, 2012

Kelahiran Ariq


16/06/2012 - 17/06/2012
- contraction sudah terasa, nak nak bila gi berjalan.
- bila datang sakit tu, terus terberhenti dan jalan pun slow
- sampai anak dara Zara cakap "mummy, faster!!!" huhu

18/06/2012 -19/06/2012
- contraction makin kerap.
- mula tawaf satu umah tuk kira kekerapan
- contraction masih tak tetap, selalu datang time pagi and malam saja.

20/06/2012
2:30am :
- terasa sakit ya amat kat bahagian ari-ari
- check takde blood show or pecah air ketuban
- tak boleh jalan, baring, dan duduk sebab ari-ari terasa seperti dihiris ngan pisau.
- ajak enZaf gi hospital (baru nak layan Euro, sian dia)
- call mak mintak datang umah tgk kan anak2, mujur malam dorang dah tido.

3:30am :
- sampai KJMC, terus masuk labour room
- pasang CTG, contraction dah kerap
- midwife check serviks dah bukak 3cm
- tapi serviks masih tebal dan baby masih tinggi

6:00am :
- still tak bleeding or pecah air ketuban
- masuk wad, midwife suh rehat
- rehat pun gitu2 je, tido2 ayam huhu


8:00am :
- gynea datang check serviks, bukaan still sama dan tebal
- gynea suh byk berjalan bagi baby turun

10:00am :
- amik CTG lagi, kali ni contraction lagi kerap.
- midwife kata contraction "cantik"
- gynea tanya taknak masuk labour room ke, ai cakap boleh tahan lagi.
- lagipun serviks masih tebal dan takde 2 tanda tu nak bersalin.

12:00pm :
- sudah bukak 4cm, giler lambat bukak :(
- gynea bgtau ikutkan ai mmg patutnya dah bersalin pagi.
- tapi baby masih tinggi dan serviks tebal, dia tak bole nak induce
- suruh lagi ai berjalan byk. seyes tak larat nak jalan dah.

7:00pm :
- dah terasa sakit sangat tp still takde bleeding or pecah air ketuban
- tunggu pas azan maghrib, buzz midwife kata dah tak tahan.

7:30pm :
- masuk labour room, pasang CTG.
- bukaan sudah 7cm
- midwife sediakan peralatan dan tunggu gynea sampai.

8:00pm :
- gynea check, rupa2nya kepala baby senget
- kepala dia tak straight sbb tu dia tak turun.
- gynea check kot baby ada berak, mujur takde. heartbeat dia pun ok
- pecahkan air ketuban ai
- azabnya sakit, gynea berusaha tarik kepala dia bagi center kat serviks sambil meneran.

9:00pm :
- lahirlah baby boy tepat jam 9malam dengan sihat dan selamatnya.
- ingatkan besar, rupa2nya kecil lagi dari akak2 dia.
- kelahiran kali ni tiada pain killer, induce, epidural, alhamdulillah!



Lahirkan Ariq pada 38minggu
Nak dapat baby boy kemain seksa sekali.
Sakitnya punya la lama tapi
dlm labour room hanya sejam saja
kalau nak dibandingkan dengan akak2 dia.

Tuesday, June 26, 2012

Our Son


Name: Ariq Firman
D.O.B: 20th June 2012
Weight: 2.35kg
Time: 09:00pm
Place: Kelana Jaya Medical Centre (KJMC)

Wednesday, June 20, 2012

Syukur


Syukur alhamdulillah
ai selamat melahirkan
bayi lelaki seberat 2.38kg
(ringan plak dr akak2 dia)
jam 9.00 malam
di Kelana Jaya Medical Centre.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, June 19, 2012

Boleh harap dah


Bila dah sarat,
nak bergerak pun dh payah.
Ape ntah lg nk wat keje umah
semuanya dah xlarat.

Salah satu part paling malas
adalah melipat baju.
Tapi yg ni kalau xpeknen pun
malas jugak hehehe


Adalah satu hari
lepas ai mandi,
Zara bgtau dan cakap
"Mummy!! Zara dah lipat baju,
come i show you."

Ai pun pegi la tgk
yang dia nak tunjuk tu kan.
Wah sgt terharu okeh.
Mmg ai terkejut sgt.
Dia lipat semua baju yg
ai longgok kat dlm bilik dia.
Baju yg longgok tu pun
mmg dia and adik dianya je.


Memang la xkemas dia lipat.
Main taram je lipat.
Tapi tak kisah la kan.
Kurang2nya dia ada hati
nk membantu Mummynya
yg sedia malas nih hihi..

Zara, moga kamu rajin
tolong sampai ke besar yer.


Thursday, June 14, 2012

Seindah Sakura


Sakura kat Paris.
Ingatkan Sakura kat Jepun ke kan :p
Harini last episode tuk
citer Seindah Sakura kan.



Suka citer ni,
walaupun ai bukan la
FS fan..
tapi ai suka dia berlakon.

Cuma geram sbb
watak Kira ni lembik sgt.
Senang sgt kena tipu.
Nak nak bila Anida tu dajal dia.
Ngan Airil yg tuduh dia melulu.
Tapi mmg best bila Airil
kena lempang ngan Kira hahaha


Semua image ihsan dari Googled :)

Wednesday, June 13, 2012

37 Minggu


image googled.

Siang tadi checkup tuk 37minggu.
Alhamdulillah semuanya nampak ok.
Baby pun dah berat 2.67kg.
Kali ni baby besar dari akak2 dia.
Masak mummy nak bersalin ni.
Harap2 senang la hendaknya.

Gynea kata next week checkup
check CTG and bukaan serviks.
Katanya next week ni bersalin la..
Wah terus nerves..
Walaupun dah 2 kali tapi tetap takut gak.
Ape pun gynea kata,
bila2 masa dah bole bersalin.
Kalau rasa sakit je terus datang.
Jangan tunggu2 lagi..

Cam Aliah sblom ni la.
Ai siap kata leh tahan lagi.
Skali masa kat labour room
dah bukak 6cm.
Nasib cepat, kalau lambat.
Dalam kete la bersalin.
So this time gynea pesan.
Takde tangguh2...
Sakit tgh malam pun datang terus spital.

Doakan ai dipermudahkan bersalin kali ni yer. :)

Tuesday, June 12, 2012

Cowboy Town & Animal World


Minggu lepas gi jejalan kat A'Famosa.
Stay 1 malam je pun.
Bawak mak & ayah mertua, adik ipar dan kak ipar sekeluarga.


Kami amik Villa.
Ada 4 bilik, senang semua dalam tu.
Plus swimming pool.

Sampai2 je cam biasa la,
Zara n Aliah tak senang duduk.
Nak terjun pool.


Seronok dorang dapat mandi.
Ai is tengok je huhu


Malam kami gi Cowboy Town.
Tengok show kat situ.
Ni salah satu show yg ada.
Red Indian ngan api2.
Aliah takut, Zara suka.


Sronok dorang dapat jejalan.
Sempat paw daddynya hehe
Adik pilih kipas lampu2.
Aliah pilih T-rex, feveret dino dia huhu


Malam penutup dihujani ngan fireworks.
Menggelupur anak2 daraku.
Takut sbb bunyi kuat sangat.
Dekat dorang tembak bunga api tu.


Keesokkannya plak.
Pas brekpes.
Gi Animal World.
Zara dari smlamnya tak habis2
nak tgk zoo animal,zoo animal :)

Masa tgk2 binatang.
Aliah nampak sheep ni.
Terus nyanyi lagu Baa Baa Black Sheep.
walaupun sheepnya bukan kaler itam hihi


Suka giler Aliah dapat
bagi bunny makan carroot.


Zara plak memang tak layan
binatang comel2 ni.
Cuba bagi dia Lion, Tiger,
semua tu dia suka ar.
Ganas anak dara sulong ni.

Tak dapat join Safari.
Sbb ai peknen.
Kalau tak mesti lagi best.
Jadinya layan jejalan tgk show je.
Sempat tgk Multi Animal Show & Bird Show.
Lelain tak tgk sbb
ai mmg tak larat sesangat.
Tambah plak ngan cuaca giler panas.

Yang pasti anak2 seronok.
Bila dorang seronok kita pun suka hati :)

Monday, June 11, 2012

Pasal Brooch


Memang dari dulu ai adalah
peminat brooch Denni & Kenji.
Merata2 tempat ai beli brooch ni.
Dalam Jusco, Metro, Isetan, Tangs.
Dan paling jauh pernah beli sampai
ke Tangs Singapore.
Sbb ada design yg ai berkenan tu
tak de kat sini.

Baru2 ni brooch ai berkenan ni dah bukak
outlets sendiri kat One Utama.
Best sbb dekat ngan umah hihi


Bila ternampak kedainya.
Dan dan ai teringat ada brooch
yang perlu dihantar repair.

Brooch ni patah.
Sedih sbb ai sendiri yg buat patah.
Patah dua plak tu,
ganas sungguh :(


Second brooch ni
stone jatuh satu.
Tak perasan masa bila.
Lama brooch ni, sbb ni brooch pertama beli.
Rasanya tahun 2004 ke 2005.


Yang ni plak pin dia tumpul.
Sblom ni try asah konon
tapi tak mau tajam.
Fedup hantar skali hehe


Jadi ni la ke3-3 brooch yg perlu diserviskan :)
Penat je cari warranty card.
Sampai sana dorang kata tak perlu.
Sbb dorang dah tau tu
brooch Denni/Kenji ke tak hihi


Masa hantar tu,
Kalau stone jatuh
dorang leh pasangkan immediately situ gak.
baguskan..terus siap satu.

Yang pin tumpul kena hantar
service center sbb dorang takde stock.
Siap seminggu aje.


Tapi tapi tapiiiii
yang patah tu dorang tak leh wat ape.
Sebab takde dalam warranty.
Warranty hanya cover pada stone
or accessories dia cam pin tu tadi.
Patah tak dapat diselamatkan.
Huarghhhhh sedihnya ai...
Brooch tu kira baru gak.
Tak silap 2tahun lepas. :(
Dan brooch tu sudah masuk dalam tong sampah.
Disebabkan sedih, EnZaf kata nanti kita beli baru k.
Terus hati ni berbunga kembali haha gedik.

Yang pasti wat ni semua takde charge.
Life time warranty gitu.
Jadi tak rugi kalau beli mahal sket.
Jangan bagi patah sudah hihi

Wednesday, June 6, 2012

Panas panas panas


Musim panaskan skang.
Walaupun dah pasang ekon,
ai tetap berpeluh bagai.
Mandi jgn kata la.
lebih dari 4 kali sehari.

Bila musim panas ni.
Durian pun banyak.
Ape lagi ai ngan enZaf
jalan2 cari makan le bedua.

Kami kalau nak makan durian.
Mmg suka pegi kat SS2.
Tempat feveret.


Dan yang pasti,
durian pilihan kami ada Tekka.
Sejak makan Tekka last year,
tak pandang dah musang king ke, d24 ke..
ape2 la yg lain.
Mmg dah jatuh cinta pada Tekka aje.


Isinya tak pernah menghampakan kami.
Sedap bangat.
Dan paling best,
kalau makan durian Tekka ni,
tangan takde lekat bau durian.
Sape tak pernah cuba lagi.
Gi cari Tekka ni tau.

Balik tidak la dgn tangan kosong.
Yang ni kami punya.
Ada lagi tgh membungkus tu.
Bg kat parents ai and pil jua.

Tuesday, June 5, 2012

Makan-makan di Jeram


Gi jalan2 cari makan seafood
ngan girlfriends kat Jeram.

Time ni dalam kul 6.
Air tgh surut,
tapi dah nak pasang.


Makan kat Restoran Aroma Ikan Bakar.
Tempat paling femes
and sedap katanya.


Sesi memilih oleh Nani dan Anis


Bakal dimasukkan dalam perut jap lagi :)


Duk dekat ngan laut.
Konon menikmati keindahan alam
tapi seyes panas.. takde angin
berkuap2 jua la dok dlm ni haha


Ketam masak kunyit


Ikan siakap 3 rasa


Udang goreng tepung


Ketam masak cili


Udang masak cili dan butter prawn


Sesi melantak.
Semua org makan dah tak ingat dunia.


Orang lain semua dah stop makan.
Tinggal Anis je yg tgh korek pipi ikan hihi


Tima kasih pada Pn.Nani
sbb dia la tokei yg blanje kami semua makan.
Kenyang sangat weh.
Dah macam ular sawa rasanya.
Kalau ada bantal mmg lama dah ku landing.


Masakannya semua sedap2 belaka.
Nak nak masak cilikan..
Sangat puas hati.
yang pasti leh datang lagi.
Dah kenyang baru ingat anak2 dan laki :p
Pasni ni mau ajak Zaf kesana plak.

Saturday, June 2, 2012

Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-6


Harini 02/06/2012
Genaplah Ulangtahun Perkahwinan kami yg ke-6.
Tak sangka 6 tahun sudah hihi
Byk cabaran dan dugaan sepanjang kami bersama.
Semoga ikatan ini membawa kami ke syurga.

EnZaf yg wish terawal 3 minit sblom kul 12pg.
Tak kisah la kan,
kurang2nya dia wish dan ingat.
Sbb time ni dia tak balik umah lagi.
Masih meeting tak habis2 tu :p


Saje tanya dia yg keberapa.
Bole salah
hahaha
Saje jua ai gertak dia


Dok kira kot bape.
Pastu reply.
baru betul hehehe


Tak kisah la yg keberapa tahun pun kan.
Yang penting dia sentiasa bersama kita.

Hadiah ai tak beli pun ape kat dia.
Baby dalam perut ni
kira hadiah tuk dia aci tak??!! :)