Sunday, July 31, 2011

Beriadah ngan anak-anak


Sementara menunggu en Zaf pulang dari tarawih
mari update blog :p

Bawak anak2 main kat playground.
Sejak Aliah dah bole jalan,
mmg seronok la dia dapat main.
Orang baru dapat kaki kan.
Takmo dah dukung.

Si akak Zahra ni plak,
gayat tapi nak gak main swing.
Tapi bole naik swing yang tuk baby
pastu taknak gerak hahaha
lawak la kamu ni Zahra oi


Adik Aliah yang tak nak kalah,
mana akak pegi dia pun nak ikut.


Selain swing suka slide.
Tapi skang dah suka tunnel slide pusing2 gitu.
Mummy lak gerun tgk dia ok ke tak.
Sbb tak nampak kan..
alih2 dah ada kat bawah.


Video ni Aliah beria nak naik atas slide.





Ni video Aliah dah banyak jalan.
Comel je cam ketam jalan, senget2 hihi




Saturday, July 30, 2011

Ex-roomate

Sabtu lepas, gi umah Erna sbb
dia ada wat kenduri kesyukuran.
Lama giler tak jumpa kawan ni,
dia exroomate masa kat U.

Dia keje kat bank.
Baru2 ni dia kena transfer kat Kota Damansara branch.
Seronok sbb dah dekat ngan ai.
Bole selalu jumpa, gi lunch ke ape kan.

First time gi umah dia kat Shah Alam ni.
Dapat jumpa anak2 dia, adik beradik Erna.
Mama dia pun ada, lama xjumpa, kurus sudah.
Ai mmg close ngan family dia masa study dulu.

Zaf tak join sama, dia ada hal.
Jadinya dari tghari sampai nak malam kami borak
hahaha



Makanan yg dihidangkan adalah nasi dagang.
Special home made by Mama Erna.
Sangat la sedap.
2-3 kali tambah.



Rasa cam tak puas lak makan.
Lama giler tak makan nasi dagang ni.
Kot sesapa pandai buat,
sila lah masak..
nanti ai terjah. :p
hihi tak malu betulla kan.. buekk


Friday, July 29, 2011

Selera untuk bersahur

Tak lama lagi kita akan menyambut kedatangan Ramadhan.
Jadinya, dlm pale otak ni dah pikir,
hidangan makanan yang perlu disajikan tuk
bersahur dan berbuka.
Huh mana tak kembang ngan jayanya kan.
Blom ape2 dah pikir makanan aje haha

Tapi ni nak citer pemangkin yang membolehkan
ai bersahur dengan selera dan banyak sekali
kalau makan nasi bersama:

Acar buah


Kerabu mangga



Sambal tempe dan ikan bilis.
Owh masukkan petai skali perghh :p


Sambal mangga.


*pic semua dari en Google, Tq*

Meleleh dah ayaq liuq tengok semua ni.
sila la kongsi ngan ai ape
pemangkin korang lak.
Bole la ai nak try nanti.

hmm.. pada semua sahabat blogger,
kesempatan bulan mulia bakal menjelma ni,
ai ingin memohon ampun dan maaf sekiranya
ada kata2 yang mengguris perasaan uols
ketika berblog or komen kat blog uols ye.
no heart feeling bak kata omputih hihi.

SALAM RAMADHAN KAWAN-KAWAN!

Thursday, July 28, 2011

Kopok & Sata

Isnin baru2 ni En Zaf outstation ke Kerteh
ngan opismatenya.
Balik dari tu, dia bawak kopok n sata.
Tau feberet wifenya kan.

Beli sata 20 biji.
Sedap sangat, manis2 ikan campur pedas cili ijo.



Beli kopok leko mentah.
20 batang.
Sedap sbb penuh ikan dan tepungnya kurang.




Kopok goreng mentah ni pun sedap.



Malam ni bole la goreng kopok
sambil layan bola.

Monday, July 25, 2011

Kekasihku di ambil orang

Sedihhhh huhuhu
Kuar air mataku, kerna kekasih tiada lagi disisi.
Berair je airmata ni.
Banyak kenangan bersamanya.
Susah senang semua dengan dia huhuhuhu
Sedihhhhhhhhh

Tepat jam 10.15 pagi tadi, kekasihku telah
pun selamat pergi bersama orang baru.
Sayup giler hati ni.
huarghhhh

Ni la kekasih ku itu.


Walaupun kekasih ni tak la sehebat dan segah mana.
Tapi tetap hebat dimata ku.
Kecil2 cili api gitu kan. :)

Kete ni byk sangat berjasa ngan ai.
Pertemuan pertama ketika ai di universiti.
Abah sanggup belikan kete tuk anaknya,
semata2 kesenangan anaknya huhu
Bukan saje bawak dia kesana kemari pegi class.
Ada gak pegi mengular, tuang kelas dan sebagainya hehe

Dengannya bawak sampai ke utara, Perlis.
Timur sampai Pahang dan Selatan sampai JB..
Bole katakan merata la ngan dia
Sob sob sob.

Dari universiti, bawak sampai keje, sampai kawin,
sampai la anak 2 ni huarghhhhh nangis lagi.
Buat entry ni pun sedih hati.
Bergenang sudah air mataku.. :(

Dari tahun 2000 sampai la 2011
mana tak sedih bangat



Friday, July 22, 2011

Casing Katun

Suka la casing iphone corak2 katun ni.
Rasa cam idup ceria je.
Comel sangat!
Kalau la ai ada semua ni,
mau tiap2 minggu tukar hahaha
macam budak2 je kan :p







pic ehsan dari enGoogle.

*Kawan2 selamat berhujung minggu yer.



Thursday, July 21, 2011

Floria'11

Ahad lepas kami pegi
Putrajaya Flower Garden Festival.
Nasib baik ai teringat haritu,
sbb ahad tu last day.
Memandangkan ingat pun dah lambat, maka sampai sana pun
lambat jua. Kul 6.30 petang gitu sampai.
Jadi la kan, dari tak sampai langsung hihi

Sampai2 sana kami terjah gerai makanan dulu.
haha mana tak kurus. blom ape2 nak makan. :p
Pas perut dah kenyang, hati pun dah senang.
Baru la kami terjah Floria.

Humangai ramainya manusia.
Mana taknya last day kan.. pastu
masuk free harus la ramai.
Cuba bayar, tengokkk :)

Masuk2 entrance je dah nampak bunga-bungaan yg banyak skali.
Ada froggy di situ.



Ada ladybugs jua.



Wajib tuan tanah nak enterframe ngan Aliah.
Zara takde time ni sbbnya
dia tido dlm stroller.
Memang time tido dia, tak bole nak kacau.
Nanti kang dia moody.



Makanya byk la pic Aliah aje.
Akaknya tidoooo huhuh
sayang betul la akak oii



Time ni kat dlm indoor.
Beraircond bagai sbb dalam ni semua roses.
Wangi je masuk dalam..
Pastu ada macam2 deco dorang wat mengikut country.




Jalan kat dlm indoor kejap je.
Sebab takut dah gelap.
Dah sampai lambat kan sape suh :p

Aliah lagi :)



Bunga bunga bunga



Bunga lagiiii



Kat kolam ni ada swan.
4 ekor yang comel
Masa ni cuaca dah nak gelap huhu



Akak Zara baru bangun.
Itu pun sebab nak tgk swan.
sabar je la anak aku.



Enterframe lagi



Malam dah.
Enjin Zara baru panas.
Baru ada mood nak berjalan, nak bergambar.
Dah malam nak oi, bukan nampak ape pun dah :(



Kami ingatkan nak tunggu sampai kereta berhias.
Tapi idak larat nak tunggu.
Aliah pun dah mengamuk, penat nak tido.
Kami sempat tgk fireworks je.

Kat situ ada gak tempat jual pokok bunga.
Ai tertarik sangat ngan bunga orkid.
Cantik semuanya... size kecik besar,
semua ada janji ada duit semua bole beli.
Kalau la umahku ada tempat nak berkebun bagai..
pasti dah ai suh en Zaf beli
semua bunga orkid tu.. huh tamak!




Wednesday, July 20, 2011

Nuffnang Premiere Screening of Take Me Home Tonight

Dapat email dari Nuffnang smalam.



Ingatkan tak dapat nak gi tgk.
Sebab takde sape nak teman.
En Zaf ada meeting malam,
call Bff lak ada hal.
Takkan nak tgk sorang2, giler ape.

Tetiba kul 7pm, En Zaf kata meeting cancel.
so leh teman ai gi tgk movie.
Ape lagi lompat bintang la.




Sedang q tuk collect ticket.



Hall 6.
Dapat seat blakang tengah.. best.



Sebabkan dapat free terus sayang Nuffnang :p



Owh movie Take Me Home Tonight
sangat la kelakar.
Kami ingatkan dok dlm nanti mesti tertido.
Sebab masa on the way nak ke MV,
ntah brape ratus kali kami menguap.
Ngantuk..

Alih2 bila movie ni start mata tak ngantok plak.
Kelakar, sangat sesuai tuk release stress.
Pastu dorang wat zaman 80's, comel sangat.
Ada gak part2 kelakar pengotor.. tau la omputih.
Nangis sampai tersembur air liur
ngok betul haha.

Ape pun kami seronok sangat.
Thank you Nuffnang!!



Tuesday, July 19, 2011

Yaeesh 6th Birthday Party


Sabtu lepas ada birthday party anak blogger.
celebrate Yaeesh anak
Watiey yang ke-6 tahun.
Buat kat A&W, Equine Park.

Sangat best tema dia, Wild Wild West.
Tapi ai tak dapat melaram anak2 ala theme huhu
nak belikan dia high boots dia taknak :(
Jadinya kami semua pakai baju corak kotak2 aje.

Start party kul 2.30pm tapi kami sampai lewat.
Kena menunggu sikenit tu bangun.
Kalau kejutkan nanti moody
habis semua menda nak buat tak bole.

Sampai2 A&W terus snap gambo makanan hihi



Zahra lom ape2 dah tunjuk ni.
Angry Birds cuppies :)
Comel giler...


Maskot pun ada.
nasib la Zahra dah tak takut.
Tapi bila suh bergambar, taknak plak huhu


Wajib amik gambar Watiey bersama anak2 bujangnya.
Firsttime jumpa Yushua..
comel gilerss.. geram tgk pipi tu.
Yaeesh sangat ensem ngan topi dan pistolnya :)

Ha tgk la aku lenguh dukungkan Aliah.
sampai senget n melentik badan tak larat,
perut dah rupa perempuan mengandung 5bulan hahaha


Akak Zahra yang sronok dapat cupcake itu.


Sesi nyanyi lagu bday.
Tgk cake Yaeesh.. Angry Birds jua.
Yang pasti cake tu sedapppp.
En Zaf sampai tanya leh mintak lagi tak haha


Bergambar ngan Suziey sblom balik.


Goodies dari bday party.



Monday, July 18, 2011

Aliah: 10 Months

Aliah dah 10bulan.
Kekadang rasa cepat la besar,
bila dah 10bulan ni jgn la besar cepat sangat. ;)
2 bulan lagi nak setahun dah huhuhu
Tak puas lagi nak gomol dia hihi

10bulan ni Aliah blom tumbuh gigi lagi.
sangat lambat, tak sama cam akak dia 8bulan dah ada gigi.
Tapi bab makan Aliah hebat.
Semua dia makan.. takde tak tolak.
Mengalahkan orang ada gigi :)

Lagi satu dia ni tak macam akak dia.
Jenis taknak duk dlm stroller,
tak nak baby chair, tak nak car seat
huarghhhhh semua taknak lar
kalau dapat duduk pun kejap sangat.
Ape pun tak bole la.
Nak berdukung, melekat je kat mummy. :(



Dan lagi satu dia cepat nak jalan.
Tak padan ngan tak balance.
kaki gigil bagai.

Video ni nasib dia tak terhantuk kat dinding.
fuhhh





Sunday, July 17, 2011

For Sale: Coach Poppy Bag

I'm helping my friend sell her bags.
Visit my sales blog
here.




Tuesday, July 12, 2011

Lunch Date with Besties

Ahad lepas ai ada lunch date ngan kawan2 lama.
Jumpa kat The Curve.
Kami 5 org berkawan baik sejak sekolah sampai skang.
Tapi sayang hanya 4 org je yg dapat jumpa.
Sorang lagi tak sihat.

Ha budak kenit ni kena bawak sama.
Tak mo lepaskan mummynya berjimba sorang.
Pantang nampak pakai tudung, mula la melekat
cam kembar siam huhuhu



Kami makan kat Garden, The Curve





Seronok borak sampai lupa laki kat umah tunggu
tak makan lagi.
harus tapaukan tuk dia balik tu hihi

Saturday, July 9, 2011

Sekejap betul

MasyaAllah, pejam celik skang dah bulan 7.
kang pejam celik lagi dah ujung tahun nak masuk 2012.
Rasa macam baru je awal tahun,
dan rasa byk lagi diri ni tak terurus.
Nak kejar ape yg diimpikan pun tak kesampaian lagi.
Giler fantas betul masa berlalu.

Owh sebenarnya nak wat entry ni nak tanye kawan2.
Kot korang leh tolong rekemenkan pada ai tak
sesapa ustaz or ustazah yang bole datang umah
ajarkan mengaji.
Yer kami suami isteri mau mengaji.
Kalau bole zara pun nak join sama skali.
Walaupun mmg kami tahu mengaji tp tak bermakna xpayah belajar lagikan,
byk menda sebenarnya nak kena belajar.
Jahil sungguh huhuhu.


pic googled

Kalau ada sila bagitau yer.
Kalau bole biarla yg dekat dan senang nak datang.
Area damansara kira ok sangat dah.
tapi kalau jauh pun takpe.
Bole kami tanye kot dia sudi nak datang ngajarkan.

Selamat berujung minggu yer kawan2.

Wednesday, July 6, 2011

BabyTv




Channel rasmi kat rumah sekarang ini ialah Astro 614. Antara favourite programmes anak-anak ialah Bath Tubbies, Grandpa's Gallery



Snowies, Draco



Emma's Theatre, Oliver



Tulli, Charlie and The Number, Kenny & Goorie Meet Friends



Bagus rancangan BabyTv ini. Berseronok sambil belajar. Ai pun layan juga tengok kartun-kartun ni. Tapi satu je la, bila dah buka channel ni jangan haraplah ai dapat tukar channel lain huhuhu... Kalau boleh 24 jam dengan BabyTv. Sampai dalam kepala otak ai ni dah hafal setiap lagu yang di pasang hahaha.. Mujurla waktu malam BabyTv ni hanya buat lagu-lagu je untuk masuk tidur. Kalau ada juga kartun-kartun macam ni mahunya tak ada harapan Mummy nak tengok drama hahaha... oooohhhh!! enZaf marilah beli tv lagi satu hahaha tiba-tiba je kan :p