Wednesday, June 29, 2011

Tak perlu kata apa-apa

Tarikh: 28/06/2011
Jam 08:10pm



Jam 11:10pm





Mummy sudah tukar kaler pelangi &^%$#@*



Tuesday, June 28, 2011

Tama the Tortoise


Tama temankan Aliah tido.



Bila bangun tido kiss Tama dia.



Sayang Tama dia.



Bermain ngan Tama.



Minum susu dengan Tama.



Suka semua dengan collection zoobies ni.
sangat comel.. dan menarik je haiwan2 ni kan.
Bole wat blanket tuk dorang.
Mummy rasa cam nak beli satu tuk diri sendiri hahaha
Thank to kak
ismi, sbb tolong belikan tuk Aliah.


credit to
zoobies website.


Monday, June 27, 2011

Happy Birthday Mrs Lanz!!

Hari sabtu lepas, kami ada 2 jemputan.
kenduri kawin member Zaf &
makan2 sempena birthday kawan blogger, Has.
Diriku sampai lambat sket sbb tghari tu
gi kenduri kawin dulu.
Pastu terus zass ke umah Has.

Jemputan tuan umah hanya kecil2an aje.
Tapi seronok meriah.
Dapat jumpe ngan Nurul n yayang jua.



Gambar blur tapi bukan muka kami nak tunjuk
tapi nak bgtau yg tuan umah
hidangkan kami Pizza ngan Duriannn
byk oo.. sepesel tuk kami udang merah ahaks



Anak2 ku wat umah orang cam umah sendiri huhuhu
Zara berkenan sgt ngan truck abg ery nya.



Aliah plak yg tak reti dok diam.
Ada je menda dia buat.
Kat pic ni dia nak punggah magazine huhu
Tu baru satu dia jatuhkan,
pastu adoiii mummy penat nak kutip :-(



Huhuhu mummy nya malu anak2 tak behave.



Yang lagi memalukan Aliah telah membuat tragedi kat umah Has.
Dia pecahkan vase huarghhhhhhh
Nak nangis mummy tak terkata ape.
Pastu dia ada wat tumpah air..
Nak balik tu, Zara plak nak bawak balik toy.
Dah terpaksa tuan umah bagi.
Huarghhhhhhh

Has mintak ampun bebanyak...
Len kali tak leh bawak dorang ni.
Tapi jgn tak jemput lagi nak wat makan2 hahaha

Again, Happy birthday Has!!
Sweet 23 kan kan kan. :-)



Friday, June 24, 2011

Mummy & The Girls

Semalam diriku nekad untuk membawa the girls jalan2.
Ceh macam tak pernah bawak dorang jalan sblm ni.
Bukan ape kalini first time bawak mereka berdua jalan
with me alone. Okay, ai sorang aje.

Bila lagi nak cuba try testkan.
Okay ke tak okay tanpa daddy disisi hihihi
Selalu Aliah memang kena tinggal kalau ai nak berjalan.
Bawak akak Zara je.

Akhirnya diriku gagah jua bawak dorang kuar,
masa nak kuar tu berdoa byk2 supaya tak mengaruk.
Especially adiknya Aliah la kan.
Test bawak dekat je kat The Curve.
Kami lunch kat Secret Recipe.



Mummy makan macaroni & cheese



Zahranya lunch mini burger



Aliah makan fries ;-)



Pas dah kenyang perut bawak dorang jalan pusing Curve
Layan dorang naik ride ni




Dah main bawak Zara kat Borders.
Katanya nak baca book.



Last skali mummy & Aliah teman akak main slide.



Pergh.. agak menguji kesabaran jua disitu.
Almaklumlah Aliah ni dia jenis nak berdukung.
Duduk dalam stroller taknak.
Tangan ni dah naik muscle, sakit pinggang bagai.

Zara plak ada sket moody masa nak balik dari Borders
dia tak puas nak baca book..
tu yg pujuk dia gi main kat slide.
Nak balik tu meragam gak taknak balik..
Aduhai pujuk lagi belikan cookies.
Nasib la jenis mengaruk kejap je.

Aliah paling best..
tak bising langsung.
Tapi tak tau la kan baru satu hari.
Esok2 try bawak jalan lagi kang 2-2 moody huhu

Ape pun diriku sangat berbangga kat diri sendiri
bawak anak2 gi jalan
walaupun 3jam setengah je.
clap clap clap hahaha


Thursday, June 23, 2011

Penang Butterfly Farm

Sblom balik KL,
kami singgah ke Taman Rama-Rama.
Pernah pegi dulu, time bawak Zahra masa kecik.
Kalini bawak Aliah plak.

Akak Zahra bergambar ngan maskot tmn rama2 ni.
Orni namanya.
Pelik sungguh bunyi, camtakde nama lain nak letak :p


Masuk dlm taman ni, nampak buaian.
Cantik, design pun nak butterfly gak kan.
Dulu takde buai ni..


Banyak betul butterfly dlm ni.
Akak Zahra agak jakun disitu.
Dulu bawak time kecik dia tak bape nak layan sgt.
Skang dah paham.. suka la dia kan.
Ada yang dia takut sbb besar sangat.
Nak besar muka Aliah pun ada.

Butterfly yang cantik2 semua terbang tinggi2.
Tak moh duk diam..
Nak amik gambar pun susah.
Kalau ada camera canggih mesti nak amik gambar diva ni senangkan.
Kebanyakkan pic yg ai snap semua yg biasa kita tgk.
Abih tu yg tu je dok diam.

So, layan je butterfly yg ado haha






Kat dlm taman ni, dorang ada gak letak menatang lain.
cam Zahra n daddy ni sedang kusyuk layan fish.
Ada ikan koi, arapaima (betul ke eja aku ni) ada turtle...
Dlm ni ada wat kolam, cantik penuh ngan bunga2
dan harusla ada butterfly yang byk.


Pastu ai berehat jap.
Sian Aliah berpeluh tak hinggat.
Mana taknya, kami masuk matahari dah terpacak.
Gila basah lencun dia.
Tapi rilex je tak nangis ke ape.


Dlm tu gak ada wat galeri,
bukan takat butterfly je, ada bugs jua.
sangat menarik dan interaktif.
Pastu mestila ada jual gift.. itu pun menarik semua.
Cantik dah tempat ni..
itupun masih lagi dlm reno sket2.

Tuesday, June 21, 2011

Bukit Bendera

Keesokkan harinya kami pegi Bukit Bendera.
Ha yang ni lama giler ai tak pernah pegi.
Dulu ingat my parents bawak tu pun rasanya cam sekolah rendah lagi.
darjah brape tak ingat huhu

Sblom ni tak silap tahun 2008, kami nak gak pegi sini
tapi dorang tutup ada renovation.
Kebetulan kali ni kami pegi dah bukak balik.
Rupa2nya baru2 ni gak bukak xsilap ujung tahun lepas.

Pergh 1923 tu, abah n mak pun tak lahir lagi hihi


Ha dulu time ai naik train kaler merah putih tu la.
Time tu train nya lambat betul gerak nak naik atas,
ngan panas takde ekon, pakai tingkap tuk angin luar je.


Skang tengok train baru,
canggih ooo
Siap ada ekon lagi, sangat selesa.
Yang pasti train ni laju, 5min dah sampai.
Terasa kecut perut jua la duk dlm ni.
Rasa gayat cam naik cable car sbb laju.


View dari atas Bukit Bendera.
sangat cantik.
Nampak bangunan komtar


Penang Bridge


Sampai atas ni idak la sejuk mana.
Gi genting hari tu pun rasa panas,
ni bukit lagi la.. berpeluh gak hehe

sampai atas sana kami naik buggy
Gi pusing2 kat atas Bukit Bendera ni.


Ada satu pit stop tu tempat rehat.
leh tgk pemandangan.
Tapi takde la sampai leh berkelah,
sbb ada monyet liar.. bahaya.


Kat sini ada 20 buah banglo.
Semua banglo ni tak leh diubah suai luaran je.
Katanya tuk kekalkan sejarah ape ntah org tour guide kami ni katala.
wah siap ada tour guide, uncle yg bawak kami naik buggy ni kata hihi

Ni salah satu banglo dari 20 buah tu.
Owner nya dibenarkan wat renovation dalam saje.
Luar takleh. cantik tau umah ni.
Landscape pun lawa.


Pas dah pusing2, kami gi makan.
Ai and Zaf ape lagi order laksa penang la.
Sedap bangat. RM3 inggit je.


Kat atas ni ada la taman2 bunga la ape la,
tapi kami tak masuk pun.
Cuaca panas, pastu bawak kecik2 ni tak larat la.
Ikutkan kami takde ape sangat pun.
Tapi dah datang jauh, alang2 kan tak pegi.
Nak datang lagi, idak dah hihihi

Monday, June 20, 2011

Unplanned Vacation

Tetiba balik dari keje, Zaf cakap jom gi cuti esok.
Kita gi Penang.

Katanya sblom projek start baik gi jalan,
kang dah dapat projek susah nak cuti.
Bila dia cakap camtu ai pun terus kata ok je la.
Rugi la tolakkan.

Bertolak agak lambat, nak dekat tengahari.
Almaklumlah nak siapkan anak2 dara ni,
aduhai terhegeh2..

Akhirnya sampai jua kami di Penang,
overnight kat Holiday Inn, Batu Feringghi.


Our room.
Daddy & Zara
Mummy & Aliah :-)


Pool view.
Depan tu laut.. owh bestnya tgk laut.
Rindu giler. Last masa kat PD time tu Aliah baru 2 bulan.


Bilik kitaorg. Tingkat 3 nun di sana.


Muka budak happy.


Kami bersantai kat pantai dulu.
Bagi Aliah & Zara main pasir.
Dorang tak mandi laut, takuttt


Pas dah puas berpasir,
Zara main bubbles gun.


Habis di pantai, kami ke swimming pool plak.
Aliah seronok dapat main air.
Feveret dia.


Zara pun suka main air jua.
Tapi kalau masuk bilik air tak suka huhu


Dah dapat kawan tuk bermain.
Bukan main seronok tak ingat.
Pastu jenuh nak panggil balik bilik.
Taknak..


Balik semua terbongkang.


Sunday, June 19, 2011

Aliah: Her first time

Buat pertama kalinya Aliah main pasir pantai.
First time tu dia makan pasir, nasib sekali tu je..
pastu ok dah tak masuk mulut.
Tau tak sedap agaknya kan hehe
Seronok betul dia dapat main pasir.

Lokasi: Holiday Inn Resort, Batu Feringghi



video



Saturday, June 18, 2011

Tak Perasan??

Dua minggu lepas baru tiba2 tersedar yang lesen mati.
Tau dah mati bulan 5 tapi tak ingat brape haribulan.
Check2 ha amik ko awal bulan.
Punya la dah lama mati.

Tapi sampai skang tak renew2 lesen lagi bole.
Hari tu ada pegi sekali kat post office.
Pastu tak leh buat sbb plastik laminate habis katanya.
Last2 sampai kesudah asik tertangguh je.
Jangan la kena tahan.
Saje wat2 tak perasan la kan hahaha
Zaf dah dok bebel tak renew2 lagi :p