Saturday, February 26, 2011

Demam

Harini kami tak kemana.
Akak Zahra tak sihat, demam.
Subuh tadi badan dia dah rasa panas.
Nak pakaikan cool fever dia taknak.
Just tuam ngan kain kat dahi bagi sejuk sket.

Pastu panas dia makin tinggi, daddy bawak dia gi klinik.
Kena masuk ubat kat montot, sbb dah tinggi sangat panas dia.


Sian dia, nampak sangat tak bermaya.
Tak macam kebiasaan dia, melompat berlari bagai.

Akaknya dapat demam dari adiknya la.
Aliah dulu demam. 2 hari demam.
Kena hari khamis.. alhamdulillah harini baik.
Alih2 akak dia plak yg kena.
Patut la baik dah kan, dia dah transfer kat Zahra :-)

Thursday, February 24, 2011

Budak Nakal

Kejadian awal bulan yakni 3 minggu lepas. ;-)
Berlari tak ingat, jatuh tersadung.
Bibir berdarah dan bengkak sebab kena gigi.
Nasib gigi tak patah.
Orang dah saspen bagai, darah byk keluar,
tapi dia rilek je cam takde menda.
Ni pun snap masa dah baik sket.
Kalau tak bibir dia dah macam angelina jolie yo hihi


Pastu 2 minggu lepas pun sama, berlari
dan tersadung kat kaki sofa.
Nasib tak luka tapi meraung tak hingat.
Lebam kat tulang pipi.



Sangat nakal oo Zahra ni,
berlari, memanjat, melompat...
Energetic betul, mummy tak larat dibuatnya.
Rumah jgn cakap la, cam tongkang pecah.
Merata2 barang dia bersepah :(
Kalau ada maid tentu lari, sbb tak larat nak kemas haha

adoi ni baru girl, kalau boy tak tau la camne.
Mau pengsan dibuatnya.


Monday, February 21, 2011

Double Duo Duet

* Updated
Zaf kata tak perlu lak beli.
Gabak sangat la double stroller ni.
Sian kat ai yg kenit ni nak angkut stroller bapak gajah.
Kita paksa Zara jalan.
Kalau tak bole gak, beli aje stroller kecik satu ;-)


Haish.. kami terpaksa cari stroller baru.
Si Akak Zahra ni malas giler nak jalan.
Kalau pegi mana2 mesti nak dok dlm stroller je.

Sian Aliah tak leh dok dlm stroller.
Asik dok kat dlm carrier je.
Skang ni kecik bole lagi la.
Kalau dah besar patah pinggang.. tapi skang pun dah lenguh gak.

So misi mencari mana yang best dan praktikal nak beli.
Ntah bape plak harga stroller ni, mesti mahai.
Kalau dapat free kan best hihi




Friday, February 18, 2011

Boobies :-)

En suami email kepada ai,
gambar birthday cake kawannya.
Nakalkan dorang ni..
tapi comel plak tgk cake tu.



tempah kat Q Jelly Bakery Shop.
hmm bole plak wat design ni kan..hehe

Itu bagi lelaki yang nakal.
Kalau pompuan nakal plak camne.
Eh jangan bayangkan.. hihihi

Thursday, February 17, 2011

Backpack

Kelmarin en asben mintak opinion mana satu yang cantik.
Dia nak beli backpack baru tuk isi laptop dia.

Alpha Backpack



Arrive Backpack

Nasib dia tunjuk 2 je.. kalau banyak
pening gak nak pilih.
Tapi diriku yang dengki kata 2-2 tak cantik.
Sbb dalam hati eeii dia nak beli bag.
Tuk wifenya takde ke.. hihi
Dengki kan kan kan

Pastu dia kata, u pilih la nak beli ape jugak.
Ha.. terus menerusku kata 2-2 bag tu cantik
hahahaha terus tak dengki.

Dan dan tu gak la cari nak beli ape.
Tgh2 browse tu terminat la kat cik tote ini.

Villa Tote.
Alasan takde bag kaler itam.
Padahal dah ada satu, tapi yang ada tu berat.
Tak larat nak bawak.
huh alasan alasan lagi.




Tak pun beli payungnya aje.
Sbb yang ni auto open & close.



Cari pengganti payungku victorinox ni.
Yang ni auto open je close manual huh
Skang Vic ni kat service centre, hantar repair.
Rosak tak leh auto open.
Dah dekat 5bulan dah hantar tak siap2 lagi..
huh giler lembap..



Okay gi butik
Tumi kat KLCC sabtu ni.
Sekian.

Monday, February 14, 2011

Dengki



Nak tercabut dah otak ni rasanya.
Geram betul kat GM.
Dia bukan tak tau kita ni cuti.
Time2 cuti ni la mintak macam2.
Satu persatu ada je sms dia masuk.
Kalau dah tak suka tu kan..
Memang ada je menda dia mintak itu ini.
dengki betul, tak bagi orang idup senang hihi

Ye la dia kata "U selalu takde bila diperlukan"
hahahah betapa penting betul aku ni kan.
Haish ape nak buat..
Dia bos, kita ni kuli aje..
ikutkan je la.

Thursday, February 10, 2011

Tahniah Harimau Malaya!

Smalam en asben gi tgk bola
perlawanan persahabatan
Malaysia menentang Hong Kong
bersama kawan2nya..

dia tinggalkan ai dan anak2 kat umah huarghhhh
haha poyo, nak berkepit ngan laki sokmo. buekk
Diriku hanya tgk bola kat tv je.. sob sob sob




Tahniah sekali lagi wat Pasukan Harimau Malaya.
kita menang 2-0.
Teruskan momentum korang tuk menaikkan taraf bola sepak
negara kita di mata dunia..
yezzaaaaa

Wednesday, February 9, 2011

Akak Zahra

Lokasi di Metrojaya, The Curve.
Akak Zahra suh mummy amik pic dia ;)
Kemain lagi yer.


Bergambar ngan Lots-o'-Huggin' Bear (Toy Story 3)



Ngan Mickey Mouse
Nak buat mata besar macam mickey


Minnie Mouse.
Opss terlebih sudah


Feveretnya.
Bukan panggil Pluto tapi adalah PLULO haha


Favourite lagi satu dia Goofy.
Cari takde plak.

Bulan depan nak masuk 3 tahun.
Besar dah anak mummy ni.
Terasa tua sudah huhuhuhu

Tuesday, February 8, 2011

MTV "Sedetik Lebih" - Anuar Zain



Anuar Zain - Sedetik Lebih

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...

Monday, February 7, 2011

Bag Organizer

Mmg elok bebenor la ada
bag organizer tuk diriku yang
jenis humban je semua segala macam
dalam handbag.

Ni baru nampak sket..
ada lagi kat ceruk dalam tu
harta karun yang terselit.
Paling susah bila
nak cari kunci ke tisu ke
Handphone pun iyer gak,
menda2 kecik la especially.
Mula la korek sana sini huhu


Bila dah ada JEAN ni (nama bag itu hihi),
terurus la sket.
Dah nama organizer kan..
kalau tak organize gak
tak tau la, kena tukar nama hihi
Tak de lagi kelam kelibut
mencari harta karun dalam tu.


Ai beli bag organizer ni kat Gin & Jacqie, ISetan
Model Name: Organize Jean.
Kaler ni la sama purple.
Leh view kat
website, ada harga sekali.

Sunday, February 6, 2011

1st Giveaway: You & Brooches Giveaway


Tahun 2011 ni byk rezeki mencurah2 masuk kat kami sekeluarga.
Syukur Alhamdulillah.
Disebabkan itulah,
tetiba terasa nak wat GA tuk blog ni.
Alah giveaway yang biasa aje dan simple seadanya.

Memandangkan tuan blog ni suka pada brooch.
Haruslah GA ni berkaitan ngan brooch jua

Jadi pada sesapa yang suka brooch jua, jom join GA ai ni yerk.




Syarat2 penyertaan tuk join GA:
1. Copy badge contest di atas, paste badge dan link entry ini di side bar dan entry di blog anda.
2. Buat satu entry tentang You & Brooches Giveaway ini di blog anda,
bersama gambar anda dan brooch mengikut kreativiti.
3. Tinggalkan comment, nama, email dan link entry anda pada comment giveaway ini.



Pada sesiapa yg gambarnya creative dan mencuit hati tuan blog
pasti mendapat hadiah yg menarik.
Hadiah semestinya dari Denni Kenji :)


GA ni sekejap je.
Tarikh tutup penyertaan: 06 February 2011 (sunday)

Cahaya @ The Curve

Baru balik dari Curve
Bergambar kat The Street sblm balik.
Agaknya camni la rupa i-City, ada lampu2 bagai.
tp ada 2 kaler je tuk CNY..


Ni kat depan e@Curve.
Ramai giler orang bergambar.
Kena tunggu turn hihi

Jadilakan, feeling2 i-City gitu haha
Almaklumlah, orang lain semua dah pegi.
Kita je yang tak pegi2 lagi. huhu

Saturday, February 5, 2011

Tahniah Ninie!!

Tengahari tadi gi wedding kawan blogger, Ninie.
Kat Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya.

Masa sampai kat dewan, terserempak ngan pengantin kat lif.
Dia nak gi sambut pengantin lelaki.
Alahai cantiknya kamu adikku.
Berseri2.. ye la kan..raja sehari :)

Tahniah yer Ninie & Eiz
Moga perkahwinan ini berkekalan dan bahagia hingga akhir hayat.
Makanan2 tadi sedap bangat..

Sama cantik sama padan.
Suka kaler putih n purple..

Tgk pengantin lelaki tu,
siap ada hand bouquet gitu, comellll :)

Friday, February 4, 2011

Sawadikap

Lunch kami kat Bangkok..
Bukan kat Thailand tp kat OU je hihi
Order 3 lauk. Simple aje, yang pasti makanan semua superb.


Website

Actually tak leh bergambar, tapi tangan ni tetap gatal nak snap gak.
Degilkan.. :)






Akak ngan daddy


Aliah ngan mummy


Pengarang jantung mummy & daddy



Sape pernah makan kat Flying Chillies,
Absolute Thai, Just Thai.. tu semua adik beradik dia la tu.:)


Wednesday, February 2, 2011

For Sale: Ariani

Julung2 kalinya daku membeli Ariani.
Beli ni pun semata2 BFFku kawin. wah hebat.
Tapi diriku nak jual kerana ketidakserasian di wajahku yang
bulat dan tembam ini.. huduh sungguh.
Nak salahkan tudung plakkan, padahal muka tu mmg tak cantik haha

Skali beli terus dapat member card..
ha sape nak suh tolong belikan leh la bgtau,
leh dapat discount ni kan.
Dari ku tak pakai, rugi je.

Tudung yg ku beli ni sama cam Wardina pakai.
Cuma kalerku adalah maroon.
Haishh orang cantik pakai ape pun cantikkan.

Size adalah M

So ai nak let go RM250.
Pakai pun skali je.. itu pun hanya 5 jam gitu.
So sape nak roger yer.