Wednesday, October 27, 2010

Hadiah untuk Aliah


Habis sudah pantangku dan merdekaaa!! hihihi
Rasa harini cam nak gi jejalan,
need ME TIME.
anak2 akan ditinggalkan kat umah maktok,
bg mummy berjimba..

Berikut adalah hadiah2 Aliah
yg dapat ketika dlm berpantang.
wah apa ayat skema giler ni.
Ada dari sedara mara, kawan2 sekolah,
kawan2 universiti dan
pasti ada kawan2 blogger jua.
Terima kasih semua!!!
hadiah2 yang uolss bagi semua best2x.
dan pasti tak yah nak beli.. jimatttsss





Yang ni plak, susu2 yang kami dapat dari hospital.
Tapi Aliah tak minum.
Dari tak minum dan sayang nak buang,
sape nak sila roger ek.

Enfalac A+ : sampai 12 bulan
Anmum : sampai 6 bulan
S-26 : sampai 6 bulan






Tuesday, October 26, 2010

Emo

updated*
ok habis dah emo.. sebab mak ngan adik2 datang.. :)


Orang yang memang dah kaya dari keluarga atau keturunan,
kurang berlagak dan menunjuk.

Orang yang baru kaya, atau yang tak kaya tapi buat kaya,
suka menunjuk dan berlagak dalam ape perkara.

Kebanyakkan nya la macam tu, tapi bukannya semua.

Itu adalah pengalamanku dalam berkawan, taktau la orang lainkan.
Apa pun hati kena la ikhlas tuk berkawan.
Jangan memilih bulu weh.. orang yg tak kaya cam aku ni taknak kawan huhuhuh.
Ape hina sangat ke tak berkawan ngan orang tak kaya.

Emosi hari ini. Sekian.

Monday, October 25, 2010

Makin besar

Ni pasal surat beranak.
Makin lama makin besar lak size nya yer.
Nanti bila dah ada anak 3-4 orang, tak tau la besar mana plak.
wah pantang pun tak habis lagi, dah pikir tambah anak hihihi

kalau tgkkan sama je info2 yg ada.
cuma beza yg baru ni, lebih banyak security features nye..
tuk elak dari orang wat surat beranak palsu.
tak kisah la besar mana dorang nak wat kan, janji guna myKid je tuk ape2 urusan.
tak perlu dah surat2 beranak ni.


Thursday, October 21, 2010

Jenis-jenis Gemuk

Kegemukan adalah dimana berat badan kita melebihi 20 peratus beratus ideal.
Ini berlaku disebabkan kalori yg masuk kedalam badan kita melebihi kalori yang diperlukan.
Maka akan penyebabkan berlaku pengumpulan lemak dibahagian bahagian tertentu badan.

Kegemukan individu boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu :

Gemuk Air
• Badan mengelambir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan.
• Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian.

Gemuk Angin
• Perut terasa sebu adakalanya sukar untuk membuang angin keluar.
• Mudah mendapat sakit kepala.
• Apabila mengambil set ini, akan kerap mengeluarkan angin dan mengalami pening kepala pada peringkat awal.


GEMUK AIR dan GEMUK ANGIN : Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasai lengan tangan mengelambir dan lembik.


Gemuk Daging
• Badan berasa berat dan pejal.
• Mudah penat apabila melakukan tugas harlan.
• Proses penurunan agak lambat berbanding mereka yang gemuk air atau angin mi kerana lemak di dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.
• Proses penurunan melalui perpeluhan dan mengikut pantang yang disarankan

GEMUK DAGING : Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasa pejal dan padat.

Gemuk air dan Gemuk angin mudah untuk turun berat badan tetapi Gemuk Daging mengambil sedikit masa untuk turun. Gemuk Daging berpunca dari lemak yang berkumpul menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.



.
.
.
.
.
.
Ai rasa badan ai ni GEMUK AIR.
rasa lembik je, burok bebenor hahaha

korang lak rasa korang gemuk tak..
kalau gemuk, kategori ape?!
pd yg tak gemuk mesti bestkan.. bertuah badan :)

Wednesday, October 20, 2010

Drama

Antara drama2 yg dilayan sepanjang berpantang.
Apa lagi nk buat, ngadap tv je la :)
Sblom ni ada Commonwealth Games, layan semua sukan.







Sunday, October 17, 2010

Kata jujurmu membuatkan aku huhuhuhu

Tiap2 pagi cam biasa la, ai akan sapu lotion mustajab kat perut dan peha.
Almaklumlah spare tyre byk lepas bersalin ni.
Alhamdulillah, sejak pakai lotion ni, makin surut dan ilang lemak2 degil yg ada.

pic googled

Tapi bukan pasal lotion ni nak citer.
Pasal anak dara ai ni la..
Tengah2 sapu lotion tu kat perut, tetiba Zara datang.
"Mummy, what r u doing?"
ai pun cakap la sapu lotion.
Pastu dia cakap.."ooo perut buncit"
huargghhhh nak nangis aku..

Cakap anak kecik ni jujurkan.
walaupun menyakitkan hati ini, tapi dah mmg kenyataan pun hehehe
Pasrah je la.
Nampak gaya ni, kena wat sit up hari2. :)

pic googled

Friday, October 15, 2010

Kakak Zahra Oiiiii

Alkisah anakku Zahra ni.
Dia ni jenis tak kisah sangat kat baby.
Sblom dia dapat adik ni pun, kalau ada baby depan mata, dia buat tak tau je.
Nak plak kalau ai pegang baby pun mmg dia tak kisah. Tak heran langsung.
Tapi kalau ada kawan yg sebaya dia atau lebihbesar lagi, dia suka la..sbb leh main.
Nak plak kalau kawan tu laki, ha kemain lagi menggedik nak main sama. hihi


Sejak ada baby Aliah ni, mula2 dia mmg buat tak tau je.
Ye la kan tetiba je muncul dlm idup dia.
Dlm seminggu pertama, mmg dia wat tak kisah.
Dia tgk je baby Aliah ni dari jauh.
Pas tu baru la dia mula nak dekat2 ngan adik dia.. ngan kiss.
Tapi baru2 nak kiss tu, punya la seram, dia letak kepala dia tonyoh kat muka baby.
Kekadang tu sampai letak tangan kat badan baby la kaki la,sakit budak tu.
Sejak dari tu, ai ajar dia camne nak kiss ngan betul, baru la dia pandai. huh
Pastu, setiap saat asik je nak kiss baby Aliah, mummy & daddy dia dah jarang nak kiss. :(
Sampai rimas dibuatnya. Mana taknye, time tido pun nak kaco kiss bagai.
Mana baby baring sibuk je dia nak kat sebelah, habis dia angkut semua mainan dia sama.
Nak main sebelah baby. Kita plak naik risau.
Ada anak rapat ni takleh lepa dan tinggalkan..


Yang best skali si kakak Zahra ni, asal baby Aliah nangis je.
Dia jerit kat mummy "Baby nak susu"
Kalau mummy dia lambat sket nak bagi menetek,
si kakak ni akan selak baju dia nak bagi tetek kat adiknya.. hahahaha
Sabar je la..nak guling2 ai tgk gelagat anak dara aku ni.

Thursday, October 14, 2010

Terasa nak tercabut idung.

Smalam teruk sangat ai bersin.
Start bersin dari subuh, asal sejuk je mula la.
Bersin tak henti2.. ada la dekat lebih 20kali.
sampai sakit idung ni.
Rasa cam nak cabut je idung, pastu berus.



pic googled

Ada sesapa tau tak, kalau dah start bersin nak bagi bentikan, macamana ek?
Sakit sangat idung, rasa cam dah luka dlm.
Bersin2 ni sebab resdung ke ape ye. huhuhu

Wednesday, October 13, 2010

One Month

Baru balik dari KJMC tuk cucuk Hepatitis B.
Sebulan sudah anakku.
Current weight 3.25kg

Happy 1 Month Old Aliah!



Tuesday, October 12, 2010

Ole-ole dari KJMC

Byk barang dapat dari KJMC sblom discharge.
Dlm byk2 barang tu paling suka dapat voucher dari Mom's Care.
Byk lak tu voucher dorang bagi.
Details voucher tu leh tgk kat blog
Liya..
dia pun dapat gak sama cam ai.

Masa deliverkan Zara dulu kat DSH pun tak dapat byk camni hihi


Barang dlm bag Enfamama



Barang dlm kotak Anmum

Saturday, October 9, 2010

Habis raya sudah

Smalam last day Syawal kan.
Kejap je rasa.. walaupun dah habis raya.
Ada gak orang wat open hse hari ni ngan esok.
Ada ke takde ke.. ai tetap tak dapat gi open house huhuhu

Bila dah habis raya, maka sibuk la ai mengira duit raya anak.
Kali ni angpau sudah byk nak kena kira, sblm ni Zara sorang je,
kali ni dah 2 anak.
Untung Aliah lahir time raya, dia pun dapat la duit raya gak.

Cuma tahun ni Zara nye collection agak sedikit, sbb mummy berpantang.
Dan tak dapat nak beraya umah kawan2.
Ape pun kita kena bersyukur apa yg ada kan, dari takde langsung.
Masing2 dapat la RM200+ duit raya. :)
Kawan2 Zara mesti banyakkan??


Friday, October 8, 2010

Celebrate Daddy's Birthday

Semalam ai telah melanggar pantang tuk 1 hari.
sbbnya celebrate bday Zaf.
Tak de la makan tempat grand mana pun..kat Chillis je :)
Tu pun gi dekat kat OU.
Hari ke-25 dah kuar hehe


Tuk daddy dan Kakak Zara. Mummy tak leh makan.
Tengok je huhuhu


Mesti order, Chips & Queso feveret Zaf tiap kali ke Chillis

Beef Nachos lak feveret ai, mesti ada jua.

dan last skali order Fajitas.


Gambar ai takde sbb tak cantik lagi..haha macam cantik sblom ni.
Baby Aliah plak tgh tido kat stroller.

Tuk Suamiku... HAPPY BIRTHDAY!!!
moga panjang umur & murah rezeki.

Saturday, October 2, 2010

Jaundice


Hari ke-5 (Jumaat),
kami kena bawak Aliah gi KJMC
tuk wat jaundice checkup.
Kebetulan mmg tgk kat Aliah tu
ada kuning sket kat muka.

Pas wat blood test,
bilirubin level result 200mmol/L.
Paed kata kami bole balik tapi
dia suh kami jumpe dia balik hari Isnin, nak tgk
check balik kuning dia turun ke naik.

Isnin tu kami datang balik kat KJMC,
buat lagi skali blood test.
Result kali ni,
makin tinggi 245mmol/L.
Paed suggest kami buat Home Phototherapy,
tak perlu admit sbb tak kritikal sangat.
Kalau cecah 300 ke atas baru kena admit.

Memandangkan ni first time tuk kami,
baby kena kuning.
Time Zara dulu tak kena.
Agak cuak gak,
tapi ramai kawan2 kata
jaundice ni biasa kena kat baby.
Lega la sket hati ni.

Ni la rupa mesin phototherapy
yg buat kat umah.
Guna pakai tuk 3 hari.
Setiap 2 jam kena kuarkan Aliah
tuk bagi minum susu dan
check kalau ada poopoo.

Masa Aliah dlm treatment,
tak amik gambar dia.
Tapi camni la rupanya bila
kami letakkan dia kat dlm mesin ni.
More info http://www.bluelite.com.my



Advantage pakai home phototherapy ni,
kita tak pening nak ulang alik
or admit kat spital.
Pastu senang nak bagi baby susu
exspecially breastfeeding ni kan.

Pas 3 hari wat home treatment ni,
kena jumpe Paed dan wat blood test lagi.
Alhamdulillah Aliah dah takde kuning,
dan levelnya dah turun sampai 146
(normal kurang 160).

Friday, October 1, 2010

Baby Girl

Name: Qalesya Aliah
D.O.B: 13th September 2010
Weight: 2.4kg
Time: 10.45pm
Place: Kelana Jaya Medical Centre (KJMC)