Wednesday, July 28, 2010

Menggedik sungguh

Sungguh la anak dara aku ni.
Kalau nak bergambar sangat susah nak suh betul2 posing.
Main2 betul huhuh

Abaikan rambut dia yg serabut tu, sbb baru bangun tido.
Dan Zara datang ngan daddy, sbb mummy ada company event kat sini.
After event habis, dorang dua dtg join lunch buffet skali.
Bergambar ni kat Coffee House, Sunway Hotel.





Mari layan gambar Zara gedik sblom dia menjadi kaklong hihi

Monday, July 26, 2010

GCB

Smalam kami try makan GCB baru.
Sangat lembut chicken thighnya.
Sedapppp


Tapi ai makan tak habis..
Besar dan rasa muak lepas tu.


Limited time je GCB ni.. cam Prosperity..
Bestnye kalau setnya served skali ngan curly fries.. tapi nada huhu
sape tak pernah try pegi la try lunch kang ;)

Friday, July 23, 2010

Yaeesh Birthday Party

Dapat invitation dari Mummy Yaeesh aka Watie.
Partynye wat kat McDonalds Puchong Gateaway.
Cantik tempatnye..baru lagi..
Feveret Zara tempek sticker.
Dia sorang je yang ai nampak layan sticker ni.. haha
budak2 lain sibuk makan.


Dah penat, baru pikir nak makan dan main.
Yang ai sedar, kat party ni majority adalah boys.. dah nama kawan Yaeesh
haruslah boy lagi ramaikan.
Makanya Zara tak de geng..cian anak mummy hihi


Ha ni la Prince Yaeesh, yg teruja ngan birthday cake dia.
Cantikkan.. penuh ngan Ultraman, Ben10, Superman.


Sblom balik haruslah bergambar ngan tuan tanah.


Sorry yer mummy Yaeesh, kami kena balik awal..
sbb Zaf ada bola. Tak sempat kita nak berborak lamakan.
Dan yang pasti kita sesama mak buyung..
kami sama bulan weh.. esok anak kuar time raya. :)
Ada jugak blogger lain cam Suziey n jiran aka sisMalina
Tapi ai ni pemalu.. sorry yer tak berborak jua.

Wednesday, July 21, 2010

Wish List: Baby Bag

Sudah tiba masanya misi nak mencari baby bag.
Memandangkan bila jejalan nanti nak kena bawak barang Zara dan baby.
Kena la tukar beg yg agak besar sket.
Skarang ni barang Zara kami sumbat dlm beg Barney dia je. ;)

Gambar2 kat bawah ni sekadar mencuci mata.







Bole kawan2 rekemen kan.. baby bag ape yang best.
Dan paling penting, mestilah MURAH, CANTIK, TAHAN LASAK dan PRAKTIKAL.

Monday, July 19, 2010

Fesyenista Manja Baby Kiko


pic amik dari FB Baby Kiko

Smalam first time tgk rancangan baby kiko ni.
Menarik betul..sbb dapat tgk anak celebriti kan.

Smlm ulang tayang anak pasangan Khai & Rosma.. Danish nama baby dia..
adoii bambam anak dia..comel putih..muka ikut cam Rosma.
Tema tuk anak dorang Bapa Borek Anak Rintik. ;)
Yang best tu masa photoshoot kat studio, anak dia tak nangis pun.

Info dari FB Baby Kiko
Starts from 4 July 2010, every Sunday at 6.30p.m.
Replay on Tuesday at 5.00p.m. and Friday at 11.00p.m.

Episode 1 : Khai
Episode 2 : Lisdawati
Episode 3 : Enot
Episode 4 : Erra Fazira
Episode 5 : Sabrina Ali
Episode 6 : Rita Rudaini
Episode 7 : Nadia Mustafa
Episode 8 : Abby Abadi
Episode 9 : The making...
Episode 10: Look who's the winner!
Location: Astro Ria - Channel 104

Thursday, July 15, 2010

Ganti Puasa

Updated*
Alhamdulillah habis gak puasa.
Pas buka tadi baby terus tido agaknye. Senyap je, kekenyangan hehe


Harini ai ganti puasa.
Harap2 takde masalah dan dapat puasa penuh.
Kalau kawan2 ada info pasal ganti puasa tuk wanita mengandung,
share2 la sesama yer..

Petikan dari laman fiqhmedic.


Soalan:

Saya mempunyai satu kemusykilan. Isteri saya semasa Ramadhan nanti dia akan mengandung 7 bulan tetapi dia tidak lg lengkap mengqadha’ puasanya yang lepas.
Soalannya:
1) Jika dia tidak mampu untuk mengqadha’kan puasanya sekarang, adakah boleh dia mengqadha’ puasanya selepas bersalin nanti (selepas raya)? Ini kerana sekarang dia bimbang akan merasa keletihan yang amat sangat apabila berpuasa.

2) Adakah perlu membayar fidyah (menurut pendapat 4 mazhab)?
Diharap mendapat pencerahan secepat mungkin.


Jawapan:
1) Kalaulah pada bulan Ramadhan bukan wajib berpuasa padanya, boleh berbuka kerana uzur mengandung, maka pada bulan selain Ramadhan adalah lebih aula untuk boleh baginya menangguhkan qadha’nya. Jadi, diharuskan untuk menangguhkan qadha’ Ramadhan sehingga hilang keuzurannya.


2) Sekiranya ditangguhkan qadha’ ramadhan sehingga tahun berikutnya, disebabkan oleh uzur seperti sakit sepanjang tahun, atau hamil, atau menyusu sepanjang tahun, maka tidak dikenakan fidyah. Yang wajib hanyalah puasa.

Tapi kalau menangguhkan puasanya tanpa uzur, ada 2 pendapat:


Pertama: Wajib membayar fidyah, iaitu memberi makan kepada seorang untuk satu hari. ini pendapat jumhur ulama, Maliki, Syafie, Hanbali, dan diriwayatkan daripada sebahagian sahabat dan tabien.


Kedua: Tidak perlu membayar fidyah. ini pendapat mazhab Hanafi. Dan ditarjihkan oleh Syeikh Soleh Uthaimin, kerana tiada dalil sahih yang mewajibkan membayar fidyah. Maka kembali kepada hukum asal, iaitu tidak dikenakan apa-apa fidyah.


Wallahu A’lam.

Monday, July 12, 2010

Kesudahan dari Tiada Jodoh entry

Lepas kes entry pasal beli tudung Tie Rack yang tak sampai hingga sudah.
huhuh sayang duit, beli barang tapi barang takde.

Ai telah melepaskan geram ngan beli tudung lain.
Ape lagi terus beli Coach scarf selai.
Kalau lah beli TR, dah dapat 3 helai..
tapi sedih sangatkan, beli mahal terus.. huhuhu


Ape lagi terapi kita perempuan kalau bukan shopping. ;)
p/s: ada barang nak let go terjah wardrobe ai yer.

Sunday, July 11, 2010

Nasi Pulut

Minggu ni byk lak makan nasi pulut.
First dapat offer dari kawan blogger Has.
Tak sangka dia nak buatkan nasi pulut timur tuk kami sekeluarga.
Dapat sms dari dia tanye jadi ke datang..
terus reply esok kami datang (tak malu sungguh haha)

First time makan makanan timur ni.
Nasi pulut + kelapa + ikan masin.
Sedap menyelerakan.. bape kali tambah.. tak caya tanye has hehe
Tapi sayang lupa lak nak bergambar masakan has ni..huhuhu

Pastu lusanye my MIL call, bgtau dia wat nasi pulut durian.
Kali ni blah utara nya plak.
Pergh.. ape lagi terus kami terjah keumah sana.

Terhidang sudah nasi pulut + santan + durian + gula.
Gaul semuanya pastu ape lagi, sila mencekik.



Ha amik ko..makan tak hengat dunia.
dah makan pulut harus la lemau je pastu.. terbongkang.
Zara pun suka nasi pulut.

p/s: Has thanks yer sudi masakkan tuk kami,
kalau wat makan2 lagi jgn lupa ajak hihih
ha make sure dah tampal wallpaper baru tau. tak sabar nak tgk
mesti cantik :)

Thursday, July 8, 2010

Princess

*Updated
Zaila, kalau betul katamu kat kelantan murah.
Yati nak pesan, kalau balik kg bgtau.
Boleh borong byk hihi


Anak dara ai sorang ni sekarang kemaruk ngan dress dari Disney Princess.
Pas mandi leh mintak pakai dress ni balik.
Kalau tak mengamok2 dia tak nak pakai baju lain.
Sampai terpaksa ai sorokkan dress ni waktu dia mandi.

2-2 dress ni maktok dia yg belikan.
Terukkan mummy dia tak belikan.. hihihi

Dress #1


Dress #2


Ada sesapa tau tak mana nak cari Princess dress ni bebanyak.
Yang ai perasan kalau kat uptown tu byk tuk girl 4years +
tuk bawah 3 tahun ni amatla susah nak jumpe.. huhuhu
Kalau ada war2kan yerk.. maceh..