Monday, May 31, 2010

Mengidam waffle

Cuti 3 hari, penuh ngan kenduri kawin..
hari2 makan nasi minyak.. sedap.
Dlm kenyang2 dah tu.. tiba2 kepingin sangat nak makan waffle A&W.
Pe lagi pas je balik kenduri terus menerus gi A&W
huh kuat pelahap betul, mana tak badan naik berpam2 gandanya.

Mesti order float.



Ha ni la mak buyung idamkan.
Sedap seh.



Skang ni kat opis tgh ujan ngan jayanya.
dan opis pun sejuk cam freezer..
pekena plak waffle time-time ni.. bestnyeeee

Thursday, May 27, 2010

Tray Organizer

Smlm masa belek stok barang2 toiletries kat dapur, tetiba rasa sedih.
Sedih sbb tempat susun toiletries bersepah dan tak cantik..
bole gitu. hahah nampak sangat malas nak kemas barangkan.

stok toiletries or seangkatan dgnnya.. semua letak bawah sink cabinet.
Almaklumlah umah kecik, takde bilik stor. Ecece macam byk sangat barang nak letakkan.
Ini la rupa keadaan stock toiletris yg tak brape menarik.
Ruang kecik.. toilet paper, tissue, ape jadah yg spray2 semua sumbat blakang..
bila nak amik susah..sbb kena bawak 4tier tray tu kuar. huhu



Dengan itu, ai nak mempropose (huh merosakkan ayat) kat en Zaf tuk wat camni.
Baru la nampak menarik dan kemas..sedap mata memandang




gambar 3 diatas dibantu oleh enGoogle.

Korang2x.. sila la kongsi ngan ai camne storage korang tuk simpan menda alah ni.
Mana tau leh gunapakai selain dari ape yg ai pikir ni.
Sharing is caring.. hihi

Wednesday, May 26, 2010

CROCS ! menyelitkan kalimah ALLAH dalam logo !

MasyaAllah betul ke ni..
nampak gaya kena buang kasut ni huhuhu

Ape pendapat korang??!!

pic diambil dari FB


Tuesday, May 25, 2010

Anak dara

Lama pic anak dara ni tak kuar dlm blog ni kan.
Bukan ape skang ni kemain susah nak amik gambar dia.
Kalau panggil tu wat taktau je.
Nak nak skang ni mengada2 dia makin la menjadi2x.
Tau nak dapat adik kot kan..
Menguji keimanan betul..sabar sabar.. tarik nafassss...hembus ;)

Kat tangan dia sibuk makan donut.
Feveret dia tu donut gula biasa yang RM1 satu kat jusco.
Bagus tul yer suka murah..kalau mahal cam JCo ke Big Apple ke mau bengkok.
Alhamdulillah jimat.. hehehe

Maka dgn itu, terimala pose dari Zara seadanya.





Saturday, May 22, 2010

tengok wayang dan makan

Tengok wayang lagi.. wah tiap2 minggu tgk wayang dah ni..
lagipun skang byk citer bestkan.
Kali ni tgk citer Robin Hood kat TGV one utama je..
tgk kat sana sbb nak dekat nak pegi JJ card sale.


Cerita best.. sila tgk pada sape tak tgk lagi.
Nur aku tak wat peace ek..kang ko kata tak habis2 peace aku tu..hihi

Sblom tgk wayang kami pegi mencekik dulu kat Charms.
Rojak harus order. Sedap weh, aduhai rasa meleleh lak air luir ni huhu


Ai order bihun tomyam.
tak brapa sedap mengikut tekak ku.. sbb kuah tomyamnye tak bape kaw.
tak pedas sangat. tapi bahan2x nye byk sotong udang ayam bagai.


Zaf plak order kuehtiaw goreng.
ha ni sedap.. macam bahan gak letak.
sotong udang ayam kerang..tak lokek langsung.


Pasni plan nak bawak Zara tgk citer Shrek2 plak.
Ada sape mau join jom kita together2 memeriahkan panggung nak.
Kecoh ngan anak2 plak hihi

Friday, May 21, 2010

Barang dapur

Kesinambungan dari Philips Warehouse Sale.
Barang yang dibeli adalah


1. Deep Fryer
lama dah mengidam nak menda alah ni.
kali ni dah tak tgk2.. terus beli je.


Sangat syok pakai, senang sangat..
sumbat je ape nak digoreng. pastu ada siap time lagi.
takde la nak ngadap menda yg nak digoreng tu dah masak ke tidak.
takyah nak terbalik2 kan ke ape.
dah cukup time.. akan bunyi.


potato wedges adalah snek feveretku.


2. Juicer
sama la ngan juicer ni.. dah lama nak beli.

senang jua..sumbat je buah ape nak...
tapi jangan la masukkan durian plak hihihi
En Zaf kata tak yah dah beli fruit juice
buat sendiri je.. hihihi
tapi part paling malas.. nak bersihkan menatang ni. huhuhuhu

Salah satu juice yang rajin dibuat.
sebabnya En Zaf tak suka.. so tak yah bagi dia.
dengki giler kan. hahaha


Ni kira adiah Mothers Day kata En Zaf.

Pic dari google.

Tuesday, May 18, 2010

Avent

Minggu lepas, Philips wat warehouse sale.
Ai suh en Zaf pegi sana tgk kan barang2 Avent.
Kot ada yg menarik tuk dibeli.
Tak de la byk mana barang Avent yg disalekan.
Kot la ada breast pump ke, sterilizer ke.. walaupun kat umah pun dah ada.
Tapi saje la kan nak tgk.. murah benor ke salenya.

Tapi tak byk mana pun discount Avent ni bak kata en Zaf.
Kat shopping complex pun bole beli.
Tapi (bape byk tapi da..) dah sampai jauh2, beli la gak sebarang dua.
Semuanya tuk anak dara Zara.


.
.
.
.
.
Gambar bawah ni plak. nak let go pada sape nak.
2 bottle feeding 260ml/9oz, with caps, without teats
1 bottle & teat brush
RM30.00 sekali penghantaran.



Untuk ai pun ada gak.
Keesokkannya beli.
Next entry je la masukkan yer.

Monday, May 17, 2010

Tarbush Express

Dulu masa memula makan kat Tarbush time bulan puasa tahun lepas.
Tak sangka kat Pavilion pun ada tarbush gak..
tapi yg ni bukan restaurant, ia buat stall.. kat food court area.


En Zaf order Nasi Briyani Kambing


Pn Yati order Nasi Briyani Ayam


Amik ko makanannya.. byk.. ayam kambing sampai 2 ketul sorang.
tak lokek langsung, kena la ngan harganya kan. RM12.50 satu.

Friday, May 14, 2010

Ballerinas & Sneakers

Tipu la kata perempuan tak suka kasut selain dari handbag kan.
Antara design kasut yg ai paling suka ialah ballerina.
Suka sejak kawin xspecially bila dah ada anak.

Dari kiri (atas): Puma, Nike, Vincci, Crocs, Vincci
Dari kiri (bawah): Vincci, Tods, Burberry, Prada

Yang suka wat lenjan sana sini adalah Nike tu.
Bila dah tgk kasut2 ni baru prasan, tak byk kaler..
Harus cari lagi kaler lain plak.

Selain ballerina, suka sneakers.
Dari zaman sekolah lagi suka.
Time sekolah brand paling suka pakai Vans, Adidas dan Converse.

Tp skang ni tinggal 2 je huhu.

Dari kiri: Lacoste & Salvatore Ferragamo

Sneakers pun kena tambah lagi ni tak cukup hehehe

Wedges & heels pun ada gak..
tapi pakai bila ada kenduri kendara ataupun formal functions.
Kakiku ni takleh pakai tinggi2.. mula la sakit tumit.
Patutnye orang rendang cam ai ni kena la pakai tinggi huhuhu.
Oh ye lagi satu kaki kecik cam ai ni susah tul nak cari kasut.
Sedih ooo.. tak macam korang yg normal ni..
Mana2 kasut pun leh beli... sob sob sob

Thursday, May 13, 2010

Dating kami

Smlm dating kami gi tgk wayang.
Lama weh tak tgk sejak pregnant ni..hihi

Sila abaikan badanku yg dah makin membolatsss tu. huhu
Ye kami baru nak tgk Iron Man2.. orang lain dah lama tgkkan.


En Zaf layan massage dulu sblm movie start.


Manakala isterinya sibuk bergambar ngan patung2 besar yg ada dlm hall room.


Kegedikan nak amik gambar ngan giant bear.


Dlm nak tgk movie ni..
Pale otak pikir badminton player kita menang ke tak.
Alhamdulillah Malaysia menang dapat tewaskan Denmark.

Wednesday, May 12, 2010

Botak Kepala khusus pada muslimah

Sharing is caring

Petikan dari blog Ustaz Nor Amin

Soalan yang telah dikemukakan ialah :

Assalamualaikum ustaz, saya ada pertanyaan. Boleh tak perempuan botakkan kepala dan tidakkan ianya menyerupai lelaki?

Jawapannya

Cukur kepala atau membotakkan kepala bermaksud membuangkan rambut di kepala dengan menggunakan pisau cukur atau seumpamanya sehingga lincin kepalanya. Allah jadikan wanita atau muslimah ini dengan sebaik kejadian dan dihiaskan dengan rupa dan paras yang cantik. Rambut perempuan juga merupakan perhiasan kepadanya. Setiap perhiasan yang Allah anugerahkan kepada perempuan wajiblah dijaga dengan baik mengikut syarak yang telah ditetapkan dalam Islam.

Hukum mencukur atau membotakkan kepala perempuan adalah haram kerana ia perbuatan yang tidak disukai oleh Nabi Muhammad saw di dalam hadisnya yang bermaksud :

“Rasulullah saw berlepas diri dari perempuan yang meninggikan suara tangisan ketika meratap dan membotakkan kepala ketika musibah” (Riwayat Imam Al-Bukhari)

Jelas hadis di atas ini, bahawa Nabi tidak menyukai dan berlepas tangan bagi wanita yang meraung-raung dan mencukurkan kepalanya ketika ditimpa musibah. Hal ini juga sama dengan wanita yang mencukur kepalanya dengan sengaja, ingin menjadi lelaki (tomboy), bernazar dan sebagainya. Menurut pendapat saya wanita yang cukur kepala atau menyerupai lelaki (tomboy) sama ada membotakkan kepala, berpakaian adalah sangat buruk dan hilang keindahan serinya yang asli, jika dilihat sekali seperti lelaki bila direnung rupanya wanita. Islam menegah muslimahnya menyerupai lelaki dan hukumnya adalah haram.

Al Imam an Nawawi dalam kitabnya Syarah Sohih Muslim mengatakan bahawa :

“Adapun menggunting rambut dan memendekkannya (bagi seorang perempuan) untuk berhias dan kelihatan cantik, maka ia adalah harus jika mendapat izin dari suami dengan syarat tidak sampai menyerupai kaum lelaki”

Isteri yang ingin memendekkan rambut atau memotong sedikit rambutnya, mestilah mendapat restu atau izin suaminya terlebih dahulu. Manakala wanita yang tidak bersuami ingin memotong rambutnya untuk lebih cantik dan lebih kemas, maka ada ulamak berpendapat harus dengan syarat potongan rambutnya tidak menyerupai lelaki.

Kesimpulannya

Mencukur atau membotakkan kepala bagi muslimah, hukumnya adalah haram kerana menyerupai lelaki dan Rasulullah tidak menyukai perbuatan tersebut. Harus kepada muslimah yang ingin memendekkan rambutnya untuk kekemasan dan kecantikkan untuk suaminya sahaja dan tidak boleh untuk orang lain, kerana rambut itu adalah aurat wanita dan hanya boleh diperlihatkan untuk mahramnya sahaja.

Monday, May 10, 2010

Mana Dapat Tuuu Kak Mon

Copy paste dari email kawanku.
Binatang pun tau sayang anakkan.

Thursday, May 6, 2010

Obimin

Baru tau obimin ni ada 2 jenis.. sabar je la kan.
Pregnant tuk kali ni, gynea bagi soft capsule.


Tiap kali makan,20-30min camtu tekak rasa loya mual dan muntah.
Muntah teruk, byk sangat.. habiskan segala isi perut.. huhu sakit..
Masa minggu pertama makan, tak la prasan muntah sbb obimin pluz ni.
Ingatkan mabuk tak habis2 lagi.
pastu try la stop..sbb tak larat dah la muntah cam ape.
Try stop seminggu..pastu try amik lagi skali.. muntah balik.
so confirm la ai alah ngan soft capsule ni.
Terus ajak zaf gi beli obimin lain kat farmasi.

Kali ni amik film tablet.
Okay takde muntah..tapi first time makan tu suspend gak.
kot la muntah gak kan.. dah wat persediaan mental gitu hihi
Cuma prasan skang ni kalau makan mesti pening2.
Tapi tak muntah kira dah lega sangat.



Makanya, obimin pluz tu takde dah makan..
tapi sayang la byk lagi tu.
so sape nak sila angkat keyboard.. ai nak bagi kat korang.
Dari simpan tak makan dan terbuang..
baik bagi pada orang yg nak kan..