Friday, April 30, 2010

Akibat ujan lebat

Lama tak citer bab makan..sejak2 preggy ni.
Smlm dinner kat IKEA, semuanya gara2 jem teruk balik umah smlm.
Bila ujan lebat je, habis semua jalan sangkut.. huhuh
tambah plak banjir jalan nak balik umah kami..
maka si suami yg tak larat dan penat maka kami terus ke IKEA makan.

Kalau makan sana, ai pasti order meatballs.
Fries tukar amik kentang rebus je.


Zaf amik chicken chop


Dan mesti amik, Daim Cake.
Sedapkan..


Perot dah kenyang baru teringat amik anak hehehe
bole gitu.

Thursday, April 29, 2010

Shopping dress

Smlm dinner kat The Gardens.
Masuk Isetan cuci mata hihi
skali kat level children, Poney ada sale.
60% discount bagi member, 50% disc tuk non-member.

Ape lagi terjah terus, cari dress tuk Zara.
Lama tak shopping baju dia.
Memandangkan smlm last day, harusla byk dah habis size tuk dia.
Nak cari kaler biru, konon nak masuk kan Zara dlm contest Suzie n Momguess anjurkan tu.
Punah harapan jap, dress kaler biru takdak size.. huhu

Dapat la 3 pasang tuk dia.
Total Normal Price: RM297.00
After less dapat RM118.80.. berbaloi rasa.


Wednesday, April 28, 2010

Stok wet wipes

Hari sabtu lepas gi terjah Pureen Warehouse Sale.
Kononnya nak pegi pagi2.. tapi petang baru pegi..
Ingatkan taknak pegi. Sbb kan first time, pegi gak le sale Pureen ni.

Mak ai punya la jem teruk nak sampai ke sana...
Nak cari parking satu hal lagi. Sementara cari parking,
nampak orang angkut beg plastik penuh kiri kanan. Ada siap angkut ngan kotak lagi.
Gile la..mesti murah sangat ni.

Dah parking nak masuk dlm yarabbi, dah nampak orang je.. manusia ramai betul hihi
Dah nama sale confirmla ramai serbukan..:p
Dengan sesak sana sini, bunyi baby nangis lagi..sian betul.

Kononnya sampai sana nak la cari ape2 barang tuk baby xspecially baju.
Sampai sana pun dah petang.. jgn harap la ada byk choice kan.
Byk sangat yg tinggal kaler pink or blue. Putih pun dah tak cantik.
Memandangkan tak tau lagi baby ni boy ke gurl ke.. makanya tak beli pun baju.

Mmg murah semuanya.. termasuk toiletries, dypers, macam2 la lagi.


Kami kesana borong wet wipes je byk hahaha.
Ada la beli seketol shampoo dan shower tuk Zara.
Sbb kat umah ada byk lagi.. nak beli byk pun bukan wat makan.

Wet wipes penting byk.. sbb setiap masa kami selalu pakai.
Nak2 si Zara ni.. kalau kita slalu jalan2 or travel sana sini sangat2 digalakkan.
Tau la budak2 ni nampak ape2 semua nak pegang.. takut nanti kotor or virus
cam sakit tangan kaki mulut tu kan.. jgn kata budak..kita besar pun leh kena.
Makan comot2 semua leh lap ngan wet wipes. Nak tukar dypers dia pun nak lap gak sket.
ha pegi obersi pun elok.. toilet dorang bukan ada pipe air.
Macam2 la.. tu ai la kan rasa penting.
Tak tau la orang lain rasa penting ke tak.
Fuh ape la membebel ni haha.


Hahah ni je la rembatan tak seberapa.. stock wet wipes setahun kot.
janji ada gak beli dari takde kan.. ;)

Tuesday, April 27, 2010

Aquaria

Punya la berzaman baru dapat gi Aquaria..
dari sblom kawin sampai dah kawin.
Sampai dah ada Zara hihi tu pun tunggu Zara dah besar baru paham nak pegi.
Kalau pegi dia kecik sangat wat pe..dia bukannye paham pun kan.
Akhirnya jejak jua kami ke Aquaria.




Zara suka benor tgk Piranha.. weh tak comel la ikan ni sayang oi.
Dah la makan orang huhuhu


Time ni malu2 dia nak amik gambar.
Sbb ramai giler orang nak take turn amik, ngan semua tgk dia lagikan.
Mummy dia paksa anak dara ni amik gambar gak. kejam kan.


Enterframe ngan daddy


Enterframe ngan mummy lak


Tunjuk nak bagitau dia takut kat shark tu.

Monday, April 26, 2010

Hair Clips

Ni la antara hair clips collection Zara.
Sbb ape antara, sbb ada lagi ntah mana dia sembunyikan.
Campur ngan yg ilang lagi.. letak sana sini. huhu

Kalau nampak hair clips dia ni, habis dia wat 'mengemas' susun satu2x
pastu yang kena kemas balik, mummy dia la.



Kalau gurl kita kumpul2 hairband, hair clips bagaikan.
Kalau boy nanti nak kumpul ape plak..
owh ye..mummynya suka belikan baju2 yg cantik tuk zara melaram.
ada kat zara fashion wardrobe (link).. tapi privatekan.. takut nanti ada orang jeles.
hahah bole gitu.. ntahhapehape haku ni
kalau kawan2 zara nak tgk, email la.. nanti ai bagi permission tuk korang tgk. ;)

Wednesday, April 14, 2010

Sudah ada uban

image googled

kelmarin belek2 rambut.. owhh tidakkkk ada uban..
selak blah kiri nampak 3 helai, pastu selak blah kanan kepala lak ada 2 helai..
wuarghhhh dah tua!!!!
geram je tangan ni rasa nak cabut, tapi kena marah ngan zaf.
lagi kita cabut lagi banyakkan nanti. huhuhu
sampai zaf kata "udah2 la tgk tu.. admit je la dah tua"..
huh ayat tak membantu langsung.. kata la makin cantik ke ape ke.. ahahah

Friday, April 9, 2010

BFFku tunang sudah

Akhirnya BFFku masa universiti tunang jua.
Penat weh tunggu ko ni.. hihihi

Time ni teman dia kat bilik, sementara menunggu rombongan laki sampai.



Sesi menyarung cincin.
Sebenarnya ada wat pelamin kecik, tapi bakal mak mertua dia
sakit lutut, tak leh nak duduk.. makanye pengantin kena datang dok atas kusi.
Tak kisah la kan, janji majlis jalan ngan lancar



Bergambar sblom balik.. time ni dah berlengas badan ngan berminyak dah muka.
Dari pagi sampai ke petang mana taknya.
Kata BFF kan hehe.. kalau tak kawin lagi, teman tido semalam dah.



Antara banyak2 hantaran tuk pihak lelaki, hantaran umah ni paling suka.
Rumah emas ko... cantik kan..



To my Dear BFF Darniza (Nedd) congratulationssss!!
semoga ikatan ini berkekalan hingga ke jinjang pelamin.
Amin...


Tuesday, April 6, 2010

Disney On Ice

Ni masa pegi Disney On Ice kat Stadium Putra Bukit Jalil.
Amik tiket paling murah skali... makanya gambar pun jauh. ;)

Harus cik puan posing dulu.



Masa opening



Ada Cinderella



Alice in the Wonderland



Banyak lagi la karekter disney.. tak amik gambar je..
kusyuk tgk dorang skating ngan jayanya.


The Incredibles pun ada jua.



Jalan citer menarik.
Lebih kurang 1jam 45 minit shownya.
Yang bestnya Zara enjoy the show, tahan plak.. tak penat or mengaruk.
Janji ada Mickey & Minnie Mouse kan.

Monday, April 5, 2010

Borang BE

Tak siap lagi.
Disebabkan kemalasan teramat sangat.
Usung ke sana sini, dari umah ke opis dgn harapan nak siap cepat
tapi tak siap2 pun huhuhu


Kena submit sblom 30 April ni.
Roh rajin, sila lah datang cepat :)
Berblog rajin plakkan haha

Sunday, April 4, 2010

Mummy & Zara



Mummy: Qasrina

Zahra: Zaya


Mummy: binti

Zahra: Daddy ;)



Thursday, April 1, 2010

Tahniah dari KakLongmu ini...

dipetik dari utusan dan the star online
Cousinku ranking #22


30 pelajar terima Biasiswa Nasional

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 31 Mac - Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan 30 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu yang dipilih untuk mengikuti Program Biasiswa Nasional 2010.

Program penajaan itu bertujuan menyediakan biasiswa berprestij untuk pelajar-pelajar lepasan SPM yang paling cemerlang mengikuti pengajian ke universiti-universiti terkemuka di peringkat ijazah pertama di dalam dan luar negara.

Sebelum itu, mereka akan mengikuti kursus persediaan di pusat-pusat persediaan dalam negara yang ditetapkan oleh kerajaan.

''Setiap pelajar dikehendaki mencapai tahap kecemerlangan ditetapkan semasa di peringkat persediaan bagi melayakkan mereka meneruskan pengajian di luar negara,'' kata kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Oktober lalu, semasa membentangkan Bajet 2010, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan seramai 30 pelajar terbaik berasaskan merit akan diberi biasiswa nasional untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka dunia.

Sehubungan itu, seramai 30 pelajar paling cemerlang daripada kalangan pelajar yang mendapat A+ bagi semua mata pelajaran dalam peperiksaan SPM 2009 dikenalpasti oleh Kementerian Pelajaran untuk mengikuti program tajaan tersebut.

''Program penajaan ini bertujuan menyediakan biasiswa berprestij untuk pelajar-pelajar lepasan SPM yang paling cemerlang dalam melahirkan modal insan berkualiti untuk menjamin kesinambungan keupayaan negara pada masa depan,'' kata kenyataan itu.

Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hassan ketika dihubungi mengucapkan tahniah kepada kesemua pelajar yang terpilih.

Menurutnya, selain memberi pertimbangan pada pencapaian akademik yang cemerlang, kerajaan juga perlu melihat kepada aspek lain untuk membuat penilaian seperti kokurikulum, sukan, keterampilan dan pergaulan setiap pelajar.

''Mereka ini merupakan ikon negara yang ingin kita lahirkan. Jadi, mereka perlu menjadi contoh, ikutan dan kebanggaan negara pada masa depan," katanya.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan perlu menyediakan pendekatan bersepadu di samping akademik bagi melahirkan modal insan negara yang cemerlang melibatkan semua aspek.


Following is the list of the students:

1. Gladys Tan Yee Kim (SMK Green Road, Kuching)

2. Grace Kiew Sze-Ern (SMK Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor)

3. Khadijah Ahmad Jais (SM Agama Persekutuan, Labu, Negri Sembilan)

4. Akmal Hidayat Sabri (SMK Derma, Kangar)

5. Syamilah Mahali (Tunku Kurshiah College, Seremban)

6. Amelia Lee Wei Ling (SMK Taman Melawati, Gombak, Selangor)

7. Nur Syuhadah Muhamad (SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Baru)

8. Lai Yin Kwin (SMK Tinggi Malacca)

9. Corinne Gunn Huey Min (SMK Taman Melawati, Gombak, Selangor)

10. Hu May Khei (SMK Convent, Taiping, Perak)

11. Muhammad Amal Aiman Mohd Yusof (Mara Junior Science College (MRSM) Kota Baru)

12. Kuah Jia Ying (SMK Bukit Jambul, Penang)

13. Chean Chung Shen (SMK Methodist (ACS) Sitiawan)

14. Ahmad Zhafir Zulkfli alias Zulkifli (Integrated Fully Residential School (SBPI) Temerloh)

15. Goh Diangde (SMK Derma, Kangar)

16. Ameenah Azman (Tunku Kurshiah College, Seremban)

17. Erin Chuah Wei Yen (SMK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur)

18. Mohamad Syukri Azmi (MRSM Kota Baru)

19. Muhammad Syafiq Kamarulzaman (SBPI Selandar)

20. Neelam Devi Nath (SMK Buloh Kasap, Segamat, Johor)

21. Ooi Hui Lynn (SMK Convent Green Lane, Penang)

22. Nurliyana Sanusi (MRSM Kota Baru)

23. Gan Li Fang (SMK Tun Mamat, Tangkak, Johor)

24. Muhammad Sallehuddin Mansor (SMK Matang, Perak)

25. Muhammad Izzat Solihuddin (MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin, Malacca)

26. Nurizzati Zainal Nazeri (Saad Foundation College, Malacca)

27. Khairunnisa Che Bahrun (Maahad Ahmadi Arabic School, Tanah Merah, Kelantan)

28. Nurulaida Mohd Darus (SBPI Jempol, Negeri Sembilan)

29. Loh Sook Yin (SMK Tinggi St David, Melaka)

30. Malathy a/p Balakrishnan (SMK Ibrahim, Sungai Petani, Kedah)