Tuesday, March 30, 2010

Makan Berganda

Hari sabtu lepas bole diisytiharkan hari makan free sedunia hehe
Ada 2 birthday party kami serbu..dan ke2-2nya dari kawan blogger.

Party pertama kami ke umah MamaZana.
First time jumpa dia.. selalu borak kat blog dan email je kan mama.
Bergambar bersama tuan rumah dan baby Haziq.
Amik aura kot2 dapat baby boy kan hihihi


Suka tgk anak sulong MamaZana, Batrisyia aka Kak Long.
Geram tgk badan dia sedap giler... kat tangan dia tu ada je makanan pegang. ;)


Arissa plak, susah betul nak tgk dia senyum.
Suka rambut dia.. cantikkkk


Habis je borak2 (walaupun tak lama) dan makan2.. kami gerak ke rumah Liya plak.
Umah dia dekat je ngan umah MamaZana, tapi ntah camane kami sesat sampai 1jam baru sampai.
En.Garmin plak kawan pinjam... tue la bahana nye huhu

Makan dan makan lagi..
Habis makan sampai la cik Murni yang kononnye kami berjanji kul4 kat umah Liya.
Kul 5 lebih camtu sampai kan..lupa dah.. nasib sempat jumpa.
Bergambar sblom balik.


Dalam diam2 tu, ada la 2 merpati sejoli sedang hangat bercinta..
Bercanda di jalan raya sambil bermain kereta mainan. haha
Zara dan anak bujang Murni, Adam.
Pada mulanya Zara nak main ngan Hannan, anak bujang Liya.
Tapi cinta tak dibalas. Maka cinta beralih arah pada Adam hihihi


Seronok skali melihat mereka berdua tu. Apa ntah dorang borak..
hanya mereka berdua je yg memahami.


Berlari kesana kesini dengan hati gumbira.


Tengah syok2 dorang dating, mummy and daddy ajak balik.
Takpe la Adam.. nanti bday Adam wat makan2 yer.. Zara confirm datang lagi haha

Pada MamaZana dan Liya.. tima kasih jemput kami.
Kalau wat makan2, jangan serik jemput lagi yer.

Thursday, March 25, 2010

Wish List: Mulberry Charm Ballerina

Terus jatuh cinta.. tapi konpius nak pilih kaler mana.
Kaler pink dah ada, yellow tu ada dah kaler gold nak seakan-akan.
Biru takde lagi, tapi suka 3-3 ni.. huarghhhh

Pada seller diluar sana, sila lah quotekan ballerina ni.
CONFIRM nak beli!!!!
kalau tak tak bole tido hehe

Peony Pink Spongy Patent



Neon Yellow Spongy Patent



Ink Blue Spongy Patent



Info, visit Mulberry website

Tuesday, March 23, 2010

Celebrate Lagi

Hari sabtu lepas, mak suh datang umah sblom zohor katanya.
Kami pun sampai, rupa2nya dorang wat small birthday party kami anak beranak.
Tak sangka betul, wat surprise tuk Zara.
Padahal mummy dia over excited lebih haha

Ni la birthday jelly cake. Comelkan Minnie Mouse, feveret Zara.
Kata dorang tempah kat jelly bakery, one utama.


Bergambar dulu ngan auntie2nya aka dayang-dayang hehehe


Turn Mak Tok & Tok Abah plak.


Harus kami bertiga.. tahun depan insyaAllah berempat plakkan.


Yang diraikan, Zara bersama Minnie Mousenya.


Tetiba malu plak bila orang nyanyikan lagu bday,
pastu malu2 nak blow huhuhu


Masakan mak yang terbaikkkk
Sedap dan kenyang.



Walaupun simple je majlisnya.. buat pun kami2 aje.
Begitu meriah dan penuh gelak tawa.
Takde menda yg lebih menggembirakan bila kita bersama dengan orang tersayangkan.
Alhamdulillah..

info pasal kek leh rujuk sini yer QJelly

pstt: ada beg nak let go, kgi la jengok kat wardrobeku yer..


Friday, March 19, 2010

On her birthday

Hari bday dia, kami bertiga celebrate kat Swensens.
Makan2 dan amik icecream cake tuk bday girl.

Tak sabar nak tiup lilin.



Seronok dapat belon.



Muka birthday girl.. besar dah dia.



Ni birthday gift dari mummy & daddy.
Zara skang suka mickey & minnie mouse, jd nye gi cari kat Poh Kong.



Satu hari spend time ngan dia, sampai kami bertiga terbongkang kepenatan. =)

Wednesday, March 17, 2010

Happy Birthday Qasrina Zahra!!!

"thanks yer wish dan doakan zara."

Monday, March 15, 2010

Ada apa dengan pangkat

Sabtu dan ahad lepas, jadual kami penuh ngan kenduri sana sini.
Sangat seronok, sbb tak yah pikir nak makan ape atau nak masak ape (eceh macam masak hihi).
Jiran depan umah ada wat kenduri sempena menyambut kehadiran ‘orang baru’ masa hari sabtu.
Seronok betul dekat sangat. Makanannya semua sedap2.

Tapi tak nak citer pasal makan atau pun tuan rumah tu..
tapi nak cerita yg telah diceritakan oleh en suami kepada isterinya pasal sorang jiran ni..dia dok tingkat berlainan.
Tau la laki, kalau kenduri2 ni kan, lepak makan minum kat luar sambil borak.
Sibuk bercerita kenal dato2 datin2 sana sini dgn gah nya..
sikit2 dato datin itu ini, macam nak bgtau dia je sorang yg kenal dato datin dlm dunia.
Aish.. kalau tak kawan ngan dato datin orang tu tak bagus ke.

Tadi pagi masa nak kuar dari umah pegi kerja.
Terserempak dia kat lif, tapi tak cakap ape. Kami mmg tak layan ngan orang cakap besar ni.
Sampai lobi dia bersama dgn jiran lain, sibuk lagi cakap dato datin..
aduhai.. pagi2 dah berdesing telinga ni. Naik menyampah plak.

Wei aku pun ada dato gak la.. ‘atok’ kat sg buloh ngan ‘atok’ taman tun.. hahhah tak kecoh pun.
Tak de kena mengena pun kan.. hihi

Thursday, March 11, 2010

Minggu depan laaaa

Alamak minggu depan birthday Zara.
Serious ai tak prepare ape pun tuk wat birthday party.
Tak pikir sbb kan 1st trimester ni agak teruk gak.
Ngan kemalasan yg melampau. Ape pun keje taknak buat.
Salahkan hormon..huhuhu teruk betul aku ni.

Pejam celik nak 2tahun rupanye Zara ni.
Sape sudi jadi birthday planner, sila la wat kan party tuk sikenit ni. huhuhu
Tak semestinya minggu depan gak. Janji ada dari takde kan.
Kali ni ingat nak ajak kawan2 blogger, itupun kalau ada yg sudi nak datang :p


Picture credit tu Amran. Gambar ni masa celebrate birthday Zara tahun lepas.

Tuesday, March 9, 2010

Melalak kat Kotak Merah

First time bawak Zara
gi melalak kat Redbox ;)
Biasa hari dating kami bedua je..
yer la kan nama pun hari dating.
Kali ni saje bawak Zara.

Mula2 malu dia,
ye la tak biasa ngan samar2
je bilik tu gelap.
Lama2 dia over..
amik mic nak nyanyi sama.

Kalau ada lagu kanak2...
harus dah Zara nyanyi2 sambil joget. ;)


Wayang je blom try lagi bawak Zara. Takot dia tak leh dok diam.
huhu

owh2 smlm wat checkup beratku turun 3kg.. :)