Thursday, December 25, 2008

Kenduri kawin lagi


Bulan 12 ni banyak betul dapat undangan majlis perkahwinan. Cuti sekolah adalah waktu yang sesuai orang buat kenduri hihi.. Antara kenduri yang kami pergi ialah majlis perkawinan sahabat baikku, Sue. Majlisnya buat dirumah kat Gombak. Suka pergi kenduri sebab meriah dan paling best semestinyalah makanan hehe.. Makanan yang dihidang pun memang sedap. Bukan pakai catering tapi saudara mara Sue dari Penang semua turun dan masak beramai-ramai. MasyaAllah susah nak dapat macam tu. Selalu kat kampung je gotong-royong ni, kat bandar pakai catering saja. Banyak juga makan tak pandang kiri kanan dah haha.. Gambar kat bawah ini masa hari akad nikah. Tema warnanya ialah pink. Warna kegemaranku itu. Sempatla duduk dalam bilik pengantin dan usik pengantin sekejap hehehe Cantik sangat Sue hari tu so gorgeous.



Masa saat dinikahkan tak sempat nak ambil gambar atau video. Diriku sibuk jaga Zahra bagi dia tak buat bising dan duduk diam huhuhu.. Lagi pun masa majlis berlangsung tu, kami duduk kat tangga. Buat dalam rumah jadi sesak sikit dengan orang yang agak ramai. Apapun Alhamdulillah majlis berlangsung dengan lancar. Kahwin dah kawanku sorang. Tinggal lagi seorang iaitu Niza hehe.. Esoknya hari persandingan pula tetap buat majlis di rumah juga. Cuaca masa tu hujan rintik-rintik sedikit tapi sekejap sahaja.



Gambar kat atas tu candid dari Zaf, kami berdua tak kelip-kelip mata tengok pengantin cantik sangat hehe.. Zahra lagi la pelik agaknya sebab tengok pengantin tak bergerak-gerak duduk diam kat pelamin. Sue letak pelamin dekat luar rumah. Elok sangat dengan cuaca terang nampak berseri-seri tu. Zahra sibuk nak kacau bunga pahar. Ingat mainan agaknya.



Bunga pahar Sue ni unik tau, sebabnya bukan bagi telur rebus. Selalu kalau kenduri kahwin bunga pahar tu mesti letak telur rebus. Yang ini ganti dengan buah epal. Rare sangatkan. Eh tapi bukan buah betul hihi.. epal tu dibuat dari polistren :)



Wajiblah ambil gambar dengan pengantin. Tengok warna baju pengantin ni teringat pada kahwin diri sendiri. Kami pun warna putih oren juga tapi warna oren lebih banyak dari putih.



Sesi bergambar beramai-ramai dengan pengantin. Semua ni kawan officemate dulu masa kerja dekat Taman Tun Dr. Ismail. Paling tak sangka dapat jumpa Nuyul (belakang Zaf), lama betul tak jumpa dia sejak dia kahwin. Dia datang sorang pula masa ni. Kak Ct dan anak-anak sedondon warna biru. Seronok betul tengok ramai anak ni. Patutla Kak Ct maintain kurus. Kredit dekat Nuyul untuk gambar kat pelamin ni. Tahniah untuk pengantin baru Sue dan Zul, semoga kekal bahagia hingga ke Syurga. 

3 comments:

Anonymous said...

uiks..cepat hapdet..
takde credit pun kat gambar kita..ahaks ( gurau je )..part begambar reramai tuh best sebab korang betukar couple..hahahahaha.Apa pun selamat pengantin baru buat sue. 'semoga berbahagia sampai akhir hayat'.

Nurhayati said...

owh yer luper la nak letak credit... jap ek updet skang.. hihihi
soweeeee

Anonymous said...

hua3...sabau jer la nuyul nih..